kertas kerja panitia bahasa melayu, eksplorasi bahasa
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 KERTAS KERJA Panitia Bahasa Melayu, Eksplorasi Bahasa
1/7
KERTAS KERJA
________________________________________________________________
PROGRAM KEMBARA BAHASA
________________________________________________________________
TARIKH :
4 JULAI 2013
TEMPAT :
DEWAN TERBUKA, S.K TOH TANDEWA SAKTI
ANJURAN :
Panitia Bahasa Melayu
S.K Toh Tandewa Sakti, Tapah
DENGAN KERJASAMA :
PIBG
Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, Tapah
-
7/28/2019 KERTAS KERJA Panitia Bahasa Melayu, Eksplorasi Bahasa
2/7
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menjalankan satu projek yang melibatkan
warga sekolah bagi memenuhi syarat internship semester lapan, Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian peringkat rendah.
2.0 PENGENALAN
Sistem Bahasa merupakan sebahagian komponen yang terdapat dalam sukatan
kurikulum KBSR Sekolah rendah. Setiap komponen ini perlu dikuasai oleh murid. Sistem
Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu
baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan
peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksisi manakala aspek
kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata
pelajaran lain.
Corak dan budaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi kebiasaan bagi murid
dan suasana ini kurang merangsang minat dan kehendak naluri mereka. Pada peringkat
7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak aktif dan naluri suka bermain. Namun
cabaran untuk mendidik golongan ini memerlukan kreativiti dan teknik yang menarik.
Program Eksplorasi Bahasa ini merupakan aktiviti yang menggabungkan dua elemen
iaitu bermain sambil belajar disamping menjadi platform kepada pencapaian kendiri
murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sifat
kepimpinan juga dapat dipupuk dalam aktiviti berkumpulan dengan melihat kerjasama
yang diberikan setiap murid bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan.
3.0 JUSTIFIKASI
Sistem bahasa merupakan tunjang dalam Bahasa Melayu. Penguasaan sistem bahasa
yang baik mampu meningkatkan kefasihan dan kemampuan untuk menuturkan bahasa
Melayu dengan betul. Pembelajaran secara menarik berbentuk permainan dapat
meningkatkan minat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu sekaligus
merubah situasi belajar iaitu belajar kerana minat dan bukan kerana terpaksa.
-
7/28/2019 KERTAS KERJA Panitia Bahasa Melayu, Eksplorasi Bahasa
3/7
4.0 OBJEKTIF
I. Memenuhi syarat internship Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan denganKepujian Semester 8.
II. Meningkatkan minat murid terhadap bahasa MelayuIII. Melazimi konsep pendidikan dalam permainanIV. Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan murid
5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM
Tarikh : 4 Julai 2013
Tempat Program : S.K Toh Tandewa Sakti
6.0 PESERTA
Semua murid tahap 2 (tahun 4,5, dan 6)
Anggaran 150 orang murid.
-
7/28/2019 KERTAS KERJA Panitia Bahasa Melayu, Eksplorasi Bahasa
4/7
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Penaung:
Tuan Haji Mad Saad Bin Sroman
(Guru Besar S.K. Toh Tandewa Sakti)
Penasihat:
Puan Hajah Zuraidah binti Jaafar
(GPK Pentadbiran)
Pengerusi :
Puan Norharliza binti Ahmad Shahar
(Ketua Panitia Bahasa Melayu)
Naib Pengerusi :
Puan Norhayati bt Mahjuddin
Setiausaha :
En. Mohammad Yusof bin Abdul Latip
Naib Setiausaha :
En. Mohd Azizee bin Harun
Bendahari :
Puan Noor Zariyah bt Zainol
AJK :
Hadiah dan Cenderahati Makanan
Puan Noor Zariyah bt Zainol Puan Sumty bt Sudin
Alatan Persiapan Tempat
En. Hilaluddin Sabri bin Ibrahim Puan Che Suzana bt Hashim
Dokumentasi
Puan Arbaayah bt Ariffin
-
7/28/2019 KERTAS KERJA Panitia Bahasa Melayu, Eksplorasi Bahasa
5/7
8.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 1
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH
Kad manila 6 RM0.60 RM3.60
Kad Mounting 6 RM3.00 RM18.00
Gunting2 RM1.70 RM3.40
Gam1 RM2.00 RM2.00
Kertas A41 rim RM10.00 RM10.00
Laminate70 helai RM0.80 RM56.00
Kertas Glossy50 helai RM1.00 RM50.00
Pen Marker10 RM3.00 RM30.00
Plastik Pembalut3 meter RM3.00 RM9.00
Pelekat Kertas (Tack)2 RM5.50 RM11.00
JUMLAH RM 197.00
10.0 PENUTUP
Diharapkan program Kembara Bahasa ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-
murid untuk mengingati semula pembelajaran yang telah dipelajari dengan aktiviti yang
berkonsepkan permainan. Selain itu, diharapkan juga program ini dapat memberikan
satu impak yang positif kepada murid-murid dan seterusnya kepada pencapaian
prestasi sekolah.
-
7/28/2019 KERTAS KERJA Panitia Bahasa Melayu, Eksplorasi Bahasa
6/7
Disediakan Oleh:
_________________________
(MOHAMMAD YUSOF BIN ABD LATIP)
Setiausaha,
Program Kembara Bahasa,
Sekolah Toh Tandewa Sakti,
Batang Padang, Perak.
Disemak Oleh:
_____________________
(PUAN NORHARLIZA BINTI AHMAD SHAHAR)
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti,
Batang Padang, Perak.
Disahkan Oleh,
_____________________
(TUAN HAJI MAT SAAD BIN SROMAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti,
Batang Padang, Perak
-
7/28/2019 KERTAS KERJA Panitia Bahasa Melayu, Eksplorasi Bahasa
7/7
Lampiran 1
TENTATIF PROGRAM
1.00 tengah hari : Makan, persiapan diri,
1.30 tengah hari : Solat Zohor berjemaah
1.50 tengah hari : berkumpul di dewan terbuka
2.00 petang : taklimat bersama guru bahasa Melayu
2.10 petang : taklimat murid kembara bahasa , regangan badan
2.30 petang : acara bermula
CP1 : Dewan sebelah kantin (simpulan bahasa)
CP2 : Bilik J-QAF (kata ganda)
CP3 : Pra sekolah (kata hubung)
CP4 : Makmal sains (penjodoh bilangan)CP5 : Dewan terbuka (tanda baca)
CP6 : Kelas 1 Ikhlas (antonim)
3.30 petang : berkumpul di dewanterbuka
3.40 petang : sesi refleksi
4.00 petang : bersurai