kertas kerja mural sjkc st philip

Upload: mizsrieya

Post on 04-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bn

TRANSCRIPT

___________________________________________________________________SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA ST. PHILIPPETI SURAT 61, 89257 TAMPARULI

KERTAS KERJAMELUKIS MURAL SEKOLAH

Tarikh: 25 Ogos 2014 12 September 2014Tempat: Dewan Serbaguna SJKC St. Philip

PROGRAM ANJURAN :GURU-GURU PELATIH PISMP PENGAJIAN CINA DANPISMP BAHASA MELAYUAMBILAN JANUARI 2012

1.0 PENGENALANProjek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent bagi memenuhi syarat praktikum fasa II dalam menjalankan salah satu projek sekolah. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan mengambil kira penglibatan guru-guru pelatih bagi semester 6 dan atas bantuan dari semua guru SJKC St. Philip, Tamparuli.Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupul dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah.2.0 RASIONALKebersihan, keceriaan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek melukis mural ini dijalakan untuk berhasrat menjadikan sekolah sebagai oganisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberangsangkan suasana pembelajaran yang berkesan.3.0 MATLAMAT3.1Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara tidak langsung di sekolah.3.2Melahirkan murid yang prihatin terhadap keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah.4.0OBJEKTIF4.1Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.4.2Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.4.3Mewujudkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.4.4Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.

5.0NAMA PROGRAMProjek Melukis Mural

6.0 ANJURANGuru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran.7.0TARIKH25 Ogos 2014 sehingga 12 September 20148.0 TEMPATDewan Serbaguna SJKC St. Philip, Tamparuli

9.0 ORGANISASIPengerusi:Encik Chung Nam FongGuru Besar SJKC St. PhilipMentor:Puan Ng Pau KinPenolong Kanan I, SJKC St. Philip

10.0PELAN TINDAKAN PROJEKLangkahAktiviti

1Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk melukis Rukun Negara melalui internet.

Mengukur saiz perkataan

Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti pensil, tali, pita ukur, kapur dan LCD.

2Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural : Cat pelaka dan berus

Mencetak perkataan yang diperluaskan untuk mural.

3Mewarnakan perkataan secara berperingkat-peringkat

4Memperbaiki perkataan yang dilukis.

5Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dilukis.

11.0 SUMBER KEWANGANPeruntukkan dari SJKC St. Philip, Tamparuli

12.0ANGGARAN BELANJAWANBilJenisUnitHarga Seunit (RM)Jumlah (RM)

1.Cat Pelaka Merah Putih Kuning Biru Hitam 58.00

40

4Berus kecil33.5010.50

5Berus Sederhana33.8011.40

JUMLAH KESELURUHAN61.90

13.0 PENUTUPAdalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh,

_____________________________(SAHARIA BINTI RAHMAN)Guru Pelatih,IPG Kampus Kent,Tuaran.

Disemak oleh

____________________________(PN. NG PAU KIM)Penolong Kanan I,SJKC St. Philip, Tamparuli.

Disahkan oleh,

_____________________________________(EN. CHUNG NAM FONG)Guru Besar,SJKC St. Philip, Tamparuli.