kertas kerja mural pss

6
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU FERINGGHI KERTAS CADANGAN “PROJEK MURAL BERTEMAKAN BUDAYA MEMBACA PUSAT SUMBER SK BATU FERRINGHI” OLEH :

Upload: nur-farhanah-ahmad-tarmizi

Post on 18-Jan-2016

79 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kertas kerja mural pss.docx

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Mural Pss

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU FERINGGHI

KERTAS CADANGAN

“PROJEK MURAL BERTEMAKAN BUDAYA MEMBACA

PUSAT SUMBER SK BATU FERRINGHI”

OLEH :

PANITIA PENDIDIKAN MORAL DAN PUSAT SUMBER

SEKOLAH SK BATU FERRINGHI

Page 2: Kertas Kerja Mural Pss

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi warga SK.

Batu Ferringhi. Antara peranan penting pusat sumber adalah membentuk profesion

perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu

pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam

pembangunan negara, bangsa dan agama, membentuk golongan murid yang berilmu,

kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah murid supaya dapat memainkan

peranan positif.

Projek ini adalah salah satu aktiviti anjuran bersama Jawatankuasa Panitia

Pendidikan Moral dan Pusat Sumber SK. Batu Ferringhi. Kertas cadangan ini sedapat

mungkin menggariskan pengisian program daripada salah satu aktiviti Panitia

Pendidikan Moral dan Pusat Sumber dengan mengambilkira penglibatan semua warga

Pusat Sumber di atas bantuan dari semua guru-guru Sk. Batu Ferringhi. Di masa yang

sama semangat kecintaan terhadap Pusat Sumber dan budaya membaca dapat

dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat

menceriakan lagi persekitaran Pusat Sumber.

2.0 MATLAMAT

Projek mural Pusat Sumber SK Batu Ferringhi dilaksanakan bagi meningkatkan

keceriaan pada dinding bahagian luar kelas Pusat Sumber SK Batu Ferringhi supaya

nampak lebih menarik dan terserlah dengan corak yang bersifat akademik dan menarik

minat murid-murid untuk hadir ke sekolah dan membaca di dalam Pusat Sumber SK

Batu Ferringhi dalam keadaan yang ceria dan menyeronokkan.

Page 3: Kertas Kerja Mural Pss

3.0 OBJEKTIF

i. Menceriakan dan mencantikkan dinding di Pusat Sumber SK Batu Ferringhi

ii. Memberi sumbangan dalam bentuk tenaga kerja kepada warga sekolah.

iii. Menyediakan satu suasana baharu terhadap Pusat Sumber SK Batu Ferringhi.

iv. Memupuk budaya membaca di kalangan warga SK. Batu Ferringhi.

4.0 BUTIRAN PROJEK

Tempoh : 10 November 2014 – 11 November 2014

Masa : Sepanjang waktu persekolahan

Tempat : Dinding luar Pusat Sumber SK. Batu Ferringhi

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung

Encik Azlin Bin Jambut

(Guru Besar SK. Batu Ferringhi)

Naib Penaung

Puan Nurol Huda Binti Mohd Yunus

(Penolong Kanan Pentadbiran)

Pengerusi

Cik Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi

(Ketua Panitia Pendidikan Moral)

Page 4: Kertas Kerja Mural Pss

Setiausaha

Puan Sim See Yen

(Penyelaras Pusat Sumber)

6.0 ANGGARAN KOS

Bil Perkara Kuantiti (unit/tin) Jumlah (RM)1. Cat Pelaka 1 Liter

BiruMerah JambuPutihHitamKuning

11111

RM12.00RM12.00RM12.00RM12.00RM12.00

2. Cenderahati 48 RM 115.00Jumlah RM 175.00

7.0 PENUTUP

Sebagai penutup, projek ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah dirancang.

Murid-murid juga dapat membina keyakinan diri serta dapat menggunakan pengalaman

sepanjang menyertai projek ini. Apa yang penting, murid-murid dapat lebih

mendisiplinkan diri serta menjadi lebih bermotivasi di samping memupuk kreativiti

masing-masing. Selain itu, budaya membaca dapat diterapkan dan suasana Pusat

Sumber Sk. Batu Ferringhi lebih ceria.

Disediakan Oleh,

------------------------------------------------

(Cik Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi)Pengerusi Projek Mural Pusat Sumber,SK. Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Page 5: Kertas Kerja Mural Pss

8.0 LAMPIRAN KELULUSAN

BAHAGIAN A : GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

Disokong / Tidak Disokong

ULASAN:

……………………………………………………………………………………….....................

TARIKH: ............................................

Puan Nurol Huda Binti Mohd Yunus,Penolong Kanan Pentadbiran Sk Batu Ferringhi,

Pulau Pinang. BAHAGIAN B : GURU BESAR

ULASAN:

.…………………………………………………………………………………………….............

Diluluskan / Tidak Diluluskan

TARIKH: ……………………………………

Encik Azlin Bin JambutGuru Besar SK. Batu Ferringhi,Pulau Pinang.