kertas kerja motivasi tahun 5

6
GURU-GURU PRAKTIKUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK DAN IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, NEGERI SEMBILAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR KERTAS KERJA PROGRAM HALA TUJU SELEPAS UPSR TAHUN 5 2014 TARIKH: 6 Ogos 2014 (Rabu) MASA: 9.30 – 11.00 pagi TEMPAT: Makmal ICT, Sekolah Kebangsaan Batang Benar, 71700 Mantin, Negeri Sembilan ANJURAN:

Upload: muhammad-syafiq

Post on 19-Dec-2015

186 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

maklumat kertas kerja kem motivasi

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Motivasi Tahun 5

GURU-GURU PRAKTIKUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK DAN IPG

KAMPUS RAJA MELEWAR, NEGERI SEMBILAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG

BENAR

KERTAS KERJA

PROGRAM HALA TUJU SELEPAS UPSR TAHUN 5 2014

TARIKH:

6 Ogos 2014 (Rabu)

MASA:

9.30 – 11.00 pagi

TEMPAT:

Makmal ICT,

Sekolah Kebangsaan Batang Benar,

71700 Mantin, Negeri Sembilan

ANJURAN:

Guru-guru ‘Internship’ Semester 8 PISMP, IPG Kampus Pendidikan Teknik dan IPG

Kampus Raja Melewar dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah

Kebangsaan Batang Benar

Page 2: Kertas Kerja Motivasi Tahun 5

1.0 PENDAHULUAN

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi dan meningkatkan

kesedaran murid-murid tentang pentingnya ilmu pendidikan dan memberi

ingatan tentang betapa pentingnya pelajaran kepada mereka. Di samping itu,

program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid

tentang hala tuju mereka selepas UPSR dan setelah meninggalkan

persekolahan. Pada masa yang sama juga, ia turut memberi pendedahan

kepada guru-guru pelatih dalam membuat perancangan bagi mengelolakan

sebarang program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan keupayaan dan minat untuk terus belajar kerana

sentiasa diberi semangat oleh orang sekeliling mereka.

2.2 Satu usaha untuk melibatkan murid secara aktif dalam proses

pembelajaran.

2.3 Membuka minda dan memberi pendedahan kepada murid-murid

tentang hala tuju selepas UPSR dan setelah meninggalkan sekolah.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Tempat: Makmal ICT, Sekolah Kebangsaan Batang Benar

Masa: 9.00 – 10.30 pagi

Sasaran: Murid-murid Tahun 5 (131 orang)

Kewangan: Bayaran Penceramah (RM 150.00)

Sumber: Kutipan Yuran Tahun 5

4.0 TENTATIF PROGRAM

9.20 pagi : Murid-murid mengambil tempat

9.30 pagi : Ceramah bertajuk “Hala Tuju Selepas UPSR” oleh Puan

Saadah binti Sumrah (Kaunselor dari IPG Kampus Pendidikan Teknik)

Page 3: Kertas Kerja Motivasi Tahun 5

11.00 pagi : Penyampaian cenderahati dan bersurai

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENGERUSI

Anisa binti Ahmad

NAIB PENGERUSI

Muhammad Syafiq bin Saadan

SETIAUSAHA

Nor Safwani binti Mazelan

BENDAHARI

Ahmad Yusuf bin Alias

JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT

Luqmanulhakim bin Mohd Asri

JAWATANKUASA SIARAYA DAN DOKUMENTASI

Mohd Azzriq bin Rohaizad

JAWATANKUASA CENDERAHATI

Rohaida binti Ismail

JAWATANKUASA KEBERSIHAN

Siti Noor Nabilah binti Rosdi

6.0 PENUTUP

Program Hala Tuju Selepas UPSR bagi murid Tahun 5 ini merupakan satu

penghargaan daripada guru-guru praktikum terhadap guru-guru dan staf

sokongan SK Batang Benar kerana telah banyak membantu, membimbing

dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh kami menjalankan ‘internship’.

Page 4: Kertas Kerja Motivasi Tahun 5

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual

yang telah dirancang dan mendapat sambutan daripada semua guru-guru

dan murid-murid SK Batang Benar. Segala kerjasama yang diberikan oleh

guru-guru didahului dengan penghargaan dan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………………………..

(NOR SAFWANI BINTI MAZELAN)

Setiausaha,

Program Hala Tuju UPSR Tahun 6,

Sekolah Kebangsaan Batang Benar.

Disemak oleh,

………………………………………

(ANISA BINTI AHMAD)

Pengerusi,

Program Hala Tuju UPSR Tahun 6,

Sekolah Kebangsaan Batang Benar.

Disahkan oleh,

…………………………………………

Page 5: Kertas Kerja Motivasi Tahun 5

(PUAN NORLILA BINTI NORDIN)

Guru Bimbingan dan Kaunseling,

Sekolah Kebangsaan Batang Benar.

Diluluskan oleh,

……………………………

(ENCIK SHAMSUDDIN BIN ABDULLAH)

Guru Penolong Kanan Kurikulum,

Sekolah Kebangsaan Batang Benar.