kertas kerja - authentication · pdf filekertas kerja ini bertujuan untuk membantu...

20
KERTAS KERJA FELDA-DESA PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA TARIKH 29-31 JANUARI 2015 TEMPAT FELDA PAPAN TIMUR KOTA TINGGI ANJURAN SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA MAHASISWA FELDA ASPIRASI GLOKAL

Upload: votruc

Post on 07-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

KERTAS KERJA

FELDA-DESA PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA

TARIKH

29-31 JANUARI 2015

TEMPAT

FELDA PAPAN TIMUR KOTA TINGGI

ANJURAN

SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA

DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“MAHASISWA FELDA ASPIRASI GLOKAL”

Page 2: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

2

KERTAS KERJA FELDA-DESA PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA

SESI 2014/2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat dikalangan

Mahasiswa, golongan masyarakat dan belia tentang sektor ekonomi dan hubungan luar.

Kertas kerja ini juga bertujuan untuk memohon dana daripada pihak-pihak yang sudi

membantu menjayakan program tersebut. Program FELDA-DESA

PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA ini adalah satu program

yang dianjurkan oleh PERSADA FELDA UKM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa

Anak Johor (PERMAJ), FELDA,SERANTA FELDA, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM),

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH),

Syarikat Usaha Sama Felda Papan Timur (SUS), SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN

SISWA / SISWI FELDA (PERSADA) IPTA Malaysia dan pelbagai agensi lain.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Program FELDA-DESA PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA

adalah satu program yang akan memberikan impak tinggi kepada kedua belah pihak. Usaha

menjadikan FELDA PAPAN TIMUR sebagai desa pelancongan akan dilaksanakan secara

giat dengan menawarkan pekej-pekej yang menarik kepada pelancongan yang terdiri daripada

penduduk tempatan dan luar negara.

Menerusi pembanguanan ekonomi sampingan belia, satu projek berskala kecil akan direka

bertujuan melatih belia untuk meneroka dunia pertanian. Pihak penganjur akan menyediakan

kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, benih, baja dan pasaran jualan. Program

ini bertujuan menambahkan pendapatan belia dan meningkatkan taraf hidup.

Pertukaran budaya pula merupakan program saling membantu dimana pihak penganjur akan

turun ke lokasi program untuk membuat operasi khidmat masyarakat. Pada masa yang sama,

jemputan juga akan diberikan kepada masyarakat kampung terutamanya golongan belia untuk

datang ke UKM bagi memeriahkan program yang dianjurkan di UKM.

.

Page 3: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

3

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengeratkan tali silaturrahim dan semangat bekerjasama antara pelaksana dan

mahasiswa yang terlibat di samping masyarakat sekitar.

3.2 Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.

3.3 Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab

terhadap masyarakat dan Negara.

3.4 Mempromosikan kawasan luar bandar dengan aktiviti-aktivi menarik seperti

pelancongan desa dan aktiviti-aktiviti harian masyarakat FELDA

3.5 Mewujudkan hubungan antara mahasiswa dan agensi luar

3.6 Memperkasakan agenda pembangunan modal insan selari dengan nilai-nilai

kemahiran insaniah pelajar iaitu HP1 - Kemahiran dan Kebertanggungjawaban Sosial,

HP2- Kemahiran Komunikasi, HP4 - Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme, HP6 -

Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.

4.0 TEMA

“MAHASISWA FELDA ASPIRASI GLOKAL”

5.0 ANJURAN

SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA Dengan Kerjasama

Persatuan Mahasiswa Anak Johor (Permaj)

Universiti Kebangsaan Malaysia

6.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 15 September – 30 Disember 2014

Page 4: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

4

9.0 TEMPAT PROGRAM

FELDA PAPAN TIMUR,KOTA TINGGI, JOHOR

10.0 PUBLISITI

• Paparan pada Digital Board Universiti Kebangsaan Malaysia.

• Hebahan melalui Blog / Facebook dan media elektronik lain.

11.0 CADANGAN PERASMI

Berikut adalah senarai cadangan untuk perasmi bagi program ini :

1. Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa Bin Dato’ Haji Abdul Samad

Pengerusi FELDA

2 Datuk Haji Faizoull Bin Ahmad

Pengarah Besar FELDA

3. Hj. Mohamad Khairudin Hj. Mohamad

Pengarah Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri

4. Prof. Datin Noor Aziah Binti Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Desa Pelancongan= 15 orang urusetia

Pembanguanan Ekonomi= 5 orang belia tempatan

Page 5: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

5

Pertukaran budaya i) Operasi Khidmat Masyarakat = 100 orang

ii)Jelajah Kampus UKM= 100 orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 Desa Pelancongan

Pihak penganjur akan membuat pakej yang terdiri daripada penginapan home stay dan

pekej agro-pelancongan seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kilang membuat kuih

bahulu dan kerepek, melawat kandang lembu serta peluang merasai suasana hidup di

kawasan FELDA. Pelancong akan diajar dengan cara yang betul untuk menuai buah

kelapa sawit dan berpeluang membuat kuih bahulu ciptaan sendiri. Kerjasama dengan

agensi pelancongan akan dibuat bagi mempromosikan kawasan FELDA tersebut.

Golongan sasaran adalah penduduk bandar dan rakyat Singapura. Promosi juga

akan dibuat menerusi media massa seperti media cetak dan media elektronik.Program

ini bersifat berterusan. Objektif utama projek ini adalah untuk mempromosikan

kawasan FELDA terutamanya FELDA Papan Timur. Dalam masa yang sama,

program ini juga dapat menjana pendapatan penduduk tempatan contohnya melalui

peluang kerja sebagai pemandu pelancong dan pendapatan menerusi pakej-pakej yang

disediakan.

Page 6: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

6

14.2 Pembangunan Ekonomi

Beberapa orang belia akan dipilih untuk mengusahakan tanaman pertanian seperti ubi

kayu dan pisang. Kerjasama daripada pihak belia di FELDA Papan Timur dan

FELDA Air Tawar 3 telah dibuat. Golongan belia ini mewakili Majlis Belia FELDA

Malaysia (MBFM). Secara tidak langsung program ini dapat dijadikan aktiviti serta

perintis kepada para belia untuk mengusahakan projek-projek seperti ini dalam skala

yang lebih besar pada masa akan datang. Kerjasama dengan pihak FELDA akan

dibuat bagi mendapatkan kawasan tanah dan latihan penanam yang berkesan.

Penganjur juga akan mendapatkan pasaran bagi memasarkan hasil pertanian setelah

dituai.Program ini memakan masa selama 3 hingga 5 bulan

14.3 Pertukaran Budaya

14.3.1 Operasi Khidmat Masyarakat

Program ini bertujuan untuk mewujudakan hubungan antara mahasiswa dan

penduduk kampung. Mahasiswa akan diberi peluang untuk merasa kehidupan

harian masyarakat di FELDA Papan Timur. Di bawah program operasi

khidmat masyarakat terdapat beberapa yang telah dirangka untuk memberikan

impak yang tinggi kepada peserta dan penduduk kampung.

14.3.1.1 Penyerahan Anak Angkat

Program ini bertujuan untuk mewujudkan keluarga angkat

dalam kalangan mahasiswa/i dan penduduk kampung tersebut.

Melalui program ini mahasiswa dapat merasai kehidupan

sebenar di kampung tersebut dan belajar benda-benda baru di

dalam kehidupan terutamanya dari segi kehidupan pertanian.

Page 7: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

7

Program ini melibatkan beberapa buah keluarga angkat dan

pembahagian 100 orang peserta sebagai anak angkat.

14.3.1.2 Gotong-royong

Gotong-royong ini melibatkan beberapa kawasan di mana

mahasiswa/i akan membersihkan tanah perkuburan, sekolah

dan kawasan sekitar kampung dengan kerjasama dan

penglibatan penduduk kampung. Peserta akan dibahagikan

kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan yang

telah ditetapkan. Para penduduk juga akan diberikan kawasan

angkat masing-masing supaya aktiviti berkala ini dapat

dijalankan sendiri oleh mereka setelah tamatnya program ini.

Tujuan aktiviti ini adalah membuktikan keprihatinan

mahasiswa/i dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar seperti

membuat mural di sekolah dan membersihkan kawasan

perkuburan untuk merapatkan lagi hubungan antara warga

kampung dengan mahasiswa/i UKM. Selain itu akan dibina

tugu peringatan sebagai simbolik program yang dijalankan.

14.3.1.3 Sukan Rakyat

Sukan rakyat ini diadakan bertujuan untuk mengajak penduduk

kampung turut serta beriadah bersama-sama mahasiswa/i.

Selain itu sukan rakyat juga dapat memperkenalkan sukan atau

permainan tradisional kepada mahasiswa/i dan masyarakat

yang semakin dilupakan pada zaman moden ini. Antara

permainan tradisional yang dijalankan adalah tarik upih, lari

dalam guni, bowling kelapa dan sebagainya.Sukan rakyat ini

juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara

penduduk kampung dan mahasiswa/i.

Page 8: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

8

14.3.1.4 Motivasi

Motivasi ini bermatlamat meningkatkan semangat belajar

dalam kalangan pelajar-pelajar yang dipilih. Seramai 20 orang

fasilitator akan mengendalikan program tersebut. Modul yang

digunakan meliputi aspek meningkatkan kemahiran

pengucapan umun dan semangat kerja berpasukan. Fasilitator

juga akan membimbing dan membantu pelajar secara

berterusan melalui hubungan di laman sosial.

14.3.1.5 Menziarahi Warga Emas

Melihatkan keprihatinan mahasiswa terhadap golongan warga

emas. Bantuan dari segi membersihkan kawasan perumahan

dan pemberian bantuan keperluan asas akan diberikan

berdasarkan sumbangan yang pihak yang ingin menyumbang.

Program ini dilihat mampu melahirkan mahasiswa yang

mengambil berat terhadap golongan warga emas dan keluarga

mereka sendiri.

14.3.1.5 Forum Perdana

Memberi sedikit halua telinga kepada penduduk FELDA Papan

Timur dan memberi input tentang ilmu agama. Golongan

sasaran adalah dari kalangan generasi pertama FELDA Papan

Timur dan kawasan sekitar, golongan belia dan mahasiswa

sendiri. Program seperti ini mendapat sambutan yang

menggalakkan berdasarkan jumlah kehadiran pada program-

prgram yang telah dianjurkan.

Page 9: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

9

14.3.2 Jelajah Kampus UKM

Program ini merupakan sub-program kepada program pertukaran budaya di

mana belia-belia dan pelajar yang terdiri darpada penduduk kawasan FELDA

Papan Timur dan FELDA sekitar Kota Tinggi akan di bawa ke Universiti

Kebangsaan Malaysia. Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada

belia-belia yang tidak berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading

untuk merasai kehidupan di sini. Golongan sasaran untuk program ini adalah

belia-belia FELDA, pelajar sekolah dan ibu bapa. Penerangan secara khusus

akak dibuat berkaitan kehidupan di universiti.Program ini juga bertujuan

menyuntik semangat dan motivasi dalam kalangan pelajar-pelajar untuk

menjejakkan kaki ke menara gading serta mengurangkan kerisauan dalam

kalangan ibu bapa tentang aktiviti yang bakal anak mereka lalui di alam

universiti.

15.0 BELANJAWAN

Rujuk lampiran C

Page 10: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

10

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi:

SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA

(PERSADA)

Paras2, No.9 Bilik Persatuan Pelajar,

Bangunan Pusanika

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan

(u/p:FARHAN NOOR BIN ISHAK)

Tel :012-9938992

E-mel :[email protected]

LamanWeb : https://www.facebook.com/PERSADAukmCEMERLANG

Page 11: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

11

17.0 PENUTUP

Justeru itu, diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat

bantuan kewangan bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar. Semoga

program ini berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang

disasarkan. Jasa dan budi baik tuan/puan mempertimbangkan kertas kerja ini amat dihargai

dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Page 12: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

12

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM FELDA-DESA PELANCONGAN,EKONOMI DAN PERTUKARAN BUDAYA

SESI 2014/2015,

SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA

Penaung

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Prof. Datin Noor Aziah Binti Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor,(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),UKM

Penyelaras

Prof. Madya Dr. Roslee Bin Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM

Penasihat

En. MohdHanafiah Omar

Penolong Pendaftar Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM

Ketua Pengarah

Farhan Noor Bin Ishak(FSSK/3/A140784)

012-9938992

Timbalan Pengarah

Azyan Binti Samsudin (FSSK/1/A149041)

Page 13: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

13

Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Ja’afar (FSSK/2/ A145403)

Bendahari

Siti Solehah Binti Mohamed Noor (FEP/2/A143140)

Pengarah Program : MohdRidzwan Bin Salleh (FUU/3/ A140306)

AJK :Siti Afifah Binti Aziz (FST/1/A149056)

:Izzatul Nadia Binti Sulaiman (FEP/2/A143457)

Pengarah Protokol :NurulAtiqah Binti Daud (FEP/2/A143181)

AJK :Muhaidir Bin Mohamad (FPEND/4/A137258)

Pengarah Pemasaran : Nur Shakinah Binti Kadiran (FEP/2/A143445)

AJK :Anis AzaAkma Binti Mohamad (FTSM/2/A146355)

Pengarah Kebajikan :Nur Azirah Binti Yahaya (FST/3/A139852)

Pengarah Teknikal :MohdTarmizi Bin Azeman (FPEND/4/A138285)

AJK :Nur Syafiq bin Zahidin (FST/2/ A145689)

Pengarah Pengangkutan

&Keselamatan :Mohd Syawal Bin Othman (FEP/2/A147017)

Ajk : Mohamad Aziz Bin MdSalleh (FEP/2/A143432)

Pengarah Jamuan :Siti Norhamisah Binti Md Desa (FPI/3/ A141703)

AJK :Nor Izzaidah Binti Hamad (FTSM/2/A146406)

Pengarah Cenderamata : Siti Aisyah Binti Abdullah (FST/2/A145642)

Pengarah Tugas-tugas Khas

&Publisiti : NurulHafizah Binti MohdZulkele (FTSM/2/A146409)

AJK :Arnida Binti Anuar (FSSK/3/A140293

Page 14: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

14

LAMPIRAN B

Gerak Kerja Desa Pelancongan

Tarikh/ Masa Perkara Tempat

20-25 Oct 2014

Perbincangan bersama:

i) Pegawai Felda

ii) Pengusaha Homestay

iii) Pengusaha Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS)

Felda Papan Timur

25-26 Oct 2014 Bengkel Duta Jauhar dan Perkongsian

idea

Universiti Teknologi Malaysia

27-31 Oct

Gerak kerja publisiti

- mewujudkan page dan

membangunkan laman web di

media elektronik dan media

sosial

- mewujudkan kerjasama antara

agensi pelancongan

Universiti Kebangsaan

Malaysia

1-2 Nov 2014 Perbincaangan kali ke dua bersama:

i) Pegawai Felda

ii) Pengusaha Home Stay

iii) Pengusaha IKS

Felda Papan Timur

15-16 Nov 2014

Sesi fotografi untuk tujuan promosi Felda Papan Timur

3-16 Nov 2014

Perbincangan Berkenaan Pekej Desa

Pelancongan bersama penasihat dan

penyelia program

Membuat Promosi di media sosial

Universiti Kebagsaan Malaysia

29 Jan- sepanjang

masa

Membuat promosi dan mengambil

tempahan

Sepanjang Masa

Page 15: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

15

Pembangunan Ekonomi

Tarikh/Masa Perkara Tempat

20-23 Oct 2014

Membuat perbincangan dan kajian

tentang jenis tamanan yang hendak

dibangunkan

Universiti Kebagsaan Malaysia

24-25 Oct 2014

Perbincangan bersama:

i) Pegawai FELDA

ii) Pengusaha Home Stay

iii) Pengusaha PKS

Mencari kawasan yang sesuai untuk

dibanguan sebagai kawasan penanaman

FELDA Papan Timur

FELDA Air Tawar 3

25-26 Oct 2014

Bengkel Duta Jauhar dan Perkongsian

idea

Universiti Teknologi Malaysia

15-16 Nov 2014

Melihat Kawasan Tanah FELDA Papan Timur

1-5 Jan 2015 Pengurusan Kawasan Tanah

-membajak

-memasang pagar

FELDA Papan Timur

29-30 Jan Proses Penanaman FELDA Papan Timur

Page 16: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

16

Jelajah Kampus UKM

MASA ATURCARA

31 DEC 2014

7.30 pagi

7.50 pagi

8.00 pagi

8.05 pagi

8.10 pagi

8.15pagi

8.25pagi

8.30pagi

8.40 pagi

110.00pagi

11.20pagi

11.40pagi

12.30 tengah hari

Urusetia dan peserta berkumpul di Pusanika UKM

Ketibaan Peserta

Ketibaan Tetamu jemputan dan VVIP

Bacaan doa

Ucapan Ketua Pengarah

Ucapan Perasmi

Cenderamata Perasmi

Taklimat Ringkas

Peserta Kayuhan Dilepaskan

Kayuhan Tamat

Cabutan Bertuah

Jamuan

Bersurai

Page 17: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

17

LAMPIRAN C

Anggaran Perbelanjaan Program Ekonomi Belia (PENDAPATAN A)

Bil Perkara Belanjawan (RM) Jumlah (RM)

1 Pengurusan Tanah

-Membajak

-Baja

-Anak Benih

RM10000.00

RM500.00

RM300.00

RM 1000.00

RM 500.00

RM 300.00

2 Keselamatan

-Pagar

2000.00 RM 2000.00

3 Alatan Pertanian

1000.00 RM 1000.00

4 Seminar dan Latihan Pertanian

1000.00 RM 1000.00

5 Publisiti

500.00 RM 500.00

6 Pengangkuan

1000.00 RM 1000.00

7 Jamuan

1000.00 RM 1000.00

Jumlah Perbeanjaan Keseluruhan Program Ekonomi

Belia

RM 8 300.00

Anggaran Perbelanjaan Desa Pelancongan (PENDAPATAN B)

Bil Perkara Belanjawan (RM) Jumlah (RM)

1 Pengangkutan

RM 1000.00 RM 1000.00

2 Keceriaan

RM 2000.00 RM 2000.00

3 Publisiti

RM 1000.00 RM 1000.00

4 Gerak Kerja Awal

RM 1000.00 RM 1000.00

Page 18: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

18

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan Program Desa

Pelancongan

RM 5000.00

Anggaran Perbelanjaan Pertukaran Budaya

i) Operasi Khidmat Masyarakat

Bil Perkara Belanjawan (RM) Jumlah (RM)

1 Sesi Penyerahan Anak Angkat

Cenderamata

Jamuan

Wang Sara Diri

RM 500.00

RM 500.00

RM 50.00x100

RM 500.00

RM 500.00

RM 5000.00

2 Gotong Royong

Jamuan

Peralatan

RM 500.00

RM 300.00

RM 500.00

RM 300.00

3 Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Sumbangan

RM 50.00x 6 orang

RM 300.00

4 Sukaneka

Cenderamata

Alatan

RM 500.00

RM 100.00

RM 500.00

RM 100.00

5

Forum Perdana

PA Sistem

Penceramah

Jamuan

Jamuan VVIP

Cenderamata

RM 300.00

RM 2000.00

RM 10.00 x 100

RM 300.00

RM 300.00

RM 300.00

RM 2000.00

RM 1000.00

RM 300.00

RM 300.00

6

Motivasi

Peralatan

Cenderamata

Jamuan

RM 500.00

RM 300.00

RM 1000.00

RM 500.00

RM 300.00

RM 1000.00

7 Majlis Perasmian Penutup

Cenderamata

Jamuan

RM 1000.00

RM 2000.00

RM 1000.00

RM 2000.00

Page 19: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

19

8 Publisiti

Tag Nama

Banner

RM 5.00x40

RM 100.00x3

RM 200.00

RM 300.00

9 Gerak Kerja Awal

RM 500.00 RM 500.00

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan Operasi Khidmat Masyarakat

RM 17400.00

ii) Jelajah Kampus UKM

Bil Perkara Belanjawan (RM) Jumlah (RM)

1 Penginapan Peserta

RM 10 x 100 orang RM 1000.00

2 Sewaan Basikal

RM 15 x 100 orang RM 1500.00

3 Pengurusan dan

pentadbiran

Alat tulis

Printing

RM 150.00

RM 200.00

RM 150.00

RM 200.00

4

Jamuan

VIP

AJK dan Peserta

Bantuan Wisma

Aaman dan

PBSM

Air mineral

RM 10.00 x10 orang

RM 8.00 x 150 orang

RM 8.00 x 10 orang

RM 20.00 X 10 kotak

RM 100.00

RM 1200.00

RM 80.00

RM 200.00

5 Cenderamata

Perasmi

Penaja

Peserta

Pihak Polis

BSMM

RM 40.00 x 1

RM 35.00 x 5

RM 30.00 x 100 orang

RM 20 x 5 orang

RM 40.00

RM 175.00

RM 3000.00

RM 125.00

Page 20: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileKertas kerja ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat ... kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal, ... kayu

FELDA-Desa Pelancongan, Ekonomi dan Pertukaran Budaya

“Mahasiswa FELDA Aspirasi Glokal”

20

RM 15.00 x 10 orang RM 150.00

6

Publisiti

Banner

Bunting

Poster

RM 100.00 X 3

RM 50.00 X 10

RM 10.00 x 10

RM 300.00

RM 500.00

RM 100.00

7 Tugas-tugas Khas

Tag nama AJK

Baju program

Kertas A4

RM 2.00 x 50

RM 20.00 x 50

RM 10 x 8

RM 100.00

RM 1000.00

RM 80.00

8

Percetakan

Cetakan dan

Photostat

Buku cenderamata

RM 100.00

RM 100.00

RM 100.00

RM 100.00

9 Sewaan Bas RM 1100.00 RM 1100.00

10 Rencam RM 500.00 RM 500.00

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan Jelajah Kampus

RM 11800.00

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan

Bil Program Jumlah

1 Program Ekonomi Belia

RM 8 300.00

2 Perbelanjaan Desa Pelancongan

RM 4500.00

3 Program Khidmat Masyarakat

RM 17400.00

4 Jelajah Kampus UKM

RM 11800.00

Jumlah Keseluruhan

RM 42000 .00