kertas kerja mini agro

6
KOLABORASI STRATEGIK DENGAN : KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN MEMBANGUNKAN MINI INKUBATOR USAHAWAN TANI KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT JOHOR

Upload: rosedi-ibrahim

Post on 02-Jul-2015

424 views

Category:

Education


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja  mini agro

KOLABORASI STRATEGIK DENGAN :

KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN MEMBANGUNKAN MINI INKUBATOR USAHAWAN TANI KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT JOHOR

Page 2: Kertas kerja  mini agro

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini di buat adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan

daripada pihak Pengurusan Kolej Komuniti Batu Pahat dari aspek kewangan dan

kebenaran menggunakan kawasan untuk menjalankan aktiviti usahawan tani.

2.0 PENGENALAN

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan telah

menghebahkan tentang memperkasakan pertanian baru. Ia bukan sahaja

merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan

aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Merujuk kepada Teras 5 Pelan

Pengukuhan keusahawanan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia 2010-2015 yang menyarankan agar setiap e-Tech Center

Kolej Komuniti menyediakan peluang dan ruang perniagaan kepada pelajar. Selaras

dengan hasrat ini, e-Tech Center Kolej Komuniti Batu Pahat mencadangkan agar

dibangunkan sebuah mini inkubator usahawan tani yang akan dijenamakan sebagai

MINI AGRO eKKBPJ di Kolej Komuniti Batu Pahat ini.

Mini Inkubator ini akan menjadi sebuah pusat bimbingan untuk membantu

pelajar-pelajar kolej komuniti ini yang berminat untuk menjadi usahawan tani. Ia

terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

1. Bahagian pertanian sayuran

2. Bahagian perternakan ikan keli

3. Bahagian Lanskap (simen ferro dan fiber glass)

Program ini adalah jalinan kolaborasi strategik dengan Jabatan Pertanian

Daerah Batu Pahat. Di harap cadangan ini dapat diluluskan dan seterusnya memberi

impak yang positif di dalam rangka melahirkan usahawan tani.

3.0 OBJEKTIF

i. Membangunkan sebuah mini inkubator usahawan tani yang terdiri daripada tiga

bahagian iaitu bahagian pertanian, bahagian perternakan dan bahagian lanskap.

ii. Memberi bimbingan dan latihan kepada para pelajar untuk menjadi usahawan

tani yang berjaya.

iii. Melahirkan usahawan tani yang berjaya dan berdaya saing

Page 3: Kertas kerja  mini agro

4.0 ANJURAN

e-Tech Center Kolej Komuniti Batu Pahat berkolaborasi strategik dengan

Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat

5.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk bermula pada :

01 Ogos 2012

6.0 TEMPAT

Ketiga-tiga bahagian ini dicadangkan untuk dibina di sekitar bangunan Kolej Komuniti

Batu Pahat Johor

7.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar – pelajar yang berminat

8.0 CARTA GANTT

Sila lihat LAMPIRAN 1

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila lihat LAMPIRAN 2

10.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai

objektif yang digariskan. Kerjasama diperlukan dari semua pihak amatlah

diharapkan untuk menjayakan program ini. Semoga semua mendapat ilmu

dan manfaat yang berguna dari program ini.

Page 4: Kertas kerja  mini agro

Disediakan oleh :

...................................

(ROSEDI BIN IBRAHIM)

Pegawai Keusahawanan, Kolej Komuniti Batu Pahat, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Tarikh :

Disemak oleh,

.......................................

(SITI NORMAH BTE SUIB )

Ketua Jabatan

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kolej Komuniti Batu Pahat, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh :

Diluluskan oleh :

.......................................

(RADZUAN BIN OTHMAN)

Penngarah

Kolej Komuniti Batu Pahat

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh :

Page 5: Kertas kerja  mini agro

LAMPIRAN 1

CARTA GANTT

Aktiviti Ogos Sept Okt Nov Dis

Membeli dan memasang barang

kelengkapan

Kursus asas tani (Jabatan Pertanian

Batu Pahat)

Kursus membuat produk lanskap

(simen ferro dan fiber glass)

Menanam sayuran dan mengisi

benih ikan keli ke dalam kolam

Penjagaan pertanian & perternakan

Membina produk lanskap

Menuai dan menjual

Page 6: Kertas kerja  mini agro

LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah(RM)

1.

Pembiayaan

Duit peruntukan untuk program keusahawanan

11590

00

Jumlah Pembiayaan 11590 00

Perbelanjaan bahagian sayuran

a. Kos tapak semaian dan tanaman

b. Bahan Mentah (Tanah, sabut kelapa, baja, poli bag)

c. Reinforced Garden Hose with hose reel

d. Pam air

e. Tong plastik 200L (RM100 X 2 unit)

f. Gutter

g. PVC pipe 3” with fitting

Perbelanjaan bahagian perternakan ikan keli

h. Tangki Fiber glass (RM1000 X 3 unit)

i. Benih ikan keli ( RM0.20 X 1000 ekor)

j. Makanan ikan keli ( RM40 X 5 bag)

k. Bahan rawatan

l. Penyauk

m. Bekas plastik 10L (RM20 X 3 unit)

Perbelanjaan bahagian Lanskap (simen ferro dan fiberglass)

n. Bahan Mentah ( BLC, simen, pasir, cat )

o. Peralatan (cutter,Scoop, kayu pelaras, sudik, span, baldi, berus

dan bekas cat)

p. Serat Fiber dan resin

q. Peralatan (gunting, berus dan bekas resin)

Papan tanda projek

Kursus Asas Tani (RM30 X 20 pelajar)

Kursus Simen Ferro (RM50 X 20 pelajar)

Kursus Fiberglass (RM50 X 20 pelajar)

1000 1000 300 500 200

500 100

3000 200 200 100 30 60

500

250

500

50

500

600 1000 1000

00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00 00

Jumlah Perbelanjaan 11590 00