edited tgsan agro ubi kayu

Upload: nourein-ieyzan

Post on 11-Jul-2015

347 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah Negara yang harmoni. Kehidupannya yang berbilang bangsa dan pelbagai kaum amatlah dikagumi oleh Negara luar. Masyarakat Malaysia saling hormat menghormati dan sering mengeratkan silaturrahim. Seringkali masyarakat di Malaysia, samada di kampung atau di bandar mengadakan kenduri kendara. Biasanya kenduri kendara yang agak ringkas dan menjimat kos serta tenaga akan menggunakan polisterin untuk dijadikan bekas bagi menjamu tetamu. Kedai- kedai di Malaysia pada masa kini juga banyak menggunakan polisterin dalam urusan seharian, dengan ini kita sebagai pengguna akan terlibat secara langsung dalam penggunaan polisterin. Walaupun dewasa ini sudah banyak kedengaran kesan sampingan akibat penggunaan polisterin ini di war- warkan di media massa atau elektronik tetapi ianya dianggap seperti mencurahkan air di atas daun keladi. Tiada badan- badan yang bertanggungjawab mengambil langkah yang serius untuk menangani permasalahan tersebut. Walaupun begitu telah ada organisasi tertentu yang berani menyuarakan pandangan dan telah ada syarikat atau orang perseorangan yang cuba memasarkan produk untuk menggantikan penggunaan polisterin, tetapi masih ditakuk tidak memuaskan.Di luar Negara perkara ini telah dipandang serius dan pelbagai aktiviti dijalankan agar penggunaan polisterin terus lenyap di muka bumi ini.

2.0

UBI KAYU

Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Selain karbohidrat, ubi kayu menduduki tempat ketiga selepas padi dan jagung. Selain daripada Indonesia dan Thailand, Negara kita merupakan pengeluar utama ubi kayu di dunia. Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi Belanda dan cassava. Dalam penerbitan Bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandi o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), c sn or khoai m (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia). Ubi kayu didapati dari pokok ubi kayu yang tumbuh berbatang, tidak menjalar seperti kekacang sebagaimana ciri umum ubi. Isinya berwarna putih, boleh dimakan secara masak rebus, bakar atau pemprosesan tepung ubi menjadi aneka kuih-muih. Ubi kayu terkenal dibuat ketupat, kerepek dan tapai. Kuih talam, poli, lepat, pengat dan bubur juga boleh dibuat daripada ubi kayu. Ubi kayu rebus digaul dengan kelapa parut, gula dan garam amat digemari

sebagai sarapan bersama teh atau kopi oleh orang ramai, terutama di Utara dan Timur Semenanjung. Pada zaman dijajah oleh Komunis iaitu ketika Perang Dunia Kedua, ubi kayu dijadikan makanan ruji menggantikan beras untuk mengalas perut. Hal ini disebabkan oleh proses menaman ubi kayu agak mudah dan ringkas berbanding menanam padi untuk menghasilkan beras. Sebahagian warga emas masih ingat bagaimana ubi kayu menggantikan nasi sebagai makanan ruji pada zaman pemerintahan Jepun (1942-45). Proses menanamnya dengan cara batang ubi dikerat dan dicucukkan ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan. Pada zaman kini,ubi kayu tidak lagi dijadikan makanan asas sebaliknya ianya dimanipulasikan kepada kegunaan harian yang melibatkan daun,batang hinggalah ke akar. Contohnya adalah sebagai kanji untuk menguatkan papan lapis, pakaian, kertas dan penyedian makanan dan minuman, bahan perisa makanan, pemanis masakan, bahan-bahan kosmetik, barangan mesra alam seperti pinggan mangkuk, makanan haiwan dan sebagainya. Bukan itu sahaja ubi kayu juga boleh digunakan sebagai sumber bahanapi Ethanol untuk mengerakkan mesin dan kenderaan.

3.0

POLISTERIN

Polisterin atau bekas makanan pakai buang adalah bekas yang diperbuat daripada plastik yang keras seperti kulit kaset dan kemudian dibentuk menjadikan polisterin yang mana ianya sangat rapuh, warnanya putih cerah. Untuk itu bahan plastik tersebut perlu dicampur dengan bahan kimia seperti vinyl cloride monomer (VCM) dan phthalates. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah. Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan memudarat kepada kesihatan. Menurut kajian, Agensi Penyelidik Kanser Antarabangsa ( IARC ), Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia. Bahan- bahan kimia daripada bekas makanan itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia. Untuk pengetahuan umum juga, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid. Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.Tambahan

pula,hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research( IEER ) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang ke-5 paling bahaya. Namun begitu, pengguna masih memandang enteng kepada tahap penggunaan polisterin. Masalah ini timbul disebabkan diri sendiri merasakan sukar,payah dan malu dengan membawa bekas makanan sendiri ke kedai serta merasakan kos penggunaan polisterin adalah murah dan apabila selesai digunakan dengan mudah hanya campakkan ke dalam tong sampah tanpa perlu membasuhnya. Polisterin akan mengambil masa yang lama, dianggarkan beratus-ratus tahun untuk terurai sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, apabila cukup tempoh masanya, sampah yang banyak akan dibakar oleh pengguna bagi mengambil jalan pintas serta merasakan dapat mengelakkan pembiakan aedes. Apabila polisterin ini dibakar ianya akan mengeluarkan asap yang hitam. Sekiranya aktiviti ini diamalkan selalu ianya akan memberikan kesan kepada alam sekitar kita terutama dari segi penipisan ozon.

4.0

PERBANDINGAN ANTARA POLISTERIN DENGAN PINGGAN UBI KAYU

Pembangunan mapan adalah isu global yang datang bersamanya krisis dan konflik yang menjadi perdebatan di setiap negara- negara membangun dan maju seluruh dunia. Secara umum, pembangunan mapan bermaksud pembangunan sesebuah negara yang tidak menidakkan hak generasi masa depan menikmati apa yang generasi sekarang miliki seperti alam sekitar. Pembangunan mapan adalah pembangunan yang mengambil kira kepentingan dan kesan terhadap alam sekitar. Fenomena pemanasan global adalah antara kesan terhadap alam sekitar. Fenomena ini semakin mencengkam penduduk dunia dan ia banyak menyumbang kepada kesan negatif kepada seluruh makhluk di muka bumi ini. Akibat daripada fenomena pemanasan global, suhu bumi telah menjadi semakin tinggi serta semakin tenat. Pelbagai persoalan yang timbul akibat daripada fenomena tersebut iaitu punca sebenar fenomena itu berlaku. Perkara tersebut berlaku kerana semuanya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. Daripada kajian yang dilakukan, fenomena pemanasan global ini berlaku akibat daripada longgokan sisa- sisa domestik, sampah sarap dan terhasillah pencemaran udara yang memerangkap gas karbon dioksida, karbon monoksida serta pelbagai lagi gas beracun di dalam atmosfera dan seterusnya membentuk gas rumah hijau. Kesan rumah hijau tersebut

akan menyebabkan haba dari matahari tidak dapat dipantulkan semula ke angkasa sehingga menjadikan suhu bumi terus meningkat. Pencemaran udara yang berlaku juga adalah daripada bekas makanan polisterina yang tidak dapat diuraikan secara semulajadi serta ianya juga menjadi agen kanser. Untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu, pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan juga swasta iaitu dengan cara memberi tumpuan kepada aktiviti mengurangkan pencemaran udara. Bertitik tolak daripada falsafah ini, sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd ( NHI ) telah menghasilkan produk mesra alam hasil daripada kajian yang dijalankan selama lebih kurang tiga tahun. Produk yang dihasilkan adalah daripada ubi kayu yang telah diproses untuk dijadikan pinggan dan selamat digunakan oleh manusia serta dapat menyelamatkan alam sekitar. Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ianya mudah dilupuskan kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan. Produk ini juga telah mendapatkan kelulusan berkaitan halal daripada JAKIM. Selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluaran pinggan ubi kayu juga boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu. Setiap produk yang dihasilkan sedaya upaya akan dikurangkan permasalahan. Begitu juga dengan produk pinggan ubi kayu ini. Permasalahan utama yang akan timbul ialah pasaran produk ini. Produk ini masih baru, jadi amat sukar bagi penduduk luar bandar untuk memperolehi produk ini. Selain itu, pengetahuan tentang produk ini tidak begitu menular dikalangan penduduk luar bandar sekiranya tidak dibantu oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk memberikan pendedahan umum tentang produk ini.

Maka dengan itu, untuk mengatasi permasalahan di atas agensi bertanggungjawab perlu mempromosikan produk ini di media massa dan elektronik untuk membantu semua golongan di Malaysia memperolehi manfaat sepenuhnya sama ada untuk diri sendiri serta alam sekitar. Usaha pengharaman penggunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua pihak. Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan drastik jika tiada satu usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menghapuskan penggunaan polisterin. Oleh sebab itu, pihak berkaitan seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar haruslah bekerja keras dalam merangka jalan penyelesaian dalam mengurangkan bekas makanan dan cawan polisterin terutamanya di majlis- majlis keraian. Kementerian Teknologi Bumi Hijau perlu menguatkuasakan undang-undang agar penggunaan polisterin di negara Malaysia perlu dimansuhkan sesegera mungkin bagi memberi manfaat kepada tubuh manusia serta alam sekitar. Perlu diingatkan kita adalah peminjam sementara kepada generasi akan datang. Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan, jadi ,menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk menjaganya bukan

memusnahkannya.

4.1

MAKLUMAT BERKAITAN PINGGAN UBI KAYU

# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu # Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit. # Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong. # Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan. # Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard. # Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang. # Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari. # Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun. # Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.

4.2

KEBAIKAN

# Mesra alam dan boleh terurai secara semula jadi. # Selamat digunakan # Halal # Membantu ekonomi petani

4.3

KEBURUKAN

# Sukar untuk diperolehi kerana pasaran terhad walaupun permintaan tinggi. # Warna yang tidak menarik # Tidak tahan lama.

5.0

TEKNOLOGI

Berdasarkan bahan yang dinyatakan di atas dalam menghasilkan pinggan ubi kayu ini ianya telah menggunakan bioteknologi ekstrak ubi kayu yang telah dilakukan penyelidikan selama tiga tahun dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh SIRIM serta dipantau oleh JAKIM untuk mengesahkan halal, bersih, suci dan selamat digunakan serta dimakan. Penghasilannya telah digunakan dengan mesin khas dan dibantu oleh tenaga manusia yang mahir.

6.0

KESIMPULAN

Penggunaan polisterin lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Sehubungan dengan itu kita sebagai pengguna perlu menukar cara dan corak kehidupan kita akan dapat dimanfaatkan seoptimum yang mungkin agar kita dapat hidup sejahtera,badan kita sihat serta nyawa bumi dapat diselamatkan. Dengan itu, perlulah kita menukarkan polisterin kepada pinngan ubi kayu yang lebih mesra alam serta mudah terurai. Kita perlu berbangga dengan hasil produk anak watan.

7.0 ARTIKEL 1 : BEKAS MAKANAN MESRA ALAM

Ubi kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan. Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara. Resume ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan. Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang. Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai.

Doh perlu diuli selama 30 minit.

Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari. Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan. Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna. Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan, katanya.

P Ramaness (kanan) berbangga dengan produk pinggan ubi kayu mesra alam hasil penyelidikan selama tiga tahun.

Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar. Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya. Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam, katanya. Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu. Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya, katanya. Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang

menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin. Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan. Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu. Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan. NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman. Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

7.1

ARTIKEL 2 :

Ubi kayu dijadikan pinggan boleh dimakanARKIB : 29/09/2008 MELAKA 28 Sept. Pinggan 100 peratus dibuat daripada ubi kayu dan boleh dimakan pula. Inilah produk baru sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn. Bhd. (NHI) untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Pengurus Besar NHI, P. Ramaness berkata, pihaknya mengambil masa tiga tahun untuk menjalankan kajian dan menghasilkan produk tersebut menerusi penggunaan bioteknologi dan bahan pinggan berkenaan diambil 100 peratus daripada ubi kayu. Menurutnya, produk berkenaan juga disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan diiktiraf berkualiti oleh SIRIM serta mesra alam kerana ia boleh lupus di tanah dalam masa 28 hari berbanding bahan plastik dan kertas yang melebihi tempoh tersebut. Pinggan ini boleh dimakan seperti kerepek ubi kayu, juga untuk binatang ternakan dan hidupan laut malah boleh dijadikan baja kerana penghasilannya tidak melibatkan bahan kimia campuran, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran produk pertama syarikat itu yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini. Turut hadir Pengurus Perancangan Perniagaan NHI, A. Emmanuel.

7.2

ARTIKEL 3 :

Bekas polisterina merosakkan sistem pembiakan dan penyebab kanser, leukemiaARKIB : 09/05/2009

Ketika satu laporan khas diterbitkan pada 1 Mei lepas mengenai Bekas makanan polisterina yang banyak digunakan oleh peniaga penggunaan bekas makanan makanan kini merupakan pembunuh senyap tanpa disedari oleh ramai tidak polisterina yang mampu menjadi semua pihak. Disebabkan kos penggunaan yang murah,barah pada tahu ia mempunyai stirena yang boleh menyebabkan pembunuh senyap, Bidai tidak organ dalaman manusia terutama sistem pencernaan, sel darah dan terkejut kerana Bidai pernah hati. meluahkan perkara yang sama tahun lepas. Laporan khas yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia itu menceritakan secara terperinci kenapa bekas berwarna putih itu merupakan pembunuh senyap sama ada kepada manusia dan juga kepada alam sekitar. Ia digunakan dengan meluas untuk mengisi makanan dan ekoran kosnya yang murah dan mampu memberikan keuntungan lebih banyak kepada penjual makanan, ia terus digunakan. Tak gunalah mana-mana syarikat yang menghabiskan berjuta-juta ringgit hanya untuk membuat penyelidikan menggantikan bekas polisterina itu dengan bahan lain sebab, jika bekas gantian itu dijual dengan kos yang tinggi berbanding polisterina, ia pasti tidak akan mendapat sambutan. Kecuali di Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengharamkan penggunaan sebarang bekas polisterina melalui Kempen Tapau-Mania dan memberikan alternatif terbaik buat warga pelajarnya sama ada mahu memilih untuk menggunakan bekas sendiri atau bekas makanan mesra alam, Bidai dapat rasakan jika ini tidak diguna pakai di mana-mana warung, di negara ini, pastinya sambutan terhadap bekas mesra alam akan pudar. Sama juga seperti di USM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga telah mengorak langkah menggunakan bekas mesra alam yang dikenali sebagai biopak di mana mereka juga mengenakan tambahan 20 sen kepada pengguna. Jadi akhirnya, bagai mereka yang tidak mahu membayar lebih 20 sen, mereka akan membawa bekas makanan sendiri dan ini sedikit sebanyak mampu menghapuskan penggunaan bekas polisterina. Mengenai bekas polisterina ini, Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun bahan stirena yang berasal daripada phemynl memang boleh memberi masalah ke pada sistem kesihatan.

Kata beliau, organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan yang turut melibatkan darah serta hati. ''Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,'' katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia. Ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini walaupun hakikatnya ia sudah berkalikali diberitahu dan diumumkan. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M Mohamed Idris berkata, bungkusan polisterina yang mengandungi sedikit sisa stirena boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari. ''Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam sistem badan dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,'' jelasnya. Bidai baca kenyataan dia pun Bidai dah seram. Saban hari kita bergelumang dengan bekas polisterina itu tanpa mengetahui bahaya mengenainya yang mampu membunuh. Walaupun belum lagi ada kajian terperinci, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu ejen penyebab kanser. Malah kesan buruk stirena ini juga akan menyebabkan mutagen yang mampu merubah genetik dan menyumbang kepada risiko kanser serta merosakkan sistem pembiakan. Lebih memeranjatkan, pengeluaran polisterina juga membabitkan penggunaan benzena iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia. Di Britain, kajian mendapati bahawa polisterina dalam plastik yang digunakan untuk makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena. Kalau pembaca perasan, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain sudah lama tidak menggunakan bahan polisterina pada setiap bekas makanan dan minuman mereka, sebaliknya mereka lebih banyak menggunakan pembalut kertas yang mampu dikitar semula. Ini berikutan, polisterina bukan hanya merosakkan sistem dalaman manusia, namun ia juga mampu memberikan kesan buruk kepada alam sekitar disebabkan ia mengambil masa hingga beratus-ratus tahun untuk terurai dengan sepenuhnya. Jadi apa salahnya jika kita mengikut cara barat yang bagi Bidai merupakan aspek positif. Ini tidak, budaya dan kegiatan negatif barat semakin menjadi pilihan.

Bayangkan kini semakin lama semakin ramai di kalangan kita yang mengidap kanser tanpa disedari. Tanpa diketahui penyebab utama, Bidai dapat rasakan polisterina menjadi antara penyebab penyakit itu kini semakin ramai 'ahlinya'. Bukan untuk menyanggah kehendak Allah, namun kita sepatutnya berusaha untuk mengelakkan perkara yang sudah terang dan diketahui umum. Jika pembaca ingat, selain kisah polisterina yang diharamkan di USM pada ruangan ini, Bidai juga pernah menulis mengenai sebuah syarikat tempatan Natures Harmony Industries Sdn. Bhd. (NHI) yang membuat kajian dan penyelidikan (R&D) menukar bekas polisterina dengan bahan bioteknologi ekstrak ubi kayu. Apa gamaknya terjadi dengan syarikat ini yang pada Bidai melakukan R&D dengan tujuan menyelamatkan manusia dan alam sekitar. Adakah bahan yang dihasilkan oleh mereka kini mendapat sambutan? Jika mereka boleh menunjukkan secara live dengan memakan bekas makanan yang dihasilkan mereka, maknanya, ia juga mesra alam sekitar dan bagus untuk manusia. Jika ia bagus, kenapa kerajaan tidak bertindak dengan menghapuskan secara berperingkat bekas polisterina dan menggunakan bahan yang dihasilkan oleh NHI atau mana-mana syarikat yang kini sudah berlumba-lumba untuk menghasilkan bekas mesra alam dan manusia? Dengan cara itu, Bidai dapat rasakan, kos untuk menghasilkan bekas makanan mesra alam itu dapat diturunkan dan secara perlahan, polisterina tidak akan lagi wujud dan digunakan oleh orang ramai dan rakyat Malaysia akan lebih sihat. Fikirkanlah...

8.0

RUJUKAN

1. Buletin Pengguna, Jun 2009. 2. http://ms.wikipedia.org 3. http://daftarwarisan.gov.my 4. http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg05582.html 5. http://careiptb.blogspot.com/2010/01/bahaya-polisterin-dan-kesan.html