kertas kerja menaik taraf

5
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN AMINAH 81300 SKUDAI JOHOR BAHRU JBA 1060 KERTAS KERJA MENAIK TARAF ZON j-QAF Anjuran PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Upload: mohd-saiful-saidi

Post on 26-Sep-2015

135 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN AMINAH81300 SKUDAI JOHOR BAHRUJBA 1060

KERTAS KERJA MENAIK TARAF ZON j-QAF

Anjuran

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

2014KERTAS KERJA MENAIK TARAF ZON j-QAFSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN AMINAH81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU1.0 PENDAHULUAN :

Sistem pendidikan di Negara kita yang kian mencabar kini, perlukanPerubahan supaya hasrat bagi melahirkan insan yang berkualiti dapat direalisasikan.Justeru itu, untuk melahirkan generasi cerdik pandai bukanlah suatu usaha yang mudah oleh semua pihak yang berperanan dalam melaksanakannya sebagai suatu wadah pendidikan. Berpaksikan dasar dan matlamat Pendidikan Kebangsaan, program j-QAF diwujudkan bagi memperkasakan Pendidikan Islam.

Untuk merealisasikan matlamat ini, maka Panitia Pendidikan cuba untuk Mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih seronok dan menarik, dengan usahaUntuk mewujudkan zon j-QAF yang boleh dimanfaatkan oleh semua warga SK Taman Tun Aminah khususnya dalam usaha mempertingkatkan penguasaan bidangPendidikan Islam.

2.0 TAJUK :Projek Menaik taraf Zon j-QAF

3.0 OBJEKTIF :3.1 Membolehkan murid meningkatkan pengetahuan melalui bahan-bahan yangDipaparkan di zon Pendidikan Islam.3.2 Membolehkan murid menerokai pembelajaran dan pengalaman di luar bilik Darjah yang lebih seronok, menarik dan mudah.3.3 Menggalakkan proses kemahiran berfikir aras tinggi melalui proses memerhati, menilai, menganalisis serta mengaplikasi maklumat agar memberi input pengetahuan yang lebih meluas.

4.0 TARIKH PERLAKSANAANBulan Mac hingga April 2014

5.0 RASIONAL :

Zon j-QAF merupakan sebuah kawasan yang akan dibangunkan berkonsep Zon bermaklumat Ilmu Pendidikan Islam. Zon ini akan berfungsi sebagai salah Satu tempat yang menjadi rujukan murid mahupun guru-guru dalam usaha membantuMemperluaskan ilmu pengetahuan agar dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran Dan pembelajaran. Selari dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan Peratusan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, maka iklim pembelajaran Yang kondusif, ceria dan menarik perlu disediakan.

6.0 TEMPAT :6.1 Ruang kaki lima antara bilik Linus hingga tandas guru.6.2 Ruang di hadapan Surau.6.3 Dinding Surau

7.0 PENGLIBATAN :Pentadbir dan Guru Panitia Pendidikan Islam

8.0 KONSEP :Konsep Zon j-QAF lebih bertemakan Seni khat dan jawi yang mampu menarik minat dan perhatian murid-murid untuk melihat, membaca dan menghayati ilmu yang tersedia di situ.

9.0 AHLI JAWATANKUASA LAMAN j-QAF

Penasihat 1: Pn Hjh Rosmawati Bt Haji Mohamed Guru Besar SK Taman Tun Aminah

Penasihat 2: Pn Raila Bt Mohd Salleh ( GPK Kurikulum )

Pengerusi: Pn Noriah Bt Idris ( Ketua Panitia Pendidikan Islam)

Ketua Projek: Pn Noriah Bt Idris

Setiausaha: Pn Kalthom Bt Atan

AJK: En Sajuli Bin Sajat En Mohamad Firdaus Bin Maskan Pn Siti Hajar Bt Sarkawi Pn Hjh Siti Zainon Bt Klewoon Pn Umi Kalthom Bt Awang Pn Haryati Bt Ismail Pn Siti Rohani Bt Abd Rahman

10.0 KEKUATAN DAN KELEMAHANKekuatan :10.1 Mempunyai jaringan guru yang mempunyai kepakaran dalam membantu Menyediakan bahan Zon j-QAF.10.2 Kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir dan guru.

Kelemahan :10.1Keselamatan bahan yang terdedah kepada cuaca boleh menyebabkan cepat Rosak.10.3 Keselamatan tidak terjamin sekiranya murid merosakkan bahan tersebut.

11.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN MENGIKUT SUMBER KEWANGAN

BILPERKARAUNITJUMLAH KOS

1Carta ( 1 keping X RM 10 )30 kepingRM 300.00

2Bahan untuk projekRM 50.00

JumlahRM 350.00

12.0 PENUTUPPembinaan Zon j-QAF ini pastinya memberi manfaat kepada warga SK Taman Tun Aminah. Justeru itu, dalam merealisasikan Zon Pendidikan Islam ini memerlukan pelbagai sokongan dan bantuan dari semua pihak samada dari segi kewangan, sokongan moral mahupun tenaga agar zon ini mampu menjadi sumber rujukan murid-murid mahupun guru-guru.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

......................................................................................( NORIAH BT IDRIS )( HJH ROSMAWATI BT HJ MOHAMED )Ketua Panitia Pendidikan IslamGuru BesarSK Taman Tun AminahSK Taman Tun Aminah