selangor gerbang azlan sensei ajar bahasa keindahan kubah ... · sekolah baharu di hulu langat...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 17 - 23 Oktober 2019, 18 - 24 Safar 1441 Keindahan kubah dari menara Masjid Biru Bajet 2020: Semua golongan dapat manfaat MUKA 21 MUKA 8 Azlan Sensei ajar bahasa Jepun di media sosial Selangor gerbang terokai ASEAN MUKA 15 MUKA 3 Belanjawan 2020 bantu Selangor Landasan tepat ke arah negeri pintar OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Kerajaan Negeri me- nyambut baik peruntukan pembangu- nan khusus untuk Selangor seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, agihan peruntukan yang di- khususkan kepada Selangor perlu dilaksanakan sebaik mungkin oleh semua penjawat awam supaya dapat diselarikan dengan hasrat ke arah negeri pintar pada 2025. “Kita menyambut baik inisiatif yang dikemukakan termasuk peruntukan sebanyak RM2.16 bilion untuk usaha Kerajaan dan pihak swasta dalam me- lestarikan Pelan Gentian Optik dan Sa- ling Hubungan Negara (NFCP) yang sa- ngat menguntungkan Selangor kerana menjelang 2022 dijangkakan 100 pera- tus daripada capaian internet kita akan merebak ke seluruh negeri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika me- nyampaikan ucap utama Majlis Per- himpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor Dihoskan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu La- ngat di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, pada 14 Oktober lalu. Katanya, beberapa model inisiatif yang dahulunya diperkenalkan di Se- langor seperti Skim Peduli Sihat dan Skim Smart Sewa terus dilaksanakan di peringkat Persekutuan menerusi program Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKA B40) dan Rent To Own (Sewa un- tuk Memiliki). Selain itu, Amirudin turut gembira dengan hasrat Kerajaan Persekutuan melaksanakan kajian kebolehlaksana- an untuk pembangunan Pulau Carey dan Koridor Logistik Klang serta pe- runtukan RM50 juta bagi penyelengga- raan jalan raya ke Pelabuhan Klang. Dalam Belanjawan 2020, Selangor turut menerima manfaat pembinaan sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos- pital Tengku Ampuan Rahimah, Klang serta pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang. BATU CAVES - Kerajaan Negeri dijangka menawarkan insentif tambahan kepada pengguna yang berjaya menjimatkan ka- dar penggunaan air kediaman masing- masing menerusi pembentangan Belan- jawan Selangor 2020, November ini. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber- kata, insentif tambahan itu sebagai galakan kepada pengguna menggunakan air se- cara berhemah dan bertanggungjawab da- lam memastikan kelestarian bekalan air di negeri itu. Katanya, Kerajaan Negeri berhasrat me- ngurangkan kadar penggunaan air kepada 180 liter perkapita sehari (LPS) berbanding 222 LPS ketika ini. “Sasaran ini jika kita dapat kurangkan dalam tempoh setahun atau dua tahun adalah sangat baik. “Kita mulakan secara individu, kemudian ke pejabat kerajaan dan rumah ibadat. Jika dapat kurangkan 20 hingga 25 peratus itu satu pencapaian yang kita harapkan. “Justeru, bagi menggalakkan usaha ini berterusan, maka kita akan umumkan dalam Belanjawan 2020. Ada insentif tam- bahan sebagai galakan penjimatan, kita akan umumkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran ‘Menjadi Wira Penji- mat Air’ (Be A Water Conservation Warrior) Kempen Jimat Air, di Padang Awam, di sini, pada 15 Oktober lalu. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman. Pada program itu, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri menyokong penuh dan menghargai usaha yang dilaksanakan Air Selangor dengan menubuhkan unit khas iai- tu Unit Penjimatan Air sejak dua tahun lalu. Katanya, unit itu ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna berhubung kepentingan menjimatkan air dan melaksanakan kempen jimat air yang berterusan. BERSAMBUNG KE MUKA SURAT 2 Insentif tambahan jimat penggunaan air Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat ruang pameran sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 10 Oktober 2019. Baginda diiring oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan EXCO Pelaburan, Dato' Teng Chang Kim. Berita lanjut di muka surat 3. Foto Fikri Yusof

Upload: others

Post on 28-Nov-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 17 - 23 Oktober 2019, 18 - 24 Safar 1441

Keindahan kubah darimenara Masjid Biru

Bajet 2020: Semua golongan dapat manfaat

MUKA 21MUKA 8

Azlan Sensei ajar bahasa Jepun di media sosial

Selangor gerbang terokai ASEAN

MUKA 15MUKA 3

Belanjawan 2020 bantu Selangor

Landasan tepat ke arah negeri pintarOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri me- nyambut baik peruntukan pembangu- nan khusus untuk Selangor seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, agihan peruntukan yang di- khususkan kepada Selangor perlu dilaksanakan sebaik mungkin oleh semua penjawat awam supaya dapat diselarikan dengan hasrat ke arah negeri pintar pada 2025.

“Kita menyambut baik inisiatif yang dikemukakan termasuk peruntukan sebanyak RM2.16 bilion untuk usaha Kerajaan dan pihak swasta dalam me-lestarikan Pelan Gentian Optik dan Sa-ling Hubungan Negara (NFCP) yang sa- ngat menguntungkan Selangor kerana menjelang 2022 dijangkakan 100 pera-tus daripada capaian internet kita akan merebak ke seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika me- nyampaikan ucap utama Majlis Per-himpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor Dihoskan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu La-ngat di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, pada 14 Oktober lalu.

Katanya, beberapa model inisiatif yang dahulunya diperkenalkan di Se-langor seperti Skim Peduli Sihat dan Skim Smart Sewa terus dilaksanakan di peringkat Persekutuan menerusi program Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKA B40) dan Rent To Own (Sewa un-tuk Memiliki).

Selain itu, Amirudin turut gembira dengan hasrat Kerajaan Persekutuan melaksanakan kajian kebolehlaksana- an untuk pembangunan Pulau Carey dan Koridor Logistik Klang serta pe-runtukan RM50 juta bagi penyelengga-raan jalan raya ke Pelabuhan Klang.

Dalam Belanjawan 2020, Selangor turut menerima manfaat pembinaan sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku Ampuan Rahimah, Klang serta pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang.

BATU CAVES - Kerajaan Negeri dijangka menawarkan insentif tambahan kepada pengguna yang berjaya menjimatkan ka-dar penggunaan air kediaman masing- masing menerusi pembentangan Belan-jawan Selangor 2020, November ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-kata, insentif tambahan itu sebagai galakan kepada pengguna menggunakan air se-cara berhemah dan bertanggungjawab da-lam memastikan kelestarian bekalan air di negeri itu.

Katanya, Kerajaan Negeri berhasrat me- ngurangkan kadar penggunaan air kepada 180 liter perkapita sehari (LPS) berbanding 222 LPS ketika ini.

“Sasaran ini jika kita dapat kurangkan dalam tempoh setahun atau dua tahun adalah sangat baik.

“Kita mulakan secara individu, kemudian ke pejabat kerajaan dan rumah ibadat. Jika dapat kurangkan 20 hingga 25 peratus itu satu pencapaian yang kita harapkan.

“Justeru, bagi menggalakkan usaha ini berterusan, maka kita akan umumkan dalam Belanjawan 2020. Ada insentif tam-bahan sebagai galakan penjimatan, kita akan umumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran ‘Menjadi Wira Penji-mat Air’ (Be A Water Conservation Warrior) Kempen Jimat Air, di Padang Awam, di sini,

pada 15 Oktober lalu.Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman.

Pada program itu, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri menyokong penuh dan menghargai usaha yang dilaksanakan Air Selangor dengan menubuhkan unit khas iai-tu Unit Penjimatan Air sejak dua tahun lalu.

Katanya, unit itu ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna berhubung kepentingan menjimatkan air dan melaksanakan kempen jimat air yang berterusan.

BERSAMBUNG KE MUKA SURAT 2

Insentif tambahan jimat penggunaan air

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat ruang pameran sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 10 Oktober 2019. Baginda diiring oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan

EXCO Pelaburan, Dato' Teng Chang Kim. Berita lanjut di muka surat 3. Foto Fikri Yusof

Page 2: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

2Utama

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

Serahkan borang di kaunter pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

SKIM AIR DARUL EHSAN Warganegara Malaysia menetap di Selangor Pendapatan bulanan suami dan isteri RM4,000 dan ke bawah Kediaman bermeter air individu Pangsapuri kos rendah bermeter pukal perlu pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) Layak memohon untuk satu akaun atau kediaman sahaja

Siapa layak dapat air percuma?

Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my dapatkan borang di www.airselangor.com borang juga disediakan di pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Di mana hantar borang?Hantar melalui emel [email protected]

Belum jelas? Layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM3.9 bilion pelaburan China di Selangor tahun lalu menjadikan negara itu rakan kongsi paling ber-jaya di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-kata, hubungan an-tara Selangor dan China boleh diba-wa ke tahap lebih tinggi dan mena- rik keyakinan pelabur untuk masuk ke sini.

Katanya, se-lain Selangor, China juga adalah rakan perdagangan terbesar Ma-laysia dengan pelaburan RM19.7 bilion pada tahun lalu, merang-kumi lebih 40 projek pembuatan.

“Menerusi pelancaran terbaru Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Malaysia turut menggaris-kan kepercayaannya iaitu pertum-buhan ekonomi perlu dikongsi bersama.

“Malah, kita harus menyesuai-kan diri dengan keperluan masa kini serta masa depan untuk memastikan kesejahteraan rakyat supaya mereka mempunyai kua- liti kehidupan yang lebih baik,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap pada Majlis Perasmi-an Persidangan Usahawan Ke-9

Malaysia-China (MCEC) Dan Per-sidangan Usahawan Muda Per-tama Malaysia-China (MCYEC) di Pusat Pameran Perdagangan An-tarabangsa Malaysia (MITEC) di

sini, pada 12 Oktober lalu.Amirudin berkata, me-nerusi lawatannya ke Shenzen baru-baru ini, beliau terpesona de-ngan destinasi terbe-sar di dunia itu dalam

penghasilan indus-tri berteknologi tinggi, kewangan dan logistik selain

menjadi lokasi menarik bagi pem-beli.

Katanya, beliau percaya Se- langor mampu menjadi negeri se-umpama itu di Asia Tenggara mel-alui perdagangan dan MCEC tahun ini akan pergi jauh bagi memula-kan proses ini.

“Melalui persidangan ini, saya berharap perdagangan jangka panjang untuk memulakan inova-si digital, penyelidikan dan pem-bangunan ke dalam teknologi dan data serta mempromosikan konsep Bandar Pintar.

“Saya yakin bahawa persida- ngan ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan ino-vasi dalam kalangan pelabur un-tuk menghubungkan antara satu sama lain,” katanya.

China rakan kongsi paling berjayaKekal penyumbang

KDNK terbesar

Gedung kuasa ekonomi negara

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Selangor kekal dengan jolokan ‘negeri emas’ ne-gara apabila sekali lagi diiktiraf sebagai penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi peringkat nasional 2018 dengan 23.7 peratus.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sumbangan KDNK itu terus menunjukkan trend pe- ningkatan berbanding KDNK 2017 yang mencatatkan 23 peratus.

“Selangor turut mencatatkan pertumbuhan 6.8 peratus iaitu

kekal melebihi paras nasional 4.7 peratus.

“Maka, tidak salah lagi kalau saya katakan bahawa Selangor adalah gedung kuasa ekonomi negara dan nadi utama pemba- ngunan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi 2019 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Ma-laysia di sini, pada 13 Oktober lalu.

Amirudin berkata, penyelidi-kan secara menyeluruh dan pen-dekatan berinovatif dalam bidang

baharu mampu memberi nilai tam-bah dengan impak yang ketara da-lam perkembangan ekonomi serta pembangunan Selangor.

Katanya, melalui penyelidi-kan, bidang bioteknologi sudah dikenal pasti sebagai satu indus-tri berpotensi memberikan pulan-gan tinggi kepada ekonomi negeri dan wajar diberikan tumpuan le-bih mendalam.

“Statistik mendapati terdapat 94 syarikat berstatus Bio Nexus ber-operasi di Selangor menyumbang sejumlah RM1.19 bilion kepada ekonomi negeri,” katanya.

“Berdasarkan laporan bekalan air di kebanyakan negara, kira-kira satu per empat daripada populasi penduduk dunia kini se-dang mengalami keadaan ‘water stress’. Iaitu apabila permintaan air melebihi bekalan.

“Namun, kita bersyukur ke- rana Selangor dan Malaysia be-lum tersenarai sebagai negeri atau negara yang mengalami

situasi itu.“Walaupun kita akui berlaku

gangguan bekalan air sementa-ra, ekoran beberapa insiden paip pecah serta pencemaran sumber air mentah, kita masih lagi da-pat mengatasi masalah ini dan tidak mengalami situasi bekalan air terputus untuk tempoh yang lama,” katanya.

Terdahulu, dua lagi Loji Ra-

watan Air baharu iaitu Loji Ra-watan Air Semenyih 2 dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang dibina.

Kedua-dua loji berkenaan di-jangka mula beroperasi akhir ta-hun ini memastikan bekalan air yang mencukupi dan memenu-hi permintaan bekalan sama ada dari pengguna domestik dan in-dustri yang semakin meningkat.

Tawar insentif jimat guna airDARI MUKA DEPAN

Page 3: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyem-purnakan perasmian Sidang Ke-muncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) , pada 10 Oktober lalu.

Turut berangkat, DYMM Teng-ku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin ke majlis di Pusat Pameran dan Perdangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Keberangkatan tiba Baginda berdua pada kira-kira jam 10 pagi disambut Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan EXCO Pelabu-ran, Perindustrian dan Perdaga- ngan, Industri Kecil dan Sederha-na (IKS), Dato’ Teng Chang Khim.

Amirudin ketika menyampai-kan ucap utama berkata, persi-dangan itu adalah landasan tepat buat Selangor untuk mencapai sasaran pelaburan kira-kira RM10 bilion tahun ini selepas merekod-kan RM6 bilion pelaburan dalam sektor perkilangan pada separuh pertama 2019.

Katanya, Selangor juga men-

Selangor gerbang terokai ASEANPilihan terbaik luas pelaburan

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sesuatu kepada Amirudin Shari ketika melawat pameran sem-pena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2019 pada 10 September 2019

jadi pusat pelaburan terbaik un-tuk menjalankan perniagaan di rantau ini dengan akses ke pasa-ran Malaysia dan ASEAN malah kedudukan strategik itu dicem-burui pesaing lain.

“Bagi syarikat yang memper-

timbangkan pelaburan baharu, saya ingin menjelaskan Selangor adalah tempat terbaik di ran-tau ini untuk menjalankan per-niagaan.

“Akses kami ke pasaran Ma-laysia dan rantau ini bermakna

kami adalah gerbang ke ASEAN.“Dengan visi untuk men-

jadi negeri pintar menjelang 2025, kami memastikan dasar ekonomi sejajar dengan pem-bangunan infrastruktur dalam (bidang) pengangkutan dan

pengurusan bandar.“Kami memiliki rangkaian pen-

gangkutan terbaik di negara ini dengan sambungan melalui cam-puran kereta api, lebuh raya, pela-buhan laut dan lapangan terbang,” katanya.

Beliau berkata, kemudahan serba moden dimiliki meletakkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai la- pangan terbang ke-12 tersibuk di Asia manakala Pelabuhan Klang menjadi pelabuhan pada kedudu-kan sama di peringkat dunia.

“Disebabkan lokasi strategik ini, kami mempunyai lebih da- ripada 200 taman perindustrian yang tumbuh di seluruh negeri,” katanya.

Selain itu, SIBS 2019 kali ke-3 itu turut menjadi medan kepada pela-bur tempatan dan asing bertemu syarikat multinasional serta Peru-sahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berfikiran sama untuk me-neroka peluang luas ditawarkan.

SIBS dianjurkan buat kali ketiga bermula 10 hingga 13 Oktober te- rus berkembang dengan penyer-taan lebih 20 negara antaranya China, Taiwan, Indonesia, India dan Thailand.

SHAH ALAM - Selangor menerima lebih RM8 bilion peruntukan Kerajaan Persekutuan un-tuk melaksanakan Projek Rel Pintasan Seren-dah-Pelabuhan Klang.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berka-ta, Kementerian Pengangkutan akan melak-sanakan kajian kebolehlaksanaan projek itu dan Koridor Logistik Klang iaitu lebuh raya logistik baharu.

Katanya, projek itu akan dibangunkan khusus untuk menghubungkan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan rangkaian lebuh raya sedia ada dengan lebih cekap.

“Laporan Daya Saing Global oleh World Economic Forum (WEF) 2018 menunjukkan bahawa infrastruktur pengangkutan laut Ma-laysia adalah antara yang terbaik di dunia.

“Pelabuhan Klang kini menduduki tangga ke-12 pelabuhan kontena paling sibuk di du-nia dan dijangka mencapai kapasiti penuh dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata- nya ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu.

Selain itu, Guan Eng berkata, sejumlah RM50 juta juga diperuntukkan bagi kerja pem-baikan dan penyelenggaraan jalan raya ke Pelabuhan Klang.

Katanya, kerajaan sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan untuk pembangu-nan Pulau Carey bagi fasa pertumbuhan se-terusnya.

“Ini untuk menjadikan Pelabuhan Klang se-bagai pusat maritim serantau dan hab logistik kargo yang menggabungkan aktiviti pem-buatan, pengedaran, penyatuan kargo, stor penyimpanan serta pembaikan kapal,” katanya.

Belanjawan itu turut memfokuskan kerja menaik taraf Hospital Tengku Ampuan Ra-himah, Klang selain beberapa hospital lain antaranya Hospital Kampar, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Eliza-beth II di Sabah dengan peruntukan sejum-lah RM1.6 bilion.

Bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’, Guan Eng turut mengumumkan Ke- rajaan akan membina sekolah baharu di Hulu Langat.

“Kerajaan juga akan memberi tumpuan ke-pada membaik pulih sekolah daif dengan pe-runtukan sebanyak RM783 juta pada 2020. Kerajaan akan membina beberapa sekolah baharu di Langkawi, Kulai, Hulu Langat, Pu-trajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang dan Johor Bahru,” katanya.

Guan Eng berkata, jemaah menteri juga meluluskan pengambilalihan empat lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Damansara-Pu-chong (LDP), Lebuh Raya Sprint (SPRINT) dan Terowong SMART (SMART).

“Pengenalan caj kesesakan iaitu kesesakan pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30 peratus berbanding kadar tol semasa serta percuma ketika waktu bukan puncak.

“Ini akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun atau RM2 bilion sehingga akhir hayat konsesi. Konsesi sedia ada tidak akan dilanjutkan dan akan ta-mat mengikut perjanjian konsesi sedia ada,” katanya.

Terima projek rel RM8 bilion Pakatan buktikan upaya lonjak ekonomi negeriKUALA LUMPUR - Selangor sudah membuktikan keupayaannya me- nguruskan ekonomi apabila berjaya mencatatkan pertumbuhan mem-berangsangkan dalam tempoh sedekad di bawah pentadbiran ke- rajaan Pakatan Harapan, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, ia adalah penca- paian membanggakan di saat Ke- rajaan Negeri dipinggirkan Kerajaan Persekutuan ketika itu.

“Selangor berjaya mencatatkan jumlah pelaburan RM18.95 bilion pada 2018 iaitu jumlah yang ter- tinggi pernah dicatatkan dalam seja-rah negeri ini, dengan peningkatan sebanyak 238 peratus berbanding pelaburan RM5.59 bilion pada 2017.

“Ketika itu Selangor banyak bergerak sendirian kerana bantu-an yang datang daripada Kerajaan Persekutuan dahulu (2008-2018) adalah bantuan yang dilaksanakan secara senyap-senyap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi 2019 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini, pada 13 Oktober lalu.

Amirudin berkata, antara kunci ke-

jayaan cemerlang Selangor adalah peranan dan usaha gigih dimainkan oleh penjawat awamnya.

Katanya, berbanding di era Malay-sia Baharu, beliau percaya kerjasa-ma erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan mampu menjana per-tumbuhan ekonomi lebih baik, sekali gus menjana pendapatan tinggi un-tuk rakyat dan negeri.

Amirudin percaya senario ketika ini mampu meningkatkan lagi ke-upayaan ekonomi dan membuka pelbagai peluang baharu untuk me- ningkatkan potensi ekonomi negeri.

Katanya, bioteknologi adalah sa-lah satu bidang yang dikenalpasti sebagai industri berpotensi mem-berikan pulangan tinggi.

Sementara itu, pada majlis sama, Faizal Abd Rahman dari Agensi Nuk-lear Malaysia menerima hadiah ge-ran penyelidikan bernilai RM50,000 selepas memenangi pertandingan kategori Pertandingan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Selangor 2019.

AIM Force dari Majlis Daerah Sa-bak Bernam pula memenangi geran penyelidikan bernilai RM15,000 se-lepas memenangi kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan.

Page 4: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

4Utama

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

SIDANG PENGARANG

Yakin capai sasaran RM250 jutaSIBS medan jalin hubungan perdagangan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menaruh keyakinan Persidangan Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Sela- ngor (SIBS) 2019 mampu menca-pai sasaran transaksi perniagaan bernilai RM250 juta.

Ia kerana sehingga kini persi-dangan itu berjaya mencatatkan

nilai transaksi perniagaan berjum-lah RM680.8 juta sejak kali perta-ma diadakan pada 2015.

“Tahun lalu, SIBS membabit-kan 18,808 meter persegi ruang pameran dengan 334 peserta, 548 reruai dan dihadiri 23,737 peser-ta yang datang dari 33 negara di samping 66 penceramah dijemput menjadi sebahagian daripada 18 sesi persidangan.

“Pada tahun ini, kami me- nganggarkan lebih daripada 30,000 peserta menyertainya den-gan 850 reruai dan 2,000 mesyuar-at perniagaan yang menjana nilai transaksi bernilai RM250 juta,” ka-tanya.

Amirudin berkata demikian ke-tika berucap di Persidangan Per-niagaan ASEAN Selangor sempena SIBS Ketiga di Pusat Perdagangan

Antarabangsa & Pameran Malaysia di sini, pada 10 Oktober lalu.

Katanya, SIBS menjadi pilihan tepat untuk ahli perniagaan men-jalin hubungan dan mencari pe-luang baharu.

Amirudin berkata, Persida- ngan Perniagaan ASEAN Selangor turut menjadi pemangkin kepa-da kekuatan ekonomi ASEAN se-kali gus mewujudkan ekosistem

ekonomi yang lebih mantap dan dinamik.

Katanya, pada tahun lalu dilaporkan pelaburan asing langsung di Asia Tenggara bernilai AS$149 bilion meningkat tiga pe- ratus berbanding 2017.

Amirudin berkata, secara ke-seluruhan pelaburan asing memasuki pasaran Asia pada ta-hun lalu berjumlah AS$512 bilion.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menunggu laporan dan cada- ngan daripada Lembaga Peruma-han dan Hartanah Selangor (LPHS) sebelum memutuskan harga har-tanah yang berpatutan untuk pemilikan asing.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, setakat ini Selangor menetapkan harga paling tinggi RM2 juta untuk pemilikan asing selain memikirkan kesan sosial ke-pada masyarakat.

“Kita sedang melihat semula ke-san penurunan harga tetapi dalam masa sama kita mahu melindu- ngi harga rumah kerana Selangor adalah negeri yang meletakkan harga tertinggi untuk pemilikan asing sebanyak RM2 juta.

“Sejak sebulan lalu, saya sudah arahkan LPHS melakukan kajian semula terhadap angka, mung-kin penurunagn atau pengekalan (harga) tetapi belum diputuskan. Saya harap dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi kita dapat keputusan atau cadangan oleh LPHS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da media selepas Majlis Perhim-punan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor Dihos-

kan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, pada 14 Okto-ber lalu.

Katanya, penurunan harga har-tanah untuk pemilikan aset yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 daripada RM1 juta kepa-da RM600,000 disifatkan rendah dan fokus keutamaan kini adalah memastikan rakyat memiliki rumah sendiri pada harga berpatutan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Be-lanjawan 2020 mengumumkan Kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar susulan lambakan hartanah tidak

terjual yang dianggarkan berjum-lah RM8.3 bilion pada suku kedua 2019.

Dalam sidang media sama Amirudin menjelaskan, Kerajaan Negeri akan memberikan fokus kepada isu kesihatan dan kese-lamatan di samping memenuhi hasrat Smart State 2025.

“Kita akan fokus kesihatan dan keselamatan serta melihat bagaimana untuk penuhi pelan Smart State 2025 kerana kita ada lima tahun lagi.

“Sejak 2016 kita mulakan de-ngan pelan atas kertas. Sekarang saya rasa kena aktifkan pelan per-ancangan termasuk dana dan se-bagainya,” katanya.

Tunggu laporan harga baharu rumah pemilikan asing

KUALA LUMPUR - Kerajaan Ne-geri berhasrat menjadikan Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi terus berkembang seh-ingga muncul ekspo penyelidi-kan tersohor di Asia Tenggara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ekspo yang julung kali dilaksanakan itu menghim-punkan lebih 250 hasil penyelidi-kan institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan pelbagai syarikat di negeri ini.

Katanya, pembangunan kajian dan inovasi memainkan peranan penting bagi sesebuah negara maju yang melibatkan institu-si pendidikan, industri dan ker-ajaan.

“Program baharu yang kita lak-sanakan ini agak membanggakan dan saya lihat beberapa inovasi yang ditampilkan pempamer jika diketengahkan ia boleh diang-kat atau dipasarkan ke pasaran terkemuka.

“Malah, dengan pelaksan-aan program ini, kita dapat me-narik pelabur untuk membuka perniagaan di Selangor kerana ketersediaan fasiliti penyelidi-kan serta pembangunan sumber

tenaga manusia melalui pendidi-kan yang kompetensi dan holistik.

“Saya optimis dalam tempoh tiga tahun ini kita turut mendapat kerjasama dengan institusi pen-gajian tinggi seperti Institut Te-knologi Bandung dari Indonesia, Institut Teknologi Nanyang (Sin-gapura) dan Universiti Mahidol (Thailand),” katanya.

Beliau berkata demikian ke- tika ditemui media selepas me- rasmikan Ekspo berkenaan di sini pada 11 Oktober lalu.

Amirudin berkata, kebanya-kan negara maju seperti Ame- rika Syarikat, China, Jepun dan Eropah sudah menjadikan ek-spo R&D dan inovasi sebagai satu landasan untuk mewujudkan ja-ringan kerjasama antarabangsa.

“Ini kerana mereka menjadi-kan ekspo itu untuk meman-tapkan pertumbuhan ekonomi masing-masing dengan urus nia-ga idea melalui penyelidikan, ka-jian dan inovasi.

“Saya optimis akan ada le-bih banyak penemuan hasil penyelidikan pada masa akan datang dan pada masa sama terdapat syarikat yang boleh komersial produk mereka,” ka-tanya.

Ekspo R&D, inovasi bakaltersohor Asia Tenggara

SHAH ALAM - Kumpulan indie terkenal, Butterfingers, adalah antara tarikan utama Karnival S-Youth Republic@Selangor (SYR) yang akan bermula pada 1 hingga 3 November ini.

Kumpulan yang terkenal de-ngan genre muzik rock dan grunge lewat 90-an itu dianggotai Emmett (vokal), Kadax (bas), Loko (dram) dan Loque (vokal/gitar/pa-pan nada).

Menariknya kali ini, mereka akan kembali bersatu untuk berak-si di Konsert SYR yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November ini

Pemain gitar utamanya, Khairil

Ridzwan Anuar atau lebih dikena-li sebagai Loque berkata, beliau dan ahli kumpulannya berbesar hati memeriahkan karnival itu dan bekerjasama dengan Kerajaan Se-langor.

“Kami mempunyai ramai pemi-nat yang datang dari Selangor, jadi anggaplah ini hadiah daripada kami buat anda.

“Persembahan kali ini dijadu-alkan berlangsung lebih dari dua jam kerana kami benar-benar mahu memuaskan hati peminat yang mungkin sudah lama ter- nanti-nanti kehadiran Butterfin-gers selepas lama tidak bergabung di atas pentas,” katanya ketika si-

dang media Karnival S-Youth Repbulic@Selangor di Foyer Ban-gunan SUK pada 15 Oktober lalu.

Hadir sama EXCO Pembangu-nan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selan-gor, Mohd Khairudddin Othman; Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri, Adi Faizal Ahmad Tarmi-zi dan Pengarah Urusan SmartSel Sdn Bhd, Mohamad Suhaimi Mo-hamad Tahir.

Selain Butterfingers, beberapa kumpulan muzik lain turut dijadu-alkan akan memeriahkan Konsert SYR ialah Disko Santan, Toko Kilat, Iqbal M, Loko Band, Margasatwa, Duckhead, The Mash dan Hacktick.

Butterfingers tarikan Karnival S-Youth Republic @Selangor

Page 5: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR - Gandingan Per-satuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Hijrah Se- langor berupaya membantu usa- hawan mendapatkan pinjaman untuk perniagaan mereka.

EXCO Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rod-ziah Ismail berkata, gandingan itu supaya usahawan di Selangor khususnya dapat memajukan diri ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya, kerjasama itu mem-babitkan gabungan 26 institu-si perbankan Islam dan ia adalah inisiatif di bawah Invest Selangor yang memulakan usaha terbabit.

“Kolaborasi itu menunjukkan bahawa potensi bagi peminjam Hijrah Selangor untuk melakukan pinjaman dengan jumlah yang lebih besar akan lebih cerah.

“Ramai dalam kalangan pe- minjam saya lihat mereka berasa-kan masuk ke dalam program ini de-ngan hanya pinjaman kecil-ke-cilan sudah memadai.

“Walhal apabila mereka mence-buri program ini sebenarnya po-tensi untuk mengembangkan perniagaan amat besar sekali gus memudahkan kita membuat pin-jaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui Media Selangor se-lepas Majlis Graduasi Program Transformasi Kewangan Usaha-wan Selangor di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Ma-laysia (MITEC) di sini, pada 13 Ok-tober lalu.

Pada masa sama, Rodziah opti-mis peminjam tidak hanya bergan-tung semata-mata dengan Hijrah Selangor sebaliknya cuba berusa-ha merebut peluang yang ada.

Katanya, beliau kagum dengan insiatif Hijrah Selangor yang bukan sahaja menyediakan pinjaman se- perti sebelum ini namun turut memberikan bimbingan usahawan ke arah meningkatkan pendapatan mereka ke tahap lebih tinggi.

Sementara itu, mengulas ber- kenaan Pembentangan Belan-jawan Persekutuan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan,

Kolaborasi AIBIM-Hijrah Selangor perkasa peniaga

Gabungan 26 institusi perbankan Islam

Rodziah Ismail bergambar bersama usahawan yang menerima sijil ketika Majlis Graduasi Program Transformasi Kewangan Usahawan Selangor di MITEC Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2019

KLANG - Sejumlah RM1.8 juta diperuntukkan kepada 11 se-kolah terpilih di Klang bagi kelu-lusan projek baik pulih prasarana di bawah Peruntukan Projek Kecil Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Menterinya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali (gambar) berkata, antara projek baik pulih yang akan dilak-sanakan adalah pemasangan pa-gar, pembinaan kantin, baik pulih kerosakan fizikal bangunan, pem-binaan dataran berbumbung, menaik taraf makmal sains dan in-frastruktur sekolah.

Katanya, kelulusan projek itu adalah berdasarkan permohonan bantuan daripada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terlibat.

Selepas semakan dan pe-nilaian dijalankan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri ber-hubung permohonan terbabit, projek ini diluluskan oleh MEA me-mandangkan terdapat keperluan mendesak untuk dilaksanakan.

“Pada masa sama, saya opti-mis dengan sumbangan baik pu-lih ini akan mewujudkan suasana ruang yang lebih kondusif, selesa

sekali gus dapat membantu war-ga pendidik dan pelajar untuk me- ningkatkan tahap kecemerlangan mereka.

“Pihak saya juga akan sentiasa memberikan sokongan bagi mem-bangunkan sektor pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih cemer-lang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Kelulusan Projek Baik Pulih Prasa-rana Sekolah di SMK Telok Gadong di sini, pada 12 Oktober lalu.

Turut hadir, EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Me-layu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari.

Sekolah terpilih menerima ban-tuan berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gadong; SK Sungai Udang, Sekolah Aga-ma Rakyat (KAFA Integrasi) Ban-dar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang dan Sekolah Jenis Kebang-saan (Cina) Sin Bin dengan ma-sing-masing menerima RM199,000.

Sekolah lain turut menerima sumbangan adalah Sekolah Me-nengah Kebangsaan (SMK) Baru Sultan Suleiman (RM198,000) dan Sekolah Rendah Agama (KAFA In-

tegrasi) Nurul Ain, Telok Gadong (RM197,000).

Manakala, SK Pelabuhan Utara, SMK Telok Gadong masing-masing menerima RM195,000, Sekolah Rendah Agama Kampung Delek (RM139,000), Sekolah Menengah (SM) Pulau Ketam (RM76,000) dan SM Raja Uda (RM10,000).

RM1.8 juta projek baik pulih 11 sekolah di Klang

Lim Guan Eng; Rodziah menyifat-kan ia komprehensif dan matang.

“Perkara besarnya adalah me-ransang ekonomi dan sudah

tentu ransangan ekonomi itu menjurus kepada melahirkan ra-mai usahawan.

“Malah, usahawan luar ban-

dar juga kita meletakkan hasrat dan memberi penumpuan kepa-da mereka supaya ia boleh diting-katkan dan dibantu,” katanya.

SEPANG - Inisiatif Jabatan Kema-juan Masyarakat (KEMAS) mewu-judkan pelbagai program dalam bidang keusahawanan terutama-nya di kawasan luar bandar bagi mengasah bakat usahawan tem-patan dipuji.

EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rod-ziah Ismail berkata, ia selaras de-ngan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing di Selangor.

“Pada tahun lalu, keluaran do-mestik dalam Selangor meningkat dengan mendadak sebanyak 23.7 peratus yang kemudiannya disum-bangkan kepada negara dalam bi-dang industri dan perkhidmatan

“Justeru, Kerajaan Negeri komi-ted untuk terus memperkasa us-ahawan dengan menyediakan pelbagai peluang terutamanya di kawasan luar bandar untuk mengasah bakat supaya boleh diterjemah menjadi sumber pen-dapatan kepada diri dan keluar-ga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Kemahiran dan Keusahawanan KEMAS peringkat Selangor anjuran KEMAS di KIPP

Mall, Kota Warisan di sini, pada 12 Oktober lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pem-bangunan KEMAS Malaysia, Kahar Abdullah; Pengarah KEMAS Selan-gor, Hanafiah Hassan dan Pengu-rus KIPP Mall, Faizal Hashri.

Program dua hari yang berakhir pada 13 Oktober antara lain turut menyajikan pelbagai pengisian seperti pertandingan mengubah bunga, pertandingan Masterchef dan pertandingan kolaj kanak-kanak.

Sementara itu, Kahar Abdullah berkata, penganjuran program seperti ini dapat memberi impak positif kepada usahawan luar ban-dar, sekali gus dapat meningkat-kan hasil pendapatan mereka.

“KEMAS kini dalam proses un-tuk meningkatkan progam ke-usahawanan melalui kursus keusahawanan bagi melatih usa-hawan dalam tentang selok belok dalam bidang perniagaan.

“Pada program kali ini, pel-bagai aktiviti disediakan seperti pertandingan ‘fashion runaway’, pertandingan ukiran sayur-sayu-ran dan pertandingan bunga ‘bou-quet’,” katanya.

Inisiatif KEMAS asah bakat usahawan luar bandar

Pihak saya juga akan sentiasa memberikan sokongan bagi membangunkan sektor pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih cemerlang

Page 6: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

6Utama

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR - Kerajaan Ne-geri yakin belia tidak akan tercicir sebaliknya terus melipat ganda-kan usaha untuk mengangkat martabat golongan itu meneru-si pembentangan Belanjawan Selangor 2020, pada 1 Novem-ber nanti.

EXCO Pembangunan Gene- rasi Muda dan Sukan dan Pem-

bangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau yakin Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari akan memberi lebih fokus terhadap golongan belia di Selangor.

Katanya, golongan belia juga seharusnya pandai memainkan peranan untuk terus bekerjasama dan mendekati Kerajaan Negeri.

“Jika diikutkan banyak pro-gram bersifat pembangunan

belia di Selangor namun mereka perlu bijak memainkan peranan dan tidak hanya membiarkan pe-luang diberikan kerajaan berlalu begitu sahaja.

“Golongan belia juga perlu berusaha untuk memajukan diri mereka sekali gus merebut pe-luang disediakan Kerajaan Ne-geri,” katanya.

Beliau berkata demikian ke- tika ditemui Media Selangor se-

lepas Majlis Perasmian Anime dan Gaming One Belt One Road (OBOR) di Pusat Pameran Perda-gangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, pada 12 Okto-ber lalu.

Mohd Khairuddin berkata, Se-langor juga berusaha mendekati rakyat terutama golongan belia dengan mewujudkan permai- nan e-sukan yang bukan boleh menambahkan pendapatan se-

kali gus menguji minda mereka.Katanya, Selangor antara ne-

geri pertama di Malaysia yang menjayakan permainan e-sukan kerana menganggap permai- nan itu boleh pergi jauh teruta-ma pada era globalisasi kini.

“Bagaimanapun, saya sentia-sa menyokong insiatif Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan pro-gram bersifat pembangunan be-lia,” katanya.

Belanjawan Selangor terus lonjak martabat belia

Tingkat usaha, pastikan tidak tercicir

BANTING - Seramai 38 peser-ta daerah Kuala Langat mene- rima peralatan bagi memulakan perniagaan menerusi program bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan.

Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin berkata, ban-tuan itu memperuntukkan sejum-lah RM209,200 membabitkan 44 peralatan perniagaan.

Katanya, antara peralatan di-sumbangkan adalah motosikal roda tiga, mesin jahit, peralatan memasak, peti ais sejuk beku dan mesin cetak.

“Kita berharap penerima dapat memanfaatkan peralatan diterima ini sebaiknya, sekali gus berusaha meningkatkan ekonomi keluarga dan mewujudkan kehidupan yang sejahtera.

“Terima kasih juga kepada Ke- rajaan Negeri kerana meneruskan

program ini yang boleh memban-tu golongan kurang bernasib baik menambah pendapatan dan me- ngurangkan kadar kemiskinan rak-yat Selangor khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian sele-pas Majlis Penyerahan Bantuan Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Selangor peringkat Kuala Langat di Dewan Jubli Intan Kampung Olak Lempit Banting, di sini pada 15 Oktober lalu.

Pada masa sama, Hasnul ber-kata, beliau optimis Kerajaan Neg-eri dapat memikirkan mekanisme untuk melaksanakan kursus bimbi- ngan kepada penerima supaya mereka dapat meningkatkan ilmu keusahawanan dan urusan kewa- ngan.

“Justeru, dengan cara begitu di-harap penerima dapat mengurus-kan kewangan mereka secara lebih baik,” katanya.

Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Selangor yang dilan-carkan sejak 2008 bertujuan me- nyalurkan bantuan berupa per-alatan atau mesin diperlukan berdasarkan perusahaan dan per-niagaan yang sedang dijalankan.

Program itu membabitkan golongan miskin dan berpenda- patan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan pe-rusahan dalam bidang seperti ja- hitan, perniagaan runcit, perniagaan makanan, pengasuh kanak-kanak, perusahaan kecil dan kraftangan.

Kerajaan Negeri memperuntuk-kan sebanyak RM2 juta setiap tahun dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi golongan sasar.

Peniaga yang ingin mengem-bangkan perniagaan bagi menam-bah pendapatan disarankan supaya memohon ini di pejabat tanah ber-hampiran.

Peserta Kuala Langat terima bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

Hasnul Baharuddin (dua, kiri) bersama penerima melihat barangan bantuan ketika Program Blue-print Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat di Dewan Jubli Intan Banting, Kuala Langat pada 15 Oktober lalu

BANTING - Penerima program bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan di Kuala Langat men-zahirkan kesyukuran menerima peralatan untuk menjalankan per-niagaan.

Salah seorang penerima, Goh Moi Yong, 52, berkata beliau akan memanfaatkan motosikal roda tiga yang diterima itu dan tekad mahu memperluas perniagaan bahan pemprosesan makanan laut yang dijualnya di pasar pagi sekitar Tanjong Sepat.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memilih saya sela-ku penerima dan berharap pro-gram ini diteruskan pada masa akan datang.

“Malah, motosikal ini juga memudahkan pergerakan saya untuk berulang alik setiap hari dari rumah ke pasar pagi,” ka-tanya selepas Majlis Penyerahan bantuan Program Blueprint Pem-basmian Kemiskinan Selangor peringkat Kuala Langat di Dewan Jubli Intan Kampung Olak Lempit, di sini pada 15 Oktober lalu.

Selain itu, Shafinazreen Norhafizah Suhaimi, 34, berkata, beliau bersyukur kerana permo-honan mendapatkan mesin pe- ngadun tepung dan peti ais sejuk beku diterima, malahan memberi semangat untuknya mengem-bangkan perniagaan.

“Saya bersyukur dengan ban-tuan diberikan ini dapat menam-bah baik perniagaan makanan sejuk beku yang diusahakan se-jak 2015.

“Peralatan ini juga membole-hkan saya mengupah peker-ja, sekali gus mempercepatkan kami memproses makanan sejuk beku,” katanya yang menetap di Kuala Langat.

Sementara itu, S Janet, 52, berkata, kekurangan mesin jahit

Peralatan tambah baik niaga, jana hasil

Goh Moi Yong

menyukarkan beliau untuk me-nerima tempahan dalam jumlah yang banyak.

“Namun, selepas Kerajaan Negeri meluluskan permoho-nan memberi mesin jahit lurus ini, saya tekad mahu mengambil tempahan lagi dan berharap per-niagaan semakin berkembang,” katanya yang boleh menjahit pa-kaian tradisional India.

Saya bersyukur dengan bantuan diberikan ini dapat menambah baik perniagaan makanan sejuk beku yang diusahakan sejak 2015SHAFINAZREE

Page 7: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober lalu pada dasarnya menumpukan kepada cara-cara untuk memacu pembangunan ekonomi negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak me-nentu.

Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan, Johan Mahmood Merican berka-ta, kerajaan mengambil langkah awal untuk memastikan momen-tum pertumbuhan negara akan berterusan.

“Dari segi wawasan Kemak-muran Bersama, belanjawan ini memberi penekanan kepada me- rapatkan jurang sama ada dalam kadar pekerjaan dalam kalangan golongan muda, pembangunan di Sabah dan Sarawak, pemba- ngunan luar bandar serta mem-bantu mereka yang memerlu-kan seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), golongan wa- nita dan orang kurang upaya, an-tara lainnya.

“Kita melihat penerimaan be-lanjawan ini adalah baik setakat

ini kerana ia menyeluruh dalam perspektif memastikan pertum-buhan dan merapatkan jurang di Malaysia,” katanya kepada pem-berita pada Perbahasan Pasca Be-lanjawan 2020 yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malay-sia, di sini, pada 14 Oktober lalu.

Johan Mahmood berkata, langkah yang diumumkan sep-erti cukai sebagai contohnya, juga dirangka untuk menyokong strategi memastikan pertumbu-han ekonomi iaitu menerusi in-sentif khusus, pelaburan, cukai keuntungan hartanah (RPGT), potongan cukai tambahan un-tuk menyokong wanita kembali bekerja dan sebagainya.

Berhubung usaha melahir-kan lebih banyak ‘syarikat uni-corn’ (syarikat pemula niaga yang bernilai lebih daripada satu bi- lion) di negara ini, beliau berkata ia adalah sasaran jangka panjang tetapi butiran lebih terperinci akan digariskan semasa kerajaan melancarkan Rancangan Malaysia ke-12 tahun depan.

Sementara itu, ahli panel, Dr

Veerinderjeet Singh mencadan-gkan, Cukai Jualan dan Perkhid-matan (SST) diperluaskan secara perlahan-lahan kepada lebih ba-nyak barang dan perkhidmatan dengan pengecualian bagi ba-rang keperluan.

“Secara amnya, SST merang-kumi kira-kira 38 peratus dari-

pada barang dan perkhidmatan manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) meliputi hampir 70 peratus.

“Terdapat cara dan kaedah un-tuk sebenarnya menaikkan, bagi memadankan hasil di bawah SST (sekarang RM22 bilion) kepa-da GST (RM47 bilion). Jika kita

boleh menggandakannya, de-ngan syarat terdapat penguat-kuasaan dan pendidikan,” kata Veerinderjeet yang juga Pengeru-si Bukan Eksekutif Axcelasia Inc serta Ahli Jawatankuasa Pemba-haruan Cukai.

Satu daripada caranya adalah dengan menggunakan peranti tek- nologi canggih untuk mengesan setiap urus niaga item yang sama seperti digunakan semasa pelak-sanaan GST, katanya.

Berhubung perkembangan lain, pakar ekonomi negara Bank Dunia, Shakira Teh Sharifuddin berkata, Malaysia diunjur men-capai pertumbuhan 4.6 peratus tahun ini, 2020 dan 2021 ber-banding unjuran kerajaan pada 4.7 peratus bagi 2019 dan 4.8 pe- ratus pada 2020.

Ini katanya, akan disokong oleh penggunaan swasta yang akan terus menjadi pemacu uta-ma pertumbuhan.

“Bagaimanapun, kita juga per-lu berhati-hati dengan cabaran daripada persekitaran luaran,” ka-tanya. – BERNAMA

Pacu pertumbuhan, pastikan momentum berterusan

Belanjawan 2020 tangani suasana tidak menentu

KUALA LUMPUR - Nilai ekuiti domes-tik Lembaga Tabung Haji (TH) meningkat RM1.12 bilion kepada RM7.8 bilion pada 27 September lepas berbanding RM6.36 bilion pada tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pelaburan TH tertumpu pada syarikat tersenarai di Bur-sa Malaysia yang mempunyai prestasi kewa- ngan dan rekod dividen yang baik dan men-jana pendapatan stabil serta patuh Syariah.

“Selain ekuiti, TH sedang giat mencari pe-luang pelaburan dalam semua kelas aset seperti hartanah dan instrumen kewangan berpendapatan tetap termasuk sukuk,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang bertanyakan tentang pendapatan TH sehingga Jun 2019, nilai saham dan harta yang telah dijual pada 2019 serta anggaran keuntungan sehingga Jun 2019.

Fuziah berkata setakat Jun tahun ini, TH telah menjual kira-kira RM1.21 bilion as-set yang menjana keuntungan berjumlah RM61.6 juta.

Beliau berkata, penjualan berkenaan meli-batkan saham yang berjumlah RM803.9 juta dengan keuntungan sebanyak RM27.9 juta, instrument kewangan RM405.3 juta yang menjana keuntungan sebanyak RM25.3 juta serta hartanah sebanyak RM10.4 juta de-ngan keuntungan berjumlah RM7.9 juta.

Sementara itu, Fuziah berkata, Urushar-ta Jamaah Sdn.Bhd (UJSB) yang ditubuhkan bagi membantu proses pemulihan aset-aset yang telah diambil alih dari TH telah men-jana keuntungan selepas lebih sembilan bulan mengambil alih aset tersebut dari-pada TH.

Katanya keuntungan itu diperoleh wa-laupun tanpa melakukan sebarang pen-jualan aset.

“Setakat ini, iaitu lebih sembilan bulan aset ini dipindahkan, belum ada jual beli dan aset itu tetap di situ dan sedang dipulih- kan daripada pendapatan rendah kepada pendapat lebih tinggi.

“TH sudah tidak bertanggungawab, na-mun demi kepentingan awam dan kerana orang ramai ingin tahu dan takut aset TH ini bila dipindahkan (mungkin) dijual te-rus, saya maklumkan ini adalah tidak benar kerana TH mempunyai hak pertama untuk menolak,” katanya menjawab soalan tamba-han Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Je-li) yang bertanyakan tentang prestasi aset dan pelaburan yang diuruskan Syarikat tu-juan khas (SPV) di bawah seliaan Kemente-rian Kewangan.

UJSB merupakan SPV yang dimiliki penuh kerajaan bagi membantu proses pemulihan aset-aset yang telah diambil alih daripada Lembaga TH pada akhir 2018 sebagai sebahagian daripada pelan pemu-lihan TH. – BERRNAMA

Nilai ekuiti Tabung Haji meningkat RM1.12 bilion

Page 8: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

8Nasional

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

lTiada lagi GSTKerajaan tidak berhasrat mengembalikancukai barangan dan perkhidmatan (GST).

lDiskaun tol di PLUSRakyat boleh menikmati diskaun sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuhraya milik PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

lSubsidi petrolBagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)yang layak, subsidi petrol RM30 sebulanuntuk pemilik kereta atau RM12 sebulanbagi pemilik motosikal. Pembayaran per-tama dibuat pada April 2020.

Pemandu bukan penerima BSH mend- pat Kad95 bagi menerima subsidi petrol 30 sen per liter: terhad kepada 100 liter sebulan (bagi kereta) atau 40 liter sebulan (bagi motosikal)

l Penjawat awamBantuan khas (sekali) RM500 untuk kaki-tangan awam Gred 56 dan ke bawah danbantuan khas (sekali) RM250 diberikan ke-pada pesara kerajaan hujung 2019.

Bantuan yang sama turut diberikan ke-pada veteran tidak berpencen.

Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana.

Faedah ex-gratia sehingga RM150,000 diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhid-matan.

lE-dompetBayaran RM30 (sekali) dibayar kepadamereka berusia 18 tahun ke atas yang ber-pendapatan RM100,000 setahun mulai 1Januari 2020.

l Graduan menganggurGraduan yang baharu bekerja, selepasmenganggur lebih 12 bulan, menerima

Belanjawan kedua pentadbiran Pakatan Harapan

Banyak manfaat untuk semua

insentif gaji tambahan RM500 sebulan se-lama dua tahun.

Majikan menerima insentif pengambi-lan pekerja sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh yang sama.

l Gaji minimumGaji minimum ditingkatkan kepadaRM1,200 sebulan di bandar-bandar pada2020.

lBayaran lebih masaKelayakan bayaran lebih masa turut meli-batkan golongan berpendapatan kurangdaripada RM4,000 sebulan.

l Wanita bekerja semulaWanita berusia antara 30 hingga 50 tahun yang kembali bekerja diberi insentif gajiRM500 sebulan selama dua tahun.

l Cuti bersalin tiga bulanTempoh cuti bersalin ditingkatkan kepada 90 hari mulai 2021.

l Ringankan yuran TASKA danTADIKA

Pelepasan cukai bagi yuran taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak dinaikkan kepada RM2,000.

l Vaksin pneumococcalPeruntukan RM60 juta untuk menyedia-kan vaksin pneumococcal kepada semuakanak-kanak.

li-Suri KWSPSuami boleh sumbang secara sukarela se-banyak 2 peratus daripada 11 peratus caru-man Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP).

l Elaun pelajar TVETElaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar kursus Program PendidikanTeknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

l Insentif ganti pekerja asingWarganegara yang menggantikan peker-ja asing diberikan insentif gaji sebanyakRM350 atau RM500 sebulan, mengikut se-ktor, selama dua tahun.

lLebih ramai nikmati PERKESOSkim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri oleh PERKESO diperluas kepada 18 kumpu-lan yang bekerja sendiri mulai tahun 2020.

lBSH untuk 40 tahun, OKUBantuan Sara Hidup (BSH) RM300 diberi-kan juga kepada bujang berpendapatanRM2,000 dan ke bawah yang berusia 40tahun dan lebih.

Jumlah BSH ini diberikan juga kepada orang kurang upaya (OKU) berpendapa-tan RM2,000 dan ke bawah yang berusia 18 tahun ke atas.

Mereka yang bujang dan OKU ini se-cara automatik jadi penerima skim percu-ma takaful MySalam.

l Penerima BSH dapat MySalamSemua penerima isi rumah Bantuan SaraHidup (BSH), berumur antara 18 hingga 55 tahun, dilindungi secara automatik skimtakaful kesihatan MySalam.

Peserta MySalam yang menghidap pe- nyakit kritikal menerima bayaran tunai se-banyak RM8,000.

Peserta MySalam yang dimasukkan ke hospital kerajaan boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari.

l PeKa B40 untuk 40 tahunKerajaan akan memperluaskan liputanskim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) kepada individu yang berumur 40 tahun dan ke atas selepas mereka yang berusia 50-60 tahun.

l Wang KWSP untuk kos kesihatanPengeluaran wang Kumpulan Wang Sim-

panan Pekerja (KWSP) sebelum persaraan bagi kos rawatan kesihatan dan kos peru-mahan, tanpa penalti cukai bagi penge- luaran awal.

l Wang KWSP untuk dapatkanzuriat

KWSP perkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti invitro fertili- sation (IVF).

l Pelepasan cukai untuk kesuburanPelepasan cukai pendapatan sehinggaRM6,000 bagi perbelanjaan rawatan pe-rubatan untuk penyakit serius diperluaskanuntuk merangkumi kos rawatan kesuburan.

l Guru KAFAElaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain(KAFA) dinaikkan RM100 sebulan.

l Bantuan untuk imam, bilalBantuan khas (sekali) RM500 kepada setiapimam, bilal, siak dan guru takmir.

l Elaun RELA naikAnggota Jabatan Sukarelawan Malaysia(RELA) menikmati kenaikan elaun RM2 se-jam mulai 1 Januari 2020.

l Elaun bombaAnggota bomba menerima elaun khasRM200 sebulan.

l Bantuan miliki rumahSkim Pembiayaan Sewa untuk MemilikiRumah bagi membantu rakyat yang tidakmampu membayar deposit 10 peratus.

l Pingat Jasa MalaysiaPemegang Pingat Jasa Malaysia menerima bantuan khas RM500 (sekali).

l Perumahan beliaSkim Perumahan Belia yang dikendalikanBank Simpanan Nasional (BSN) dilanjutkanmulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disem-ber 2021 untuk rumah pertama.

l Elaun nelayanElaun Sara Hidup Nelayan ditingkatkan ke-pada RM250 sebulan.

lBas elektrik

500 bas elektrik pelbagai saiz disediakan di bandar-bandar terpilih seluruh negara.

l Tol jambatan Pulau PinangKadar tol untuk kereta persendirian di jam-batan kedua Pulau Pinang dikurangkan ke-pada RM7 mulai 1 Januari 2020.

lKakitangan SPRMSeramai 100 orang kakitangan Suruhan-jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)ditambah pada tahun 2020.

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menawarkan banyak manfaat kepada pelbagai golongan.

Dengan tema ‘Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Ke-makmuran Bersama’, belanjawan kedua di bawah pentadbiran Pakatan Harapan berjumlah RM297 bilion, peningkatan se-banyak RM19.5 bilion.

Berikut beberapa manfaat utama yang ditawarkan dalam belanjawan berkaitan kepada orang ramai dan penjawat awam:

Page 9: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

KUALA LUMPUR - Pengagihan bantuan kewangan kepada usaha-wan Cina dan India dalam Belan-jawan 2020 dilihat sebagai usaha kerajaan Pakatan Harapan (PAKA-TAN) bertindak adil kepada semua kaum di negara ini, kata pengana-lisis ekonomi.

Prof Emeritus Dr Barjoyai Bar-dai ketika berkongsi pandangan-nya berkata, jumlah pengagihan bantuan itu perlu dilihat berasas-kan populasi sesuatu kaum dan bukannya daripada perspektif per-kauman.

“Peruntukan mengikut kaum membayangkan bagaimana ke- rajaan bertindak telus, adil, priha-

KUALA LUMPUR - Kerajaan be-rada di landasan yang tepat un-tuk meletakkan semula negara di landasan fiskal dan memulih-kan ekonomi seperti digariskan dalam pelan hala tuju kewangan tiga tahun meskipun wujud ke- tidaktentuan berpanjangan beri-kutan perang perdagangan Amerika Syarikat-China yang menyebabkan rantaian bekalan global terorientasi secara kekal.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan berada di landasan untuk mencapai sasa-ran defisit 3.4 peratus daripada Ke- luaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019. Beliau berkata, sasa-ran fiskal itu disemak semula ke-pada 3.2 peratus daripada KDNK pada 2020 berbanding 3.0 pera-tus yang disasarkan sebelum ini, namun ia kekal di landasan untuk

LANGKAWI - Tindakan polis menahan 12 individu termasuk dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembeba-san Tamil Eelam (LTTE) dilakukan mengikut peruntukan undang-un-dang, kata Tun Dr Mahathir Mo-hamad.

Perdana Menteri berkata, tinda-kan polis itu juga dilakukan tanpa campur tangan pentadbirannya dan beliau menyangkal kononnya tangkapan itu bagi melemahkan mana-mana pihak.

“Pihak kerajaan ingin tahu apa sebab perkara ini berlaku. Kita tidak suka guna kuasa untuk lemahkan mana-mana pihak.

RM445 juta untuk bantu Bumiputera

Agihan peruntukan usahawan ikut kaum seimbang

tin dalam pembahagian peruntu-kan berkenaan,” katanya sambil menambah belanjawan kali ini lebih peka dalam mengambil kira perspektif luas usahawan.

Semasa pembentangan Belan-jawan 2020 pada 11 Oktober lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan pelbagai kemu-dahan untuk usahawan dan peru-sahaan kecil dan sederhana (PKS) antaranya pinjaman RM100 juta di bawah Skim Pembiayaan Usa-hawan Perusahaan Kecil Komuni-ti Cina dan pinjaman RM20 juta di bawah Skim Pembangunan Usa-hawan Masyarakat India TEKUN Nasional.

Selain itu, sebanyak RM445 juta diperuntukkan kepada usa- hawan Bumiputera bagi pro-gram keusahawanan di bawah TEKUN Nasional, SMECorp, Per-badanan Usahawan Nasional Bhd, Pelaburan Hartanah Bhd dan Unit Peneraju Agenda Bu-miputera.

Barjoyai berkata, beliau agak terkejut dengan keprihatinan ke- rajaan dalam memberi peruntu-kan yang agak besar kepada usa- hawan kecil dan Bumiputera da-lam belanjawan kali ini.

“Ini sebenarnya dilihat sebagai langkah positif memandangkan ia memberikan semangat dan mi-

nat untuk mengimbangi perkem-bangan dalam pembangunan perniagaan usahawan di Malay-sia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Ma-jlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC), Datuk David Chua ber-pendapat pengagihan peruntukan kepada setiap kaum menunjukkan kerajaan memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua kaum.

“Konsep pengagihan perun-tukan kepada setiap kaum dapat mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan masy- arakat…sebenarnya (peruntu-kan) sebegini dapat mengukuh-

kan hubungan silaturahim antara pelbagai kaum,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ke-bangsaan Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Da-tuk Michael Kang Hua Keong ber-kata, beliau berasa teruja apabila melihat banyak insentif diperun-tukkan kepada PKS.

“Belanjawan 2020 ini, adalah paling bagus sebab ia memfokus-kan pembangunan ekonomi. Me-nerusi peruntukan ini, kita akan bekerjasama dengan kerajaan dalam menggiatkan lagi industri perusahaan termasuk digital ser-ta operasi perniagaan secara au-tomasi,” katanya. - BERNAMA

Pelan hala tuju konsolidasi fiskal pulihkan ekonomi

LTTE: Tindakan polis ikut undang-undang“Ini bukan saya tangkap

orang, bukan Muhyiddin (Men- teri Dalam Negeri, Tan Sri Mu-hyiddin Yassin) tangkap orang, (tapi) polis yang tangkap dan benda yang dibuat pegawai mereka itu ikut undang-undang,” katanya dalam sidang media se-lepas menghadiri taklimat men-genai pembangunan Langkawi di sini, pada 13 Oktober lalu.

Ditanya sama ada tangkapan itu akan menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) yang akan berdepan Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai bu-lan depan, Dr Mahathir berkata: “Kalau ada implikasi politik, itu kita terpaksa cari lah, apa latar belakang dia (mereka yang dita-

han),” katanya.Pada 13 Oktober, polis mena-

han lima lagi individu termasuk seorang guru kerana disya-ki terlibat dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana membabitkan LTTE.

Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan berkaitan LTTE sejak Khamis lepas ialah 12 orang.

Khamis lepas, tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Un-dangan Negeri ditahan mengi-kut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE. - BERNAMA

Penunjuk perasaan Sri Lanka menendang bendera Harimau Pembe-basan Tamil Eelam (LTTE) kerana mengecam tindakan Kanada yang didakwa menyokong kumpulan pemberontak itu di luar pejabat Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Colombo pada 27 Mei 2009. - Foto AFP

mencapai 2.8 peratus dalam jang-ka sederhana.

“Kenaikan daripada 3.0 peratus kepada 3.2 peratus mungkin tidak besar, namun perlu ingat apabila melibatkan perbelanjaan, ia bukan hanya mengenai berapa yang di-belanjakan malah menyentuh juga berbelanja untuk apa,” katanya ke-tika berucap di Forum Belanjawan 2020 di sini, pada 14 Oktober lalu.

Pelan hala tuju ekonomi terse-but, yang diumumkan Kemente-rian Kewangan pada September tahun lepas, bermatlamat mele-takkan Malaysia di laluan ke arah pertumbuhan mampan dengan disiplin fiskal, belanjawan ber-hemat, kestabilan monetari dan inflasi rendah walaupun mengh-adapi cabaran dan ketidaktentu-an ekonomi global.

Beliau berkata, banyak lang-

kah yang dicadangkan dalam Be-lanjawan 2020 bukan hanya akan menyokong pertumbuhan dalam jangka pendek, malah menetap-kan asas keperluan untuk Malaysia berubah secara berstruktur bagi dekad akan datang.

Langkah tersebut juga menepa-ti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan baru-baru ini yang memerlukan penciptaan kemakmuran sebelum dikongsi-kan kemudian, katanya.

“Pemberian insentif kepada perniagaan dan menarik pela-buran asing menerusi insentif bernilai RM10 bilion selama 10 tahun, serta program pewujudan pekerjaan bernilai RM6.5 bilion bagi mewujudkan 350,000 pe- kerjaan, akan menawarkan semula pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia.

“Belanjawan 2020 yang saya bentangkan pada 11 Oktober lalu juga menggariskan hala tuju dasar yang akan diambil kerajaan ini. Mesej saya ringkas sahaja iaitu Ma-laysia sedang menjalani pemode-nan semula menerusi pendigitalan ekonomi, melalui penyepaduan dengan rantaian bekalan global yang lebih baik serta menyedia-kan insentif kerja,” katanya.

Lim berkata, Malaysia memerlu-kan lebih banyak pelaburan swas-ta dalam bidang bernilai tinggi yang boleh mengorak pertum-buhan pengeluaran lebih besar.

Beliau berkata, ini bertepatan dengan rasional di sebalik teras pertama Belanjawan 2020, yang bertujuan menarik pelaburan mul-tinasional berkualiti tinggi da- ripada syarikat ‘global unicorns’ dan Fortune 500, dengan insentif

bernilai RM5 bilion dalam tempoh lima tahun.

Pelaburan langsung asing ini boleh mewujudkan 150,000 pek-erjaan berkualiti tinggi, sekali gus memperkayakan rantaian bekalan Malaysia dengan menjadikannya lebih sofisikated untuk menjalan-kan pengeluaran barangan dan perkhidmatan bernilai tinggi, ka-tanya.

“Pada masa sama, kita juga me-naik taraf syarikat Malaysia yang paling berpotensi cerah untuk menjadi juara serantau dan glo- bal dalam eksport menerusi insen-tif bernilai RM5 bilion selama lima tahun. Syarikat tempatan ini akan berupaya mengembangkan pasa-ran eksport mereka di samping mewujudkan 100,000 pekerjaan di peringkat tempatan,” katanya. - BERNAMA

Page 10: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

10Global

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bang-sa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada 13 Oktober lalu berkata, beliau sedih dengan kehilan-gan nyawa dan kemusnahan teruk akibat Taufan Hagibis di Jepun, lapor agensi berita China Xin-hua memetik kenyataan yang dikeluarkan badan dunia itu.

Hampir 70 orang maut manakala belasan lagi hilang apabila Hagibis membadai Jepun termasuk kawasan metropolitan Tokyo, yang menyebabkan beberapa sungai melimpah dan memtuskan beka-lan elektrik di sejumlah 376,000 rumah.

Dalam satu kenyataan, pemimpin PBB itu me- ngucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluar-ga mangsa dan kerajaan serta rakyat Jepun, dan berhadap mereka yang cedera cepat sembuh.

13 Oktober adalah Hari Antarabangsa bagi Pe- ngurangan Risiko Bencana. Guterres menekankan kepentingan melabur dalam kebingkasan iklim dan memuji peranan kepimpinan penting Jepun dalam bidang ini, seperti yang dibuktikan dalam persediaan yang luas dan cekap untuk keadaan cuaca melampau ini. - BERNAMA

KUANTAN - Perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang berlanjutan sehingga kini tidak menjejaskan hubungan dagangan Malaysia dengan Chi-na yang merupakan kuasa besar ekonomi di Asia.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua negara besar dunia itu dan sejak dahulu negara ber-pendirian untuk berkecuali dari-pada kemelut tersebut.

“Kita tidak bergaduh dengan

Taufan Hagibis: PBB sedih kemusnahan di Jepun

Perang dagangan China-AS tidak jejas Malaysiasesiapa dan kita berkawan baik dengan China mahupun AS…wa-laupun kedua-dua negara ber- hadapan perang dagangan, kita tetap mahu meningkatkan perd-agangan dengan China.

“… daripada segi perdaga- ngan, China juga merupakan ra-kan perdagangan nombor satu Malaysia… malah dalam bebe- rapa perkara China memberi kerjasama yang amat baik kepa-da kita,” katanya kepada pembe- rita selepas merasmikan Pameran Foto 45 Tahun Kegemilangan Ma-

laysia-China di TMG Mall Bandar Indera Mahkota, di sini, pada 13 Oktober lalu.

Sebagai contoh, Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Inde-ra Mahkota, berkata China telah bersetuju untuk mengadakan rundingan semula berhubung kos Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sehingga mencapai per-setujuan yang baik kepada Ma-laysia.

Selain itu, China juga memenu-hi permintaan Malaysia untuk membeli minyak kelapa sawit

dengan lebih banyak apabila ne-gara Eropah melancarkan kem- pen memboikot produk tersebut, katanya.

Pada perkembangan lain, Sai-fuddin berkata Wisma Putra sen-tiasa memantau perkembangan rusuhan di Hong Kong dan me- minta rakyat Malaysia yang bek-erja atau melancong ke sana su-paya berhati-hati.

“Kita sudah mengenal pasti ka-wasan yang berlaku rusuhan dan rakyat diminta agar mengelakkan diri ke sana,” katanya.

Beliau juga menasihatkan rak-yat Malaysia yang berada dan ingin ke Jepun, untuk mengiku-ti nasihat perjalanan yang dike-luarkan berkaitan taufan Hagibis yang melanda Tokyo, awal 13 Ok-tober lalu.

Mengikut laporan media, sera-mai 10 orang maut manakala 16 lagi dilaporkan masih hilang sele-pas bandar raya itu dibadai taufan paling kuat dalam tempoh bebe- rapa dekad serta melumpuhkan sebahagian besar bandar raya berkenaan. - BERNAMA

Pertikaian Pakistan-India isu Kashmir

Wajar hormati pendirian Dr Mahathir

Orang ramai mengibarkan bendera gergasi Kashmir dalam satu demonstrasi an-ti-India di Karachi pada 18 Ogos 2019. - Foto AFP

KUALA LUMPUR - Ucapan Perdana Men-teri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bang-sa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 yang menyeru pertikaian di Kashmir antara In-dia dan Pakistan diselesaikan melalui rundi- ngan, wajar di hormati, kata Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Atif Sharif Mian.

“Sebagai antara pemimpin dunia yang hebat, beliau memberikan satu kenyataan penting bahawa dunia tidak mampu lagi untuk mendepani konflik antara dua ne-gara kuasa nuklear … ia boleh mencetus-kan bencana kepada dunia,” katanya kepada Bernama selepas forum bertajuk ‘Palestine – Kashmir Forum: The Struggle for Freedom and Self Determination’, anjuran bersama Institut Pengajian Islam Lanjutan Antara-bangsa (IAIS) Malaysia dan Majlis Perundi- ngan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di sini, pada 14 Oktober lalu.

Sejak sekian lama akses terhadap makanan, ubat-ubatan dan internet oleh penduduk Kashmir adalah terhad, terda- pat ribuan kakitangan tentera sentiasa men-jalankan rondaan, dan lebih 10,000 cedera dan 800 lagi menjadi buta akibat terkena

peluru senapang angin.Justeru, Mian menghargai pendirian te-

gas Dr Mahathir berhubung isu Kashmir.Kerajaan India mengenakan perintah

berkurung dan menahan hampir 4,000 orang termasuk pemimpin politik, peguam dan wartawan.

Dalam pernyataan bersama pada ak- hir forum, penganjur menuntut komuniti antarabangsa bersatu menentang ketid- akadilan terhadap penduduk Kashmir dan Palestin.

Presiden MAPIM, Azmi Abdul Hamid ber-kata, pernyataan bersama itu diserahkan kepada Dr Mahathir di Putrajaya pada 15 Oktober lalu.

“Tujuannya adalah untuk memberi k- sedaran tentang Palestin dan Kashmir, men-jadikan satu dokumen yang boleh dirujuk semua pihak supaya boleh dijadikan asas untuk melakukan banyak kempen kese-daran sama ada melalui forum, seminar dan khutbah di masjid-masjid agar dapat mem-beri kesedaran kepada orang ramai tentang apa yang berlaku,” katanya.

Forum itu turut disertai wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Kemboja, Thailand dan Indonesia. - BERNAMA

Sebahagian mangsa yang ditempatkan di pusat perlindungan di Nagano, selepas Taufan Hagibis melanda Jepun pada 12 Oktober lalu. - Foto AFP

Page 11: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

Taufan Hagibis: PBB sedih kemusnahan di Jepun

Saya sangat bersyukur dapat sekali lagi ber-sama-sama ketua jabatan Kerajaan Ne-

geri dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Jabatan Kera-jaan Negeri Selangor yang kali ini dihoskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

Pada 9 Oktober 2019, Pe-jabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya me-nerima pengiktirafan Amalan Terbaik Pengurusan Nilai Perk- hidmatan Awam sewaktu Sem-inar Pengurusan Nilai anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kejayaan dan pengiktirafan ini adalah suatu bukti kesung-guhan penjawat awam di Sela- ngor dalam menghayati bu-daya integriti dalam perkhid-matan mereka. Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan ciri tad-bir urus yang baik seiring den-gan nilai lain hasil reformasi institusi seperti Akta Kebeba-san Maklumat, Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off serta Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Ke-bertanggungjawaban dan Ket-

elusan Selangor (SELCAT).Syabas dan tahniah saya ucap-

kan kepada warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Se-langor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya atas kejayaan ini. Semoga pengiktirafan ini menja-di pendorong kepada agensi lain untuk turut sama menjunjung dengan utuh prinsip nilai da-lam sebarang gerak kerja mere-ka untuk merealisasikan agenda ‘Selangor Maju Bersama’ demi maslahah rakyat Selangor secara keseluruhannya.

Untuk empat hari ber-turut-turut, Selangor Interna-tional Business Summit berjaya dianjurkan oleh Invest Selangor di MITEC. Program yang asal- nya sederhana tetapi semakin gah itu sudah masuk tahun kelima penganjurannya. Untuk pengan-juran kali ini, kita memper- kenalkan sebuah lagi komponen iaitu Ekspo Penyelidikan, Pem-bangunan dan Inovasi Negeri Selangor 2019. Ekspo ini ber-peranan menggabungkan minda terbaik di Selangor dalam usa-ha mengkomersialkan sebarang penyelidikan serta inovasi juga menjadi suatu bentuk pengikti-

rafan Kerajaan Negeri terhadap sebarang usaha membudayakan ilmu.

Daerah Hulu Langat khusus- nya, yang meliputi kawasan seluas 82,944 hektar atau 826 kilometer persegi adalah sa-lah satu pelantar kepada Gu-gusan Pendidikan yang mampu menyemarakkan lagi budaya ilmu yang cuba diterapkan pen-tadbiran ini.

Dasar klusterisasi yang dipraktikkan sejak pengumu-mannya tahun lalu bakal me- lonjakkan lagi daerah Kajang, Cheras, Ampang, Semenyih dan banyak lagi kawasan dengan ins- titut pengajian tinggi yang baik supaya suatu hari nanti men-jadi Boston of Malaysia yang diimpikan kita.

Banyak yang diperkatakan tentang Belanjawan Persekutu-an 2020. Secara amnya, ia ada-lah suatu bajet holistik yang baik dan suatu testamen kepada aspirasi kerajaan untuk sebaik mungkin merealisasikan ma- nifesto Pakatan Harapan dalam masa sama cukup memandang jauh dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Pentadbiran ini menyambut baik beberapa inisiatif yang dise-butkan dalam dokumen penting terbabit. Antara lain, peruntukan RM21.6 bilion untuk usahasa-ma swasta-kerajaan dalam mere-alisasikan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara atau National Fiberization and Connectivity Plan (NFCP) yang sangat menguntungkan Selan-gor dan mempercepatkan kadar pencapaian 100 peratus internet berkelajuan tinggi di negeri ini, peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) yang diizinkan untuk penggu-naan tambah baik jalan di Se-langor yang memang sering digunakan sebanyak 15 peratus atau RM20 juta yang mana le- bih rendah.

Kerajaan Negeri juga berter-ima kasih atas kesudian Kera-jaan Persekutuan untuk menaik taraf Hospital Tengku Am- puan Rahimah di Klang dengan jumlah peruntukan keseluruhan untuk keperluan itu sebanyak RM1.6 bilion juga perhatian dalam membantu merancak-kan ekonomi di Klang dengan kajian kebolehlaksanaan Pulau

Carey, kajian kebolehlaksan-aan projek Serendah-Port Klang Bypass serta kajian kebolehlak-sanaan Koridor Logistik Klang yang bakal menjadikan Pelabu-han Klang yang sudah menja-di pelabuhan ke-12 tersibuk di dunia sebagai hab maritim se- rantau. Perhatian yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan da-lam membanteras dadah juga sa- ngat dialu-alukan ekoran Sela- ngor antara negeri yang mencat-at banyak kes berkaitan.

RM25 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan un-tuk Agensi Antidadah Kebang-saan antara lain melalui projek RINTIS dan sebagainya. Rakyat Selangor juga beruntung kerana bakal menjadi penerima manfaat terbesar dengan pengambilali-han lebuh raya KESAS, SPRINT dan LDP yang ketiga-tiganya da-lam negeri ini juga peruntukan Rancangan Tebatan Banjir Kera-jaan Pusat yang berjumlah 443.9 juta.

Ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kera-jaan Negeri Selangor pada 14 Oktober 2019

Komitmen padu kerajaan Pakatan Harapan

Belanjawan 2020 manfaat terbaik buat rakyat

Page 12: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

Album Klik!13SelangorKini 17 - 23 Oktober 201912 SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

KIRIPetugas mempromosikan produk dalam Ekspo Antarabangsa Selangor di MITEC,Kuala Lumpur I FIKRI YUSOF

KANANPersembahan seni silat ketika Himpunan Perguruan Silat Selangor di Istana Bandar, Banting l HAFIZ OTHMAN

KIRIPengunjung memilih pakaian di JBR Bundle, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya I FIKRI YUSOF

KANANPermainan bola zorb menjadi tarikan di Paradise Valley, Semenyih l HAFIZ OTHMAN

KIRIPenjawat awam membuat pemeriksaan tekanan darah di Stadium Hoki Pandamaran, Klangl REMY ARIFFIN

KANANPasangan kembar, Aqif dan Aqil Faizul ceria ketika mandi di Sungai Tua, Ulu Yam l ASRI SAPFIE

KIRIPeserta program menunjukkan kit bidal air oleh Air Selangor di Taman Batu Caves, Selayang l REMY ARIFIN

KANANSeorang lelaki beriadah sekitar kawasan bendang di Kampung Parit Empat, Sekinchan l ASRI SAPFIE

Menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangADN SEMENTA

Daroyah Alwi

Meraikan juara Kejohanan Futsal Piala YB Lee Kee Hiong di Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu

Merasmikan Program Penghijauan Alam Sekitar di Pocket Park, Persiaran Raja Muda Musa, Klang

ADN KUALA KUBU BHARU

ADN PANDAMARAN

Lee Kee Hiong

Leong Tuck Chee

Berbincang aspek keselamatan projek pembangunan di Seri Kembangan

ADN SERI KEMBANGANEan Yong Hian Wah

Meninjau rumah penduduk yang uzur di Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

ADN SUNGAI AIR TAWARRizam Ismail

Memeriahkan Hari Sukan Tabika KEMAS Mawar Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya

ADN IJOKIdris Ahmad

Page 13: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

14ADN

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

CYBERJAYA - Kejohanan E-Sukan Gen-S anjuran Jabatan Belia dan Sukan Selangor dengan kerjasa-ma Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) bakal menerima lebih 35,000 penyertaan sepanjang Ok-tober ini.

Ahli Dewan Negeri Dengkil, Adhif Syan Abdullah berkata, sasaran itu mampu dicapai me-mandangkan kejohanan sempe-na Sambutan Bulan Sukan Negara yang berlangsung di Dpulze Shop-ping Centre, di sini menerima sam-but amat memberangsangkan.

“Kejohanan kali pertama yang dianjurkan di pusat membeli-be-lah ini menerima penyertaan amat memberansangkan.

“Dalam masa sehari sahaja, se- ramai 5,000 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan E-Sports Gen-S dan Sambutan Bulan Sukan Negara @ Sepang di Dpulze Shop-ping Centre, di sini, pada 13 Ok-

Pengurangan harga tambang

Penumpang bas laluan Sunway meningkat 30 peratus

Michelle Ng Mei Sze (tengah) bergambar bersama kakitangan Rapid Bus Sdn Bhd selepas melan-carkan perkhidmatan percubaan bas perantara Aliran Transit Ringan (LRT) laluan T792 di di Stesen USJ7, Subang Jaya pada 14 Oktober lalu

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SUBANG JAYA - Jumlah penum- pang harian perkhidmatan bas perantara LRT (BRT) di laluan Sunway merekodkan trend pe- ningkatan pengguna sebanyak 30 peratus setakat ini, kata Ahli De-wan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

Beliau berkata, peningkatan itu susulan pengurangan harga tam-bang sebanyak 20 peratus kepa-da penumpang yang dilaksanakan Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) pada November tahun lalu.

Katanya, hal itu membuktikan kejayaan pengendali perkhid-matan bas berkenaan dalam usaha menggalakkan orang ramai meng-gunakan pengangkutan awam.

“Pengangkutan awam harus menjadi hala tuju masa depan, jadi dengan mobiliti melalui kere-ta yang semakin meningkat iaitu daripada 10 juta perjalanan setiap hari pada 2010 kepada 32 juta per-jalanan menjelang 2030, kapasiti jalan akan menjadi semakin tepu.

“Untuk mengatasi masalah trafik, pembinaan atau pelebaran jalan hanya boleh mengurangkan trafik ke sesuatu tahap sahaja ke- rana kita sering mengejar pening-

katan penggunaan kereta.“Dengan mengambil kira fak-

tor berkenaan, kita memfokuskan usaha untuk meningkatkan keber-gantungan terhadap pengangku-tan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian sele-pas melancarkan perkhidmatan percubaan Bas Perantara Aliran Transit Ringan (LRT) Laluan T792, di Hab Stesen USJ 7, di sini pada 14 Oktober lalu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Ek-sekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus, Ku Jamil Zaka-ria.

Bas 12 meter bagi Laluan T792 itu adalah projek eksperimen sela-ma tiga bulan yang akan bermula dari hab stesen LRT USJ 7 ke Pang-sapuri SS19 melalui USJ 3 dan 4 dengan kekerapan 20 minit.

Michelle berkata, pihaknya memberi tumpuan terhadap isu ‘first mile, last mile’ dengan mewu-judkan kesalinghubungan melalui laluan pejalan kaki termasuk bas.

“Saya berbesar hati kerana Ma-jlis Perbandaran Subang Jaya me- labur dana tahun ini untuk menaik taraf pejalan kaki di sekeliling LRT USJ 7 dan LRT Taipan.

“Selain itu, pendekatan diambil

Rapid Bus yang memilih Subang Jaya untuk menjalankan percu-baan bas perantara LRT juga ha- rus dipuji memandangkan mereka sedang merancang un-tuk membuat percubaan bagi menambahbaik perkhidmatan bas perantara ini.

“Kita yakin terdapat sinergi jika percubaan pertama ini dilaksana-kan selepas perbincangan bersa-

ma perunding dan wakil komuniti Subang Jaya,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-harap, perkhidmatan itu akan mendapat sambutan menggalak-

kan dalam kalangan penduduk Subang Jaya supaya sistem bas berkenaan dapat diteruskan de- ngan memperkenalkan lebih ba- nyak laluan.

Kejohanan E-Sukan Gen-S turut menyajikan acara lain seperti pertandingan Beyblade, Street Workout dan Gusti Lengan

35,000 penyertaan gamatkan E-Sukan Gen-S di Sepang

tober lalu. Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MPSp, Hafiz Shaari; Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Adi Faizal Ahmad Tarmizi serta Pengarah Jabatan Be-lia dan Sukan Selangor, Sabran Ba-har.

Selain pertandingan Mo-bile Legend, kejohanan ini turut

menyajikan acara lain seperti pertandingan Beyblade, Street Workout dan gusti lengan.

Sementara itu, Hafiz Shaari ber-harap kejohanan ini bukan sahaja dapat memupuk gaya hidup sihat, malah dapat menyatukan masya- rakat tanpa mengira bangsa, aga-ma dan latar belakang.

YB KitaAhli Dewan Negeri N03 SG PANJANG

nNama: Dato’ Mohd Imran Bin Tamrin

nTarikh lahir: November 1986 nNegeri kelahiran: Selangor

nMakanan kegemaran: Nasi goreng ayam

nAktiviti masa lapang: Badminton dan membaca

nFalsafah hidup: Usaha tangga kejayaan

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Peguam nAlamat pejabat ADN: Pusat Khidmat ADN Sungai Panjang, Bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor

nNombor telefon ADN: 03-32248693

nE-mel: [email protected]

N03 SG PANJANG

Page 14: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

15SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

MINAT terhadap watak nin-ja dan animasi Jepun sejak kecil menjadi pencetus uta-ma kepada Wan Azlan Wan

Ali, 39 untuk mendalami bahasa negara Matahari Terbit itu.

Selepas berpeluang mempelajarinya selama dua tahun di Universiti Malaya, dan melanjutkan pengajian di Jepun.

Terkenal dengan panggilan Azlan Sen-sei atau Cikgu Azlan, dia kini aktif men-gajar secara percuma di laman Facebook sejak 2016.

Kefasihan berbahasa berkenaan di-gunakan untuk membantu pelajar dan pekerja Malaysia yang mahu ke nega-ra berkenaan atau sesiapa sahaja yang berminat mempelajarinya dengan lebih mendalam.

“Dari kecil minat terhadap bahasa dan budaya Jepun bercambah. Alhamdulillah, saya berpeluang belajar bahasa Jepun se-lama dua tahun di bawah program Ran-cangan Persediaan Khas ke Jepun di Universiti Malaya.

“Selepas itu, berangkat ke Jepun untuk mendalami ilmu bahasa dan kejuruter-aan mekanikal secara lebih mendalam di Universiti Akita,” katanya kepada Se-langorKini.

Sukar bertutur dengan lancar

Di negara itu, beliau terpaksa mengiku-ti pengajian dalam bahasa Jepun seratus peratus.

“Mungkin ramai terfikir bahawa bela-

jar di Jepun adalah sesuatu yang seronok tetapi realitinya berbeza.

“Memang tidak dinafikan ada banyak kisah gembira yang dialami pada awal pengajian. Tetapi banyak juga kisah duka di sana kerana ramai yang tidak faham perbualan yang diucapkan saya,” katan-ya.

Tambahnya, selepas membuat penga-jian secara mendalam, beliau mendapati bahawa cara sebutan yang kurang tepat membuatkan perbualannya susah difa-hami, sejak itu beliau bertekad menam-bah baik sebutannya.

“Berkenaan cara sebutan, terdapat satu peristiwa manis yang saya tidak boleh lupakan iaitu ketika saya menyebut ‘tsu’ ada orang Jepun terkejut kerana saya dap-at menyebutnya dengan jelas berbanding orang lain.

“Ini kerana walaupun ditulis sebagai ‘tsu’, sebutan ‘u’ itu hampir tidak keden-garan, sebaliknya lebih kedengaran kepa-da ‘e’,” katanya.

10 tahun menetap di Jepun

Selepas tamat pengajian, Azlan bekerja di sebuah syarikat Jepun. Di situ, beliau menggunakan sepenuhnya kesempatan untuk berkomunikasi lebih optimum den-gan rakan-rakan sekerja.

Katanya, beliau mempelajari bahasa Jepun dengan lebih lancar kerana pertu-turan di syarikat berbeza daripada me-nara gading.

“Selepas tamat pengajian, saya tidak pulang sebaliknya menetap di negara itu dan sedar tidak sedar, hampir 10 tahun

saya di Jepun.“Selepas itu, saya membuat keputusan

untuk berbakti kepada tanah air. Walau-pun bekerja di Malaysia, syarikat saya bekerja ini berbeza kerana mereka me-merlukan seseorang yang mahir berba-hasa Jepun,” katanya.

Lima tahun bekerja di sini, beliau membuat keputusan meletak jawatan sebagai Jurutera kerana ingin menem-ani isterinya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Australia.

Cetus idea jadi tenaga pengajar

Bapa kepada dua cahaya mata itu berka-ta, idea menjadi tenaga pengajar secara separuh masa tercetus ketika di negara kanggaru.

“Saya menggilap kemahiran berba-hasa Jepun dengan mengikuti kursus mengajar yang dikendalikan oleh Pusat Bahasa Jepun Dunia di Australia untuk melayakkan saya menjadi pengajar yang diiktiraf.

“Kemudian, saya hanya mengambil kurang daripada 10 pelajar untuk setiap sesi supaya tumpuan penuh dapat diberi untuk setiap individu,” katanya.

Bagi meneruskan minat berkongsi ba-hasa Jepun, Azlan bertekad mengajarnya apabila kembali ke tanah air pada 2017.

“Walaupun saya lebih fokuskan men-gajar untuk mereka yang bekerja, ada juga antara anak murid yang berumur 13 hingga 50 tahun. Hingga kini saya sudah mencurahkan ilmu kepada lebih 70 pela-jar,” katanya.

Profil

Nama: Wan Azlan Wan Ali Umur: 39 tahun Anak Kelahiran: Petaling Jaya, Selangor Facebook/Instagram: azlansenseiofficial Website: www.azlansensei.com

Cipta sendiri kaedah mengajar

Azlan berkata, dalam setiap pembe-lajaran, beliau akan menggunakan kaedah khas yang diciptanya sendiri berdasarkan pengalamannya.

Teknik itu dinamakan ASSIIM iaitu akronim daripada Azlan Sen-sei Special Indirect and Integrated Method (Kaedah Istimewa Tidak Langsung dan Bersepadu Azlan Sensei).

“ASSIIM dirangka berdasarkan pengalaman saya sendiri menga-jar bahasa Jepun berdasarkan real-iti sebenar yang dilaluinya sebagai individu yang pernah belajar dan bekerja di Jepun. Pembelajaran ini menekankan pertuturan dengan sebutan yang betul.

“Kaedah ini menggunakan huruf ketika permulaan fasa supaya pelajar tidak terbeban. Kemudiannya, ba-

rulah tulisan bahasa Jepun diajar secara serius dan aspek sebutan menjadi teras pembelajaran,” katanya.

Tumpuan atas talian

Di samping pembelajaran secara berse-muka di hari minggu, kini Azlan mem-beri lebih perhatian kepada pembelajaran dalam talian.

Katanya, hal itu disebabkan ramai pe-lajar terpaksa menangguhkan pengajian disebabkan faktor kerja, keluarga dan lo-kasi.

“Untuk pengetahuan semua, kaedah secara dalam talian ini berdasarkan vid-eo yang dirakam terlebih dahulu. Oleh itu, pelajar boleh mengikuti pembelaja-ran pada bila-bila masa dan di mana-ma-na sahaja.

“Pembelajaran ini memerlukan masa selama setahun. Dalam tempoh itu, pe-lajar diberikan sedikit demi sedikit ilmu setiap minggu supaya tidak terbeban den-gan kandungan.

“Walaupun terikat dengan rutin kerja, saya masih berpeluang untuk mengajar bahasa Jepun pada hari minggu secara bersemuka dan berkongsi mengenai ba-hasa Jepun setiap hari melalui laman Facebook,” katanya.

Azlan Sensei ajar di media sosial

Kelas percumabahasa Jepun

Page 15: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

OLEH FADLI ZAINAL ABIDIN

Aku sering diajukan persoalan men-gapa aku menjadi seorang perom-pak. Hari ini aku akan merungkai semua persoalan itu dengan hara-

pan dunia akan lebih memahami apa yang sebenarnya berada dalam pemikiran aku.

Aku masih ingat sebab mengapa aku merompak untuk julung kalinya belasan tahun dulu. Ketika itu, usia aku masih muda dan jiwa aku masih mentah; tidak ada prin-sip hidup hanya tahu mengikut telunjuk sekadar angguk-angguk geleng-geleng bak kata orang. Mangsa pertama aku seorang ahli politik kaya-raya.

Aku benci pada ahli politik kaya yang sering menggunakan kekayaannya seba-gai modal menjadikan orang lain membu-ta-tuli mengikut segala agendanya. Aku masih ingat suatu hari ahli politik tersebut menyampaikan ceramah umum memin-ta agar penyokongnya turun ke jalanan membantah penghapusan subsidi minyak tanah. Dia berikan seratus ringgit kepa-da sesiapa sahaja yang menyertai demon-strasi tersebut. Aku melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana penyokongnya berebut-rebut mendapatkan wang yang dia taburkan dari atas pentas ceramah. Ke-tika itu, aku terfikir kenapalah si bodoh itu tak gunakan duitnya yang banyak itu un-tuk membantu orang miskin. Namun, pada masa yang sama aku berasa teruja meli-hat para penyokongnya berebut-rebut me- ngutip wang kertas yang ditabur oleh ahli politik itu.

Maka, itulah mangsa pertama aku. Habis semua duitnya yang disimpan di rumah aku rompak. Oleh sebab aku tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan duit berjuta-juta itu, maka aku taburkan duit tersebut dari tingkat atas bangunan sebuah parti politik dan ibarat sebuah pesta orang ramai bere-but-rebut mengutip wang itu. Kepuasan

melihat perilaku mereka membuat aku ber-tambah teruja untuk meneruskan aktiviti merompak.

Aku perlu berterus-terang bahawa sepanjang berbelas-belas tahun aku men-jadi perompak, tidak pernah sekalipun aku merompak dari golongan miskin. Malah, aku tidak merompak dari pasar raya, ke-dai emas mahupun stesen minyak. Sasa-ran aku hanyalah rumah ahli politik kaya yang hidup mereka ini semakin lama se-makin kaya walaupun bermacam-macam jenis cukai diperkenalkan yang mereka sendiri berkempen membantah cukai-cu-kai tersebut tetapi pada masa yang sama mengumpul banyak wang yang aku send-iri tidak tahu dari mana mereka perolehi. Oleh sebab tiada siapa yang berani mem-persoalkan kekayaan mereka, maka aku berpendapat mereka ini tergolong dalam kelompok BDR iaitu Boleh Dirompak. Jadi

kau rasa aku jahat?Aku dibesarkan di jalanan,

tidak berumah dan tidak di-peduli oleh masyarakat mahu-pun orang politik kecuali ketika musim pengundian tiba. Teta-pi bukan kerana kesusahan itu yang mendorong aku menjadi seorang perompak sebaliknya rasa benci pada politikus kaya dan kerana aku lakukan untuk rakyat yang menjadikan aku sebegini. Tapi kau jangan fikir bahawa rakyat bersetuju den-gan perbuatan aku ini kerana secara asasnya menerima wang hasil rompakan bukan bermak-sud bersetuju dan merelakan perbuatan ini. Walaupun aku merompak duit berjuta-juta dari politikus kaya-raya tetapi aku tidak memilih untuk me-nikmati hasil kekayaan itu ber-sendirian. Bahkan aku tidak pun memiliki rumah mewah, kereta import atau kapal persiaran be-sar. Aku tidak menyimpan duit-

duit tersebut di bank pesisir pantai atau melabur pada syarikat filem luar negara mahupun industri minyak tanah. Aku tak mahu menyimpan wang yang banyak ke dalam bank kerana aku benci pada sistem menggunakan wang orang lain untuk men-jana keuntungan.

Aku hanya tinggal di flat kos rendah yang aku sewa daripada pihak bandar raya. Jadi, kau mesti tertanya-tanya ke mana aku sim-pan duit-duit yang aku rompak itu kan? Mari aku jelaskan. Setiap kali aku merompak rumah politikus kaya, hasil duit rompakan itu aku edarkan kepada rakyat jelata. Me-kanisme pemberian wang tersebut ada pel-bagai tetapi aku tidak akan berkongsi di sini kerana aku takut ia ditiru oleh orang poli-

tik. Cukup aku katakan ramai orang gem-bira bila mengutip duit yang bertaburan di atas jalan. Kegembiraan mereka ini men-jadi pembakar semangat untuk aku terus berusaha demi mereka. Aku punya prinsip iaitu duit rompakan harus dikongsi dengan orang lain. Semakin banyak aku berkongsi semakin aku rasa tenang.

Aku fikir setelah belasan tahun menjadi perompak sudah tiba masanya aku bertau-bat dan cuci tangan. Tapi jangan risau, aku tak akan sertai mana-mana organisasi atau parti politik untuk memperlihatkan kepa-da umum bahawa aku sudah bersih dan suci. Satu-satunya tempat yang aku fikir ses-uai untuk aku berubah ialah penjara. Maka, suatu hari aku putuskan untuk melakukan rompakan terakhir. Sasaran aku seperti bi-asa, seorang ahli politik yang kaya-raya. Aku masih ingat rompakan pada malam itu di-lakukan sehari sebelum pembentangan be-lanjawan.

Sejam sebelum belanjawan diumumkan, aku sudah bersedia dengan upacara merai-kan wang rompakan. Aku beritahu kepa-da pihak media supaya berkumpul di luar bangunan sebuah parti politik. Hebahan upacara itu turut aku siarkan melalui media sosial dan nota-nota yang aku edarkan pada orang ramai. Bahkan aku menjemput pihak polis, agensi pengutip cukai, organisasi anti rasuah serta NGO yang menyuarakan hak rakyat untuk sama-sama meraikan upaca-ra ini. Aku mahu rakyat meraikan kejayaan aku yang terakhir. Aku mahu mereka gem-bira mengutip wang-wang yang bertaburan dan melupakan tentang belanjawan yang setiap tahun cuma sekadar ayat-ayat ma-nis yang diulang-ulang. Dari atas bangunan parti politik tersebut aku lambungkan duit-duit itu penuh rasa puas. Rakyat bertepuk sorak gembira meraikan jutaan duit yang melayang-layang di udara kemudian jatuh ke tanah ibarat daun kering yang gugur dari pokok. Ini hadiah aku untuk rakyat dan aku lakukan semua ini untuk rakyat. Aku ulang, untuk rakyat dan aku sudah bersedia me-ringkuk dalam penjara

Bumi manusial(menonton bumi manusia - Pram)

meski negeri ini terbakar ke seribu kali semalamkita ‘kan terus bertepukmelihat perlawananmelihat usul “aku tidak diperintah”melihat orang-orang bisu yang resahakhirnya tegak membantah

ketika negeri ini terbakar ke seribu kalihari inikita juga kan terus sabartak juga ditepuk penghuni besokmelihat akurmelihat usul “bungkam selamat”melihat kita terus bungkamterus selamat

senang bersorak menonton kebangkitansenang dipijak menyambung perbudakan.

Hidayu HattaJakarta

Page 16: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

17SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Berhubung dengan hal tersebut Mujarro-bat telah menggariskan petua mengadakan perkahwinan mengikut bulan Islam. Misalnya berkahwin pada bulan Muharam alamat berlaku banyak perebutan dan sekiranya perkahwinan di-

lakukan pada bulan Safar pasangan akan mempunyai banyak. Manakala jika per- kahwinan diadakan pada bu-lan Rabiul Awal salah seorang daripada pasangan suami isteri akan mati.

Seterusnya perkahwinan yang diadakan pada bulan Rabiul Akhir menyebabkan pasangan bertemu dengan keburukan dan perkahwinan yang dilakukan pada bulan Jumadil Awal menyebabkan pasangan mengalami kerugian.

Manakala perkahwinan yang diadakan pada bu-lan Ramadhan memba-

wa alamat banyak tanggungan dan pasangan akan menanggung banyak hutang jika per- kahwinan diadakan pada bulan Syawal. Pasa- ngan yang selalu sakit dikatakan berkahwin pada bulan Zulkaedah.

Menurut Kitab Mujarrobat, bulan yang baik untuk mengadakan perkahwinan ialah pada bulan Jamadil Akhir dan bulan Zulhijjah (bulan besar) kerana bulan tersebut dipercayai men-datangkan kesenangan dan kekayaan kepada pasangan pengantin.

Selain itu, bulan yang baik untuk melangsung-kan perkahwinan yang dinyatakan dalam kitab ini ialah bulan bulan Jumadil Akhir iaitu pasa- ngan berkenaan beroleh kekayaan berupa emas dan perak. Perkahwinan pada bulan Rejab pula membolehkan pasangan pengantin memperoleh anak yang banyak. Manakala perkahwinan yang berlangsung pada bulan Sya’aban akan memba-

wa kebahagiaan kepada pasangan pengantin.Sejajar dengan hal tersebut, kitab ini turut

menyatakan hari yang baik untuk melangsung-kan pernikahan ialah hari Jumaat kerana dikata-kan hari tersebut adalah penghulu kepada hari dalam seminggu dan pada hari itulah, para nabi dan wali bernikah.

Sehingga kini terdapat masyarakat keturunan Jawa masih lagi mengamalkan petua yang telah dinyatakan seperti di atas. Ianya menjadi pandu-an dan pedoman yang dirangka untuk menjamin kesejahteraan masyarakat Jawa.

Suatu hal yang sangat menarik dalam petua berkenaan ialah masyarakat Jawa menjadikan bulan Islam sebagai petua bagi melakukan pel-bagai kegiatan dan upacara.

Walaupun terdapat kesan yang kurang baik dalam menjalankan majlis perkahwinan seperti yang dinyatakan dalam kitab tersebut, namun masyarakat Jawa kini percaya semua bulan adalah baik kerana niat menyatukan dua pasangan ibarat mendirikan masjid. Jika niat asalnya perkahwinan itu ikhlas kerana Allah, mereka yakin Allah pasti menjaga dan melindungi pasangan pengantin tanpa mengira bulan diadakan perkahwinan itu.

Dr Yusmilayati Yunos adalah Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Gambar atas:Puteri keempat Sultan Hamengkubuwono X, Putri Hayu (kiri), 29, dan Pangeran Notonegoro (kanan), 39, menonton tarian Jawa pada hari terakhir upacara pernikahan mengikut tradisi Kesultanan Yogyakarta sejak zaman berzaman di istana Yogyakarta, Jawa pada 23 Oktober 2013. Foto AFP

Gambar kiri:Tetamu mengucapkan tahniah kepada satu daripada 12 pengantin Jawa yang mengenakan pakaian perkahwinan tradisi ketika mereka diarak di dalam 12 gerabak di Yogyakarta pada 12 Disember 2012. Foto AFP

OLEH YUSMILAYATI YUNOS

Etnik Melayu dan Jawa di Indonesia diang-gap sebagai etnik yang berbeza, tetapi di Malaysia kedua kumpulan etnik berke-naan berada dalam satu kumpulan bang-

sa yang sama.Mengikut sejarah, keturunan Jawa

di Malaysia adalah salah satu kumpulan etnik dari Indonesia yang membentuk populasi masyarakat Melayu di Malay-sia. Mereka mengamalkan agama dan budaya yang hampir serupa dengan ko-muniti Melayu secara keseluruhannya.

Tokoh bahasa dan budaya Jawa, Prof Dr Noriah Mohamed ada menyatakan bahawa masyarakat Jawa membawa bersama budaya Jawa selepas menetap di Tanah Melayu. Masyarakat keturunan Jawa di Malaysia dapat dikelompokkan sebagai Manusia Jawa Pinggiran kerana mereka tidak lagi menghayati budaya Jawa secara total. Ini amat nyata kerana amat sedikit orang Jawa yang masih boleh berbahasa Jawa dan kalaupun ada mereka hanya menggu-nakan bahasa Jawa bentuk ngoko (kasar) yang sudah bercampur baur dengan bahasa setempat.

Walaupun begitu terdapat beberapa budaya yang masih diamalkan oleh sebilangan masya-rakat Jawa malah diperturunkan kepada anak cucu mereka agar mewarisi budaya berkenaan.

Antara budaya dan ilmu yang masih lagi diamalkan sehingga hari ini ialah petua-petua yang telah diperturunkan kepada ibu-ibu dan anak-anak mereka sebagai nasihat dan panduan dalam menjalani kehidupan.

Istilah petua bermaksud nasihat, petunjuk atau pandangan yang berguna yang diberikan oleh orang tua yang berpengalaman. Mereka terdiri daripada golongan berusia seperti datuk dan ne-nek, atau ibu dan bapa kepada anak-anak.

Petua sering dikaitkan dengan sesuatu yang dilakukan, dilaksanakan, dikerjakan, dan menja-di kebiasaan serta dikaitkan dengan perbuatan yang baik dan mendatangkan kebajikan.

Misalnya petua mengadakan majlis perkah-winan. Petua ini terkandung dalam Kitab Mu-jarrobat iaitu sebuah kitab bertulisan Jawi yang menggunakan Bahasa Jawa (Pegon). Petua ini bertujuan sebagai persediaan kepada masyarakat agar mereka sentiasa berhati-hati, berwaspada dan bersedia dengan kemungkinan-kemung-kinan yang bakal terjadi kepada mereka dalam alam rumahtangga.

Masyarakat Jawa percaya untuk mengadakan sesuatu majlis perkahwinan, ibu bapa mempelai akan berusaha mencari hari yang baik (khususnya untuk majlis pernikahan) bagi tujuan kesejahte- raan hidup anak dan pasangannya di kemudian hari. Mereka juga berharap supaya majlis ber- kenaan berjalan lancar dan selamat sehingga akhirnya tidak mendatangkan sebarang masa-lah kepada mana-mana pihak.

Masyarakat Jawa percaya untuk mengadakan sesuatu

majlis perkahwinan, ibu bapa mempelai akan berusaha men-cari hari yang baik (khususnya untuk majlis pernikahan) bagi tujuan kesejahteraan hidup anak dan pasangannya di kemudian hari. Berhubung dengan hal tersebut kitab

Mujarrobat telah menggariskan petua mengadakan perkahwin-

an mengikut bulan Islam

Walaupun terdapat kesan yang kurang baik

dalam menjalankan majlis perkahwinan

seperti yang dinyatakan dalam kitab tersebut,

namun masyarakat Jawa kini percaya semua bulan adalah baik kerana niat

menyatukan dua pasangan ibarat

mendirikan masjid

anjur majlis perkahwinan

Page 17: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

18PBT

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR - Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) bertekad merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menjadi Bandar Pintar menjelang 2025.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, susulan hal itu pihaknya dalam usaha meng-gabungkan aspek persekitaran, pentadbiran, pembangunan, so-sial dan ekonomi di kawasan pen-tadbirannya.

Katanya, elemen itu perlu diga-bungkan secara pintar bertujuan memberi kemudahan kepada ma-syarakat dan pihak kerajaan untuk berinteraksi secara dalam talian.

“Hari ini kita mempamerkan ‘command centre’ iaitu satu tem-pat pengumpulan maklumat yang terdapat di Subang Jaya sebagai contoh sistem informasi grafik yang ditingkatkan kepada sistem infor-masi eksekutif.

“Selain itu, kita turut menguat-kuasakan kamera litar tertutup di ‘command centre’ bagi mengatasi kesesakan trafik dan daripada situ

kita boleh merancang cara me-ngurangkan kesesakan jalan raya sekali gus mencapai bandar rendah karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Kon- vensyen Ekonomi Digital dan Se-langor Bandar Pintar di Pusat Pa-meran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Turut hadir merasmikan majlis adalah Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari dan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, In-dustri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim.

Noraini berkata, pihaknya juga tidak akan membiarkan mana-ma-na golongan tertinggal di belakang sebaliknya berusaha membawa semua ke depan selaras dengan visi Amirudin iaitu ‘Selangor Maju Bersama’.

“Kita mahu semua maju bersa-ma dan MPSJ akan turut berusa-ha membantu golongan B40 dan usahawan industri kecil sederhana memasarkan produk menerusi ap-likasi mobil yang akan dilancarkan nanti,” katanya.

MPSJ gabung empat aspek

Usaha jayakan matlamat status bandar pintar

PELABUHAN KLANG - Majlis Per-bandaran Klang (MPK) akan me-rekodkan maklumat sampah yang diperolehi di kawasan Pan-tai Tanjung Harapan, di sini, dalam laporan Indeks Pantai Bersih (CCI) sebagai langkah mengawal per-airan pantai berkenaan daripada dicemari sisa buangan.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin berkata, lapo-ran perekodan maklumat sampah berkenaan akan dihantar kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi tujuan penyelidikan, selain memastikan perkembangan sam-pah di pantai sepanjang kira-kira dua kilometer (km) itu dapat dipan-tau secara berterusan.

Katanya, Pihak Berkuasa Tem-patan (PBT) terbabit menetapkan sepanjang 300 meter (m) atau 30 plot kawasan kutipan data secara rawak untuk CCI tahun ini, ber-banding 150m atau 15 plot ka-wasan pada tahun sebelumnya.

“Setiap satu plot kawasan kuti-pan data diukur sepanjang 10m dan lebarnya adalah dari laluan pejalan kaki (bahagian atas) hingga ke air.

“Sampah dalam CCI akan diba-hagikan mengikut kategori ma-sing-masing misalnya beg plastik,

penutup botol, botol plastik dan polisterin termasuk bahan bu- angan lain seperti getah, kasut, kain, serta kayu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pem-berita ketika ditemui pada Program Pantai Lestari dan Karnival Jelajah Kepenggunaan Bebas Plastik MPK di Esplanade Tanjung Harapan di sini pada 13 Oktober lalu.

Turut hadir, Timbalan Yang Di-pertua MPK, Elya Marini Darmin dan Ahli Majlis MPK Zon N44A, Ka-maruzaman Adnan.

Mohamad Yasid berkata, pi-haknya komited meneruskan program kutipan data yang diba-ngunkan Institut Maritim Malaysia (MIMA) itu pada masa hadapan membabitkan kerjasama pel-bagai pihak sama ada agensi ke- rajaan, swasta atau badan bukan kerajaan.

Katanya, pelbagai kajian dapat dijalankan berdasarkan laporan rekod itu khususnya dalam me-ngenal pasti punca sampah tertentu yang terdapat di pantai berkenaan.

“Kita akan kumpul dan ukur berapa kilogram (kg) sampah bagi setiap kategori yang berjaya dikutip. Jika kita dapati nilainya berkurang sepanjang tahun, ia su-

dah tentu memberi petunjuk posi-tif bahawa ada perubahan dalam aspek kebersihan.

“Malah, ia mampu meningkat-kan kesedaran semua pihak, ter-utama komuniti setempat akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan perairan pantai,” ka-tanya.

Terdahulu, program selama se-hari itu mendapat kerjasama Peja-bat Ahli Dewan Negeri Selat Klang, Jawatankuasa Penduduk Ahli Maj-lis Zon N44A, Rotary Club Klang, MAYC Kuala Langat, Kelab Retro-mania dan River Rangers MPK.

Bermula seawal jam 7 pagi, pro-gram itu disertai penuntut Univer-siti Lincoln, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sultan Suleiman dan Kolej Tingkatan Enam Sri Istana yang turut menja- yakan aktiviti pembersihan di sepanjang pantai berkenaan.

Aktiviti menarik lain termasuk pameran agensi, kendera saji (food truck), pertandingan nyanyian jala-nan (buskers), peragaan pakaian daripada barangan kitar semula, Santai Anak Klang Himpunan Mo-tosikal@Tanjung Harapan dan per-tandingan video pendek ‘Say No 2 Plastic’.

Rekod maklumat sampah dalam laporan Indeks Pantai Bersih

KUALA SELANGOR - Majlis Dae-rah Kuala Selangor (MDKS) men-jalankan operasi meroboh struktur binaan gerai di atas rizab jalan di Bestari Jaya di sini, pada 26 Sep-tember lalu.

Pengarah Jabatan Kawalan Ba-ngunan MDKS, Faezah Aziz berkata, berdasarkan keputusan mesyuarat, notis roboh dan arahan mengosongkan bangunan dike-luarkan kepada pemilik bangunan terbabit pada 24 Julai lalu.

“Sebanyak empat struktur ba-ngunan dirobohkan dan tindakan tegas diambil terhadap pemilik yang menggunakan rizab jalan sebagai tempat perniagaan makanan.

“Operasi ini dijalankan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu membina, menegak-kan, mendirikan dan menyeng-gara atau membenarkan dibina, ditegakkan, didirikan atau dise-lenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpu-nan sesuatu benda atau lain-lain halangan di mana-mana tempat awam,” katanya.

Operasi perobohan itu berjalan lancar dengan kerjasama Ibu Peja-bat Polis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Tanah Daerah Kuala Sela-ngor dan Tenaga Nasional Berhad.

Operasi roboh struktur binaan haram

Amirudin Shari mendengar taklimat berkenaan bilik kawalan berteknologi moden yang bakal beroperasi di Bangunan MITEC, Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2019 lalu

Faezah berkata, MDKS sentiasa memantau kawasan yang mempu-nyai kesalahan sama dari semasa ke semasa dan memerlukan ker-jasama orang ramai melaporkan segera kepada MDKS jika melihat perkara ini berulang.

“Orang ramai digesa mematuhi arahan agar tidak membina se-barang struktur di kawasan yang tidak dibenarkan dan tindakan te-gas bakal dikenakan kepada me-reka yang ingkar,” katanya.

Sebarang aduan berkaitan perkhidmatan MDKS boleh di-salurkan secara dalam talian di se-langor.spab.gov.my atau hubungi 03-32891439.

Orang ramai digesa mematuhi arahan agar tidak membina sebarang struktur di kawasan yang tidak dibenarkan dan tindakan tegas bakal dikenakan kepada mereka yang ingkar

FAEZAH AZIZPengarah Jabatan Kawalan Bangunan MDKS

Page 18: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

19SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

PBTInformasiTerkinidi jari anda

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melakukan operasi perobohan terhadap pencerobo-han tanah lapang bagi memberi laluan menaik taraf padang bola di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh di sini, pada 9 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Korporat-nya, Mohamad Zin Masoad berka-ta, notis pemakluman berkenaan kerja menaik taraf padang bola su-dah dikeluarkan 5 September lalu.

Katanya, notis perobohan pula dikeluarkan pada 4 Oktober na-mun pemilik bangsal kereta itu tetap ingkar terhadap arahan MPS.

“Ekoran itu, MPS mengambil tindakan meroboh struktur (bang-sal kereta) itu mengikut Seksyen 81 (hapus kacau ganggu) Akta Ke-rajaan Tempatan 1967.

“Selain itu, tindakan mene-bang pokok, membuang dan mengambus sisa robohan lanju-tan daripada aktiviti perobohan turut dilaksanakan MPS,” katanya dalam kenyataan, pada 10 Okto-ber lalu.

Katanya, operasi perobohan itu bermula jam 9 pagi hingga 12 te-ngah hari membabitkan 10 ang-gota penguat kuasa MPS, lima orang daripada Jabatan Landskap dan turut mendapat kerjasama po-lis Gombak.

“MPS berharap orang ramai me-matuhi arahan supaya tidak mem-bina sebarang struktur di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Malah, tindakan tegas akan di-ambil oleh MPS jika orang ramai masih ingkar,” katanya.

Roboh bangsal kereta, naik taraf padang

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM - Sempena sam-butan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-19, Majlis Banda-raya Shah Alam (MBSA) menga-dakan lawatan ke Hospital Shah Alam dan Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Avisena bagi meraikan bayi yang dilahirkan pada 10 Oktober.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shah-rin Ahmad berkata, kunjungan pada 11 Oktober lalu itu diketuai

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim menyampaikan ham-per dan wang tunai kepada ibu bayi yang lahir pada tarikh berke-naan.

Shahrin berkata, kunjungan itu juga adalah salah satu pengisian aktiviti MBSA sepanjang bulan ini.

“Antara pengisian lain pada Oktober ini ialah majlis bacaan Ya-sin dan doa selamat, pasar bunga Shah Alam serta hari tanpa ken-deraan di Shah Alam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, orang ramai khusus-

nya warga Shah Alam juga diberi keistimewaan tempat letak kere-ta percuma di Bangunan Wisma MBSA dan di hab Stesen Komuter Seksyen 19.

“Peminat bola dan futsal juga diberi kemasukan percuma di Dataran Kemerdekaan pada hari berkenaan,” katanya.

Katanya, MBSA turut menawar-kan pendaftaran keahlian Per-pustakaan MBSA secara percuma pada bulan ini selain tawaran pengurangan kompaun tempat letak kenderaan.

Ulang tahun bandar raya Shah Alam ke-19

Rai bayi 10 Oktober

SELAYANG - Kegusaran segelin-tir penduduk berhubung tempat pelupusan sampah secara haram di Ulu Yam, di sini berakhir apa-bila tapak berkenaan ditutup Ma-jlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam satu operasi yang diadakan, baru-baru ini.

Bertindak atas aduan awam, tempat takungan air dan pagar di tanah Lot 46244 Jalan Ulu Yam, Batu 9 itu dirobohkan dalam ope-rasi membabitkan 95 anggota penguat kuasa termasuk lima pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS.

Pengarah Jabatan Korporat-nya, Mohamad Zin Masoad ber-kata, tiga struktur bangsal yang menjadi tempat berteduh pekerja turut dirobohkan melalui operasi yang bermula pada 10 pagi hingga 12.30 tengah hari itu.

“Penguatkuasaan ini adalah mengikut Seksyen 46(1) a Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Kawasan lot ini masih dalam tin-dakan siasatan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak untuk tindakan mengikut Sekyen 127

Kanun Tanah Negara 1965 yang melanggar syarat nyata tanah.

“Selain itu, kita juga mengam-bil tindakan dengan mengorek tanah, membuat lubang serta ha-langan bongkah batu mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,” ka-tanya dalam kenyataan pada 13 Oktober lalu.

Mohamad Zin berkata, pi-haknya tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan pence-robohan tanah dan tapak sampah haram di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

“Justeru, orang ramai dapat me-nyalurkan maklumat jika menge-san apa-apa aktiviti berkaitan pembuangan sampah haram di kawasan mereka.

“Ini akan memudahkan kita untuk menjalankan siasatan dan tindakan susulan selain dapat membuat pemantauan secara berkala,” katanya.

Katanya, tindakan tegas akan diambil MPS dan PTD Gombak ter-hadap mana-mana pemilik tanah jika didapati bersalah dalam isu terbabit.

Tapak pelupusan haram ditutup

SHAH ALAM - Gara-gara menja-dikan kediaman sebagai premis perniagaan, sekumpulan warga asing diserbu penguat kuasa Maj-lis Perbandaran Klang (MPK) dalam operasi bersepadu khas, pada 9 Oktober lalu.

Lebih mengejutkan, ada di an-tara warga asing yang menjadikan rumah teres satu tingkat berke-naan sebagai kedai makan, kedai runcit dan kedai gunting rambut.

Pengarah Komunikasi Korpo-rat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, sebanyak lapan kediaman di- serbu dalam operasi berkenaan membabitkan lokasi Taman Daya Maju, Jalan Teratai dan Pekan Meru.

Katanya, warga asing berke-naan yang dipercayai tidak mempunyai sebarang dokumen perniagaan sah menjalankan ke-giatan berkenaan lebih setahun.

“Kesemua barangan dalam ke-diaman turut disita ketika operasi terbabit,” katanya dalam kenyata-an.

Norfiza berkata, pihaknya akan memperhebatkan operasi berke-naan dari masa ke masa terutama lokasi tumpuan warga asing.

“Pemilik rumah juga perlu peka dengan kediaman yang disewakan supaya tidak disalahgunakan.

“Malah, MPK juga tidak menge-luarkan lesen kepada warga asing untuk berniaga,” katanya.

Warga asing diserbu, jadikan rumah premis perniagaanMPS berharap orang

ramai mematuhi arahan supaya tidak membina sebarang struktur di kawasan yang tidak dibenarkan. Malah, tindakan tegas akan diambil oleh MPS jika orang ramai masih ingkar

MOHAMAD ZIN MASOADPengarah Jabatan Korporat MPS

Page 19: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

20Pendidikan

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS KUALA SELANGOR - Universiti tidak se-harusnya dijadikan tempat mencetak ilmu secara ‘copy paste’ sebaliknya mahasiswa perlu ada budaya meneroka perkara baha-ru, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, mencari ilmu baharu se-memangnya menyakitkan, namun keya-kinan dan keberanian berfikir sendiri adalah nilai penting yang seharusnya wu-jud dalam diri seseorang mahasiswa.

“Kita tidak perlu menjadi seperti Al Ghazali sehingga dipanggil gila untuk mewujudkan karyanya, sedangkan hari ini negara sudah mempunyai pelbagai alat moden dan tradisional membolehkan penerokaan ilmu baharu.

“Jika statik dan tidak dinamik serta ha-nya mengulang formula ilmu yang lepas, sudah tentu kita tidak akan dapat mene-mpa kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hi-Tea sempena Jelajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar di Uni-versiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pun-cak Alam, di sini pada 14 Oktober lalu.

SHAH ALAM - Mahasiswa adalah tiang seri utama Selangor kerana kelompok itu mampu membawa masyarakat melakukan perubahan ke arah ketamadunan dan kesta-bilan negeri, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Katanya, ia kerana pendidikan membole-hkan keadaan di sesebuah tempat menjadi lebih baik serta mampu mengubah sese-orang daripada lemah kepada lebih ber-keyakinan.

“Kita mempunyai lebih 150 Institusi Pe- ngajian Tinggi (IPT) dan melahirkan ribuan graduan saban tahun tetapi jika tidak berko-munikasi dengan baik, maka ia tidak akan berjaya menghasilkan apa-apa.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mem-beri fokus pada bidang pendidikan melalui Belanjawan Selangor pada 1 November nanti kerana kita percaya melalui aspek ini Selangor akan berada jauh lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hi-Tea sempena Jelajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar di Universiti Te-knologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam di sini, pda 14 Oktober lalu.

Hadir sama EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim dan Rektor UiTM cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Prof Dato’ Dr Abu Bakar Ab-dul Majeed.

Pada majlis sama, hampir 200 mahasis-wa diberi peluang mengutarakan pelbagai pandangan serta pertanyaan kepada Dato’ Menteri Besar.

Amirudin yang juga EXCO Pendidikan ber-kata, sejak pertengahan tahun lalu Kerajaan Negeri memulakan inisiatif Jelajah Maju Ber-sama yang turut membabitkan kampus IPT seluruh Selangor.

Katanya, hingga kini Kerajaan Negeri juga mengambil langkah mendekati mahasiswa di seluruh negeri termasuk yang berada di luar negara.

“Kami bertemu mahasiswa Selangor yang berada di Maghribi, Jordan, Medan dan akan datang ke Arab Saudi serta Sudan, juga tidak ketinggalan mahasiswa tempatan termasuk UiTM Shah Alam juga Puncak Alam.

“Lawatan ini dilakukan kerana saya ber- anggapan dan percaya mereka adalah ele-men penting yang perlu diberi tumpuan dan tunggak kepada negeri,” katanya.

KUALA LUMPUR - Komitmen ke- rajaan untuk melabur demi masa depan anak-anak dalam bidang pendidikan dan menyediakan pendidikan yang berkualiti jelas terlihat, apabila Kementerian Pendidikan (KPM) terus menjadi penerima peruntukan terbesar melalui Belanjawan 2020.

Ketika membentangkan be-lanjawan itu di Dewan Rakyat pada 11 OKtober lalu, Menteri Ke-wangan, Lim Guan Eng berkata, sebanyak RM64.1 bilion diperun-tukkan kepada kementerian itu pada tahun hadapan berbanding

RM60.2 bilion pada tahun lalu.Katanya, kerajaan akan me-

nambah peruntukan penyeleng-garaan dan menaik taraf sekolah daripada RM652 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 kepada RM735 juta pada tahun 2020 bagi memastikan sekolah sedia ada menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Ia meliputi peruntukan penye-lenggaraan sebanyak RM300 juta untuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM50 juta), Sekolah Jenis Ke-

bangsaan Tamil (RM50 juta), Se-kolah Berasrama Penuh (RM50 juta) dan Maktab Rendah Sains MARA (RM50 juta).

Turut menerima peruntukan itu ialah Sekolah Agama Bantu-an Kerajaan (RM50 juta), Sekolah Mubaligh (RM50 juta), Sekolah Tahfiz (RM50 juta), Sekolah Aga-ma Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian (RM25 juta), Sekolah Pondok yang berdaftar (RM25 juta), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (RM20 juta) dan Se-kolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebanyak RM15 juta.

Guan Eng berkata, kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada membaik pulih sekolah daif dengan peruntukan seba- nyak RM783 juta pada tahun 2020, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Tahun hadapan, kerajaan akan membina beberapa sekolah baharu di Langkawi, Kulai, Hulu Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang dan Johor Bah-ru,” katanya.

Beliau berkata, bagi SK, pe-runtukan sebanyak RM23 juta akan disediakan untuk memas-

tikan sekolah mempunyai kemu-dahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU), selari dengan dasar penolakan sifar (zero reject) yang telah diperkenalkan KPM di mana tiada kanak-kanak OKU dinafi-kan hak pendidikan disebabkan kelainan upaya mereka.

“Kerajaan juga akan mening-katkan jumlah bantuan bayaran utiliti tambahan yang juga me- rangkumi pembentungan seban-yak RM12 juta sekali gus memberi manfaat kepada 2,000 sekolah bantuan kerajaan,” katanya. - BER-NAMA

Bukan tempat menyalin pengetahuan

Universiti medan teroka ilmu baharu

Siswa tiang seri utama Selangor

RM64.1 bilion sedia pendidikan berkualiti

Hadir sama EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertani-an dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim dan Rektor UiTM cawangan Selangor, Kam-pus Puncak Alam, Prof Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed.

Pada majlis sama, hampir 200 mahasis-wa diberi peluang mengutarakan pelbagai pandangan serta pertanyaan kepada Dato’ Menteri Besar.

Amirudin yang juga EXCO Pendidikan

berkata, mahasiswa perlu sedar wujud- nya perbezaan antara generasi dahulu dan kini dalam merebut peluang serta kerjaya.

“Zaman sekarang cabaran lebih besar, kita rancang pun belum tentu dapat. Juste-ru, ia memerlukan langkah dan keupayaan sangat tinggi serta paling penting akarnya ialah untuk maju.

“Mahasiswa yang ingin berjaya perlu ada sikap dan pendirian untuk menjadi terbaik,” katanya.

Pelajar UiTM bergambar bersama Amirudin Shari ketika Program Hi-Tea sempena Jelajah Maju Bersama YAB Dato Menteri Besar di UiTM Kampus Puncak Alam pada 14 Oktober lalu

Page 20: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

21SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

17 Khamis 5:35 5:45 6:58 1:04 4:21 7:04 8:14 18 Jumaat 5:34 5:44 6:58 1:04 4:21 7:04 8:13 19 Sabtu 5:34 5:44 6:57 1:04 4:21 7:03 8:13 20 Ahad 5:34 5:44 6:57 1:04 4:21 7:03 8:13 21 Isnin 5:34 5:44 6:57 1:03 4:21 7:03 8:13 22 Selasa 5:34 5:44 6:57 1:03 4:21 7:03 8:13 23 Rabu 5:34 5:44 6:57 1:03 4:21 7:02 8:12

17 Khamis 5:32 5:42 6:56 1:01 4:18 7:01 8:11 18 Jumaat 5:32 5:42 6:56 1:01 4:18 7:01 8:11 19 Sabtu 5:31 5:41 6:56 1:01 4:18 7:01 8:11 20 Ahad 5:31 5:41 6:55 1:01 4:18 7:00 8:10 21 Isnin 5:31 5:41 6:55 1:01 4:18 7:00 8:10 22 Selasa 5:31 5:41 6:55 1:01 4:18 7:00 8:10 23 Rabu 5:31 5:41 6:55 1:00 4:18 7:00 8:10

17 Khamis 5:32 5:42 6:57 1:02 4:18 7:02 8:12 18 Jumaat 5:32 5:42 6:57 1:02 4:18 7:02 8:12 19 Sabtu 5:31 5:41 6:56 1:02 4:18 7:02 8:12 20 Ahad 5:31 5:41 6:56 1:01 4:18 7:02 8:11 21 Isnin 5:31 5:41 6:56 1:01 4:18 7:01 8:11 22 Selasa 5:31 5:41 6:56 1:01 4:19 7:01 8:11 23 Rabu 5:31 5:41 6:56 1:01 4:19 7:01 8:11

17 - 23 OKTOBER 201918 - 24 SAFAR1441

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan kononnya pegawai jabatan itu meminta bayaran sebanyak RM50,000 bagi tujuan pen-daftaran premis pemprosesan daging halal di ibu negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, JAKIM mempunyai mekanisma kawalan serta mengamalkan sistem integriti yang tinggi dan telus bagi mengelakkan berlaku amalan rasuah dalam kalangan ka- kitangannya.

“Mekanisma ini termasuk kerjasama rapat dengan Suru-hanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di samping penempatan pegawai SPRM secara sepenuh masa di baha-gian yang berisiko tinggi berlakunya rasuah,” katanya.

Mohamad Nordin mengulas berhubung artikel ber-tajuk ‘Malaysia Halal Crisis’ oleh Murray Hunter di laman

web Asia Sentinel bertarikh 10 Oktober lalu yang mendak-wa berlakunya isu integriti dan kompetensi kakita- ngan JAKIM dalam proses pensijilan halal Malaysia.

JAKIM turut menggesa penulis artikel itu serta semua pihak untuk tampil mengemukakan bukti bagi diteliti ser-ta diambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-un-dang.

“Isu ini amat serius kerana ia boleh menyebabkan re- putasi halal Malaysia tercemar dengan fitnah dan tudu-han tidak berasas,” katanya menambah JAKIM sama seka-li tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan integriti.

Mohamad Nordin turut menolak dakwaan di dalam ar-tikel itu mengatakan kakitangan JAKIM angkuh dan tidak membantu dalam proses pendaftaran, sebaliknya mereka bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.

SHAH ALAM - Lemba-ga Zakat Selangor (LZS) akan terus memberikan kerjasama penuh kepa-da Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasa-tan membabitkan penye-lewengan dana pihaknya dan Radio Televisyen Ma-laysia (RTM).

Ketua Pegawai Ek-sekutif LZS, Saipolyazan Mat Yu-sop berkata, pihaknya sentiasa berkongsi maklumat berkaitan aktiviti pengurusan zakat di Se- langor melalui pelbagai medium termasuk media massa.

“Ini termasuk m e n e r b i t k a n program tel-evisyen bagi tujuan mening-katkan kese-daran berzakat dalam kalangan masyarakat.

“Pelaksanaan penerbitan pro-gram televisyen

berkenaan diuruskan oleh pe-runding pengiklanan profesional yang dilantik oleh LZS mengikut prosedur yang ditetapkan, skop dan harga kontrak yang diper-setujui menggunakan dana pen-

gurusan amil,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 13 Oktober lalu, media melaporkan dua pegawai kanan RTM direman sembilan hari se-hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung apa yang di-syaki salah guna dana LZS.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, La- theefa Koya berkata, kedua-dua pegawai wanita berusia 37 tahun dan 40 tahun itu antara tiga indi-vidu yang ditahan bagi memban-tu siasatan kes berkenaan, pada 7 Oktober lalu.

Seorang lagi dibebaskan sele-pas keterangannya diambil. - BER-NAMA

Daftar premis proses daging halal

JAKIM nafi pegawai minta caj

LZS beri kerjasama siasat isu seleweng dana

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan melibat-kan kakitangan JAKIM atau masalah berkaitan permohonan sijil halal secara dalam talian. Kami sentiasa membantu semua pihak dan syarikat untuk mendapatkan sijil halal,” katanya.

Katanya, JAKIM komited mengekal-kan reputasi pensi-jilan halal yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa serta mengalu-alukan sebarang maklum ba-las daripada pelbagai pihak bagi memantapkan kualiti sijil halal JAKIM. – BERNAMA

Kesenian Islam pancar keindahan kubah Masjid BiruSHAH ALAM - Keindahan seni bina Islam khususnya reka bentuk masjid pastinya men-jadi daya tarikan pelancong.

Selangor turut mempunyai masjid yang di-bina sarat dengan ciri kesenian Islam seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang dikenali sebagai Masjid Biru.

Delegasi media yang dibawa oleh Tourism Se-langor dan Majlis Bandaraya Shah Alam dengan

kerjasama Hotel Concorde berpeluang menai-ki satu daripada empat menara di masjid itu, kedua terbesar di Asia Tenggara.

Sukarelawan pemandu pelancong Masjid Negeri Selangor Guide, Mokhtar Mohayat ber-kata, menara yang dibina di keliling kubah biru

itu didirikan pada ketinggian 142 meter.Menara itu tidak dibuka kepada umum dan

kebenaran lawatan menaikinya hanya boleh diperolehi melalui permohonan rasmi kepada Imam Besar Masjid Negeri.

“Daripada empat menara ini, hanya satu mempunyai lif, manakala tiga lagi ada tangga sahaja.

“Pemandangan indah dari menara 12 tingkat itu bukan sahaja membolehkan kita me-lihat Petaling dan Klang, teta-pi juga Menara Berkembar Petronas (KLCC),” ka-tanya.

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD(1082296-U)

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/service/tenderlists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-registration-guideline dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

PN0000000152

PN0000000181

SUPPLY AND DELIVERY OF INSERTION FLOW METERS COMPLETE WITH ACCESSORIES

SUPPLY AND DELIVERY OF RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION (RFID) READERS, PASSIVE RFID TAGS, MOBILE APPLICATION AND SYSTEM INTERGRATION PROGRAMMING INTERFACE FOR ASSETS MAINTENANCE, REGISTRATION AND INVENTORY MANAGEMENT

3 x 10cm

Page 21: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

KENYATAAN TENDER1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB, Unit Perancang Ekonomi Negeri

(UPEN), Sijil Arborist dan Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap bagi kerja-kerja berikut:

BIL NO. TENDER TAJUK KERJA BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANGHARGA

DOKUMEN

1. MPSepang (LAND) 400-

10/12/33

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF LANDSKAP DI MEDIAN JALAN PROTOKOL DARI FT 32 HINGGA B48, BANDAR BARU SALAK TINGGI UNTUK MAJLIS

PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019

CIDB, SPKK G5 CE14 ATAU B09, UPEN,

ARBORIST DAN Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap

RM150.00

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 14hb Oktober 2019 hingga 11hb November 2019 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskhah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor yang membawa sijil asal dan surat wakil (sekiranya bukan penama di dalam lesen) semasa pembelian Dokumen Tender. Dokumen yang perlu dibawa adalah Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Sijil Arborist dan Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal). Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti tersebut:-

Tarikh : 21hb Oktober 2019 (Isnin) Masa : 10.00 Pagi Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 11hb November 2019.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

MAJLIS PERBANDARAN SEPANGPersiaran Semarak Api, Cyber 1

63200 CYBERJAYA Selangor Darul Ehsan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Belanjawan 2020 disifatkan mesra kepada wani-ta memandangkan peruntukan kali ini memberi lebih tumpuan ke arah pembangunan golongan itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Wanita Berdaya Selangor, Siti Kamariah Ahmad Subki.

Katanya, ia menunjukkan Ke- rajaan Pakatan Harapan sangat menitikberatkan peranan dan sumbangan wanita dalam memas-tikan kemakmuran bersama untuk pembangunan negara.

“Kajian terkini Bank Dunia mendapati penglibatan wani-ta dalam sektor pekerjaan dapat meningkatkan pendapatan per

kapita negara sebanyak 26.2 pe- ratus.

“Justeru, diharapkan usaha ke- rajaan akan dapat meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita daripada 55.8 peratus ke-pada 65 peratus.

“Ia sekali gus setanding de-ngan purata negara maju dan dapat meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah pem-bangunan mampan lagi inklusif,” katanya dalam kenyataan, pada 14 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Siti Kamariah berkata, beliau gembira apabila sebanyak 17 kali pengulangan perkataan wanita disebut keti-ka Belanjawan 2020 sekali gus menunjukkan perkembangan

positif dan inklusif dalam belan-jawan kali ini.

“Sebagai sebuah institusi badan pemikir yang ditubuhkan oleh Kerajaan Selangor untuk merangka polisi dan strategi pem-berdayaan dan kemajuan wani-ta, ia dilihat satu perkembangan positif terhadap negeri ini dan Malaysia umumnya,” katanya.

Antara senarai pengumuman penting buat wanita dalam Be-lanjawan 2020 dibentang Men- teri Kewangan, Lim Guan Eng pada 11 Oktober lalu ialah pe-runtukan RM200 juta dikhusus-kan untuk usahawan wanita selain insentif khas serta pengecualian cukai buat wanita berusia 30-50 tahun yang kembali bekerja.

Turut diumumkan ialah pening- katan peruntukan RM30 juta un-tuk pembinaan taska di hospital dan sekolah bagi menambah baik persekitaran kerja ibu bapa.

Belanjawan 2020 juga mewu-judkan kategori pengeluaran Kum- pulan Simpanan Wang Pekerja untuk rawatan kesuburan in-vit-ro (IVF) sehingga RM10,000 ser-ta mendapat pelepasan cukai RM6,000.

Kerajaan turut memperuntuk- kan RM10 juta untuk pemba- ngunan atlet wanita, I-Suri mem-benarkan caruman dua peratus daripada suami ke akaun isteri dan kajian semula Akta Kerja 1955 bagi tempoh cuti bersalin 60 hari ke 90 hari.

KUALA LUMPUR - Timbalan Per-dana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati penghidap penyakit artritis, iai-tu penyakit berkaitan sendi agar tidak mengambil jalan mudah un-tuk sembuh dengan mendapatkan rawatan dan ubat yang tidak ber-daftar dengan Kementerian Kes-ihatan.

“Pada masa kini terdapat ra-watan yang terkini seperti ubat-an biologik yang terbukti dapat merawat penyakit dan seterusnya memberi peluang kepada pesak-it untuk menjalani hidup secara normal tanpa hilang upaya fizikal,” katanya ketika berucap merasmi-kan sambutan Hari Artritis Sedunia

2019 di sini, pada 12 Oktober lalu.Artritis merupakan sejenis kera-

dangan pada sendi yang menye-babkan pesakit berasa sakit pada bahagian sendi, kurang fleksibel

atau sukar untuk bergerak.Dr Wan Azizah yang juga Men-

teri Pembangunan Wanita, Keluar-ga dan Masyarakat berkata, beliau dimaklumkan bahawa wanita lebih ramai menghidap penyakit seperti artritis rheumatoid dan sistemik lupus eritematosus (SLE) berbanding lelaki dan ia berlaku ketika pesakit di umur reproduk-tif dan produktif.

“Penyakit artritis rheumatoid ia-lah penyakit sendi autoimmune yang paling lazim, dan menyerang satu peratus daripada populasi se-dunia,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa data Pendaftaran Keradangan Artritis Ke-

bangsaan yang mengumpul mak- lumat daripada semua hospital negeri Kementerian Kesihatan mendapati sebanyak 6,059 pesa- kit menghidap artritis rheumatoid.

“87.4 peratus daripada pesakit artritis rheumatoid adalah wani-ta, iaitu untuk setiap lelaki yang menghidap penyakit sendi ini, se- ramai tujuh wanita yang meng-hidapnya. Penyakit ini lazimnya menyerang wanita di antara ling-kungan umur 21 hingga 60 tahun,” katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar lebih peka ten-tang tanda-tanda awal penyakit itu kerana ia boleh menyerang se-siapa sahaja tanpa mengira jantina

mahu pun umur.Ini kerana, katanya, walaupun

fungsi sendi begitu penting da-lam kehidupan seharian, namun masalah-masalah sendi sering diketepikan atau diabaikan oleh masyarakat.

“Adalah penting kita mengeta- hui tanda-tanda awal penyakit agar rawatan dapat diberikan de- ngan segera sebelum komplika-si penyakit berlaku seperti keca-catan anggota,” katanya.

Hari Artritis Sedunia yang di- sambut pada 12 Oktober setiap tahun di seluruh dunia bertujuan meningkatkan tahap kesedaran tentang penyakit berkaitan sen-di. - BERNAMA

IPOH - Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari ke-pada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan.

Menteri Sumber Manusia, M Ku-lasegaran berkata, majikan swasta perlu mematuhi perkara itu yang diben-tangkan semasa Belanjawan 2020.

“Sekiranya sektor awam boleh melak-sanakannya mengapa tidak sektor swas-ta,” katanya pada sidang media Karnival Prihatin JobsMalaysia 2019 di sini, pada 12 OKtober lalu.

Beliau berkata, cuti bersalin selama 90 hari perlu dilaksanakan sebagai mengi-kuti standard antarabangsa walaupun pelaksanaannya akan dimulakan pada 2021.

“Negara kita perlu mengikut ‘interna-tional standard’ dan mana-mana syari-kat yang enggan melaksanakannya akan dikenakan tindakan,” katanya.

Pada 11 Oktober lalu, Menteri Ke-wangan, Lim Guan Eng ketika mem-bentangkan Belanjawan 2020 berkata, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan akta itu kekal re- levan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Kajian itu meliputi empat perkara antaranya meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai 2021.

Sementara itu, beliau berkata, insen-tif gaji #MalaysiaKerja akan diuruskan dan dikreditkan ke dalam akaun Kum-pulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengelakkan penyelewengan oleh pelbagai pihak termasuk majikan.

“Kerajaan akan membayar melalui KWSP kerana mereka dan majikan mem-punyai rekod pekerja. Ia juga bagi menge-lakkan majikan daripada menyeleweng wang itu,” katanya.- BERNAMA

Tumpu pembangunan dan sumbangan kaum hawa

Belanjawan 2020 mesra wanita

Pesakit sendi diseru dapat rawatan, ubat berdaftar

Cuti bersalin: Tindakan terhadap majikan ingkar

Diharapkan usaha kerajaan akan dapat meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita daripada 55.8 peratus kepada 65 peratus.Ia sekali gus setanding dengan purata negara maju dan dapat meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah pembangunan mampan lagi inklusifSITI KAMARIAHKetua Pegawai Eksekutif IWB

Page 22: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

23SelangorKini 17 - 23 Oktober 2019

SukanInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - MPKj FC menerus-kan rentak kemenangan bersih dalam minggu ketiga saingan Liga Juara-Juara Selangor 2019 (SCL2019) setelah menundukkan Subang Protap II FC 3-0 di Stadi-um Arena MPSJ, Subang Jaya, pada 13 Oktober lalu.

Muhd Nurzaidi yang dino-batkan sebagai pemain terbaik perlawanan menjadi wira MPKj FC selepas menjaringkan dua gol pada minit ke-10 dan 63, manakala satu lagi hasil jaringan Aiyakhaire Danial (m46).

Manakala Puchong Fuerza

SCL2019 kekal rancak

MPKj FC teruskan rentak kemenangan

KENYATAAN PRA KELAYAKANTAJUK : PERUNDING BERDAFTAR PKNS BAGI SESI 2020 – 2021

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor mempelawa Firma-Firma Perunding yang berminat dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia menyertai Pra Kelayakan Perunding untuk berdaftar sebagai Perunding PKNS bagi sesi 2020-2021 mengikut Kod Bidang masing-masing. Kod Bidang adalah seperti berikut:-

KOD BIDANG PERUNDING FIZIKAL KOD BIDANG PERUNDING BUKAN FIZIKALi) 330101 – Kejuruteraan Awam

ii) 330102 – Kejuruteraan Struktur

iii) 330103 – Kejuruteraan Elektrik

iv) 330104 – Kejuruteraan Mekanikal

v) 330116 – Penilaian Harta (Forensic)

vi) 330201 – Arkitek

vii) 330202 – Ukur Bahan

viii) 330203 – Ukur Tanah

ix) 330204 – Hiasan Dalaman

x) 330205 – Arkitek Landskap

xi) 330206 – Perancang Bandar dan Wilayah

xii) 330207 – Kajian Alam Sekitar

xiii) 330208 – Ukur Bangunan

xiv) 330209 – Pengurusan Nilai Fizikal

i) 340101 – Kajian Organisasiii) 340102 – Kajian Penswastaan Dan Pengkomersilaniii) 340103 – Kajian Ekonomiiv) 340105 – Kajian Pemasaran Dan Penyelidikanv) 340106 – Kajian Sumber Manusiavi) 340108 – Kajian Keselamatanvii) 340109 – Kajian Pengurusan Nilai Bukan Fizikalviii) 340201 – Kajian Rangkaian Pengangkutanix) 340202 – Kajian Trafikx) 340401 – Kajian Kewanganxi) 340402 – Kajian Percukaianxii) 340403 – Penilaian Harta/Hartanahxiii) 340404 – Kajian Pelaburanxiv) 340601 – Kajian Telekomunikasixv) 340602 – Perancangan Strategik ICT (ISP)xvi) 340603 – Kajian Pengurusan Infrastruktur ICTxvii) 340604 – Kajian Pengurusan Keselamatan ICTxviii) 340605 – Kajian Pengurusan Maklumat ICTxix) 340801 – Kajian Pencahayaanxx) 340802 – Kajian Audiovisual Dan Akustikxxi) 341001 – Kajian Pengurusan Tenagaxxii) 341002 – Kajian Teknologi Hijau

Kod bidang yang dinyatakan hendaklah sama berdasarkan Senarai Kod Bidang Pendaftaran Firma Perunding yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Syarat-Syarat Kelayakan Syarikat:-

a) Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) : Firma hendaklah WAJIB berdaftar dengan KKM dalam bidang yang dinyatakan di atas.

b) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) : Sijil Pendaftaran Syarikat WAJIB disertakan.c) Lembaga Profesional : Sijil Pendaftaran Lembaga WAJIB disertakan.d) Terbuka hanya kepada firma-firma yang BERIBUPEJABAT/BERDAFTAR di alamat di Negeri

Selangor Darul Ehsan dan Kuala Lumpur atau yang mempunyai CAWANGAN di Selangor dan Kuala Lumpur juga dipelawa untuk turut serta.

Tempat untuk mendapatkan Dokumen : Bahagian Perolehan, Lot 03-06-D2, Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40505 Shah Alam, Selangor.

Tarikh untuk mendapatkan Dokumen : 16 Oktober 2019 – 18 November 2019Waktu untuk mendapatkan Dokumen : 9.00 pagi – 4.00 petangBayaran Dokumen Pra Kelayakan : RM50.00 bagi setiap satu (1) kod bidang

(tidak akan dikembalikan). Bayaran hendaklah dibuat di Kaunter Kewangan PKNS, Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam.

Tempat untuk menghantar Dokumen : Bahagian Perolehan, Lot 03-06-D2, Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40505 Shah Alam, Selangor.

Tarikh Tutup bagi Perunding Fizikal : 25 November 2019 – sebelum jam 12.00 tengah hari

Tarikh Tutup bagi Perunding Bukan :Fizikal

26 November 2019 – sebelum jam 12.00 tengah hari

Sila bawa bersama Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Sijil Lembaga Profesional yang Asal (Wajib Dibawa) dan Satu Salinan semasa membeli dokumen.

Dokumen Pra Kelayakan Perunding Berdaftar PKNS yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan dicatat dengan jelas ‘Pra Kelayakan Perunding Berdaftar PKNS 2020-2021’ berserta Kod Bidang terlibat di sebelah kiri atas sampul serta dimasukkan ke dalam peti seperti di alamat di atas.

Dokumen Pra Kelayakan Perunding Berdaftar PKNS yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup akan DITOLAK.

Hanya Firma yang lulus Penilaian Pra Kelayakan Perunding akan dimaklumkan dan didaftar sebagai Perunding Berdaftar PKNS.

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) nega-ra dijangka berdepan lalu- an mudah dalam saingan kumpulan acara bo-la sepak pada te-masya Sukan SEA Filipina 2019, No-vember ini.

Pada sesi undian yang berlang- sung di Filipi-na, pada 15 Ok-tober, Malaysia yang kali tera-khir memenangi emas pada edisi 2011 di Jakarta, diundi dalam Kumpulan A bersa-

ma pasukan tuan rumah, Myanmar, Kemboja dan

Timor Leste.Penyandang pingat

emas, Thailand, bakal menerima cabaran se- ngit selepas diundi ber-sama Vietnam, Indone-sia, Laos, Singapura dan

Brunei dalam saingan Kumpulan B.

Edis i terak hir temasya dwi tahu- nan itu di Kuala Lum-pur pada 2017 me- nyaksikan Malaysia

merangkul pingat perak selepas tewas 0-1 kepada Thailand di Sta-

dium Shah Alam.Thailand muncul sebagai pasu-

kan paling berjaya dengan rekod kejayaan meraih pingat emas se-banyak 16 kali sepanjang pengan-juran Sukan SEA.

Pada masa sama, skuad wanita kebangsaan mampu menarik na-fas lega selepas turut menerima undian selesa pada majlis undian yang sama.

Skuad kendalian ketua jurula-tih Jacob Joseph diletakkan dalam Kumpulan A bersama Myanmar dan Filipina sementara Kumpu-lan B dibarisi penyandang pingat emas, Vietnam, Thailand dan Indo-nesia. - BERNAMA

Skuad negara terlepas saingankumpulan maut

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN MINGGU KETIGA

MPKj FC mengatasi Subang Protap II FC 3-0 pada perlawanan Liga Juara-Juara Selangor 2019 (SCL2019) - Foto FOOTBALL SELANGOR

Gamestop turut cemerlang apabi-la berjaya membenam Kingstown Klang FC juga dengan jaringan 3-0.

Penyerangnya, Kwofie Hans yang terpilih sebagai pemain terbaik per- lawanan menjaringkan dua gol pada minit ke-45 dan 48 dan satu gol lagi oleh Mohd Asnan (m21).

Manakala Belia Selangor gagal bangkit daripada kekalahan min-ggu kedua apabila hanya mampu mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika berhadapan Sg Lang Baru Up FC.

Selepas masing-masing meng-harungi minggu ketiga perlawanan, kedudukan semasa menyaksikan Kuala Selangor Batu Dua FC yang

berjaya mencatatkan dua kemena- ngan dan satu seri mengunggu-li carta Kumpulan A dengan tujuh mata.

Mengekori di tempat kedua dan ketiga, Puchong Fuerza dan Cyber-jaya Teleflow FC dengan masing- masing berkongsi lima mata.

Kedua-dua pasukan yang men-catatkan satu kemenangan dan dua seri hanya dipisahkan dengan jumlah jaringan.

Manakala MPKj FC unggul di takhta liga Kumpulan B dengan mata penuh sembilan mata sambil diekori SA Klasiko FC (kedua) dan MBSA FC (ketiga) dengan masing- masing berkongsi enam mata.

BUKIT KAPAR FCPUCHONG FUERZA

GAMESTOP FCNPNG DAMANSARA

DAMAI FC GOMBAK RRM

FC ULTIMATEBELIA SELANGOR

SA PIB FC

MPKJ FC

CYBERJAYA TELEFLOW FC

MBSA FCKINGSTOWN KLANG FCSA KLASIKO FC

SA AZE FCSG LANG BARU UP FCKUALA SELANGORBATU DUA FCSUBANG PROTAP II FCBANGI JANG’S TROOPER FC

2 - 33 - 01 - 22 - 00 - 00 - 13 - 00 - 0

Page 23: Selangor gerbang Azlan Sensei ajar bahasa Keindahan kubah ... · sekolah baharu di Hulu Langat serta sebahagian RM1.6 bilion peruntukan untuk membina dan menaik taraf Hos-pital Tengku

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari meluangkan masa bersama penjawat awam melakukan senaman regangan sebagai simbolik sokongan pe- lancaran Bulan Sukan Negara.

Acara senaman regangan itu diketuai kakitangan Jabatan Belia

MB, penjawat awam pupuk gaya hidup sihat

Selangor sambut Bulan Sukan Negara

dan Sukan Negeri Selangor (JBSN Selangor) selama tiga minit pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Nege-ri Selangor Dihoskan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, pada 14 Oktober lalu.

Pelaksanaan Bulan Sukan Ne-gara sepanjang Oktober bertu-juan merealisasikan hasrat kera-jaan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

Untuk tahun ini, pelaksanaan-nya menyasarkan penyertaan se- ramai lima juta peserta di seluruh negara, manakala satu juta penyertaan di peringkat Selangor.

Sambutan Bulan Sukan Negara peringkat Selangor akan disem-purnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah pada 20 Oktober di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Baginda turut berkenan untuk menyertai acara Fun Run 10KM, sekali gus ia menjadi simbolik perasmian aambutan Bulan Su-kan Negara peringkat Negeri Se-langor 2019.

Terdahulu, Amirudin turut menyampaikan gegantung Garis Panduan Etika Berpakaian Bagi Orang Islam di premis-premis Kerajaan Negeri Selangor.

Garis panduan ini dihasilkan Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 2017 dan telah dilancarkan pada 19 Januari tahun lalu.

Ia bertujuan memberi pan-duan kepada semua kakitangan Kerajaan bertugas dan orang awam beragama Islam yang ber-urusan di premis-premis Kerajaan tentang etika berpakaian dian-jurkan Islam, bertepatan dengan etika serta moral masyarakat.

Amirudin Shari bersama penjawat awam melakukan senaman regangan selepas merasmikan Bulan Sukan Negara peringkat Selangor dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor pada 14 Oktober 2019.

KUALA LUMPUR - Hasrat ASE-AN menjadi tuan rumah bersama bagi Piala Dunia 2034 mungkin dapat direalisasikan.

Ini berikutan satu mesyuarat membabitkan lima negara ASE-AN termasuk Malaysia akan di-adakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan keperluan dan komitmen yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antara-bangsa (FIFA).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang mengha- diri Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan ASEAN di Manila, Filipina pada Rabu berkata:

“Oleh kerana syarat yang ada dalam pembidaan FIFA yang

memerlukan beberapa perka-ra diteliti, jadi pada mesyuarat itu kita telah bersetuju untuk menubuhkan satu kumpulan kerja teknikal untuk mengkaji dengan lebih mendalam khusus-nya berkaitan dengan dokumen pembidaan.

“Kita juga akan memanggil persatuan bola sepak negara ASEAN bersama kumpulan ini bagi membincangkan tentang bagaimana kita boleh menerus-kan usaha untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah,” katanya selepas perasmian Hari Sukan Negara (HSN) yang merupakan kemuncak sambutan Bulan Su-kan Negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 12 Oktober lalu.

Ahmad Shapawi berkata, mesyuarat yang masih belum dimuktamadkan tarikh itu bukan bertujuan membincangkan me- ngenai bidaan tetapi lebih ke-pada membincangkan kekuatan dan potensi yang ada pada nega-ra ASEAN yang boleh ditawarkan untuk meyakinkan pihak FIFA.

Untuk rekod, pada Jun lalu, Pengerusi ASEAN, Jen Prayuth Chan o-cha memaklumkan baha-wa kesemua 10 negara anggota ASEAN bersetuju untuk mem-bangunkan satu usaha bersama bagi membida sebagai tuan ru-mah Piala Dunia 2034.

Idea rantau ASEAN untuk menjadi tuan rumah temasya bola sepak terbesar di dunia itu

Piala Dunia: ASEAN bincang kriteria bidaan

dicadangkan kepada pemimpin negara sempena Sidang Ke- muncak ASEAN ke-34, di Bang-kok, Thailand.

Lima negara ASEAN itu ialah Malaysia, Vietnam, Thailand, Si- ngapura dan Indonesia. - BERNA-MA