malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … 11122018 - selasa.pdf · kesihatan menyatakan...

20
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 11 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 14 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1412-MQT0314 Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa masih banyak lagi rungutan daripada sekolah-sekolah terutamanya di sekolah luar bandar bahawa capaian internet di bawah Program 1BestariNet yang dilaksanakan belum lagi tercapai sepenuhnya. Berapakah kadar pencapaian pelaksanaan program ini dan berapa jumlah pembayaran yang telah dibuat oleh syarikat ini. 2. PR-1412-MQT0317 Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan faktor-faktor penurunan keuntungan bersih LTAT dan kejatuhan dividen pencarum LTAT (6.00%) tiga tahun berturut-turut. 3. PR-1412-MQT0318 Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Pemantauan Bebas Tadbir Urus (GOC) PSMB dan apakah jalan ke hadapan (the way forward) PSMB sekarang.

Upload: vophuc

Post on 13-Aug-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 11 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

14

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1412-MQT0314

Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa masih banyak lagi rungutan daripada sekolah-sekolah terutamanya di sekolah luar bandar bahawa capaian internet di bawah Program 1BestariNet yang dilaksanakan belum lagi tercapai sepenuhnya. Berapakah kadar pencapaian pelaksanaan program ini dan berapa jumlah pembayaran yang telah dibuat oleh syarikat ini.

2. PR-1412-MQT0317

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan faktor-faktor penurunan keuntungan bersih LTAT dan kejatuhan dividen pencarum LTAT (6.00%) tiga tahun berturut-turut.

3. PR-1412-MQT0318

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Pemantauan Bebas Tadbir Urus (GOC) PSMB dan apakah jalan ke hadapan (the way forward) PSMB sekarang.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 11 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

50

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L02256

Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan implikasi daripada kenyataan-kenyataan

bercanggah tentang sistem pengurusan hutan secara mampan yang memberikan gambaran bahawa ianya telah mengakibatkan penyahhutanan dan kemerosotan hutan dari segi laporan rasmi Malaysia kepada beberapa badan Bangsa-bangsa Bersatu dan peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan antarabangsa.

2. PR-1412-L02097

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan pelan Kementerian di dalam membangunkan usahawan tekno dan inovasi bumiputera luar bandar agar mereka tidak tertinggal di dalam arus pasaran ekonomi yang bersifat dinamik.

3. PR-1412-L01925

Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah program yang ada pada masa ini untuk memupuk kebolehan atlet dan juga pelan/rancangan Kementerian untuk memajukan pembangunan sukan negara.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 2

4. PR-1412-L02001

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan di Sabah dan Sarawak, yang masih ketinggalan kemudahannya berbanding di Semenanjung.

5. PR-1412-L02392

Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

langkah-langkah untuk menggalakkan lebih ramai guru berkhidmat di luar bandar atau kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak memandangkan statistik guru yang mohon tukar balik ke Semenanjung terlalu tinggi.

6. PR-1412-L01416

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejak

10 Mei 2018 berapakah jumlah pelabur asing yang menarik keluar pelaburan mereka di negara ini dan berapakah nilainya.

7. PR-1412-L02453

Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kakitangan Majlis Profesor Negara yang telah diberhentikan selepas penukaran kerajaan ekoran daripada Pilihan Raya Umum Ke-14, dan adakah Kerajaan sedang atau telah membantu kakitangan yang telah diberhentikan itu supaya memulakan kehidupan baru dengan pekerjaan baru.

8. PR-1412-L01995

Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah syarat-syarat yang diperlukan oleh seseorang doktor swasta untuk memperbaharui Sijil Amalan Tahunan (Annual Practising Certificate).

9. PR-1412-L02772

Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian mengenai keadaan sistem pembentungan di kebanyakan sekolah Tamil yang sangat teruk serta langkah Kementerian untuk menggabungkan sekolah-sekolah Tamil di pedalaman agar dipindahkan ke kawasan yang lebih baik.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

3 AUM DR 11/12/2018

10. PR-1412-L02109

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang Kementerian dalam mengurangkan jumlah pengangguran belia serta apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

11. PR-1412-L01893

Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci jumlah sekolah daif di setiap negeri.

12. PR-1412-L02444

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-

(a) bagaimana pihak Kementerian dapat melaksanakan pemantauan dan pengawalan harga barang asas (GMT) supaya tidak berlaku ketirisan pada harga dan bekalan bahan mentah terutamanya di kawasan luar bandar ; dan

(b) sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dapat meningkatkan pendapatan negara dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat.

13. PR-1412-L01470

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah Kerajaan

untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia sejak terbentuknya Kerajaan baru di Putrajaya. Berapakah jumlah pelaburan asing baru ke Malaysia sejak Mei 2018.

14. PR-1412-L02734

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil yang diperoleh Malaysia dari lawatan

rasmi YAB Perdana Menteri ke negara Jepun, China dan Brunei sejak Pakatan Harapan mentadbir Kerajaan Persekutuan.

15. PR-1412-L01836

Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil terkini kajian terhadap projek kereta nasional ketiga di bawah Dasar Automotif Nasional dan sejauh manakah keperluan membangunkan kereta nasional ketiga.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 4

16. PR-1412-L01586

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah wang yang telah dibelanjakan di Sabah di bawah bajet 2018 sehingga September 2018 ini dan berapakah bilangan sekolah yang telah dibaik pulih/dibina di seluruh Sabah.

17. PR-1412-L02783

Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian akan menambahkan peruntukan

bagi aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mempersiapsiagakan agensi tersebut di Sabah terutama di Kota Kinabalu yang mempunyai keluasan maritim 83,342.6 kilometer persegi demi menjaga kepentingan dan keselamatan nasional negara Malaysia.

18. PR-1412-L01622

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah syarikat yang telah berdaftar di bawah SST serta berapakah jumlah kutipan hasil SST untuk bulan pertama sejak ianya dilaksanakan semula pada 1 September 2018 yang lalu.

19. PR-1412-L01974

Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci Kod Etika terbaru bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen serta apakah variasi dan penambahbaikan Kod Etika tersebut berbanding sebelum PRU13.

20. PR-1412-L02291

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bercadang untuk menghapuskan atau menggubal Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberi kebebasan kepada para pelajar universiti sesuai cadangan pengundi pilihan raya di turun had umur dari 21 tahun kepada 18 tahun.

21. PR-1412-L01617

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan defisit kewangan (fiscal deficit) negara.

22. PR-1412-L01912

Dato' Sri Hajah Nancy Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah lebihan stok minyak sawit.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

5 AUM DR 11/12/2018

23. PR-1412-L02644

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah sebab nilai mata wang Ringgit Malaysia masih rendah berbanding dengan US Dollar, dan apakah strategi Kerajaan untuk meningkatkan nilai ini kepada tahap yang lebih melegakan.

24. PR-1412-L02353

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan :-

(a) apakah terdapat sebarang usaha penerokaan pasaran baharu terhadap industri getah; dan

(b) adakah terdapat sebarang bentuk penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi meningkatkan kualiti getah.

25. PR-1412-L02468

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan skim-skim yang sedia ada atau akan dilancarkan oleh

Kementerian bagi membantu golongan usahawan khasnya golongan muda untuk melaburkan dalam sektor teknologi dan inovasi.

26. PR-1412-L02198

Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha-usaha kerajaan dalam menangani masalah

perjudian haram yang berleluasa yang akibatnya akan menjejaskan kutipan cukai Kerajaan.

27. PR-1412-L02071

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-

langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuhkan apakah mekanisme perundangan sedia ada untuk digunakan sebagai punca kuasa pihak polis bagi mencegah aktiviti kumpulan jenayah terancang yang berupaya memberikan impak negatif kepada keselamatan awam.

28. PR-1412-L02326

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mempertingkatkan keselamatan di sempadan-sempadan negara khususnya sempadan Malaysia- Thailand.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 6

29. PR-1412-L02765

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan nisbah pelajar tingkatan 5 aliran Sains dan bukan aliran Sains sebanyak 60:40 menjelang tahun 2020 yang disasarkan oleh Kerajaan sebelum ini, mampu direalisasikan.

30. PR-1412-L01858

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan tentang jumlah dan nilai projek-projek pembesaran Hospital Besar Pulau Pinang, Bukit Mertajam, Seberang Jaya dan Balik Pulau serta klinik-klinik kesihatan di Pulau Pinang. Adakah projek-projek tersebut telah diluluskan dan bila ia akan dilaksanakan.

31. PR-1412-L02134

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah strategik Kementerian dalam merealisasikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai 'Oxford of Muslim Nations'. Apakah teras dan tunjang utama kepada usaha ini.

32. PR-1412-L01795

Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tahap keselamatan perairan

Terengganu daripada ancaman nelayan asing serta menyatakan usaha bagi menangani ancaman tersebut.

33. PR-1412-L02428

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia menurunkan kuasa ke pejabat-pejabat imigresen negeri dan daerah untuk mengurus permohonan mendapat pekerja asing.

34. PR-1412-L01726

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) berapakah jumlah golongan miskin tegar di kawasan Parlimen Wangsa Maju; dan

(b) apakah tindakan khusus yang telah atau akan dilaksanakan untuk menangani permasalahan ini serta berapakah peruntukan kewangan yang telah diagihkan untuk tujuan tersebut .

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

7 AUM DR 11/12/2018

35. PR-1412-L02317

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang menjadikan Kuala Krai sebagai kawasan penanaman Durian Kunyit utama di Malaysia dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk membantu pengusaha Durian Kunyit tersebut.

36. PR-1412-L02154

Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah mengurangkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan sasaran jumlah pengurangan PATI dalam tempoh 5 tahun..

37. PR-1412-L02147

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan setakat

manakah Kementerian telah menyediakan pusat aktiviti komuniti seperti balai raya dan dewan orang ramai dan nyatakan apakah langkah Kementerian untuk membaik pulih pusat kegiatan komuniti berkenaan seperti di Selangor khususnya di Parlimen Sabak Bernam.

38. PR-1412-L02672

Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah peruntukan yang telah

disalurkan untuk projek Nanas MD2 di Sarawak, khasnya di Mas Gading dan apakah rancangan seterusnya seperti pembinaan kilang serta pusat pengumpulan benih atau buah bagi memastikan projek tersebut berjaya dan menjadi salah satu tanaman penting di Mas Gading.

39. PR-1412-L01773

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) bilakah Kerajaan akan meminda undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur minima layak mengundi dalam pilihan raya negara ini; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang membenarkan pelajar universiti di negara ini bebas terlibat dalam politik kepartian.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 8

40. PR-1412-L02606

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam menghapuskan hutang para peneroka FELDA dan bilakah perancangan ini akan dilaksanakan.

41. PR-1412-L02021

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah bilangan sekolah-sekolah daif di kawasan Parlimen Hulu Rajang.

42. PR-1412-L01650

Dato' Haji Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan rasional untuk menghentikan insentif tunai secara one-off yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada nelayan sebelum ini yang bertujuan untuk meringankan beban nelayan.

43. PR-1412-L01875

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah projek tebatan banjir yang melibatkan jajaran Sungai Golok, Kelantan akan dimulakan dan dijangka siap.

44. PR-1412-L02347

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-

(a) sehingga penghujung tahun 2017, berapakah statistik terkini haiwan yang diancam kepupusan ; dan

(b) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi melindungi haiwan liar yang diancam kepupusan.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

9 AUM DR 11/12/2018

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Rang Undang-undang Undang-Undang Sivil (Pindaan) 2018.

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 10

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.32/2018 ) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan) 2018 - Menyambung semula perbahasan atas masalah, " Bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang," ( 10 Disember, 2018 )

[ Menteri Pembangunan Usahawan ]

2. ( D.R.34/2018 ) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Pengangkutan ]

3. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Perkhidmatan 2018 supaya Perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST. 79 bagi tahun 2018 disahkan."

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Jualan 2018 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST. 72, ST. 76 dan ST. 89 bagi tahun 2018 disahkan."

5. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

11 AUM DR 11/12/2018

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang-undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

7. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 bilion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran-butiran termasuk terma­terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 12

kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

9. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang-kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

10. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum-kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran." [ Menteri Pendidikan ]

11. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

13 AUM DR 11/12/2018

kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini." [ Menteri Kewangan ]

13. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 14

14. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan." [ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

15 AUM DR 11/12/2018

usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain." [ Menteri Pembangunan Usahawan ]

16. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 16

mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia." [ Menteri Sumber Manusia ]

17. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan." [ Menteri Pendidikan ]

18. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

17 AUM DR 11/12/2018

20. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

21. PR-1412-U(27)026 Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membawa isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan kerana ia menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Hal demikian kerana dalam Konvensyen ini istilah “diskriminasi kaum” adalah terlalu luas di mana pemberian keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu bentuk diskriminasi. Kerajaan telah menjelaskan bahawa ratifikasi Konvensyen ini boleh dibuat dengan pengecualian tanpa melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada. Hakikatnya, komitmen dalam sesebuah Konvensyen antarabangsa seperti ICERD pastinya akan mendesak dan menekan negara kelak untuk membuat pindaan undang-undang yang selari dengan pendirian Konvensyen ini untuk menghapus sebarang bentuk diskriminasi kaum. Justeru, penjelasan umum yang lebih spesifik serta perbahasan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat perlu dilaksanakan sebelum Kerajaan bertindak untuk mengesahkan Konvensyen tersebut kerana ia mampu melibatkan implikasi yang besar kepada negara." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 18

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2018 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST. 88 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Jurutera Malaysia Bagi Tahun 2017

11 Disember 2018

ST. 142 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Lada Malaysia Bagi Tahun 2017

11 Disember 2018

ST. 143 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Koko Malaysia Bagi Tahun 2017

11 Disember 2018

ST. 144 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Bagi Tahun 2017

11 Disember 2018

ST. 145 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Bagi Tahun 2017

11 Disember 2018

ST. 146 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Bagi Tahun 2017.

11 Disember 2018

ST. 147 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Universiti Putra Malaysia (UPM) Bagi Tahun 2017.

11 Disember 2018

ST. 148 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bagi Tahun 2017.

11 Disember 2018

ST. 151 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Lembaga Getah Malaysia (LGM) Bagi Tahun 2017

11 Disember 2018

ST. 152 Laporan Tahunan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Bagi Tahun 2017

11 Disember 2018

ST. 153 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC) Bagi Tahun 2017

11 Disember 2018

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 11122018 - Selasa.pdf · KESIHATAN menyatakan cadangan untuk menaik taraf hospital-hospital Kerajaan di seluruh negara, dengan tumpuan

AUM DR 11/12/2018 19

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 11.12.2018 (Selasa)

1. YB Puan Hajah Natrah binti Ismail (Sekijang)

1. Isu Bebanan Guru 1. YB Menteri Pendidikan

2. 11.12.2018 (Selasa)

2. YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching)

2. Banjir Di Kawasan Bandar Kuching

2. YB Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)