kertas kerja mberak

13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS IPOH PERMAINAN MBERAK TARIKH : 9 September 2015 (Rabu) TEMPAT : PADANG HOKI, IPG KAMPUS IPOH Anjuran:

Upload: rosyiaty-cutegirlz

Post on 08-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja  MBERAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA

PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

IPG KAMPUS IPOH

PERMAINAN MBERAK

TARIKH :

9 September 2015 (Rabu)

TEMPAT :

PADANG HOKI, IPG KAMPUS IPOH

Anjuran:

PISMP UNIT M1 DAN M5

SEMESTER 5, 2015

Page 2: kertas kerja  MBERAK

TAJUK : PERMAINAN MBERAK

1.0 PENGENALAN

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan memiliki pelbagai jenis kebudayaan

daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik

kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-

masing. Selain itu, budaya mereka yang suka bergotong-royong menjalankan kegiatan

ekonomi, meyebabkan ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian

dan juga hiburan. Oleh yang demikian, amalan resam yang sedemikian menyebabkan banyak

permainan tradisional yang dimainkan atau dijadikan pertandingan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin

kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek

moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang

demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya

diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi

oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah tuju selipar, tuju tin,

selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, tarik upih, mberak dan lain-lain.

Permainan mberak salah satu permainan tradisional yang dimainkan oleh segelintir

masyarakat kampung di negeri Sarawak. Permainan ini ada kesamaan dengan pernainan tuju

selipar tetapi terdapat sedikit perbezaan. Ini disebabkan permainan ini melibatkan penggunaan

bola plastik untuk mematikan pihak pemain. Keunikan permainan Mberak ini ialah bola mberak

tersebut diperbuat daripada plastik-plastik dan surat khabar terpakai.

2.0 RASIONAL

Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Jun 2013. Penganjuran karnival ini, diharap

dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan,

persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.

Page 3: kertas kerja  MBERAK

Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga

dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.

Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru

yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan

insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana

jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan

fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini

yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

Seterusnya, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai

kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan

seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya. Berdasarkan kepada keperluan inilah,

kumpulan PISMP BM/PJ/SEJ semester 5 berusaha menyediakan satu karnival pertandingan

permainan tradisional yang diharap dapat merealisasikan kemantapan rohani dan jasmani

seterusnya melahirkan para guru yang berketrampilan.

3.0 OBJEKTIIF

3.1 Memenuhi syarat kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP Semester 5.

3.2 Memberi peluang kepada bakal guru menimba pengalaman baru dalam

menguruskan karnival sukan dan pertandingan permainan agar dapat

diaplikasikan ketika bertugas di sekolah kelak.

3.3 Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.

3.4 Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan

menghargai warisan permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia serta

menjadikannya sumber dalam pendidikan.

Page 4: kertas kerja  MBERAK

3.5 Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai

latihan kemahiran aktiviti kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-

aktiviti lain.

3.6 Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi terutama ketika

mengendalikan kejohanan olahraga seperti ini.

3.7 Membina kerjasama dan hubungan erat di antara para guru pelatih di dalam

institut atau pihak luar.

3.8 Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani,

jasmani, emosi, sosial dan intelek.

4.0 TARIKH:

9 September 2015

5.0 TEMPAT:

Padang Hoki, IPG Kampus Ipoh.

6.0 SUMBER KEWANGAN

i) Berdasarkan kutipan yuran semua pelatih Unit M1 dan M5

7.0 AGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Kos

(Perunit)

Kos

(Keseluruhan)

1. Tepung 2 RM3.00 RM6.00

2. Hadiah 4 RM10.00 RM40.00

3. Kain 4 RM2.00 RM8.00

4. Alat-alatan 2 RM5.00 RM10.00

5. Lain-lain 3 RM3.00 RM9.00

Jumlah RM73.00

Page 5: kertas kerja  MBERAK

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Bhavanii A/P Rajasegar

Timb. Pengerusi : Ealesah Beth A/P Rajanderam

Setiausaha : Ilangkovan

Pen. Setiausaha : Puteri Afdzal Binti Ahmad

Bendahari : Angelin A/P Anthony Dass

Senarai Ahli Jawatankuasa

AJK Juruacara : Norashikin Binti Othman (M1) Surendiran A/L Vijiyan (M5)

AJK Siaraya/ Buku Program : Siti Salwa Binti Abd Rahman (M5)

Munirah Binti Talib (M1) Pramalatha A/P Maniraj (M5)

Parani A/P V.Ramachandran (M5)

AJK Dokumentasi : Chong Mei Jun (M1 Tio Fei Ling (M1 Cheng Kok Meng (M1) R.Punitha A/P Ramakrishnan (M5) Nur Jamiliati Wahida Binti Mohd Sanny (M1)

AJK Hadiah/Sijil : Kong Foo Meng (M1) Lau Poh Hua (M1) Maizura Binti Mohamed Zainudin (M1) Yogei Malar A/P Vijiyan (M5) Komathy A/P Balasundran (M5)

AJK Peralatan : Che Zul Hilmi Bin Abdul Ghani (M1) Mohd Hanif Bin Mohd Yasin (M1)

Jeyapirakash A/L Arasan (M5) Karthik A/L Ramar (M5) Shasirekha A/P Mariappan (M1) Mogana A/P Neelautaman (M5) Kartina A/P Ramakrishnan (M1) Arokiamary A/P Arulappan (M5)

Page 6: kertas kerja  MBERAK

AJK Perasmian/ : Gobie A/L Krishnan (M5)Perhiasan Tempat Sivam A/L Matchap (M5)

Nithia A/P Genasan (M5) Che Ku Aimi Nadiah Binti Che Wan

Rozelah (M1)

AJK Makanan : Puvaniswary A/P Nadarajan (M1) Sulizah Binti Mohd Kadir (M1)

Syaffida Syadira Binti Mahamad Sharif (M1) Rani A/P Thangvelu (M5) Saraswati A/P Murugan (M5)

AJK (3K) : Nur Syuhadah Binti Abd Manan (M1) Shamsir Izani Binti Mohd Sobri (M1)

Sumitha A/P Ramulu (M5) Sharmini A/P Murugan (M5)

9.0 URUSETIA PERMAINAN MBERAK

Pengurus : Rosyiaty binti Sapiee

Pengadil : Kong Foo Ming

Penjaga Markah : Lau Poh Hua

Persiapan Tempat : Shasirekha A/P Mariappan

Persiapan Alatan : Puvaniswary A/P Nadarajan

Keselamatan dan Kebajikan : Bhavanii A/P Rajasegar

Hadiah dan Saguhati : Tio Fei Ling

10.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Pelatih PISMP : ( Unit M1 dan M5 )

: Seramai 43 orang

Page 7: kertas kerja  MBERAK

11.0 SISTEM PERMAINAN MBERAK

Penghakiman / Pemarkahan

1. Johan atau pemenang pertandingan dikira berdasarkan jumlah mata tertinggi semasa

balingan “ binaan selipar” runtuh dan dapat membina semula “binaan selipar” sebelum

pihak lawan mematikan pemain dengan balingan bola plastik.

2. Untuk pertandingan permainan Mberak, mata untuk setiap kedudukan adalah seperti

berikut:

Tempat Markah

Pertama 8

Kedua 6

Ketiga 4

Keempat 3

Syarat dan Peraturan Permainan

1. Permainan ini dimainkan dengan dua kumpulan. Terdiri daripada kumpulan pemain dan

kumpulan penyerang. Setiap kumpulan perlu menghantar 5-7 pemain. Setiap kumpulan

akan dibezakan dengan tali pengikat kepala.

2. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan

adalah sebagai wakil untuk kumpulan mencabut undi untuk menentukan sama ada

kumpulan pemain atau kumpulan penyerang. Sebelum permainan dimulakan, semua

pemain akan diberikan taklimat terlebih dahulu tentang peraturan permainan.

3. Kumpulan yang menjadi pemain akan membalin selipar sebanyak 3 kali percubaan.

Dalam percubaan terebut sekiranya pemain dapat merobohkan binaan selipar tersebut,

maka mereka akan mendapat 1 mata. Manakala untuk mendapat mata lagi, kumpulan

pemain akan cuba membuat binaan selipar semula. Sekiranya berjaya, kumpulan

tersebut akan mendapat 1 mata lagi dan semua ahli yang dah ‘mati’ akan hidup semula

untuk memulakan permainan sekali lagi.

Page 8: kertas kerja  MBERAK

4. Untuk kumpulan penyerang pula, setelah kumpulan pemain merobohkan binaan selipar

tersebut, pihak penyerang akan cuba mematikan setiap ahli kumpulan dengan

menggunakan bola plastik. Pihak penyerang harus mematikan semua ahli pemain dan

mengahalang kumpulan pemain daripada berjaya membuat binaan selipar supaya pihak

penyerang mendapat giliran untuk jadi kumpulan pemain.

5. Kiraan mata akan dikumpul selepas tiga pusingan.

6. Kumpulan pemain juga tidak boleh berlari melepasi garisan putih gelanggang. Sekiranya

pengadil mendapati ada ahli kumpulan pemain melanggar peraturan ini, maka secara

automatik ahli kumpulan yang berkenaan dikira ‘mati’.

7. Ahli kumpulan yang dah ‘mati’ akan diberikan ‘kad merah’ yang menandakan pemain

tersebut sudah ‘mati dan tidak dibenarkan untuk memasuki permainan tersebut untuk

pusingan tersebut.

Penyertaan

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih unit M1 dan M5 seramai 29

orang. Guru pelatih akan dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan

terdiri daripada tujuh orang.

2. Dua gelanggang akan disediakan. Setiap gelanggang akan dimainkan oleh dua

kumpulan.

3. Pendaftaran dan pembahagian kumpulan akan dibuat sebelum permainan

dimulakan.

4. Semua permohonan masuk hendaklah dibuat menggunakan boring yang disediakan

oleh pengelolah sahaja.

Page 9: kertas kerja  MBERAK

Pembatalan Penyertaan

1. Perserta lewat mendaftar (10 Minit) pada hari pertandingan.

2. Peserta tidak hadir pada hari pertandingan.

3. Peserta membuat tipu helah semasa pertandingan berlangsung.

Melapor Diri

1. Setiap peserta dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyelia peserta lebih awal

iaitu 15 minit sebelum acara dimulakan. Peserta yang tidak melaporkan diri setelah

15 minit sesuatu acara diumumkan sebagai menarik diri.

Pakaian

1. Setiap peserta mestilah berpakaian sukan yang kemas pada setiap kali menyertai

acara yang disertainya.

2. Sebelum pertandingan, setiap kumpulan dikehendaki memakai tali pengikat di

kepala untuk membezakan kumpulan tersebut dengan kumpulan yang lain.

Keselamatan

1. Jawatankuasa pengelola dan pihak maktab tida bertanggungjawab terhadap

sebarang kemalangan, kecederaaan ataupun kehilangan harta benda sebelum,

semasa dan selepas pertandingan.

Alatan

1. Semua alatan disediakan oleh jawatankuasa pengelola.

Bil Peralatan Kuantiti

1 Selipar 4 pasang

2 Bola Plastik 2 biji

3 Wisel 4 biji

4 Gelanggang 2 buah

5 Papan markah 2 buah

Page 10: kertas kerja  MBERAK

Gelanggang

Petunjuk

Selipar

Bulatan binaan selipar

Garisan balingan selipar

Bantahan/Rayuan

1. Bantahan/ rayuan secara lisan hendaklah dibuat kepada pengadil sebaik sahaja

sesuatu pertandingan tamat.

Hak Jawatankuasa Pengelola

1. Jawatankuasa pengelola berhak membuat keputusan atau apa-apa yang tidak

disebutkan dalam peraturan ini.

2. Setiap acara akan dimulakan mengikut tarikh, masa dan tempat seperti yang

dinyatakan dalam atur cara, tetapi jika perlu jawatankuasa pengelola berhak

membuat sebarang perubahan.

Page 11: kertas kerja  MBERAK

Format Pertandingan

1. Semua pertandingan diadakan secara liga.

2. Kedudukan kumpulan adalah mengikut cabutan undi.

Borang Permainan Liga