kertas kerja lorong dadah 2013

4
KERTAS KERJA UNIT PPDa SK TAMAN MUTIARA RINI TAHUN 2013 “LORONG PPDa” ANJURAN: UNIT PPDa SK TMN MUTIARA RINI DENGAN KERJASAMA: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING UNIT KESELAMATAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 2013 SKTMR SKTMR 2013

Upload: siti-zubaidah-hussin

Post on 15-Feb-2015

1.076 views

Category:

Documents


116 download

DESCRIPTION

lorong anti dadah

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Lorong Dadah 2013

KERTAS KERJA

UNIT PPDaSK TAMAN MUTIARA RINI

TAHUN 2013

“LORONG PPDa”

ANJURAN:UNIT PPDa SK TMN MUTIARA RINI

DENGAN KERJASAMA:UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

UNIT KESELAMATANKELAB PENCEGAHAN JENAYAH

2013

SKTMRSKTMR2013

Page 2: Kertas Kerja Lorong Dadah 2013

a) Pendahuluan

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan usaha berterusan dalam penyebaran maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah di sekolah. Pendedahan hasil daripada program ini sedikit sebanyak mampu mendidik murid-murid terutamanya di sekolah rendah sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

Ia diharap mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, penjaga dan komuniti sekitarnya.

b) Objektif

1.1.  Diwujudkan sebagai wadah dan sudut pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum

1.2. Membantu murid menjana  budaya tingkah laku positif serta meneladani nilai-nilai murni.

1.3. Memberi pendedahan tentang maklumat  penyalahgunaan dadah dan perkara yang berkaitan dengannya.

c) Rasional

Sejajar dengan itu, kewujudan sudut khas untuk program sebegini menjadi keperluan sebagai pusat informasi dan rujukan sampingan yang memastikan momentum penyebarannya berkekalan setiap masa. Memandangkan kekangan bagi menyediakan bilik khas, lokasi yang sedia ada terletak di laluan ke kantin dan ruang legar. Ianya difikirkan sesuai kerana menjadi tumpuan murid untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk laluan ke kantin, berkumpul, kelas seni mempertahankan diri dan sebagainya.

Bagi memenuhi kriteria pemarkahan, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti ruang pidato, ruang aktiviti, bahan pameran serta pengurusan fail. Ruangan ini mampu memberi manfaat kepada murid bukan hanya bagi mendapatkan informasi malah aktiviti-aktiviti lain yang menambah nilai dalam proses pembelajaran mereka.

d) Kumpulan Sasaran

Seluruh warga sekolah dan komuniti sekitar secara amnya, dan khususnya kepada murid-murid, guru-guru serta kakitangan sekolah.

Page 3: Kertas Kerja Lorong Dadah 2013

e) Tarikh dan Tempoh Perlaksanaan:

Sepanjang bulan April 2013

f) Cadangan Aktiviti:1. Membuat mural2. Menempah banner3. Menambahbaik lorong PPDa

g) Jawatankuasa

Penasihat: Pn Tumirah Bt JemonPengerusi: En Ahmad bin OmarPenyelaras: Pn Siti Zubaidah bt Hussin

Ahli Jawatankuasa: Semua jawatankuasa PPDa Guru Bimbingan & Kaunseling Semua jawatankuasa Keselamatan Semua guru pembimbing kelab Pencegahan Jenayah

h) Perbelanjaan

Bil.

Perkara Anggaran Kos

1. Banner RM 300.002. Print Hitam & Warna RM 30.00

Jumlah RM 330.00

i) Penutup

Diharapkan agar program ini dapat memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah, rokok dan inhalan kepada setiap warga sekolah amnya dan murid-murid khasnya.

Disediakan oleh: Disemak dan diluluskan oleh:

(SITI ZUBAIDAH BT HUSSIN) (TUMIRAH BT JEMON)

Penyelaras Unit PPDa Guru BesarSK Taman Mutiara Rini SK Taman Mutiara Rini

Page 4: Kertas Kerja Lorong Dadah 2013