kertas kerja liga bola

9
AEE2073| SMK TRONOH 2012 SMK TRONOH 31750 TRONOH PERAK KERTAS KERJA LIGA BOLA SEPAK PIALA SMK TRONOH TEMPAT: PADANG SMK TRONOH TARIKH: JANUARI HINGGA OGOS 2013 ANJURAN: KELAB BOLASEPAK KERTAS KERJA LIGA BOLA SEPAK PIALA SMK TRONOH

Upload: syaharawii

Post on 12-Aug-2015

87 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bolasepak

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Liga Bola

AEE2073| SMK TRONOH 2012

SMK TRONOH

31750 TRONOH

PERAK

KERTAS KERJA

LIGA BOLA SEPAK

PIALA SMK TRONOH

TEMPAT:

PADANG SMK TRONOH

TARIKH:

JANUARI HINGGA OGOS 2013

ANJURAN:

KELAB BOLASEPAK

SMK TRONOH

KERTAS KERJA LIGA BOLA SEPAK PIALA SMK TRONOH

Page 2: Kertas Kerja Liga Bola

AEE2073| SMK TRONOH 2012

MENGADAKAN LIGA BOLA SEPAK SMK TRONOH

ANJURAN KELAB BOLASEPAK SMK TRONOH DENGAN KERJASAMA PIBG SMK TRONOH

1.0 TUJUAN

Sukan bola sepak merupakan aktiviti sukan yang semakin mendapat tempat dikalangan pelajar

sekolah terutamanya pelajar lelaki. Sukan ini bukan sahaja memberi impak yang positif dari segi

kesihatan dan kecergasan malahan dapat membentuk pelajar dengan nilai-nilai murni seperti

berdisiplin, berkeyakinan tinggi, bertanggungjawab dan mempunyai semangat berpasukan. Buat

pertama kalinya pihak sekolah akan mengadakan aktiviti ini dengan dikenali sebagai Liga

Bolasepak 1 Murid 1 Sukan SMK Tronoh dengan mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu

Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tronoh.

2.0 LATAR BELAKANG PEROGRAM

Liga Bolasepak ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh Kelab Bolasepak SMK

Tronoh. Liga ini disertai oleh pelajar daripada Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan

4 dan Tingkatan 5. Setiap pasukan menyenaraikan sebelas pemain termasuk tiga orang pemain

simpanan. Liga ini akan diadakan di padang Smk Tronoh. Aktiviti ini diadakan selaras dengan

kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang

dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

3.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental

setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta

dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini

juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala

kemenangan. Di samping itu, liga ini bertujuan mengenalpasti pemain-pemain yang terbaik

untuk dipilih mewakili sekolah untuk pertandingan Bolasepak MSSD Kinta Selatan 2013.

KERTAS KERJA LIGA BOLA SEPAK PIALA SMK TRONOH

Page 3: Kertas Kerja Liga Bola

AEE2073| SMK TRONOH 2012

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai

sesebuah liga bolasepak.

4.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri

dalam sesebuah kumpulan.

4.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab

dalam sesebuah pasukan..

4.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

4.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-

strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

4.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan

sosial.

4.7 Merealisasikan Dasar Kerajaan dalam melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan

5.0 TEMA

“ Bersukan Untuk Kesihatan”

6.0 PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah Januari hingga Ogos

4.2 Dilaksanakan sepanjang tahun

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang

7.0 LOKASI

Padang SMK Tronoh

KERTAS KERJA LIGA BOLA SEPAK PIALA SMK TRONOH

Page 4: Kertas Kerja Liga Bola

AEE2073| SMK TRONOH 2012

8.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang sekolah:

5.1 Kawasan padang yang berdekatan dengan rumah murid.

5.2 Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran.

5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya

pada peserta dalam aktiviti mereka.

9.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

8.1 Jumlah peserta :100 orang

8.2 Jumlah pasukan :8 pasukan

10.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : Pn. Hjh. Juriah Binti Ismail

Pengerusi : Tn. Hj. Zawahir Bin Zainuddin

Naib Pengerusi 1 : Pn. Mahzian Binti Hamid

Naib Pengerusi 11 :Pn. Hjh Jamaliah Binti Ri

Penyelaras : En Syaharawi Bin Ishak

Pen. Penyelaras : En Noor Hamzah Bin Man

Setiausaha : En. Mohd Azlizan Bin Omar

Bendahari : Cik Rina Fariza Binti Johari

AHLI JAWATANKUASA

AJK Hadiah dan Sijil : Mohammad Bin Othman

AJK LIGA : En Hanan Bin Mohamed Nor

AJK Persiapan Tempat : Mohd Asri Bin Ibrahim

KERTAS KERJA LIGA BOLA SEPAK PIALA SMK TRONOH

Page 5: Kertas Kerja Liga Bola

AEE2073| SMK TRONOH 2012

11.0 FORMAT LIGA

Liga yang diadakan ialah Liga 11 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 14 pemain

yakni 11 pemain akan bermain dan 3 lagi akan menjadi pemain simpanan. Masa dalam satu

perlawanan adalah selama 40 minit(20 minit bagi separuh masa pertama dan kedua). Format liga

adalah setiap pasukan akan diletakkan di dalam satu kumpulan. Setiap pasukan akan bermain

dengan semua pasukan dalam kumpulan tersebut. Juara dan naib juara kumpulan akan bermain

untuk perlawanan akhir. Peserta dalam setiap pasukan mesti terdiri daripada murid-murid

Tingkatan 1 hingga 5. Pemain sekolah pada tahun 2012 dihadkan kepada 5 orang 1 pasukan.

12.0 SYARAT PERMAINAN

9.1 Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang tidak

hadir akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol.

9.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.

9.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan.

9.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak akan

dilayan melainkan atas ihsan pengadil.

13.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

Piala Pusingan 1 1001 Medal

Johan : RM10 x 14 N.Johan : RM8 x 14Tempat ke-3 : RM6 x 14

1407264

2 Hamper :Johan : RM 100 N.Johan : RM 80Ke-3 : RM 60Ke-4 hingga ke-8 : RM 50 x 4

1008060200

3 Minuman (RM10 x 100.00

KERTAS KERJA LIGA BOLA SEPAK PIALA SMK TRONOH

Page 6: Kertas Kerja Liga Bola

AEE2073| SMK TRONOH 2012

4 Dokumentasi 50.00 5 Pengadil

Jumlah 1426.00

Berikut adalah sumber perbelanjaan yang diperolehi untuk menjayakan program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Tabung PIBG sekolah 500.000

2 Peruntukan sekolah 426.00

Jumlah 1426.00

15.0 PENUTUP

Kami berharap agar pihak Tuan dapat mengambil perhatian dan memberi pertimbangan yang sewajarnya dengan usul yang kami garapkan di dalam kertas kerja ini. Semoga program tahunan ini dijayakan dengan sempurna dan berjalan di atas keberkatan daripada Allah s.w.t. Sekalung terima kasih kami dahului kepada semua pihak yang sedia membantu bagi melihat program ini berjalan dengan lancar dan semoga usaha bersama ini dapat memberi impak positif untuk generasi tunas SMK Tronoh

Disediakan oleh:

……………………………………… Tarikh : ……………(SYAHARAWI BIN ISHAK)PENYELARAS KELAB BOLASEPAKSMK TRONOH

Disokong oleh:

KERTAS KERJA LIGA BOLA SEPAK PIALA SMK TRONOH

Page 7: Kertas Kerja Liga Bola

AEE2073| SMK TRONOH 2012

……………………………… Tarikh:……………….Penolong KananKokurikulum SMK Tronoh

Diluluskan oleh:

…………………………………. Tarikh:…………………………Pengetua, SMK Tronoh

KERTAS KERJA LIGA BOLA SEPAK PIALA SMK TRONOH