kertas kerja ladap.docx

11
SK PUSAT BANDAR PUCHONG 2, JALAN PERSIARAN INDERA, PUSAT BANDAR PUCHONG, 47160 PUCHONG KERTAS CADANGAN LADAP GURU DAN PERUNDANGAN TARIKH : 25 MAC 2015( RABU ) MASA : 09.00 PAGI – 11.00 PETANG TEMPAT : Makmal Komputer, SK Pusat Bandar Puchong 2. ANJURAN : SK Pusat Bandar Puchong 2.

Upload: siti-hajar

Post on 12-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA LADAP.docx

SK PUSAT BANDAR PUCHONG 2,JALAN PERSIARAN INDERA,PUSAT BANDAR PUCHONG,

47160 PUCHONG

KERTAS CADANGANLADAP GURU DAN PERUNDANGAN

TARIKH :25 MAC 2015( RABU )

MASA : 09.00 PAGI – 11.00 PETANG

TEMPAT :Makmal Komputer,

SK Pusat Bandar Puchong 2.

ANJURAN :SK Pusat Bandar Puchong 2.

Dengan Kerjasama :Pelajar PPG Semester 7 Kohort 2, Ambilan Februari 2012

IPG Kampus Islam Bangi.

Page 2: KERTAS KERJA LADAP.docx

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1. Pengenalan 3

2. Tujuan 3

3. Objektif 3

4. Butiran Program 4

5. Bilangan Peserta 4

6. Jawatankuasa 4

7. Tentatif Program 5

8. Bayaran Penyertaan 5

9. Bajet 6

10. Menu Makan Dan Minum 6

11. Penutup 6

1.0 PENGENALAN

Page 3: KERTAS KERJA LADAP.docx

Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa

dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan

dihormati.Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan

Tatatertib ) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki

tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami

sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat

pindaannya pada  2002.

2.0 TUJUAN

Fokus terhadap kepentingan dan keperluan pengetahuan aspek perundangan

pendidikan / sekolah dalam kalangan guru-guru dan pentadbir. Ini adalah

kerana guru dan pentadbir memainkan peranan utama dalam mengawal

setiap tindakan mereka supaya tidak tergelincir dari garisan undang-undang

etika penjawat awam yang ditetapkan oleh kementerian dan tidak mudah

didakwa oleh pihak tertentu terutamanya ibu bapa disebabkan kecuaian

sendiri. Di samping itu, tugasan ini juga menyentuh berkenaan kenapa kita

perlukan undang-undang, mengapa sekolah mudah didakwa, tanggungjawab

pentadbir dan guru terhadap pelajar sepanjang dalam kawasan sekolah.

3.0 OBJEKTIF

Pengisian kurikulum BIG semester 7 ialah Bengkel Guru Dan Perundangan

yang bertujuan memberi pendedahan kepada guru tentang ciri-ciri insan guru

yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan khidmat dan bakti

kepada masyarakat . Fokus utama bengkel ini adalah untuk memberi peluang

kepada guru :

1. Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan

bertanggungjawab.

2. Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan

mereka sendiri.

3. Menjaga imej perkhidmatan awam.

4. Pelaku kesalahan / melanggar dihukum.

5. Menanamkan sifat profesionalisme di kalangan guru.

Page 4: KERTAS KERJA LADAP.docx

6. Memotivasikan dirii ke arah kecemerlangan kerjaya keguruan.

Page 5: KERTAS KERJA LADAP.docx

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Bengkel tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

i. Nama Program : LADAP Guru Dan Perundangan.

ii. Hari : Sabtu.

iii. Tarikh : 07 Mac 2015

iv. Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi

v. Tempat : Makmal Komputer,SK Pusat Bandar Puchong 2,Seksyen 32, 40460 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

vi. Anjuran : SK Pusat Bandar Puchong 2 Kerjasama Dengan Pelajar Semester 7 Kohort 2 Ambilan Januari 2012, IPG Kampus Islam Bangi.

5.0 BILANGAN PESERTA

30 orang Guru-guru SK Pusat Bandar Pucong 2.

6.0 JAWATANKUASA

Page 6: KERTAS KERJA LADAP.docx

6.1 Jawatankuasa Pengelola

PENASIHAT : Encik Nor Setilah Bin Muhammad Omar( Guru Besar )

PENGERUSI : Hajah Shalehah Binti Abd. Rahman.( Penolong Kanan Kurikulum )

PENYELARAS : Hanifah Binti Samin

SETIAUSAHA : Rohayati Binti Ahmad.

BENDAHARI : Puan Aida Hydrawaty Binti Samsul.

URUSETIA : Puan Siti Ghaslena Binti Jurani.

6.2 Jawatankuasa Pelaksana

AJK PENDAFTARAN

Puan Suhaili Binti Salehudin

PENGERUSI MAJLIS

Puan Kasmawati Binti Mohamed

AJK ALATAN DAN SIARAYA

Encik Mohamad Amizi Bin Abdullah

AJK CENDERAHATI / SIJIL

Puan Anita Tevee a/p Murgesu

AJK MAKANAN DAN MINUMAN

Puan Euis Asriana Binti Surya

DOKUMENTASI / BROSUR

Rohayati Binti AhmadHanifah Binti Samin

PERSIAPAN TEMPAT / BACKDROP

Puan Hasmaniza Binti Abdul Halim

BACAAN DOA

Encik Mohamad Razif Bin Mohd Kassim

7.0 TENTATIF PROGRAM

Page 7: KERTAS KERJA LADAP.docx

MASA AKTIVITI

08.00 – 08.45 Pagi Ketibaan dan Pendaftaran Peserta.Sarapan Pagi

08.45 – 09.00Pagi Ucapan Pengerusi MajlisOleh : Encik Abdul Razak Bin Bakri.Bacaan Doa :Oleh : Ustaz Lutfi Bin Khairoji.

09.00 – 11.00 Pagi CERAMAH: GURU DAN PERUNDANGAN.

Oleh : Puan NorhayatiUnit Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya Murid ( M ).Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam.

11.00 Pagi Minum pagi dan bersurai

8.0 BAYARAN PENYERTAAN

Tiada bayaran penyertaan.

9.0 BAJET

Bil PERBELANJAAN AMAUN ( RM )1 Makan & Minum 300.002 Hadiah & Cenderahati 200.003 Sijil Penyertaan / Fail 100.00

JUMLAH 600.00

10.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN

MAKAN DAN MINUM MENUSarapan pagi Air Teh / Nasi LemakMinum pagi Air Teh O / 2 Ketul Kuih

11.0 PENUTUP :

Page 8: KERTAS KERJA LADAP.docx

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal

melahirkan pengetahuan undang-undang amat perlu diketahui oleh semua

guru dan pentadbir sekolah kerana ia boleh membantu dalam membuat

keputusan yang tepat dan memberikan keyakinan kepada guru dan pentadbir

sekolah berdasarkan lunas-lunas yang betul ( Institut Aminuddin Baki,

Kementerian Pendidikan Malaysia ). Peraturan dan undang-undang sekolah

hendaklah jelas dandisampaikan kepada guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan

pelajar semasa perhimpunan, melalui edaran pemberitahuan dan juga buku

panduan peraturan ( Mohd.Ismail Othman, 2006 ). Justeru itu, pentadbir

sekolah hendaklah mengetahui dan memahami kandungan Ordinan Pelajaran

1957, Akta Pelajaran 1961, AktaPendidikan 1996, Laporan jawatankuasa

Kabinet 1979 serta semua Surat Pekeliling Ikhtisas daripada KPM supaya

mereka dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan berkesan ( IAB ).

Disamping itu, bagi meminimumkan kemungkinan pihak sekolah didakwa

kerana kecuaian, pentadbir sekolah perlu memahami dan menguasai aspek

perundangan di sekolah terutama yang berkait dengan kecuaiandan tingkah

laku serta elemen pengurusan di sekolah untuk mengelakkan institusi sekolah

daripada dikenakan tindakan mahkamah.

Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha

untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para

guru itu sendiri untuk melibatkan diri dengan program yang telah disusun

untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya

dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada semua guru.

. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan

pengetahuan serta segala bentuk input yang diperolehi akan dapat dijadikan

sumber rujukan untuk guru, seterusnya merancang dan mengelola program

seumpama dengan lebih baik. Semoga semua objektif yang digariskan dalam

kertas kerja program ini tercapai dan diharapkan agar usaha ini mendapat

kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dan diberkati oleh Allah.

Page 9: KERTAS KERJA LADAP.docx

DISEDIAKAN OLEH : Hanifah Binti SaminSetiausahaLADAP Guru Dan Perundangan.

DISEMAK OLEH : Puan Suzana Binti Eksan.PenyelarasLADAP Guru Dan Perundangan.

DISAHKAN OLEH :