kertas kerja krn

11
KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU RUKUN NEGARA SK SERI PINANG 2014 1.0 Nama Program: “Minggu Rukun Negara SK Seri Pinang”. 2.0 Tujuan Program ini bertujuan untuk: 2.1 Melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. 2.2 memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum. 2.3 Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara iaitu: * Kepercayaan Kepada Tuhan * Kesetiaan Kepada Raja dan Negara * Keluhuran Perlembagaan * Kedaulatan Undang‐Undang * Kesopanan dan Kesusilaan

Upload: syuhaila-ibrahim

Post on 20-Dec-2015

1.177 views

Category:

Documents


116 download

DESCRIPTION

Rukun Negara

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Krn

KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU RUKUN NEGARA

SK SERI PINANG

2014

1.0 Nama Program: “Minggu Rukun Negara SK Seri Pinang”.

2.0 Tujuan

Program ini bertujuan untuk:

2.1 Melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid.

2.2 memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum.

2.3 Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara iaitu:

* Kepercayaan Kepada Tuhan* Kesetiaan Kepada Raja dan Negara* Keluhuran Perlembagaan* Kedaulatan Undang‐Undang* Kesopanan dan Kesusilaan

3.0 Rasional:

3.1 Membantu usaha kerajaan membentuk modal insan yang berkualiti, berdaya saing, inovatif, kreatif dan berakhlak mulia.

Page 2: Kertas Kerja Krn

4.0 Objektif:

4.1 Memperkenalkan prinsip prinsip Rukun Negara;4.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;4.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan

Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan4.4 Menjadikan prinsip prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup

yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

4.5 Mewujudkan rasa kepunyaan PIBG dan komuniti terhadap sekolah serta memupuk nilai-nilai murni yang perlu ada pada masyarakat sekitar.

5.0 Matlamat

5.1 Melahirkan murid-murid yang berperibadi mulia dan bermotivasi dengan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping menjadikan mereka sebagai murid yang berilmu, berdisiplin, berketrampilan dan berkeyakinan serta mempu memartabatkan nama sekolah.

6.0 Kumpulan sasaran:

Warga sekolah SKSP iaitu, guru-guru,kakitangan sekolah dan murid-murid.

7.0 Anjuran:

Kelab Rukun Negara SKSP

8.0 Pelaksanaan Aktiviti

Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan akan melaksanakan aktiviti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:

1. Kepercayaan Kepada TuhanProgram/aktiviti yang berbentuk keagamaan;

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan NegaraProgram/aktiviti yang berbentuk patriotisme;

3. Keluhuran PerlembagaanProgram/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

4. Kedaulatan Undang‐UndangProgram/aktiviti yang berkaitan dengan undang- undang;

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Page 3: Kertas Kerja Krn

Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.

6. Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Panduan Kelab Rukun Negara.

Tarikh: 26 hingga 30 Oktober 2014

Hari : Ahad hingga Khamis

Masa : Rujuk Jadual

9.0 Strategi Perlaksanaan

9.1 Mesyuarat Jawatankuasa

9.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti

9.3 Majlis pelancaran dan perasmian

9.4 Aktiviti Minggu Rukun Negara.

9.5 Penutupan Rasmi Minggu Rukun Negara

10.0 Jadual pelaksanaan aktiviti

Rujuk lampiran

11.0 Sumber kewangan

11.1 Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;

12.0 Anggaran Kos

Rujuk lampiran

Page 4: Kertas Kerja Krn

Penutup:

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan Negara akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.......................... ........................ ...............................

Syuhaila binti Ibrahim Iskandar bin Siji Mohd Rhazi b. Shariff

Penyelaras, PK Kokurikulum, Guru Besar,

Kelab Rukun Negara SK Seri Pinang. SK Seri Pinang.

SK Seri Pinang.

JADUAL AKTIVITI PROGRAM MINGGU RUKUN NEGARA 2014

Page 5: Kertas Kerja Krn

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

26 OKT2014

(AHAD)

7.30 -8.00 PAGI

i. Pelancaran Minggu Rukun Negara Bacaan Rukun Negara oleh

Ketua pengawas Ucapan Guru Besar

ii. Penyelaras telah menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan.

iii. GPK Kokurikulum memberi penerangan mengenai Minggu Rukun Negara.

Semua Warga sekolah

27 OKT 2014

(ISNIN)

7.40- 8.40 PAGI10.10-11.10 PAGI

Pertandingan Melukis Poster

Pertandingan Mewarna

Tahap 2Tahap 1

28 OKT 2014

(SELASA)

7.40- 8.40 PAGI

Pertandingan Mencipta Logo

Tahap 2

29 OKT 2014

(RABU)

7.40- 10.40 PAGI

Kuiz Rukun Negara Pertandingan mencipta logo

Tahap 2Tahap 2

30 OKT 2014

(KHAMIS)

7.30 – 8.10 PAGI

i. Penutupan Rasmi Minggu Rukun Negara

Penyampaian Hadiah

ANGGARAN PERBELANJAAN

Page 6: Kertas Kerja Krn

BIL AKTIVITI HADIAH KOS

1 MEWARNA TAHAP 1 DAN 2 TAHAP 1 – 50 X RM2

TAHAP 2 – 45 X RM2

95 X RM2

RM190

2 MELUKIS POSTER TAHAP 2 – 45 X RM3

45 X RM3

RM 135

3 SAJAK TAHAP 2 – 10 X RM3

10 X RM3

RM30

4 CIPTA LOGO TAHAP 2 – 45 X RM2

RM30

5 KUIZ RUKUN NEGARA TAHAP 2 – 10 X RM3

45 X RM2

RM90

6 BANTING BANNER 3

STREAMER 1

RM520

JUMLAH RM995

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.......................... ........................... ..........................

Syuhaila binti Ibrahim Iskandar b. Siji Mohd Rhazi b. Shariff

Penyelaras, PK Kokurikulum, Guru Besar,

Kelab Rukun Negara SK Seri Pinang SK Seri Pinang

SK Seri Pinang

Page 7: Kertas Kerja Krn

Rukun NegaraPengisytiharan

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

mendukung cita cita hendak

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran

Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita cita

tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• KEDAULATAN UNDANG‐UNDANG

• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 8: Kertas Kerja Krn

ANJURAN:

KELAB RUKUN NEGARA

SK SERI PINANG

TARIKH : 26 ~ 30 oktober 2014

HARI : AHAD HINGGA KHAMIS

TEMPAT : SK SERI PINANG

Page 9: Kertas Kerja Krn