kertas kerja krc

3
Kertas Kerja Program Reka Cipta Barangan Terpakai 2015 1. PENDAHULUAN Alam wujud dalam keadaan seimbang tetapi, keadaan ini kini terjejas akibat pembangunan dan pertambahan penduduk. Kita membuang banyak sampah setiap hari dan 90% dilonggokkan di tapak pelupusan sampah. Kitar semula bahan buangan adalah salah satu cara untuk mengurangkan sisa buangan dan seharusnya mengurangkan penggunaan ruang untuk menempatkan sampah-sarap. Amalan kitar semula perlu digalakkan untuk melahirkan masyarakat mesra alam. Kesedaran akan kepentingan kitar semula harus dipertingkatkan dan diperluaskan. 2. MATLAMAT Memupuk semangat kesedaran di kalangan murid-murid sekolah tentang pentingnya mengitar semula bahan-bahan terpakai untuk memulihara alam sekitar dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. 3. OBJEKTIF 3.1 Menggunakan semula sisa yang berguna seperti kertas, kotak, botol, plastik, kaca dan sebagainya. 3.2 Mengurangkan pembuangan bahan buangan dan pembaziran penggunaan sumber semula jadi. 3.3 Memelihara serta memulihara alam sekitar dengan menyumbang kepada teknologi hijau. 3.4 Menjimatkan penggunaan bahan mentah bagi penghasilan produk baru. 4. BUTIRAN PROGRAM Tarikh : 19 Ogos 2015 (Rabu) Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang 1 Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A) Email : [email protected]

Upload: esah-zaharah

Post on 11-Feb-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja krc

1. PENDAHULUANAlam wujud dalam keadaan seimbang tetapi, keadaan ini kini terjejas akibat pembangunan dan pertambahan penduduk. Kita membuang banyak sampah setiap hari dan 90% dilonggokkan di tapak pelupusan sampah.

Kitar semula bahan buangan adalah salah satu cara untuk mengurangkan sisa buangan dan seharusnya mengurangkan penggunaan ruang untuk menempatkan sampah-sarap. Amalan kitar semula perlu digalakkan untuk melahirkan masyarakat mesra alam. Kesedaran akan kepentingan kitar semula harus dipertingkatkan dan diperluaskan.

2. MATLAMATMemupuk semangat kesedaran di kalangan murid-murid sekolah tentang pentingnya mengitar

semula bahan-bahan terpakai untuk memulihara alam sekitar dan meminimumkan kesan

negatif daripada aktiviti manusia.

3. OBJEKTIF3.1 Menggunakan semula sisa yang berguna seperti kertas, kotak, botol, plastik, kaca dan

sebagainya.

3.2 Mengurangkan pembuangan bahan buangan dan pembaziran penggunaan sumber

semula jadi.

3.3 Memelihara serta memulihara alam sekitar dengan menyumbang kepada teknologi hijau.

3.4 Menjimatkan penggunaan bahan mentah bagi penghasilan produk baru.

4. BUTIRAN PROGRAMTarikh : 19 Ogos 2015 (Rabu)Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petangTempat : Dewan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. SASARAN5.1 2 orang guru pengiring.

5.2 5 orang murid.

1 Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A) Email : [email protected]

2015Kertas KerjaProgram Reka Cipta Barangan Terpakai

Page 2: kertas kerja krc

6. PELAKSANAAN PROGRAMPertamanya, kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Seperti sedia maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah.

Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.

Secara keseluruhannya, projek inovasi ini merupakan suntikan baru bagi murid-murid terutamanya murid orang asli khususnya, untuk melibatkan diri di dalam pertandingan yang dianjurkan.

Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang.

Satu lagi kebaikan kitar semula adalah ianya berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.  

7. KEWANGANItem Kuantiti Harga

1. Folder 1 RM5.30

2. Spray 4 RM24.00

3. Mounting board 1 RM3.00

4. Kertas A4 1 RM10.00

5. Dawai 1 RM5.00

6. Salotape 2 RM5.00

7. Ink Printer 2 RM110.00

JUMLAH RM162.30

Disediakan oleh,                                                      

2 Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A) Email : [email protected]

2015Kertas KerjaProgram Reka Cipta Barangan Terpakai

Page 3: kertas kerja krc

Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)                  

3 Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A) Email : [email protected]

2015Kertas KerjaProgram Reka Cipta Barangan Terpakai