kertas kerja konsep tilawah 2011

16
KERTAS KERJA PROGRAM SEMARAK ISLAM Anjuran Bersama Unit Pendidikan Khas PPD Kluang & JKD Pendidikan Khas Daerah Kluang 2011 1

Upload: fazliaman

Post on 01-Jul-2015

1.085 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJAPROGRAM

SEMARAK ISLAM

Anjuran Bersama

UnitPendidikan Khas

PPD Kluang & JKD Pendidikan Khas Daerah Kluang

2011

1

1.0 PENDAHULUANKecemerlangan pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Tuntutan untuk menyediakan kesamarataan juga menjadi tanggungjawab dan memastikan murid-murid istimewa di seluruh negara mencapai tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang di semua program yang dilaksanakan. Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kluang anjuran Unit Pendidikan KhasPPD kluang dan JKD Pendidikan Khas Kluang dijalankan kerana aktiviti kokurikulum merupakan satu landasan ke arah kecemerlangan kurikulum, ianya juga memberi peluang kepada murid-murid istimewa daripada kepelbagaian kategori mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi memenuhi tuntutan rohani. Melalui aktiviti ini, pelajar akan dapat turut serta di dalam pertandingan sama seperti pelajar-pelajar normal yang lain di peringkat kebangsaan.

2.0 TUJUANMendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keagamaan selaras dengan nilai-

nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Falsafah Pendidikan Khas.

3.0 OBJEKTIF3.1 Mencungkil bakat pelajar berkeperluan khas di dalam aktiviti hafazan,

tilawah, bercerita kisah nabi, azan, nasyid, khat jawi dan khatam Iqra’.

3.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk turut serta dalam aktiviti

ko-kurikulum.

4.0 SASARANSemua Pelajar Pendidikan Khas Daerah Kluang.

5.0 BILANGAN HAD PENYERTAAN :

Aktiviti Pertandingan KategoriPeserta

Lelaki Perempuan

TilawahAl-Quran

BP JuniorBP Senior

11

11

Azan BP JuniorBP Senior

11

--

Hafazan Al-Quran

BP JuniorBP Senior

11

11

BerzanjiBP JuniorBP Senior

11

11

Nasyid Terbuka BP 5 - 12 peserta

Bercerita Kisah Nabi

BD JuniorBD Senior

BP JuniorBP Senior

(Maksimum)(Maksimum)

11

(Maksimum)(Maksimum)

11

Khat Jawi BD JuniorBD Senior

(Penyertaan Maksimum)(Penyertaan Maksimum)

BD- Bermasalah PendengaranBP-Bermasalah Pembelajaran

6.0 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

2

6.1. TILAWAH AL-QURAN6.1.1. Syarat-syarat :

a. Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Bermasalah Pembelajaran.

b. Terbahagi kepada dua kategori – Lelaki & Perempuan (Junior & Senior)

c. Masa bacaan 8 minit.d. Pemarkahan;

Bil Perkara Markah

i. Tajwid 40

Ii Suara 15

Iii Fasahah 20

Iv Lagu/Taranum 25

Jumlah 100

e. Kategori Junior – pilih 1 surah di bawah:

i. Surah Al-‘Alaqii. Surah Al-A’laiii. Surah Dhuhaiv. Surah Al-Qari’ahv. Surah Al-Zalzalah

f. Kategori Senior – Pilih 1 surah di bawah:

i. Surah Al- Baqarah ( Ayat 11 - 20 )ii. Surah As-Sajadah ( Ayat 15 – 24 )iii. Suray Yasin ( Ayat 12 – 25 )iv. Surah Al-Baqarah ( Ayat 284 – 286 )v. Surah Ali Imran ( Ayat 8 – 14 )

g. Seorang peserta perlu membaca satu pilihan ayat sahajah. Keputusan hakim adalah muktamadi. Tiga peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai

pemenang.j. Jika peserta tersalah ayat, penyertaan akan terbatal

dan tiada permarkahan.

6.2. HAFAZAN6.2.1. Syarat-syarat :

a. Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Bermasalah Pembelajaran.

b. Terbahagi kepada dua kategori – Lelaki & Perempuan (Junior & Senior)

c. Masa bacaan – 8 minitd. Pemarkahan ;

Bil Perkara Markah

3

i. Hafaz & Lancar 50 markah

Ii Fasahah & Tajwid 40 markah

Iii Suara/Gaya 10 markah

Jumlah 100

e. Surah bagi Kategori Junior mengikut pakej seperti dibawah :

PAKEJ SURAH

PAKEJ 1 Surah Al Fatihah+

Surah An NasSurah Al - Ma’un

Surah Al – TinPAKEJ 2 Surah Al Fatihah

+Surah Al Falaq

Surah Al LahabSurah Al Qariah

PAKEJ 3 Surah Al Fatihah+

Surah Al IkhlasSurah An Nas

Surah Al HumazahPAKEJ 4 Surah Al Fatihah

+Surah An Nas

Surah Al KafirunSurah Al Insyirah

PAKEJ 5 Surah Al Fatihah+

Surah Al FalaqSurah Al KautharSurah Al Takathur

PAKEJ 6 Surah Al Fatihah+

Surah Al ikhlasSurah Al QuraishSurah Al Adiyat

PAKEJ 7 Surah Al Fatihah+

Surah Al FilSurah An NasSurah Al A’la

PAKEJ 8 Surah Al Fatihah+

Surah Al FalaqSurah Al - Ma’un

Surah Al Asr

4

f. Surah bagi Kategori Senior pula mengikut pakej seperti dibawah::

Surah Al Fatihah

+

Surah Al- Baqarah ( ayat 1 – 25 )

ATAU

Surah Yasin ( Ayat 1 – 21 )

g. Keputusan hakim adalah muktamadh. 3 peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai

pemenang.

6.3. NASYID

6.3.1. Syarat-syarat:a. Terbuka kepada Pelajar Bermasalah Pembelajaranb. Setiap Sekolah boleh menghantar minima 5 orang dan

maksima 12 orang bagi setiap ketegori (Bilangan peserta lelaki & perempuan bebas )

c. Undian giliran akan dibuat semasa pendaftaran dan pengesahan penyertaan, tag pasukan akan diberikan semasa pendaftaran.

d. Masa persembahan adalah 8 hingga 10 minit sahaja. Markah akan ditolak sebanyak 2 markah jika kurang 8 minit dan melebihi 10 minit.

e. 2 buah lagu iaitu :i. Irama Padang Pasir (Masri)ii. Nasyid kontemporari

f. Pemarkahan:

Bil Perkara Markah

i. Suara 30

Ii Gaya Persembahan / Props

20

Iii Lirik 20

Iv Lagu 30

Jumlah 100

g. Hanya penggunaan Bahasa Melayu sahaja yang dibenarkan untuk lagu pertama dan lagu kedua boleh menggunakan bahasa yang lain.

h. Penggunaan alat muzik yang dibenarkan adalah kompang, alat perkusi dan peralatan genderang ( tidak dibenarkan peralatan muzik bertali seperti gitar, piano, biola dan berongga seperti seruling, trompet )

i. Keputusan hakim adalah muktamad.j. Tiga pasukan akan dipilih sebagai pemenang.

6.4. KHAT JAWI

5

6.4.1. Syarat-syarat:a. Terbuka hanya kepada murid Bermasalah Pendengaran

tiada had penyerrtaan (Kategori Lelaki & Perempuan –Junior dan Senior) dan tidak terhad kepada yang beragama Islam sahaja, terbuka kepada semua bangsa.

b. Masa pertandingan adalah 1 jam 30 minit.c. Ejaan jawi hendaklah mengikut kaedah ejaan yang terbaru.

Ayat disediakan oleh pihak penganjur.d. Membawa sendiri alat tulis yang sesuai.e. Kertas disediakan oleh penganjur, kertas yang rosak hanya

dibenarkan pertukaran sekali sahaja.f. Pemarkahan :

i. Bentuk Tulisan ( 50 markah )- Bebas memilih salah satu jenis khat seperti Naskh, Thuluth, Rakaah, Dewani dan lain-lain.

ii. Teknik Tulisan ( 20 markah )- Susunan khat baik, jelas dan munasabah.- Tidak campur antara jenis khat.

iii. Kebersihan ( 20 markah )- Tulisan bersih, terang dan mudah dibaca

- Markah akan dipotong sekiranya tulisan luntur, sukar dibaca seperti dakwat kembang dan garisan pensil yang tidak dipadam.

iv. Hiasan ( 10 markah )- Hiasan dalaman dan luaran yang sesuai dan

menarik.g. Keputusan hakim adalah muktamad.

6.5. AZAN6.5.1. Syarat-syarat

a. Terbuka kepada semua pelajar lelaki sahaja.b. Terbahagi kepada Kategori Junior dan Kategori Senior

Bermasalah Pembelajaran.

Pemarkahan Azan :

Bil Perkara Markah

i. Alunan Lagu 40 markah

Ii Kelancaran 30 markah

Iii Suara 30 markah

Jumlah 100

c. Hanya Azan Subuh sahaja yang dipertandingkan.

6.6. BERCERITA KISAH NABI6.6.1. Syarat-syarat :

a. Terbuka kepada semua murid Bermasalah Pembelajaran dan Bermasalah Pendengaran ( Kategori Junior dan Senior)

b. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki & perempuan.c. 3 peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai

pemenang.d. Masa bercerita adalah 8 minit.

6

e. Markah tidak akan dikira sekiranya para peserta mengambil masa lebih dari masa pertandingan yang telah ditetapkan.

i. Satu salinan skrip yang siap ditaip ke bagi setiap peserta hendaklah diemailkan kepada [email protected] dalam masa seminggu sebelum tarikh pertandingan dan membawa satu salinan untuk rujukan juri sewaktu pertandingan (kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penolakan markah).

ii. Penggunaan props adalah digalakkan dan diberi markah.

iii. Giliran peserta untuk menyampaikan ceritanya akan ditetapkan oleh pihak penganjur.

iv. Peserta tidak dibenarkan melihat skrip.v. Guru pembimbing boleh membantu para

peserta dengan tidak keterlaluan.vi. Segala keputusan hakim adalah muktamad.

f. Tajuk cerita yang dicadangkan :

i. Kisah Nabi Musa & Firaun ii. Kisah Kelahiran Nabi Muhammad SAWiii. Kisah Nabi Nuh & Kaumnyaiv. Kisah Nabi Ibrahim & Anaknya Ismailv. Mukjizat Nabi Muhammad SAWvi. Tahun Kedukaanvii. Peristiwa Isra’ & Mikraj’viii. Hijrah Rasullulah.

g. Penilaian pemarkahan dilihat dari :

Bil Perkara Markah

i. Isi 40

Ii Penggunaan Bahasa Isyarat & Komunikasi Seluruh

20

Iii Gaya Penyampaian 30

Iv Props 10

Jumlah 100

h. Pemotongan markah akan dilakukan sekiranya :i. Peserta menggunakan bahasa isyarat yang tidak

difahami @ tidak lazim digunakan seperti yang terdapat di dalam buku BMKT atau BMKT ( Pendidikan Islam ) – bagi Bermasalah Pendengaran (BD).

ii. Peserta menggunakan bahasa isyarat yang menyindir mana-mana pihak. (bagi BD)

7

iii. Peserta menggunakan bahasa isyarat yang berulang-ulang (bagi BD)

iv. Peserta berhenti semasa bercerita sama ada lupa, salah atau tersekat-sekat.

v. Peserta melakukan gerak-geri yang keterlaluan.vi. Pesembahan peserta yang tidak meyakinkan.vii. Setiap kesalahan akan dipotong 1 markah dan

jumlah maksimum pemotongan markah ialah 5 markah sahaja dari setiap bahagian yang dipertandingkan.

viii. Sekiranya guru pembimbing membantu peserta lebih dari 3 kali, markah akan ditolak 2 markah. Markah akan terus dipotong sebanyak 1 markah untuk setiap kali bantuan yang seterusnya.

PERHATIAN :

1. Setiap peserta dikehendaki mengutarakan 4 isi dan setiap isi akan diberi 2 markah ( 8 markah )

2. Setiap huraian dan pengajaran dari isi yang tepat akan diberi 8 markah ( 32 markah )

3. Jika peserta menyertakan satu maksud nas atau dalil, peserta akan diberi 2 markah tambahan ( 2 markah )

6.7 BERZANJI6.7.1 Syarat-syarat :

a. Terbahagi kepada Kategori Junior dan Senior Bermasalah Pembelajaran.

b. Terbahagi kepada dua kategori – Lelaki & Perempuanc. Masa bacaan 8 minit.d. Pemarkahan;

Bil Perkara Markah

i. Tajwid 40

Ii Suara 15

Iii Fasahah 20

Iv Lagu/Taranum 25

Jumlah 100

e. Sekolah Rendah – pilih 1 Rawi di bawah:i. Rawi 1ii. Rawi 2iii. Rawi 3

f. Sekolah Menengah – Pilih 1 Rawi di bawah:i. Rawi 1ii. Rawi 2iii. Rawi 3

g. Seorang peserta perlu membaca satu pilihan Rawi sahaja

8

h. Keputusan hakim adalah muktamadi. Tiga peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai

pemenang.j. Jika peserta tersalah Rawi, penyertaan akan

terbatal dan tiada permarkahan.

7. KELAYAKAN DAN HAD UMUR PESERTA7.1 Murid-murid yang berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan

Khas 1997 di sekolah-sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia LAYAK menyertai kejohanan anjuran bersama Unit Pendidikan dan JKD Pendidikan khas Daerah Kluang.

7.2 Ketetapan had umur peserta-peserta bagi kejohanan di peringkat Daerah Kluang adalah seperti berikut:

7.3.1 Junior ( 14 tahun ke bawah )

7.3.2 Senior ( 19 tahun ke bawah )

7.3 Kiraan umur adalah dikira berdasarkan tahun kelahiran dalam tahun program itu diadakan .

Contoh :

a. Lahir pada dan selepas 1997 layak menyertai kategori

Junior pada pertandingan yang diadakan pada tahun

2011.

b. Lahir 1992 hingga 1996 layak menyertai kategori

Senior pada pertandingan yang diadakan pada tahun

2011.

7.4 Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan dalam

satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa

yang sama kecuali sesuatu ketetapan khas dilakukan.

7.5 Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta dibenarkan

menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi

daripada kumpulan umurnya.

7.6 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan

dan Kad OKU asal untuk pemeriksaan oleh pihak pengelola

pertandingan padabila-bila masa sebelum/semasa pertandingan

dijalankan. Kegagalan menunjukkan dokumen tersebut

menyebabkan peserta tersebut dihalang dari menyertai

pertandingan atau dibatalkan penyertaan pasukannya.

7.7 Nombor Tag Peserta

7.7.1 Sekolah Rendah

9

BIL NAMA SEKOLAH RENDAH KOD NOMBOR1 SK SERI MACHAP SM 11 hingga 402 SK BUKIT KENANGAN BK 11 hingga 403 SK LELAKI BANDAR LB 11 hingga 404 SK KAHANG KH 11 hingga 405 SK PEREMPUAN BANDAR PB 11 hingga 406 SK SERI LALANG SL 11 hingga 407 SK SERI KAMPUNG TENGAH ST 11 hingga 408 SK PEKAN LAYANG-LAYANG LL 11 hingga 409 SK KAMPUNG CHAMEK KC 11 hingga 4010 SK LKTP KAHANG TIMUR KT 11 hingga 4011 SK KG DATO' IBRAHIM MAJID IM 11 hingga 4012 SK LKTP BELITONG BL 11 hingga 4013 SK SERI INTAN SI 11 hingga 4014 SK DATO ONN JAAFAR OJ 11 hingga 4015 SK KLUANG BARAT KB 11 hingga 4016 SK ABDUL RAHMAN YASSIN RY 11 hingga 4017 SK LADANG MUTIARA LM 11 hingga 4018 SK BANDAR T6 BT 11 hingga 4019 SK SERI TAMAN KLUANG BARAT TK 11 hingga 4020 SK PALOH 2 PL 11 hingga 4021 SK JUBLI INTAN JI 11 hingga 4022 SJK ( C ) PA YAI PY 11 hingga 4023 SJK ( C ) PING MING PM 11 hingga 4024 SJK ( T ) JALAN HAJI MANAN HM 11 hingga 4025 SJK ( T ) JALAN STESEN PALOH SP 11 hingga 40

7.7.2 Sekolah Menengah

BIL NAMA SEKOLAH MENENGAH KOD NOMBOR1 SMK LAYANG-LAYANG LG 41 hingga 702 SMK TUN HUSSEIN ONN TH 41 hingga 703 SMK KAHANG KG 41 hingga 704 SMK SULTAN ABDUL JALIL AJ 41 hingga 705 SMK LKTP KAHANG TIMUR KR 41 hingga 706 SMK LKTP BELITONG BG 41 hingga 707 SMK SIMPANG RENGAM SR 41 hingga 708 SMK SERI INTAN SN 41 hingga 709 SMK BANDAR T6 BR 41 hingga 70

10 SMK JALAN KOTA TINGGI JK 41 hingga 7011 SMK SERI LALANG SG 41 hingga 7012 SMK DATO HAJI HASSAN YUNOS HY 41 hingga 7013 SMK PALOH PH 41 hingga 7014 SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK RA 41 hingga 70

7.7.3 Warna Tag Peserta

i. Tag Kategori Junior adalah berwarna Putih.

ii. Tag Kategori Senior adalah berwarna Kuning.

iii. Tag Kategori Bermasalah Pendengaran adalah

berwarna Biru Muda.

iv. Tag perlu disediakan oleh sekolah masing-masing

mengikut spesifikasi yang telah diberikan di muka

surat 12.

8. BANTAHAN

10

8.1 Segala bantahan hendaklah secara bertulis.

8.2 Segala masalah dari segi kelayakan dan status peserta hendaklah

diselesaikan 1 jam sebelum pertandingan bermula.

8.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang bantahan

sebanyak RM 50.00 (Ringi Malaysia Lima Puluh Sahaja) secara

tunai. Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan

ditolak.

8.4 Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat secara bertulis kepada

yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

8.5 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan terdiri daripada pegawai yang

dilantik oleh pihak penganjur.

8.5.1 Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kluang (Unit

Pendidikan Khas) selaku Pengerusi Jawatankuasa

Bantahan.

8.5.2 Pengerusi JKD Unit Pendidikan Khas Kluang.

8.5.3 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.

8.5.4 Penolong Kanan Pendidikan Khas Daerah Kluang yang tidak

terlibat dengan bantahan.

8.5.5 Tiga Pengurus pasukan Sekolah yang tidak terlibat dengan

bantahan.

9. JURI RAYUAN

9.1 Juri Rayuan terdiri daripada :

9.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.

9.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/Wakil.

9.1.3 Pengerusi Jemaah Hakim/Wakil.

9.1.4 Tiga Pengurus Pasukan Sekolah yang tidak terlibat dengan

bantahan.

* Setiap perubahan pada peraturan pertandingan tertakluk kepada persetujuan Jawatankuasa Induk.

11

12

PROGRAM SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH

KLUANG 2011

SM01

NAMA PESERTA

ACARA PERTANDINGAN1.

PROGRAM SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH

KLUANG 2011

PB31

NAMA PESERTA

ACARA PERTANDINGAN1.

PROGRAM SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH

KLUANG 2011

LG41

NAMA PESERTA

ACARA PERTANDINGAN1.

PROGRAM SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH

KLUANG 2011

HY69

NAMA PESERTA

ACARA PERTANDINGAN1.