kertas kerja kemerdekaan

Upload: alibaba

Post on 05-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

KERTAS KERJASambutan Hari KemerdekaanPeringkat Sekolah Kebangsaan Oh

Pendahuluan

Bagi mengisi takwim SK Oh bagi tahun 2015 pihaksekolah akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SK Oh

Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Oh secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Oh di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

Objektif

Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini.

Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.

Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasihkepadanya.

Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.

TarikhCadangan : 17 September 2015

Kumpulan SasaranSemua murid tahun 1 hingga tahun 6 termasuk PRA dan PPKI SK Oh

Strategi

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Keterangan ProgramProgram ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:Pelaksanaan: 1 hariTempat : Dewan Terbuka SK. OhCadangan KewanganBilPerkara/ AktivitiKuantitiAnggaran Kos

1Hadiah Pertandingan Melukis Dan MewarnaTahun 4 (RM4X3)Tahun 5 (RM4X3)Tahun 6 (RM4X3)RM36.00

2

Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan Pendidikan KhasPra Sk (RM4 X 3)Pend Khas (RM4 X3)Tahun 1 (RM4 X 3)Tahun 2 (RM4 X 3)Tahun 3 (RM4 X 3)

RM60.00

3Hadiah Pertandingan Menghias Basikal Dan Perarakan BerbasikalPertama = RM5Kedua = RM5Ketiga = RM5RM15.00

4Hadiah Pertandingan Pakaian BerhiasPertama = RM5Kedua = RM5Ketiga = RM5RM15.00

JumlahRM126.00

Jadual Pelaksanaan/Cadangan Aktiviti

BilAktivitiCadangan /Tempat

1Pertandingan Melukis Dan Mewarna Tahap 2Dewan Sk. Oh

Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan Pendidikan KhasDewan Sk. Oh

2Bergotong Royong Membersih Di Kawasan Masjid(Perarakan Berbasikal)Masjid Kampung Oh

3Pakaian BerhiasDewan Sk Oh

4Pertandingan Pakaian BerhiasDewan Sk. Oh

Jawatankuasa Induk

AJKNama

PenasihatEncik Zuraidi Bin Wahid (Guru Besar)

PengerusiHasrizal b. Md Hashim (GPK KOKURIKULUM)

Naib PengerusiEncik Zuhaidi b. Othman (GPK KURIKULUM)

Naib Pengerusi 2Puan Hasnah bt. Musa (GPK HEM)

SetiausahaEncik Wan Salmizan b. Wan Stafa

Jawatankuasa Pelaksanaan

Juruacara Majlis: Encik Mohd Azmi b. Ismail: Puan Zalina bt Salim

Bacaan Doa: Encik Wan Salmizan b. Wan Stafa

Hakim Pertandingan: Encik Zuraidi b. Wahid (Guru Besar): Encik Zuhaidi b. Othman (GPK Kurikulum): Puan Hasnah bt. Musa (GPK HEM ) : Puan Faizah bt. Astar: Puan Rozita bt. Hassan

Hadiah: Puan Hatifah bt. Jusoh (K): Puan Hasnah bt. Musa: Puan Kamilah bt. Jusoh

Jurukamera/Dokumentasi: Puan Hasnah bt Musa (GPK HEM): Puan Siti Nor Hasmawiah bt. Mohamad Nawawi

P.A Sistem: Encik Rosli b. Muzaffar Shah (K): Encik Zameri b. Awang Noh: Encik Hasrizal b. Md Hashim

Buku Program: Puan Siti Nor Hasmawiah bt. Mahamad Nawavi

Persiapan Tempat: Encik Zameri Bin Awang Noh (K): Puan Rosidah bt. Che Othman: Encik Mamat b. Abdullah: Puan Zaharah bt Abdullah

Penyelia Aktiviti: Pertandingan Melukis Dan MewarnaEncik Rosli b. Muzaffar Shah (K)Puan Hanisah bt. AbdullahPuan Farah Wahidah Bt ZamriPuan Kanazuwati bt. Md Damin

: Pertandingan Basikal Berhias Dan PerarakanEncik Wan Salmizan b. Wan Stafa (K)Encik Abdul Wahab Bin MohamadHasrizal Md. HashimPegawal Jaga SK OhSemua warga Sk Oh yang berminat

: Pertandingan Pakaian BerhiasPuan Nor Ilani bt. AbdullahPuan Nor Asiah bt. Abd RahmanPuan Nor Aqilah bt. Refing

Aturcara Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

7.45 pagi- Perhimpunan- Ucapan alu-aluan pengerusi majlis- Nyanyian Lagu Kebaggsaan Dan Negeri- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Kemerdekaan)- Bacaan Doa Oleh Encik Wan Salmizan b. Stafa8.30 pagi- Nyanyian Lagu Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Lagu Warisan- Laungan Merdeka9.00 pagi- Pertandingan perarakan basikal dan pakaian berhias9.35pagi - Pertandingan mewarna tahap 1 dan melukis poster tahap 210.45 pagi- Rehat11.00 pagi- Persembahan murid12.30 pagi- Penyampaian Hadiah12.30 pagi- Bersurai

Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Oh ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

..................................................(HASRIZAL BIN MD.HASHIM)