kertas kerja keceriaan pss 2015

6
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2 JALAN PERWIRA 55100 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH : PUAN LINAWAZNAH BINTI OTHMAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

Upload: lina-othman

Post on 04-Dec-2015

4.263 views

Category:

Documents


624 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Keceriaan Pss 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Keceriaan Pss 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2JALAN PERWIRA

55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :PUAN LINAWAZNAH BINTI OTHMANGURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

SK PUTERI PANDAN 2, KL

Page 2: Kertas Kerja Keceriaan Pss 2015

PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi

bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS

dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang

selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu,

sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama

bagi menarik minat seluruh warga SKPP2 untuk menggunakan PSS dengan optimum.

Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta mutu

perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber

yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan

(PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa

kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya

disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.

2.2 Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya

sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.

2.3 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan, mudah

disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai dengan sukatan

pelajaran masa kini.

2.4 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat

dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping

mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

2.5 Mewujudakan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan

yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

Page 3: Kertas Kerja Keceriaan Pss 2015

3.0 TARIKH

Penggal kedua persekolahan bermula 1 September hingga 12 November 2015

4.0 TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah

5.0 SASARAN

5.1 Guru-guru SKPP2

5.2 Pengawas PSS 2015

5.3 Murid-murid tahun 6 2015 (selepas UPSR)

6.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN

6.1 Penambahan Koleksi Bahan

BIL PERANCANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Membeli pelbagai bahan bacaan dan rujukan untuk kegunaan perpustakaan.(buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung, rujukan dan latihan serta langganan majalah dan akhbar)

RM 1500.00

2. Membeli dan membina pelbagai bahan bantu mengajar.(bahan berbentuk carta, model serta alatan yang berkaitan dengan P&P)

RM 500.00

3. Memohon sumbangan daripada pihak luar.(Perpustakaan Negara Malaysia, BTPNKL, Dewan Bahasa dan Pustaka serta syarikat-syarikat swasta)

-

6.2 Pembangunan Fizikal

BIL PERANCANGAN ANGGARAN BELANJAWAN

1. Mengecat dinding dalam Pusat Sumber Sekolah RM 200.00

2. Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak buku -

3. Memilih dan mengasingkan buku-buku lama dan menyusun buku mengikut Sistem Pengkelasan Dewey.

-

4. Menambah sudut informasi dan melengkapkan papan kenyataan di bilik perpustakaan, bilik tayangan, bilik BBM, dan bilik-bilik khas yang lain.

RM 100.00

Page 4: Kertas Kerja Keceriaan Pss 2015

6.3 Aktiviti dan Program PSS

BIL PERANCANGAN ANGGARAN BELANJAWAN

1. Mengadakan majlis penganugerahan NILAM kepada Rakan Pembaca Nilam, pembaca tahap NILAM semasa Hari Anugerah Cemerlang

RM 50.00

2. Memperkenalkan Sistem Pengkelasan Dewey kepada murid

-

3. Melengkapkan maklumat PSS dan laluan tangga ke PSS untuk projek mengindahkan sekolah.

RM 100.00

4. Menyediakan satu galeri sejarah yang menempatkan barang-barang lama dan sejarah-sejarah kawasan setempat.

RM 50.00

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Perbelanjaan

Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek pembangunan Pusat Sumber Sekolah adalah RM 2500.00

7.2 Pendapatan

BIL PERKARA PERUNTUKAN

1. Wang Sekolah (Peruntukan Geran Perkapita)

2. Keuntungan jualan surat khabar Berita Harian

3. Sumbangan pembekal sekolah

4. Derma dan sumbangan- Ibu bapa

- Perseorangan

- Aktiviti jualan PSS

5.6.

Page 5: Kertas Kerja Keceriaan Pss 2015

8.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan

mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di

sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa

jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala

perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat

berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………….. ……………………………(Linawaznah Binti Othman) (Datin Hjh Jamalia Bt Masri)Guru Perpustakaan & Media Guru BesarSK Puteri Pandan 2, SK Puteri Pandan 2,55100 Kuala Lumpur 55100 Kuala Lumpur