kertas kerja keceriaan kantin

9
6 [KERTAS KERJA KECERIAAN KANTIN] UNIT KANTIN 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU TELUK KUMBAR, 11920 BAYAN LEPAS PULAU PINANG KERTAS KERJA KANTIN CERIA

Upload: wulianwawa84

Post on 05-Nov-2015

772 views

Category:

Documents


118 download

DESCRIPTION

KANTIN

TRANSCRIPT

Kertas KERJA KHIDMAT MASYARAKAT (SCHOOL BASED)

[Kertas KERJA KECERIAAN KANTIN]UNIT KANTIN 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU

TELUK KUMBAR, 11920 BAYAN LEPAS

PULAU PINANGKERTAS KERJAKANTIN CERIA

KONSEP: MODEN BERINFORMASI

2015

1. PENDAHULUAN

Projek ini adalah aktiviti Jawatankuasa Kantin SK Sungai Batu bagi menambah keceriaan kantin sebagai persediaan ke Pertandingan Keceriaan Kantin Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang. Kertas kerja ini menggariskan pengisian projek keceriaan kantin dengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah termasuk pekerja swasta dan murid-murid. Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah.

Konsep yang dipilih ialah Moden Berinformasi bagi mewujudkan suasana yang menarik dan terkini di samping nota-nota yang berinfomatif. Di samping menerapkan ilmu pengetahuan dan isu semasa yang berguna untuk murid-murid sekolah ini dan tetamu-tetamu yang hadir.

2. OBJEKTIF

I. Memastikan pelaksanaan persiapan untuk bertanding secara sihat dalam Anugerah Kantin Ceria peringkat negeri Pulau Pinang.

II. Merancang dan melaksanakan aktiviti /projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

III. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan dalam menceriakan lagi kawasan persekitaran kantin sekolah.

IV. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan akademik, nilai-nilai murni dan isu semasa di kalangan murid secara berterusan.

3. JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT

: En. Abu Haniffa bin Naina Mohd (Guru Besar)

PENGERUSI

: Pn. Hanzaneza binti Abd Hamid (GPK HEM)NAIB PENGERUSI 1: Pn. Rodzita binti Md Isa (GPK Kurikulum)

NAIB PENGERUSI 2: En. Sugumaran A/L M. Katharasan (GPK Kokurikulum)

PENYELARAS

: Pn. Nurul Wahida binti HamdanSETIAUSAHA

: Pn. Norzihan binti TaibBENDAHARI

: Pn. Eda Rohani binti Che Deris

JAWATANKUASA PELAKSANAHIASAN :

Pn. Nurul Wahida binti Hamdan (K)Pn. Norzihan binti TaibPanitia MatapelajaranUnit Kaunseling

Pekerja swastaPAMERAN:

Pn. Syazwani binti Shafiai (K)

Pn. Nursilah binti Harun

Unit kaunseling

Pekerja swastaMURAL:

Ust. Saidy Assaghiry bin Ibrahim(K)

Ustzh. Aishah binti HamidPanitia Agama IslamPanitia Bahasa ArabPekerja swastaPERSIAPAN RMT & RUANG MAKAN GURU/MURID:

Pn. Nursilah binti Harun(K)

Pn. Syazwani binti ShafiaiEn. AkashahUnit RMTKelab Staff Guru

PERLABELAN:

Pn. Eda Rohani binti Che Deris (K)

Panitia MatapelajaranPekerja swastaURUSETIA / PENGAWAS KANTIN:

Pn. Norzihan binti Taib (K)

Pn. Nurul Wahida binti HamdanKESIHATAN:

Unit KesihatanDOKUMENTASI:

Pn. Eda Rohani binti Che Deris (K)

Unit DokumentasiTUGAS-TUGAS KHAS:

En. Akashah (K)

Pekerja Swasta

4. CADANGAN PELAKSANAANAKTIVITIJAWATANKUASA PELAKSANA

4.1. Mewujudkan papan kenyataan

Menukar latar belakang papan kenyataan Border akan dicat dengan warna hitam.

Mengubah kandungan papan kenyataan meletakkan maklumat berkaitan pada papan kenyataan kantin. Pn. Nurul Wahida binti Hamdan AJK Kantin

4.2. Menghias meja dan kerusi makan murid biasa dan RMT Menyusun semula meja makan berdasarkan pelan terkini.

Kerusi yang rosak digantikan dengan kerusi plastik pelbagai warna Memastikan setiap panitia memberi nota matapelajaran dengan meletakkan maklumat Pekerja kantin meletakkan skirting. Memasang bidai En. Akashah Panitaia Matapelajaran

Pekerja Kantin

4.3. Menghias syiling dan tiang

Bahagian kiri kanan syiling akan diletakkan kain berombak.

Ruang di antara tiang akan diletakkan scallop dan hiasan. Menulis tulisan khat

Melekatkan banner berkaitan matapelajaran yang berinformasi Pn. Nurul Wahida binti Hamdan

AJK Kantin

4.4. Menyediakan ruang pameran

Menyediakan 2 papan kenyataan (bahagian bawah) untuk dilekatkan dengan hasil kerja murid.

Menyediakan rak untuk diletakkan mobail/kraftangan hasil kerja murid.

Mengumpul hasil kerja murid dari guru-guru dan perpustakaan. Pn. Nursilah binti Harun Unit Kaunseling

Unit Perpustakaan

Pekerja Swasta

4.5. Melantik Urusetia Kantin

Memastikan murid yang dipilih menjalan tugas menjaga kekemasan dan kebersihan kantin sepanjang projek

Pn. Norzihan binti Taib

4.6. Memaparkan Pengawas bertugas kantin

Mengadakan ruang untuk dilekatkan pengawas bertugas harian Pn. Norzihan binti Taib

4.7. Membuat mural pada dinding

Melukis dan mawarna mural pada bahagian dinding kantin. Pn. Eda Rohani binti Che Deris Pekerja swasta

4.8. Mewujudkan besi penghadang

Meletakkan besi penghadang di bahagian murid untuk beratur supaya teratur. Pn. Syazwani binti Syafiai

4.9. Mengecat dan mengindahkan kawasan dapur

Dinding di bahagian dapur dicat En. Akashah

4.10. Melabel rak penyimpanan peralatan dapur

Setiap para tempat penyimpanan peralatan akan dilabel En. Akashah Pekerja kantin

4.11. Menyediakan album kantin

Mengambil gambar sepanjang projek dilaksanakan; sebelum/semasa dan selepas.

Menampal gambar terpilih untuk ruangan aktiviti kantin.

Gambar yang dikumpul akan delaminate dan dimasukkan dalam fail. Pn. Eda Rohani binti Che Deris

4.12. Memastikan peti kecemasan sedia digunakan dan poster kesihatan dilekatkan pada dinding Pn. Nursilah binti Harun

4.13. Mengemaskini semula bilik makan.

Menyediakan ruang ini supaya kelihatan kemas dan cantik.

Barang peribadi pengusaha hendaklah disimpan di dalam almari

Resit, alat tulis hendaklah disusun rapi, meja di skirting. En. Akashah

Pekerja kantin

4.14. Kerja-kerja pertukangan dan elektrikal

Memastikan meja makan sedia ada kukuh

Memastikan semua lampu dan kipas berfungsi En. Mohd Nabil Fahimy binti Mustapa

4.15. Kerja pembersihan dan penyusunan semula meja dan kerusi. Pekerja swasta

5. KEPERLUAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAKUANTITIJUMLAH

(RM)

1.Skirting dan upah jahit(RMT)500.00

2.Bidai

300.00

3.Banner 20

1000.00

4.Tulisan khat500.00

5.Whiteboard300.00

6.Papan kenyataan2500.00

7.Pembalut meja60m x RM16.00960.00

8.Kertas liminate5 x RM25.00125.00

9.Pokok hiasan10 x RM5.0050.00

10. Barangan tambahan500.00

JUMLAH KESELURUHAN4735.00

6. PENUTUPPihak kami berharap projek ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak dan mencapai kejayaan di peringkat negeri seterusnya kebangsaan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

........................................

..........................................

(PN. NORZIHAN BINTI TAIB)

(PN. HANZANEZA BINTI ABDUL HAMID)

SETIAUSAHA UNIT KANTIN

GPK HEM

Diluluskan oleh,

(EN. ABU HANIFFA BINTI NAINA MOHD)GURU BESAR