sistem maklumat kantin

Upload: suehana-hamdan

Post on 20-Jul-2015

208 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

-1-

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT KANTIN VERSI 1.0

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

-2-

KANDUNGAN1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0 13.0 14.0 15.0 16.0 PENGENALAN PEMASANGAN PERISIAN MEMULAKAN PERISIAN SISMAKAN DAN SETTING PERISIAN IMPORT MAKLUMAT SEKOLAH DARI SISTEM MAKLUMAT MURID MAKLUMAT PENGUSAHA MAKLUMAT KONTRAK MAKLUMAT PEKERJA MAKLUMAT PEMARKAHAN BORANG KENDIRI 2 MAKLUMAT PEMBAYARAN SEWA KANTIN MAKLUMAT KERACUNAN MENGEKSPORT DATA MENGIMPORT DATA MENCARI DATA MEMADAM DATA MENYEMAK MAKLUMAT SISMAKAN MENCETAK LAPORAN-LAPORAN

LAMPIRAN

-3-

1.0

PENGENALAN Dalam era teknologi maklumat, data merupakan aset penting untuk membuat keputusan. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk membina satu pangkalan data berkaitan maklumat kantin yang terdapat di setiap sekolah di negeri selangor. sisMAKAN adalah satu sistem yang dibangunkan berasaskan Microsoft Access 2002 dan pembangunannya bermula pada 20/07/2006. Idea untuk membangunkan perisian ini dicetuskan oleh En. Man bin Aton, Penyelia Kesihatan Negeri Selangor dan dibantu oleh semua penyelia kesihatan dari semua daerah di Negeri Selangor. Ujilari dan penyediaan dokumentasi dibantu oleh En Mohd Rozali bin Senik (Kakitangan Sumber Daerah Petaling), En Fauzi bin Samsudin (Kakitangan Sumber Daerah Petaling) dan En Abdul Aziz bin Othman (Kakitangan Sumber Daerah Kuala Selangor). Beberapa siri mesyuarat telah diadakan bagi memperhalusi sisMAKAN disamping mengemaskini manual dan ujilari menggunakan data sebenar telah dijalankan sehingga Julai 2008. Pada 5hb Ogos 2008, satu taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E, Kementerian Pelajaran Malaysia. Taklimat ini dihadiri oleh YB Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran serta Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri seluruh Malaysia. YB Timbalan Menteri telah mengusulkan supaya sisMAKAN digunapakai di seluruh Malaysia.

-4-

2.0

MEMASANG PERISIAN SISMAKAN Sebelum pemasangan perisian sisMAKAN, pastikan komputer anda memenuhi spesifikasi berikut: Sistem Pengoperasian Microsoft Access RAM CD Drive USB Drive Floppy Drive : Windows XP atau Windows Vista : XP, 2002, 2003 SP3 (ada HotFix) : 512Mb atau lebih : 1 atau lebih : 1 atau lebih : 1 atau lebih

Langkah-langkah untuk memasang perisian adalah seperti berikut: 1. 2. Masukkan CD sisMAKAN ke dalam pemacu CD Skrin 2.1 akan dipaparkan seperti dibawah

Skrin 2.1: Skrin Utama Pemasangan sisMAKAN 3. Klik butang Next sehingga Skrin 2.2 dipaparkan. JANGAN tukar sebarang setting yang telah ditetapkan.

Skrin 2.2: Skrin Akhir pemasangan sisMAKAN 4. Klik butang FINISH. Perisian akan menyalin fail sisMAKAN.MDE ke dalam folder C:\sisMAKAN dan membina ikon pintasan di Desktop komputer anda

-5-

Untuk memulakan perisian sisMAKAN, ikuti langkah-langkah berikut: 1. Pastikan anda berada di desktop. Dwi-klik ikon seperti dalam Rajah 1 di bawah

Rajah 1: Ikon Pintasan Sistem Maklumat Kantin 2. Skrin Utama sisMAKAN akan dipaparkan seperti skrin 2.3

Skrin 2.3: Skrin Utama sisMAKAN

-6-

3.0

MEMULAKAN PERISIAN SISMAKAN DAN SETTING PERISIAN Bagi memastikan sisMAKAN dipaparkan lebih baik, pastikan Resolusi Skrin ialah 1024 x 768. (Sila rujuk manual Windows XP atau Vista untuk menukar resolusi skrin) Sebelum sebarang data dimasukkan pastikan Setting komputer anda mematuhi kehendak sisMAKAN. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mensetkan komputer anda. 1. Klik menu Kemudahan - Regional Setting. Skrin 3.1 akan dipaparkan

Skrin 3.1: Regional Setting 2. Jika terdapat perkataan SALAH dipaparkan, sila klik butang Betulkan Secara Automatik. Pastikan Bahasa/Negara ialah English (United States)/United States. Jika Bahasa/Negara yang lain dipaparkan, sila klik butang Betulkan Sendiri (Buka Control Panel). Skrin 3.2 akan dipaparkan

-7-

Skrin 3.2: Regional and Language Options 3. Pilih English (United States) dan klik butang OK. Restart komputer anda terlebih dahulu untuk memastikan setting dapat berfungsi.

-8-

4.0

IMPORT MAKLUMAT SEKOLAH DARI SISTEM MAKLUMAT MURID Sebelum maklumat Pengusaha dimasukkan, pastikan maklumat sekolah telah disimpan di dalam sisMAKAN. Untuk memastikan maklumat sekolah telah wujud di dalam pangkalan data sisMAKAN, ikuti langkah-langkah berikut: 1. 2. Klik butang senarai Negeri dan pilih negeri yang dikehendaki Klik butang senarai PPD dan pilih PPD yang dikehendaki

Satu lagi cara untuk memaparkan maklumat sekolah ialah dengan menggunakan kaedah Carian. Taipkan KOD SEKOLAH atau NAMA SEKOLAH dan Klik Butang . Nama sekolah tidak semestinya ditaip dengan lengkap. Sekiranya nama sekolah anda tidak dipaparkan dalam SENARAI SEKOLAH, maklumat sekolah perlu dimasukkan terlebih dahulu. Terdapat 3 cara untuk memasukkan maklumat sekolah Cara 1: Import maklumat sekolah dari Sistem Maklumat Murid yang telah dipasang dalam komputer anda Cara 2: Import maklumat sekolah dari Sistem Maklumat Murid yang dipasang dalam komputer yang lain Cara 3: Menaip maklumat sekolah dari sisMAKAN (Elakkan mengguna cara ini bagi memastikan maklumat sekolah sejajar dengan Sistem Maklumat Murid) Cara 1: Import dari SMM yang telah ada di dalam komputer anda. Sila ikuti langkah-langkah berikut: 1. 2. Buka SMM dan eksport semua maklumat tanpa menggunakan disket Pastikan anda telah berada di skrin utama sisMAKAN. Klik butang IMPORT SEKOLAH DARI SMM yang terletak di bawah Senarai Sekolah. Nama sekolah akan dipaparkan di dalam Senarai Sekolah seperti dalam Skrin 4.1.

-9-

Skrin 4.1: Senarai Sekolah Cara 2: Import Maklumat Sekolah dari SMM yang dipasang di komputer lain. Sila ikuti langkah-langkah berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Sila dapatkan bantuan guru data SMM. Eksport Semua Maklumat dari SMM tanpa menggunakan disket Buka windows explorer dan salin fail TLBSek dari C:\HEM ke dalam disket atau USB Drive. Tukar nama fail TLBSek yang telah disalin dalam disket atau pemacu USB kepada tblSekolah (pastikan file extension dikekalkan .txt) Masukkan disket / Pemacu USB ke komputer yang telah dipasang sisMAKAN Klik butang Kemudahan - Import Data. Skrin 4.2 akan dipaparkan.

Skrin 4.2: Skrin Import Data

- 10 -

6. 7.

Klik butang SUMBER dan pilih sumber yang mengandungi fail tblsekolah (disket atau pemacu USB) Klik butang IMPORT DATA KE PANGKALAN DATA SEMENTARA. Jika mesej seperti Rajah 2 dipaparkan, sila klik butang OK. Paparan status Import hanya menunjukkan tblSekolah OK tetapi fail-fail lain GAGAL seperti dalam skrin 4.3

Rajah 2: Mesej fail tblPengusaha tiada dalam sumber yang dipilih

Skrin 4.3: Fail tblSekolah telah berjaya diimport dari sumber yang dipilih 8. Klik butang TAMBAH DAN KEMASKINI KE PANGKALAN DATA UTAMA. Skrin 4.4 akan dipaparkan

Skrin 4.4: Tambah dan Kemaskini telah berjaya 9. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN. Pilih Negeri dan PPD. Senarai sekolah akan dipaparkan.

- 11 -

Cara 3: Menaip maklumat sekolah dari sisMAKAN Sekiranya sekolah tidak mempunyai maklumat SMM, maklumat sekolah boleh ditaip menggunakan sisMAKAN. Sila ikuti langkah-langkah berikut: 1. Klik menu Rekod - Maklumat Sekolah dari Skrin Utama. Satu mesej ralat akan dipaparkan. Klik OK. Skrin untuk memasukkan maklumat sekolah akan dipaparkan seperti Skrin 4.5

Skrin 4.5: Maklumat Sekolah 2. Taipkan maklumat sekolah. Jika ada butang senarai, sila pilih dari butang senarai. Apabila telah tamat, klik butang SKRIN UTAMA untuk kembali ke Skrin Utama. Jika sekolah tiada kantin, sila pilih TIADA KANTIN dari butang pilih STATUS. Pilih Negeri dan PPD untuk memaparkan maklumat sekolah Klik nama sekolah dari Senarai Sekolah. Maklumat Sekolah akan dipaparkan dalam ruangan Maklumat Sekolah seperti dalam Skrin 4.6

3. 4.

- 12 -

Skrin 4.6: Maklumat Sekolah

- 13 -

5.0

MAKLUMAT PENGUSAHA Sebelum maklumat-maklumat lain dimasukkan, maklumat pengusaha perlulah diisi dengan lengkap terlebih dahulu. Borang Maklumat Pengusaha boleh dicetak dari menu Laporan - Borang Kosong - Maklumat Pengusaha. Serahkan borang berkenaan kepada pengusaha kantin untuk diisi. Pengusaha kantin perlu menyertakan salinan sijil-sijil kursus pengendalian makanan, sijil suntikan, sijil pendaftaran syarikat (jika ada) dan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (jika ada). Setelah borang diterima, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk memasukkan maklumat Pengusaha 1. 2. Pilih Negeri, PPD dan klik nama sekolah dari Senarai Sekolah terlebih dahulu Klik menu Rekod - Maklumat Pengusaha. Skrin 5.1 akan dipaparkan

Skrin 5.1: Maklumat Pengusaha 3. No KP Baru - Nombor Kad Pengenalan Baru pengusaha kantin ditaip terlebih dahulu sebelum memasukkan maklumat lain. Tujuannya supaya Kod Pengusaha boleh dibina dalam pangkalan data. No KP Baru ini hendaklah ditaip tanpa tanda '-'. Pastikan digit No KP Baru ialah 12 Nama Pengusaha - Taipkan seperti di dalam Kad Pengenalan. Isikan maklumat pengusaha dengan lengkap. No KP Lama - Taipkan No KP Lama tanpa {space} jika ada Tarikh Lahir - Sistem akan memasukkan tarikh lahir berdasarkan No KP Baru. Jika ada kesilapan, sila betulkan secara manual. Format tarikh lahir ialah hari/bulan/tahun (hh/bb/tttt). Contohnya 23/06/1971

4.

5. 6.

- 14 -

7.

Telefon (R) - Taipkan No Telefon Rumah pengusaha kantin jika ada mengikut format XX-XXXXXXXX. Contohnya 03-55610097. Pastikan kod negeri dimasukkan. Telefon (H/P) - Taipkan No Telefon Bimbit pengusaha kantin jika ada mengikut format XXX-XXXXXXXX. Contohnya 019-2218760. Pastikan kod negeri dimasukkan. Jantina - Pilih dari senarai Jantina. L = Lelaki, P = Perempuan Agama - Pilih dari senarai. 01 = Islam, 02 = Bukan Islam Kaum - Pilih dari senarai Status Perkahwinan - Pilih dari senarai Kewarganegaraan - Pilih dari senarai. Jika Bukan Warganegara dipilih maka Negara Asal dimasukkan sebagai Indonesia. Jika Warganegara dipilih, maka negara asal dimasukkan Malaysia. Sekiranya dua digit ditengah dalam No KP Baru ialah 71, maka taraf kewarganegaraan pengusaha berkenaan ialah Penduduk Tetap. Pengalaman - Pengalaman Pengusaha mengusahakan kantin dari tahun pertama kali mengusaha kantin sehingga sekaran. Jawapan diberi dalam tahun. Jika kurang setahun, maka dimasukkan sebagai 1 tahun. Ada Syarikat (Y/T)? - Sekiranya pengusaha mengendalikan kantin atas nama syarikat, pilih 'Y' pada ruangan Ada Syarikat?. Isikan maklumat syarikat dengan lengkap. Nama Syarikat - Nama yang digunakan di dalam Sijil Pendaftaran Syarikat. Jika menggunakan nama sendiri, pilih Y pada Ada Syarikat (Y/T)? Alamat - Alamat yang dinyatakan di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Alamat terkini Pengusaha jika telah bertukar alamat. Poskod - Taipkan poskod berdasarkan alamat yang dinyatakan. Pastikan bilangan digit ialah 5 Bandar - Taipkan bandar berdasarkan alamat yang dinyatakan. Negeri - Pilih dari senarai Telefon (P) - Nombor telefon pejabat (Jika ada). Ditaip mengikut format XX-XXXXXXXX. Contohnya 03-51628901 Nombor Pendaftaran Perniagaan (ROB) - Taipkan nombor pendaftaran perniagaan seperti yang terdapat di dalam sijil pendaftaran perniagaan. Taipkan TIADA jika pengusaha tidak mendaftarkan perniagaannya dan kosongkan ruang Tarikh Pendaftaran Perniagaan dan Tarikh Tamat Pendaftaran Perniagaan.

8.

9. 10. 11. 12. 13.

14.

15.

16.

17.

18.

19. 20. 21.

22.

- 15 -

23.

Tarikh Pendaftaran Perniagaan - Taipkan tarikh pendaftaran perniagaan diluluskan seperti yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan mengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan bahagian ini jika pengusaha tidak mendaftarkan perniagaannya. Tarikh Tamat Pendaftaran Perniagaan - Taipkan tarikh tamat pendaftaran perniagaan seperti yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan mengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan bahagian ini jika pengusaha tidak mendaftarkan perniagaannya. No Pendaftaran Sijil Kewangan (ROT) - Jika syarikat tersebut berdaftar dengan Kementerian Kewangan, maklumat Nombor Pendaftaran Sijil Kewangan (ROT), Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan dan Tarikh Tamat Pendaftaran Sijil Kewangan hendaklah diisi. Taipkan TIADA pada Nombor Pendaftaran Sijil Kewangan jika syarikat tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan kosongkan Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan dan Tarikh Tamat Pendaftaran Sijil Kewangan Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan - Taipkan tarikh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan diluluskan seperti yang tercatat di dalam sijil mengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan ruangan ini jika pengusaha tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Tarikh Tamat Pendaftaran Sijil Kewangan - Taipkan tarikh tamat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan seperti yang tercatat di dalam sijil mengikut format hh/bb/tttt. Kosongkan ruangan ini jika pengusaha tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan

24.

25.

26.

27.

Setelah maklumat dimasukkan. klik butang simpan. Rekod pengusaha berkenaan akan dipaparkan diruangan senarai pengusaha. Untuk mengedit semula maklumat pengusaha, sila klik semula Rekod pengusaha yang dikehendaki dari senarai pengusaha Klik butang tambah Rekod jika kantin sekolah mempunyai lebih dari satu pengusaha dan ulang semula langkah 1 hingga 27. Klik butang Skrin Utama untuk kembali semula ke Skrin Utama sisMAKAN

- 16 -

6.0

MAKLUMAT KONTRAK Untuk mengisi maklumat Kontrak, ikuti langkah-langkah berikut: 1. 2. 3. Dari Skrin Utama, pilih Negeri, PPD dan Sekolah Klik nama pengusaha kantin dari Senarai Pengusaha. Jika markah pemantauan kantin berasaskan borang Kendiri 2 telah dimasukkan, maklumat pemarkahan akan dipaparkan di Skrin Utama Klik menu Rekod - Maklumat Kontrak. Skrin 6.1 akan dipaparkan

Skrin 6.1: Maklumat Kontrak 4. Tarikh Mula Kontrak - Taipkan tarikh kontrak bermula berdasarkan maklumat di dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Format tarikh ialah hh/bb/tttt Tarikh Tamat Kontrak - Taipkan tarikh kontrak tamat berdasarkan maklumat di dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Format tarikh ialah hh/bb/tttt. Tarikh Tandatangan Kontrak - Tarikh Kontrak ditandatangani. Format tarikh ialah hh/bb/tttt Pengalaman Kontrak di Sekolah Ini - Nyatakan bilangan tahun pengusaha tersebut mengendalikan kantin di sekolah tersebut sahaja. Jumlah Sewa Setiap Bulan (RM) - Nyatakan jumlah sewaan berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani. Tanda RM tidak perlu dimasukkan Adakah Kontrak Disambung Setahun Lagi? - Pilih Y jika kontrak pengusaha tersebut disambung setahun lagi setelah tamat kontrak. Pilih T jika kontrak tidak disambung setahun lagi. Tarikh Kontrak Mula Disambung - Jika kontrak disambung setahun lagi oleh pihak sekolah, nyatakan tarikh mula kontrak tersebut disambung. Format tarikh ialah hh/bb/tttt

5.

6.

7.

8.

9.

10.

- 17 -

11.

Tarikh Kontrak Disambung Tamat - Jika kontrak disambung setahun lagi oleh pihak sekolah, nyatakan tarikh tamat kontrak tersebut. Format tarikh ialah hh/bb/tttt Tarikh Amaran Pertama - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat kontrak, nyatakan tarikh Amaran Pertama diberikan kepada pengusaha. Format tarikh ialah hh/bb/tttt Tarikh Amaran Kedua - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat kontrak, nyatakan tarikh Amaran Kedua diberikan kepada pengusaha. Tarikh Amaran Pertama perlulah dinyatakan terlebih dahulu. Format tarikh ialah hh/bb/tttt Tarikh Amaran Terakhir - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat kontrak, nyatakan tarikh Amaran Terakhir diberikan kepada pengusaha. Tarikh Amaran Pertama dan Kedua perlulah dinyatakan terlebih dahulu. Format tarikh ialah hh/bb/tttt Tarikh Kontrak Ditamatkan - Nyatakan Tarikh Kontrak pengusaha tersebut ditamatkan sebelum tarikh tamat kontrak yang sepatutnya. Pastikan proses penamatan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tarikh-tarikh amaran telah dinyatakan. Format tarikh ialah hh/bb/tttt Sebab-Sebab Penamatan Kontrak - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat kontrak, klik sebab-sebab kontrak tersebut ditamatkan. Jika ada sebab yang tidak disenaraikan, sila taip sebab tersebut dalam ruangan Sebab lain (tidak lebih dari 255 huruf). Klik butang Simpan Rekod. Maklumat kontrak akan dipaparkan dalam senarai kontrak. Klik butang Tambah Rekod untuk menambah maklumat kontrak pengusaha yang sama. Klik butang Padam Rekod jika maklumat kontrak yang dimasukkan adalah salah. Elakkan memadam maklumat kontrak pengusaha kantin tersebut. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN

12.

13.

14.

15.

16.

17. 18. 19. 20.

- 18 -

7.0

MAKLUMAT PEKERJA Borang kosong maklumat pekerja boleh dicetak melalui menu Laporan. Setiap pekerja diberikan satu borang untuk diisi. Salinan sijil kursus asas pengendalian makanan dan sijil suntikan Ty2/Ty6 perlulah diperolehi dan disimpan di dalam fail. Pengusaha juga perlu dimasukkan sebagai salah seorang pekerja yang bekerja di kantin berkenaan. Tujuannya adalah untuk merekodkan maklumat suntikan Ty2/Ty6 dan Kursus Asas Pengendalian Makanan. Untuk mengisi maklumat Pekerja, ikuti langkah-langkah berikut: 1. 2. 3. Dari Skrin Utama, pilih Negeri, PPD dan Sekolah Klik nama pengusaha kantin dari Senarai Pengusaha. Jika markah pemantauan kantin berasaskan borang Kendiri 2 telah dimasukkan, maklumat pemarkahan akan dipaparkan di Skrin Utama Klik menu Rekod - Maklumat Pekerja. Skrin 7.1 akan dipaparkan

Skrin 7.1 Maklumat Pekerja 4. Warganegara - Pilih dari senarai Warganegara. Jika pekerja adalah warganegara, maklumat negara asal dimasukkan sebagai Malaysia. Jika pekerja bukan warganegara, maklumat negara asal dimasukkan sebagai Indonesia. No KP Baru - Jika Pekerja adalah warganegara, sila masukkan No KP Baru. Maklumat Warganegara dan NO KP Baru diperlukan untuk menjana kod pekerja bagi warganegara No Passport - Jika Pekerja bukan warganegara maka No Passport perlulah dimasukkan untuk menjana kod pekerja. Jika pekerja ialah warganegara, No Passport tidak perlu dimasukkan.

5.

6.

- 19 -

PERINGATAN: Maklumat Warganegara-No KP Baru dan Warganegara-No Passport mestilah dimasukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan maklumat lain. Urutan memasukkan data mestilah Warganegara-No KP Baru atau Warganegara-No Passport 7. Nama Pekerja - Taipkan nama pekerja seperti yang tercatat dalam No Kad Pengenalan Baru atau Passport. Jantina - Pilih dari senarai jantina Agama - Pilih dari seanrai agama Tarikh Lahir - Taipkan tarikh lahir pekerja mengikut format hh/bb/tttt Kaum - Pilih dari senarai kaum Status - Pilih dari senarai Status Tarikh Mula Kerja - Taipkan tarikh pekerja mula bekerja dengan pengusaha berkenaan. Jika pekerja adalah juga pengusaha, taipkan tarikh mula mengusahakan kantin sekolah berkenaan Negara Asal - Pilih dari senarai Status Kerja - Pilih dari senarai status kerja. Aktif bermakna pekerja berkenaan masih bekerja dengan pengusaha. H=Pengusaha digunakan untuk maklumat Pengusaha. No Permit Kerja - Jika pekerja bukan warganegara, maklumat ini perlu dimasukkan. Jika pekerja tidak mempunyai permit Kerja, sila taipkan TIADA. Jenis Permit - Pilih dari senarai Jenis Permit Tarikh Tamat Permit - Taipkan tarikh tamat permit kerja mengikut format hh/bb/tttt Isikan Tarikh Mula Suntikan Ty2/Ty6 dan Tarikh Tamat Suntikan serta No Siri Sijil Suntikan. Maklumat ini boleh diperoleh dari kad suntikan pekerja Isikan Tarikh Mula Kursus (Tarikh Sijil Kursus Sah digunakan) dan Tarikh Akhir Kursus (Tarikh Sah Sijil Kursus Tamat) Pengendalian Asas Makanan. Taipkan Institusi Latihan yang mengendalikan kursus tersebut. Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat Klik butang Tambah untuk mengisi maklumat pekerja berikutnya. Untuk mengedit semua maklumat yang telah disimpan, klik rekod pekerja dari Senarai Pekerja. Selepas perubahan dibuat, klik butang Simpan semula

8. 9. 10. 11. 12. 13.

14. 15.

16.

17. 18.

19. 20.

21. 22. 23.

- 20 -

8.0

MAKLUMAT PEMARKAHAN BORANG KENDIRI 2 Borang Kendiri 2 adalah borang pemarkahan yang dilakukan oleh guru bertugas mingguan yang melibatkan kebersihan kantin sekolah. Hanya markah keseluruhan dari Borang Kendiri 2 sahaja yang dimasukkan ke dalam sisMAKAN. Untuk memasukkan maklumat Pemarkahan Borang Kendiri 2, ikuti langkah-langkah berikut: 1. 2. Pastikan anda berada di Skrin Utama sisMAKAN. Pilih Negeri, PPD, Sekolah dan Nama Pengusaha Kantin Klik menu Rekod - Pemarkahan. Skrin 8.1 akan dipaparkan

Skrin 8.1 Maklumat Pemarkahan Borang Kendiri 2 3. 4. Taipkan Tahun Pamarkahan yang hendak direkodkan Taipkan markah bagi setiap bulan. Simbol peratus tidak dimasukkan. Markah purata akan dikira secara automatik oleh komputer. Maklumat yang telah dimasukkan akan disimpan secara automatik oleh komputer. Anda tidak perlu klik butang Simpan. Untuk mengisi markah bagi tahun berikutnya, klik pada tahun bagi rekod yang bertanda *. Masukkan tahun dan markah setiap bulan. Klik butang Padam untuk memadam rekod bagi tahun yang dipilih. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN

5. 6. 7.

- 21 -

9.0

MAKLUMAT PEMBAYARAN SEWA KANTIN Rekod bayaran sewa kantin boleh diperolehi daripada Kerani Akaun di sekolah. Borang Kosong untuk merekodkan bayaran sewa kantin boleh dicetak dari menu Laporan - Borang Kosong. Untuk memasukkan maklumat Pembayaran Pembayaran Sewa Kantin, ikuti langkah-langkah berikut: 1. 2. 3. Dari Skrin Utama, Pilih Negeri, PPD dan Sekolah Klik Pengusaha Kantin yang dikehendaki dari Senarai Pengusaha Klik menu Rekod - Maklumat Bayaran. Skrin 9.1 akan dipaparkan

Skrin 9.1: Maklumat Pembayaran Sewa Kantin 4. 5. 6. TAHUN - Taipkan tahun bagi maklumat bayaran yang ingin direkodkan Tarikh - Taipkan tarikh yang tercatat di dalam resit bayaran sewa kantin Sewa (RM) - Taipkan jumlah sewaan yang bagi bulan tersebut. Tanda RM tidak dimasukkan. Sekiranya bayaran sewa kantin dibayar sekaligus, perekodan hendaklah berdasarkan bulan tetapi tarikh adalah mengikut resit bayaran yang dikeluarkan. Klik butang Simpan Klik butang Padam Rekod untuk memadam rekod bayaran bagi tahun yang dipilih (Elakkan memadam sebarang rekod bayaran kecuali jika rekod tersebut adalah salah) Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama

7. 8.

9.

- 22 -

10.0

MAKLUMAT KERACUNAN Sekiranya berlaku keracunan disekolah berkenaan, rekod keracunan hendaklah diisi dengan kadar segera dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Negeri. Bagi memasukkan maklumat keracunan, ikuti langkah-langkah berikut: 1. 2. 3. Dari Skrin Utama, Pilih Negeri, PPD dan Sekolah Klik Pengusaha Kantin yang dikehendaki dari Senarai Pengusaha Klik menu Rekod - Maklumat Keracunan. Skrin 10.1 akan dipaparkan

Skrin 10.1: Maklumat Keracunan 4. Tarikh Berlakunya Kes Keracunan - Taipkan tarikh berlakunya kes keracunan di sekolah mengikut format hh/bb/tttt Bilangan Pelajar Yang Terlibat - Nyatakan bilangan pelajar yang terlibat di dalam kes keracunan tersebut Tarikh Siasatan Oleh Pegawai Kesihatan - Nyatakan tarikh pegawai dari pejabat kesihatan datang membuat siasatan kes keracunan berkenaan mengikut format hh/bb/tttt. Adakah Melibatkan Rancangan Makanan Tambahan? - Pilih Ya jika kes keracunan disebabkan oleh makanan RMT yang dibekalkan. Pilih Tidak jika kes keracunan tidak melibatkan makanan RMT yang disediakan. Adakah Melibatkan Program Susu Sekolah? - Pilih Ya jika kes keracunan disebabkan oleh susu dari Program Susu Sekolah (PSS). Pilih Tidak jika kes keracunan tidak melibatkan susu dari Program Susu Sekolah (PSS) Nama Pegawai Kesihatan - Taipkan nama pegawai dari Pejabat Kesihatan yang datang membuat siasatan kes keracunan tersebut

5.

6.

7.

8.

9.

- 23 -

10.

Adakah kes keracunan dilaporkan Akhbar? - Pilih Ya jika kes keracunan berkenaan disiarkan di dalam akhbar. Sila simpan keratan akhbar berkenaan dalam fail. Pilih Tidak jika kes keracunan berkenaan tidak disiarkan di dalam akhbar. Tarikh Dilaporkan Dalam Akhbar - Jika kes keracunan disiarkan dalam akhbar, nyatakan tarikh kes tersebut disiarkan. Biarkan kosong jika kes keracunan tidak disiarkan oleh akhbar. Nama Akhbar - Jika kes keracunan disiarkan dalam akhbar, Pilih Nama Akhbar yang menyiarkan kes tersebut. Punca-Punca Berlakunya Keracunan - Pilih dari senarai punca-punca yang disediakan. Punca keracunan boleh lebih dari satu. Punca keracunan hendaklah berdasarkan laporan yang diserahkan oleh Pegawai dari Pejabat Kesihatan. Catatan - Jika ada maklumat tambahan seperti nama virus yang menyebabkan keracunan, sila nyatakan dalam ruangan ini. Klik butang Simpan untuk menyimpan rekod Klik butang Tindakan Sekolah. Skrin 10.2 akan dipaparkan

11.

12.

13.

14.

15. 16.

Skrin 10.2: Maklumat Tindakan Sekolah 17. Kod - Pilih Kod mengikut urutan S001 hingga S008. Keterangan Kod akan dipaparkan secara automatik. Y/T - Pilih Y jika tindakan bagi kod yang dipilih telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Tarikh - Taipkan Tarikh Tindakan tersebut diambil oleh pihak sekolah. Rujukan - Bagi kod-kod S003, S004, S007 dan S008 - Nyatakan No Rujukan Sekolah bagi surat laporan yang dihantar ke JPN dan KPM. Bagi

18.

19. 20.

- 24 -

kod-kod lain, sekiranya ada surat iringan disertakan, sila nyatakan Nombor Rujukan Sekolah bagi tindakan tersebut. 21. 22. 23. 24. Klik butang simpan. Jika terdapat kesilapan susunan, klik butang Padam yang terdapat dihujung baris rekod Tindakan tersebut. Klik butang Tambah untuk menambah rekod tindakan berikutnya. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama.

- 25 -

11.0

MENGEKSPORT DATA Setelah data-data dimasukkan, ia perlu dieksport untuk dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah. Data boleh dieksport ke disket atau pemacu USB. Untuk mengeksport data, ikuti langkah-langkah berikut: 1. Dari Skrin Utama, klik menu Kemudahan - Eksport Data. Skrin 11.1 akan dipaparkan.

Skrin 11.1: Eksport Data sisMAKAN 2 3. 4. 5. 6. Masukkan disket atau pemacu USB terlebih dahulu Klik butang Sumber dan pilih lokasi disket atau pemacu USB Untuk eksport data satu negeri, pilih Negeri dan kosongkan PPD serta Sekolah. Untuk eksport data satu PPD, pilih Negeri dan PPD tetapi kosongkan Sekolah. Untuk eksport data satu Sekolah, pilih Negeri, PPD dan sekolah.

- 26 -

7.

Klik butang eksport. Terdapat 10 fail .TXT yang akan disalin masuk ke dalam disket atau pemacu USB. Fail-fail tersebut ialah a. tblSekolah.txt b. tblPengusaha.txt c. tblPekerja.txt d. tblKursus.txt e. tblSuntikan.txt f. tblKontrak.txt g. tblMarkah.txt h. tblBayaran.txt i. tblKeracunan.txt j. tblTindakan.txt Sila semak semua fail-fail di dalam disket atau pemacu USB melalui Windows Explorer. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama

8. 9.

- 27 -

12.0

MENGIMPORT DATA Untuk mengimport data, sila ikuti langkah-langkah berikut: 1. Dari Skrin Utama, klik menu Kemudahan - Import Data. Skrin 12.1 akan dipaparkan

Skrin 12.1: Import Data sisMAKAN 2. 3. 4. Masukkan disket atau pemacu USB terlebih dahulu Klik butang SUMBER dan pilih sumber yang mempunyai data sisMAKAN Klik butang IMPORT DATA KE PANGKALAN DATA SEMENTARA. Status import akan ditunjukkan pada lajur Gabung. OK bermaksud data berjaya diimport ke pangkalan data sementara. Gagal bermaksud data tidak dapat diimport ke pangkalan data sementara. Klik butang TAMBAH DAN KEMASKINI PANGKALAN DATA UTAMA. Status import akan ditunjukkan pada lajur Tambah dan lajur Kemaskini. OK bermaksud data berjaya ditambah atau dikemaskini ke pangkalan data utama. Gagal bermaksud data tidak dapat ditambah atau dikemaskini ke dalam pangkalan data utama Klik nama sekolah dari Senarai Sekolah. Senarai nama pekerja akan ditunjukkan dalam ruangan Senarai Pekerja. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama

5.

6. 7.

- 28 -

13.0

MENCARI DATA Untuk mencari maklumat, ikuti langkah-langkah berikut: 1. Klik menu Edit - Cari Maklumat. Skrin 13.1 akan dipaparkan

Skrin 13.1: Cari Maklumat 2. 3. 4. 5. Klik Jenis Carian dari Pilihan Carian. Taipkan maklumat pada ruangan carian Klik butang Cari Maklumat. Rekod carian akan dipaparkan dalam ruangan Senarai Rekod Klik butang Tutup untuk kembali ke Skrin Utama

- 29 -

14.0

MEMADAM DATA sisMAKAN boleh menyimpan rekod-rekod berkaitan maklumat kantin dan keracunan sehingga saiz fail sisMakan.MDE mencapai 2Gb (bagi Microsoft Access 2002). Pastikan pada setiap hujung tahun, fail sisMAKAN.MDE di salin ke dalam Cakera Padat (CD) dan disimpan di dalam Peti Besi Sekolah. Sekiranya saiz fail telah mencapai satu tahap yang sangat besar, makan rekod-rekod yang telah dimasukkan boleh dipadam. Untuk memadam rekod, ikuti langkah-langkah berikut: 1. Dari Skrin Utama, klik menu Edit - Hapus Rekod. Skrin 14.1 akan dipaparkan

Skrin 14.1: Hapus Rekod sisMAKAN 2. 3. 4. Pilih jenis rekod yang ingin dipadam dari senarai Pilihan Memadam Rekod. Taipkan Kod pada ruangan kod. Klik butang Papar Rekod Spesifik untuk memaparkan rekod berdasarkan kod yang dimasukkan atau klik butang Papar Semua Rekod untuk memaparkan semua rekod bagi pilihan yang dibuat Klik rekod yang diingini dari Senarai Rekod Klik butang Padam Rekod Dipilih untuk memadam satu rekod yang dipilih sahaja.

5. 6.

- 30 -

7. 8.

Klik butang Padam Semua Rekod untuk memadam semua rekod yang wujud dalam sisMAKAN. Klik butang Tutup untuk kembali ke Skrin Utama

- 31 -

15.0

MENYEMAK MAKLUMAT SISMAKAN Bagi memastikan data-data yang telah dimasukkan merupakan data yang tepat, lengkap dan terkini, proses penyemakan data perlu dilakukan. Sebarang pembetulan data hendaklah dilakukan dari skrin sisMAKAN. Elakkan pembetulan dari kaedah pintasan. Untuk menyemak data dalam sisMakan, ikuti langkah-langkah berikut: 1. Dari Skrin Utama, klik menu Semak. Skrin 15.1 akan dipaparkan

Skrin 15.1: Semak Kesilapan Pengisian Data 2. Jika hendak menyemak satu Sekolah, pilih Kod Sekolah dari senarai Kod Sekolah. Jika hendak menyemak semua data yang disimpan dalam sisMAKAN, kosongkan ruangan Kod Sekolah. Klik butang AUTO SEMAK SEMUA MAKLUMAT. Proses penyemakan akan dilaksanakan dan hasil semakan dan bilangan kesalahan akan dipaparkan pada ruangan dibawah butang AUTO SEMAK SEMUA MAKLUMAT. Dwi-Klik jenis kesilapan untuk memaparkan rekod kesalahan. Sila betulkan dari Skrin sisMAKAN. Untuk menyemak satu jenis kesalahan sahaja, klik jenis semakan dari Senarai Jenis Semakan dan klik butang MULA SEMAK BAGI JENIS SEMAKAN YANG DIPILIH. Bagi memaparkan sekolah-sekolah yang belum menghantar data, pilih Kod PPD dan klik butang SENARAI SEKOLAH BELUM HANTAR DATA IKUT PPD. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama

3.

4. 5.

6.

7.

- 32 -

16.0

MENCETAK LAPORAN-LAPORAN Laporan yang terdapat di dalam sisMAKAN boleh dibahagikan kepada 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Laporan Melibatkan Pengusaha Laporan Melibatkan Syarikat Laporan Melibatkan Markah Pemantauan Laporan Melibatkan Pekerja Borang Kosong Notis-Notis Lain-Lain

PERHATIAN: Laporan-laporan ini masih di dalam pembangunan. Ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan kehendak Sekolah, PPD, JPN dan KPM. Untuk mencetak laporan sisMAKAN, sila ikuti langkah-langkah berikut: 1. Dari Skrin Utama, klik menu Laporan. Skrin 16.1 akan dipaparkan.

Skrin 16.1: Laporan sisMAKAN 2. 3. 4. 5. 6. 7. Klik butang Kategori Laporan yang dikehendaki. Senarai laporan bagi kategori berkenaan akan dipaparkan dalam Senarai Laporan. Klik jenis laporan Taipkan Tahun Pilih Negeri dan kosongkan PPD untuk mencetak laporan mengikut Negeri. Pilih Negeri dan PPD untuk mencetak laporan mengikut PPD Klik butang PAPAR LAPORAN. Contoh satu Laporan seperti Skrin 16.2

- 33 -

Skrin 16.2: Contoh Laporan Pekerja 8. 9. 10. Klik ikon Mesin Cetak untuk mencetak Laporan. Pastikan kertas A4 telah dimasukkan ke dalam pencetak. Klik butang Close untuk menutup paparan Laporan Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama