kertas kerja kajian

3

Click here to load reader

Upload: mohammad-khairizal-afendy

Post on 24-Jun-2015

355 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kajian

1.0 PENDAHULUAN

Bagi Kursus Kajian Integrasi (C3365) semester 3 ini, kami telah diarahkan untuk membuat

kajian di sebuah bangunan. Bangunan tersebut hendaklah dipilih berdasarkan tajuk kajian

yang telah diberikan. Terdapat 8 tajuk kajian yang diberikan dan bangunan yang di pilih

perlulah mempunyai ciri-ciri sistem seperti yang terdapat di dalam tajuk. Lapan tajuk yang

telah diberikan adalah :

1. Sistem air sejuk.

2. Sistem air panas.

3. Sistem pencegahan kebakaran.

4. Sistem penyaman udara.

5. Sistem pengangkutan bangunan.

6. Sistem elektrik dan pencahayaan.

7. Sistem saliran atas tanah.

8. Sistem saliran bawah tanah.

Kami telah diberikan tajuk sistem pencegahan kebakaran sebagai tajuk utama kajian. Maka

kami telah memilih Hospital Selayang sebagai bangunan untuk menjalankan kajian kami ini.

Page 2: Kertas Kerja Kajian

1.1 PENGENALAN

Kursus Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan melengkapkan pelajar untuk

menjadi Pembantu Teknik di Sektor Perkhidmatan Bangunan. Pelajar berpeluang

melibatkan diri bersama para profesional yang lain di sektor Pembinaan Bangunan.

Gabungan ini adalah untuk memastikan setiap bangunan yang dibina menepati

keperluan untuk keselesaan penghuni serta menjamin keselamatan mereka. Pelajar juga

terlibat dalam merekabentuk sistem perkhidmatan bangunan. Di samping memberi

ruangan yang selesa bagi penghuni, pelajar-pelajar juga didedahkan dalam proses

penyelenggaraan alatan perkhidmatan bangunan. Kursus ini memberi pengetahuan

yang komprehensif tentang perkhidmatan bangunan yang terdapat dalam bangunan

seperti sistem pencahayaan, sistem perpaipan, sistem pencegahan kebakaran, sistem

bekalan air sejuk dan panas, sistem pembuangan sisa, sistem pengudaraan, penghawa

dingin, sistem elektrik, dan lif. Peluang kerjaya luas bagi lulusan diploma ini sebagai

Penyelia dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan di sektor swasta ataupun sebagai

Pembantu Teknik Awam di jabatan-jabatan kerajaan.

Sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan semester 3,

terdapat satu subjek iaitu Kajian Integrasi yang memerlukan kami menjalankan satu

kajian terhadap sistem yang terdapat pada sesebuah bangunan. Dalam kajian yang perlu

kami jalankan ini, terdapat 8 tajuk yang diberi sebagai pilihan seperti yang telah

dinyatakan di dalam pendahuluan.

Daripada senarai 8 tajuk yang telah diberikan, kami telah diberikan sistem

pencegahan kebakaran sebagai kajian yang perlu kami jalankan. Kami mendapati

bahawa adalah perlu bagi kami untuk mengkaji dengan lebih lanjut dan mendapatkan

maklumat yang lebih terperinci bagi sistem pencegahan kebakaran. Sistem pencegahan

kebakaran ini adalah perlu di dalam sesebuah bangunan kerana ia merupakan satu

sistem pencegahan awal bagi menangani kebakaran daripada merebak. Walaupun alat

dan sistem pencegahan kebakaran ini terdapat di sesebuah bangunan, kebakaran tetap

Page 3: Kertas Kerja Kajian

merebak jika pengguna tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang penggunaan alat

pemadam api serta cara awal untuk mencegah api yang sedang merebak.

1.2 TUJUAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melengkapkan modul kajian integrasi

(C3365) Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan semester 3. Modul ini memerlukan

pelajar melakukan kajian kes di sesebuah bangunan bagi mengkaji sistem-sistem yang terdapat

di dalam bangunan yang menepati sistem pembelajaran bagi subjek Kajian Integrasi untuk

pelajar Politeknik.

1.3 OBJEKTIF

1. Membuat kajian terhadap komponen dan peralatan yang terdapat pada sistem pencegahan kebakaran di Hospital Selayang.

2. Menjalankan kajian terhadap sistem operasi yang digunakan pada sistem pencegahan kebakaran di Hospital Selayang.

3. Mengkaji sistem penyenggaraan yang dilakukan terhadap sistem pencegahan kebakaran di Hospital Selayang.

4. Mengkaji ciri-ciri sistem pencegahan kebakaran

1.4 SKOP

Kajian dijalankan di Hospital Selayang pada bangunan pengurusan aras tiga.

Kawasan kajian diskopkan agar kami dapat mengkaji dengan lebih teliti serta dapat mengumpul

maklumat yang tepat dan berkualiti.