kertas kerja jumaa

Upload: gee-zainurdin

Post on 29-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANBerjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum membuatkan pelajar terlepas pandang bahawa pendidikan kerjaya juga penting untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang tersebut. Dengan adanya matlamat kerjaya yang jelas, ia membantu pelajar membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai dalam peperiksaan SPM akan datang dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Kelemahan pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah ini adalah mereka kurang terdedah dengan maklumat-maklumat kerjaya dan matlamat selepas SPM mereka masih kabur lagi. Sebenarnya peluang untuk lebih memahami cita-cita dan halatuju sendiri selepas SPM terbuka luas kepada pelajar jika mereka rajin bertanya dan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat kerjaya di sekeliling mereka. Tetapi ancaman yang pelajar-pelajar akan hadapi adalah terdapat banyak kolej swasta berskala kecil yang menawarkan program-program yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan Lembaga Akreditasi Negara ( LAN ). Jika pelajar tidak membuat kajian dan mengumpul maklumat yang tepat sebelum berdaftar untuk melanjutkan pelajaran, maka peluang tertipu adalah tinggi pada mereka.Maka dengan menganjurkan ceramah hala tuju selepas SPM ini, maklumat-maklumat tentang melanjutkan pelajaran dapat disampaikan kepada semua pelajar tingkatan 5 agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia luar kelak.

2.0 RASIONALMenyampaikan maklumat hal-hal untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar melalui ceramah yang di supaya mereka melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.3.0 MATLAMATMenghasilkan para pelajar yang lengkap dengan pelbagai ilmu pendidikan kerjaya dan jelas tentang matlamat hidup mereka serta berjaya dalam bidang kerjaya pilihan mereka pada masa akan datang.

4.0 OBJEKTIF4.1 Dapat menyampaikan maklumat tentang halatuju selepas SPM kepada pelajar supaya mereka lebih bersedia menghadapi duni pekerjaan yang semakin mencabar.4.2 Menambah pengetahuan pelajar mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktivit-aktiviti yang dijalankan.4.3 Memberi pendedahan tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS serta prospek kursus-kursus tersebut.4.4 Membantu meningkatkan motivasi pelajar serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri mereka.

5.0 TEMAPendidikan Cemerlang Kerjaya Gemilang

6.0 SASARANSemua pelajar pelajar tingkatan 4 dan 5 Sabk Maahad Al-Imam Asy-Syafiee, Jelapang.7.0 TEMPOH PELAKSANAANTarikh : 5 Mac 2015Hari : KhamisMasa : 3.00 ptg

8.0 JAWATANKUASA Penaung : Tn. Hj. Osman Bin Abu BakarPenasihat : Pn. Noraina Bt Idris Setiausaha : Pn. Jumaatul Aini Bt Mohamad TajurddinAjk Pengurusan Pelajar : 1. Pn. Nurul Huda Bt Johari 2. Pn. Siti Mardziah Bt Abdullah 3. Pn. Marina Bt Mustafa

9.0 ANJURAN Unit Bimbingan dan Kaunseling

10.0 PERBELANJAANBILPERKARAJUMLAH

1.Bayaran PenceramahRM 150.00

2.Bahan Edaran RM 30.00

JUMLAH Rm 180.00

11.00 PERUNTUKANBILPERKARAJUMLAH

1.PCG Bimbingan Dan Kaunseling RM 100.00

2.Sumbangan PIBG RM 80.00

JUMLAH Rm 180.00

12.0 PENUTUPSemoga pendedahan melalui ceramah hala tuju selepas SPM ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan baru kepada para pelajar.

Disediakan oleh,(JUMAATUL AINI BT MOHAMAD TAJURDDIN)Guru Bimbingan Dan KaunselingSabk Maahad Al-Imam Asy-SyafieeDisemak oleh,

..........................................(PUAN NORAINA BT IDRIS)PK Hal Ehwal MuridSabk Maahad Al-Imam Asy-Syafiee

Disahkan oleh,

.(TUAN HAJI OSMAN BIN ABU BAKAR)PengetuaSabk Maahad Al-Imam Asy-Syafiee