kertas kerja jogathon

16
KERTAS KERJA KEJOHANAN JOGATHON TAHUN 2014 Kemuncak : 11 November 2014 -7.30 pagi hingga 1.00 petang SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PUTERA JALAN BERCHAM, 31140 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN

Upload: syazwan-wajiah

Post on 18-Jan-2016

1.520 views

Category:

Documents


223 download

DESCRIPTION

paperwork

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja jogathon

KERTAS KERJA

KEJOHANAN JOGATHON

TAHUN 2014

Kemuncak : 11 November 2014

-7.30 pagi hingga 1.00 petang

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PUTERA JALAN BERCHAM, 31140 IPOH

PERAK DARUL RIDZUAN

Page 2: Kertas Kerja jogathon

LARIAN JOGATHON

SK BANDAR BARU PUTERA 2014

1.0 TAJUK

Larian Jogathon SK Bandar Baru Putera, Ipoh 2014

2.0 PENDAHULUAN

Antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai semangat ukhuwah yang tinggi serta memiliki badan yang sihat dan cergas. Ini adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.

Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, Unit Kokurikulum SK Bandar Baru Putera akan mengadakan dan menganjurkan Program Larian Jogathon. Di samping dapat menghasilkan murid yang sihat dan aktif, aktiviti ini juga boleh menjadi satu platform untuk mengeratkan ukhuwah sesama murid, guru dan warga sekolah.

Semoga Larian Jogathon akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk bersukan di samping dapat mengeratkan ukhuwah bersama guru-guru dan warga sekolah untuk kesejahteraan bersama.

.

3.0 OBJEKTIF

1) Mengeratkan ukhuwah antara murid, guru dan PIBG

2) Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dalam sukan..

3) Membina semangat kerjasama dalam kalangan murid dan guru.

4) Membentuk murid-murid yang sihat dan cergas.

5) Mencungkil bakat yang boleh diketengahkan dalam sukan Jogathon.

4.0 MATLAMAT

Page 3: Kertas Kerja jogathon

1) Menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti sukan.

2) Mampu mengeratkan ukhuwah sesama warga sekolah.

3) Mencari dan mengasah bakat – bakat baru dalam sukan Jogathon untuk sekolah, daerah dan bahagian pada masa akan datang.

5.0 PENGANJUR

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera.

6.0 BUTIR – BUTIR AKTIVITI

NAMA AKTIVITI : Larian Jogathon 2014

TARIKH : 11November 2014

TEMPOH : 1 hari

HARI : Selasa

MASA : 7.30 Pagi – 1.00 petang

TEMPAT : SK Bandar Baru Putera

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Page 4: Kertas Kerja jogathon

JAWATANKUASA INDUK

LARIAN JOGATHON

11 NOVEMBER 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PUTERA

PENGERUSI : ABDUL FATTAH BIN ABDUL GHANI

PENYELARAS : TERMIZI BIN ALI

SETIAUSAHA 1 : MOHD ZULFAHMI BIN YAHYA

SETIAUSAHA 2 : ROSMAWATI BINTI SALLEH

BENDAHARI : SITI HIDAYAH BINTI ISA

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. JAWATANKUASA PERSIAPAN & KEMUDAHAN DEWAN- Membuat persiapan dewan- Memastikan dewan tidak digunakan untuk tujuan lain pada hari kejadian

2. JAWATANKUASA BACAAN DOA- Membaca doa di sebelum majlis bermula

3. JAWATANKUASA KAWALAN & KESELAMATAN- Menjaga keselamatan peserta di laluan larian- Bekerjasama dengan pihak polis untuk mengawal lalu lintas laluan larian

4. JAWATANKUASA PROTOKOL & SAMBUTAN- Menyambut ketibaan tetamu- Menyediakan tempat duduk tetamu serta melayan tetamu

5. JAWATANKUASA HADIAH- Membeli dan menyediakan hadiah untuk para pemenang

Page 5: Kertas Kerja jogathon

- Menguruskan penyampaian hadiah untuk para pemenang

6. JAWATANKUASA TEKNIKAL/SIARAYA- Menyedia dan memasang peralatan siaraya - Mengemas peralatan siaraya

7. JAWATANKUASA KEBERSIHAN- Memastikan kawasan dewan berada dalam keadaan bersih- Menyediakan plastik sampah di kawasan dewan dan sekitarnya

8. JAWATANKUASA JAMUAN RINGAN- Memasak dan menyediakan jamuan- Melayan tetamu semasa jamuan ringan

9. PENGACARA MAJLIS- Mengacarakan majlis dari mula sehingga tamat acara- Memastikan masti berjalan lancer mengikut tentatif program

10. JAWATANKUASA PENDAFTARAN & PENCATAT KEPUTUSAN- Mendaftar peserta - Mencatat keputusan peserta di garisan penamat

11. JAWATANKUASA PELEPAS- Melepaskan peserta seperti yang telah dijadualkan

12. JAWATANKUASA PENAMAT- Menyediakan nombor keputusan peserta- Menentukan kedudukan peserta dan menghantar pemenang kepada pencatat

keputusan di garisan penamat.

13. JAWATANKUASA BUKU PROGRAM- Menyediakan buku program

14. JAWATANKUASA PUBLISITI- Menyediakan iklan jogathon - Menyebarkan maklumat Larian Jogathon

Page 6: Kertas Kerja jogathon

15. JAWATANKUASA DOKUMENTASI- Mendokumentasikan semua perkara mengenai jogathon / mengambil gambar - Membuat laporan Larian Jogathon

16. JAWATANKUASA JEMPUTAN- Menyediakan surat jemputan tetamu- Menghantar surat jemputan kepada tetamu

17. JAWATANKUASA SENAMAN MEMANASKAN BADAN- Mengendalikan aktiviti memanaskan badan sebelum aktiviti dimulakan (senamrobik)- Mengetuai aktiviti regangan

18. JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS- Memberikan pertolongan cemas kepada peserta yang memerlukan- Sentiasa peka terhadap peserta yang memerlukan pertolongan

19. PENYELIA PESERTA- Menyediakan dan menyusun peserta untuk larian mengikut kategori

20. JAWATANKUASA CHECK POINT- Menjaga di setiap check point yang ditetapkan - Memberikan gelang getah kepada peserta sebagai tanda telah melepasi checkpoint

tertentu.

8.0 PESERTA AKTIVITIMurid – murid SK Bandar Baru Putera (Larian Jogathon)

9.0 LALUAN LARIAN JOGATHONSila rujuk lampiran 2

10.0 DIF PERASMIAN

1) YDP PIBG

2) Guru Besar

3) Ketua Kaum

Page 7: Kertas Kerja jogathon

11.0 SYARAT – SYARAT LARIAN JOGATHON Sila rujuk lampiran 3

12.0 TENTATIF PROGRAM

06.30 - Ketibaan urusetia dan peserta

07.00 - Ketibaan tetamu jemputan

- Taklimat pegawai

- Bacaan Doa

07.15 - Senaman Pagi

07.30 - Nyanyian Lagu Negaraku

07.40 - Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar

08.00 - Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG

08.20 - Larian

- REHAT [ 10 MINIT ]

11.30 - Penyampaian Hadiah

12.00 - Jamuan Ringan

13.00 - BERSURAI

13.0 ANGGARAN PERBELANJAANSila rujuk lampiran 5

14.0 KAD KUTIPAN DERMA JOGATHON

i. Kad Jogathon akan diedarkan kepada guru-guru kelas untuk dibahagikan kepada ibu bapa/pelajar melalui pelajar.

ii. Kutipan terbanyak akan mendapat hadiah istimewa.

Page 8: Kertas Kerja jogathon

iii.Kad kutipan beserta wang hendaklah dikembalikan kepada Penyelaras Program pada atau sebelum 2 Julai 2012.

iv.Kad yang hilang atau gagal dikembalikan akan dikenakan denda sebanyak RM50.00

15.0 CABUTAN BERTUAHTiket cabutan bertuah akan dijual dengan harga RM 1.00 setiap satu. Sebanyak 5 hamper disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah.

16.0 KATEGORI LARIAN JOGATHONSila rujuk lampiran 6

17.0 HADIAH LARIAN JOGATHON Sila rujuk lampiran 6

18.0 BORANG PENYERTAAN

19.0 HAL SURAT-MENYURAT

20.0 SENARAI SEMAK PELAKSANAAN KERJA

21.0 PENUTUP

Page 9: Kertas Kerja jogathon

Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang

penganjur. Selain itu untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di

dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani,

mental, emosi dan sosialnya. Melalui aktiviti ini juga diharap objektif penganjur untuk

merapatkan jurang integrasi antara guru dan murid juga akan tercapai di samping

menjadi pendorong kepada minat murid terhadap sukan.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

______________________ __________________

(MOHD ZULFAHMI BIN YAHYA) (TERMIZI BIN ALI)

SETIAUSAHA PENYELARAS PROGRAM

LARIAN JOGATHON DAN LARIAN JOGATHON DAN

KARNIVAL SUKAN RAKYAT KARNIVAL SUKAN RAKYAT

SK BANDAR BARU PUTERA SK BANDAR BARU PUTERA

Disahkan Oleh,

_____________________

(ABDUL FATTAH BIN ABDUL GHANI)

PENGERUSI

LARIAN JOGATHON

SK BANDAR BARU PUTERA

23. CADANGAN HADIAH SAGUHATI/UTAMA

Page 10: Kertas Kerja jogathon

I.Larian

• Saguhati – Tuala muka

• Pertama, Kedua, Ketiga – Medal

II. Kutipan Tertinggi (cadangan hadiah)

• Jam tangan• Basikal

24. KATEGORI ACARA

• LELAKI A & PEREMPUAN A – TAHUN 5 & TAHUN 6

• LELAKI B & PEREMPUAN B – TAHUN 3 & TAHUN 4

25. PERSIAPAN JOGATHON

• 11 November 2014 (2.00 Petang)

LAMPIRAN 3

Page 11: Kertas Kerja jogathon

SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN UMUM

LARIAN JOGATHON SK BANDAR BARU PUTERA 2014

i. Jogathon ini terbuka kepada semua murid-murid SK Bandar Baru Putera sesi 2014.

ii. Syarat dan peraturan Jogathon yang digunapakai adalah mengikut peraturan yang

diguna pakai oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

iii. Tempat pertandingan adalah di sekitar kawasan SK Bandar Baru Putera.

(sila rujuk peta laluan untuk maklumat lanjut.)

iv. Semua peserta mestilah sihat tubuh badan dan tidak menjalani sebarang

pembedahan 6 bulan sebelum, semasa dan selepas tempoh pertandingan diadakan

v. Setiap peserta adalah bertanggungjawab terhadap diri masing-masing.

vi. Semua peserta dikehendaki untuk memakai pakaian sukan yang sesuai dan WAJIB

menggunakan kasut.

vii. Peserta diminta bersedia 5 minit sebelum pertandingan masing – masing di tempat

pertandingan.

viii. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau

kecederaan kekal yang berlaku ke atas peserta namun pihak penganjur akan

mengambil langkah keselamatan yang semaksimum yang mungkin.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan

Page 12: Kertas Kerja jogathon

Lampiran 5

ANGGARAN PERBELANJAANBIL BARANG – BARANG /

INVENTORIKUANTITI HARGA

SEUNITHARGA

KESELURUHAN1 PINGAT :

JOHANNAIB JOHANTEMPAT KETIGATEMPAT KE-4 & KE-5

HADIAH SAGUHATI : TUALA

4448

39

RM 3.00RM 3.00RM 3.00RM 3.00

RM 2.00

RM 12.00RM 12.00RM 12.00RM 24.00

RM 78.00

2 CENDERAHATI 1 RM 30.00 RM 30.00

3 MAKANAN DAN MINUMAN

100 ORANG RM 4.00 RM 400.00

ANGGARAN KESELURUHAN RM 568.00

Page 13: Kertas Kerja jogathon

Lampiran 6

KATEGORI LARIAN JOGATHON 2014

1.    LELAKI A & PEREMPUAN A – TAHUN 5 & TAHUN 6

2.    LELAKI B & PEREMPUAN B – TAHUN 3 & TAHUN 4

HADIAH LARIAN JOGATHON 2014

LARIAN JOGATHON

      I.        Johan : Pingat

    II.        Naib Johan : Pingat

   III.        Tempat ke-3 : Pingat

  IV.        Tempat ke-4 : Pingat

   V.        Tempat ke-5 : Pingat

  VI.        Saguhati : Tuala muka