kertas kerja jawatankuasa kebersihan sekolah

8
BI L PERKARA CATATAN 1 Skop dan bidang tugas jawatankuasa bertindak kebersihan peringkat sekolah 2 Carta Organisasi Jawatankuasa Kebersihan Sekolah 3 Takwim Jawatankuasa Kebersihan Sekolah 4 Senarai Nama Guru Tingkatan Sesi Pagi tahun 2009 5 Jadual Pekerja Pembersihan 6 Peraturan umum kebersihan dan keceriaan kelas 7 Panduan penilaian kebersihan dan keceriaan kelas 8 Contoh Borang Penilaian kebersihan dan keceriaan kelas 10 Keterangan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas 11 Jadual Guru Bertugas 12 Laporan Lawatan Sambil Belajar ke SMK Pusat Bandar Puchong(1) 13 Laporan Lawatan Sambil Belajar ke SMK Putrajaya Precint 9(1) 14 Catatan pengumuman jawatankuasa kebersihan mengikut minggu persekolahan 15 Gambar-gambar berkaitan unit kebersihan i. papan tanda ii.pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas iii. ceramah kebersihan diri iv. sekitar gotong-royong 16 Lampiran mengenai kebersihan warga sekolah i. maklumat mengenai HINI ii.kekemasan diri pelajar 17 18

Upload: zarah-binti-ahmad

Post on 28-Dec-2015

112 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Panduan jawatankuasa Kebersihan sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Jawatankuasa Kebersihan Sekolah

BIL PERKARA CATATAN1 Skop dan bidang tugas jawatankuasa bertindak kebersihan

peringkat sekolah2 Carta Organisasi Jawatankuasa Kebersihan Sekolah3 Takwim Jawatankuasa Kebersihan Sekolah4 Senarai Nama Guru Tingkatan Sesi Pagi tahun 20095 Jadual Pekerja Pembersihan6 Peraturan umum kebersihan dan keceriaan kelas7 Panduan penilaian kebersihan dan keceriaan kelas8 Contoh Borang Penilaian kebersihan dan keceriaan kelas10 Keterangan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas11 Jadual Guru Bertugas12 Laporan Lawatan Sambil Belajar ke SMK Pusat Bandar

Puchong(1)13 Laporan Lawatan Sambil Belajar ke SMK Putrajaya Precint 9(1)14 Catatan pengumuman jawatankuasa kebersihan mengikut

minggu persekolahan15 Gambar-gambar berkaitan unit kebersihan

i. papan tanda ii.pertandingan kebersihan dan keceriaan kelasiii. ceramah kebersihan diri iv. sekitar gotong-royong

16 Lampiran mengenai kebersihan warga sekolah

i. maklumat mengenai HINIii.kekemasan diri pelajar

1718

_____________________________________________________________________________________KANDUNGAN FAIL JAWATANKUASA KEBERSIHAN SEKOLAH

TAHUN 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANAJALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA47130 PUCHONG,SELANGOR

Page 2: Kertas Kerja Jawatankuasa Kebersihan Sekolah

SKOP DAN BIDANG TUGAS

JAWATANKUASA BERTINDAK KEBERSIHAN PERINGKAT SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Cabaran kepada Sistem Pendidikan Negara masa kini antaranya adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian unggul, bagi menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menyedari akan cabaran ini , pihak sekolah sentiasa ,memberi perhatian utama terhadap tahap kebersihan sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti boleh membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Sehubungan dengan itu, amalan kebersihan perlu ditegaskan dan dilaksanakan oleh sekolah pada setiap masa. Segala usaha ke arah ini hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan warga sekolahnya benar-benar memahami dan menghayati serta mengamalkan kebersihan sebagai amalan dalam kehidupan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai instisusi yang bersih, indah dan ceria.

2.2 Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum.

2.3 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.

2.4 Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.

2.6 Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.

2.7 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

Page 3: Kertas Kerja Jawatankuasa Kebersihan Sekolah

3.0 SKOP DAN BIDANG TUGAS

1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan

1.1 Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah.

1.2 Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi – agensi yang berkaitan

1.3 Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah

1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan

1.5 Mengenalpasti keperluan latihan kepada warga sekolah

1.6 Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian/kontrak

2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid

3. Melaksanakan pemeriksaan,pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah.

3.1 Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah.

3.2 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan

4. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir,jerebu,keracunan makanan dan lain-lain.

5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan.

6. Menyedia dan membuat laporan berkala

Page 4: Kertas Kerja Jawatankuasa Kebersihan Sekolah

TAKWIM JAWATANKUASA KEBERSIHAN SEKOLAH

TAHUN 2009

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1 15.6.2009 Sesi pembersihan kelas bersama guru kelas pada waktu pertama P & P

2 2.7.2009 Gotong-royong sempena lawatan Timbalan Menteri Pelajaran (2)

3 20.7.2009 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

Sepanjang Julai- November

4 6.8.2009 Lawatan sambil belajar ke SMK Pusat Bandar Puchong (1)

5 17.8.2009 Gotong-royong sempena lawatan timbalan ketua setiausaha (pembangunan)

6 20.8.2009 Ceramah mengenai kebersihan diri oleh penceramah jemputan

Kerjasama dengan UBK

7 30.9.2009 Lawatan sambil belajar ke SMK Putrajaya Precint 9 (1)

8 20.11.2009 Gotong-royong sebelum cuti akhir penggal sekolah

9 1.12.2009 Melengkapkan Pelan Strategik Unit kebersihan

Page 5: Kertas Kerja Jawatankuasa Kebersihan Sekolah

Laporan Lawatan Sambil Belajar di SMK Pusat Bandar Puchong (1)

Tarikh : 6 Ogos 2009Tempat : SMK Pusat Bandar Puchong (1), Jalan Wawasan, Puchong.Bilangan guru : 3 OrangMasa : 2.45 – 5.00 petang

Aktiviti :

1. Sambutan daripada wakil 3K sesi petang iaitu Pn. Azura Hambal di pejabat. Beliau membawa ahli rombongan berjumpa dengan Penyelia Petang SMKPBP (1).Penyelia petang mengucapkan selamat datang dan member kerjasama kepada pihak rombongan untuk melihat dokumen dan meninjau persekitaran.

2. Taklimat ringkas oleh wakil 3K mengenai sistem fail unit di bawah Jawatankuasa Induk 3K. Sistem fail merangkumi faik induk 3K, unit kebersihan dan keceriaan, unit keselamatan dan unit kesihatan. Wakil membenarkan kami membuat salinan yang berkaitan mengenai unit masing-masing. Setelah itu, ahli rombongan dibenarkan melawat sekitar sekolah dan mengambil foto.

3. Pada akhir lawatan, ketua rombongan menyerahkan cenderahati kepada Penyelia Petang sebgai tanda penghargaan.

Ulasan/Cadangan :

Suatu pendedahan yang bermakna untuk Penyelaras Unit Kebersihan sekolah. Pelbagai aspek system yang efektif dan pendekatan yang telah dilakukan oleh warga SMKPBP (1) dalam mempertingkatkan kebersihan sekolah boleh dicontohi. Setiap ahli rombongan boleh mempelawa AJK unit masing-masing bagi memantapkan lagi sistem pengurusan sekolah.

Lampiran :

i. surat lawatan

ii. gambar berkaitan

Page 6: Kertas Kerja Jawatankuasa Kebersihan Sekolah

Laporan Lawatan Sambil Belajar di SMK Putrajaya Precint 9(1)

Tarikh : 30 September 2009Tempat : SMK Putrajaya Precint 9 (1)Bilangan guru : 4 OrangMasa : 2.45 – 5.00 petang

Aktiviti :

1. Ahli rombongan di minta tunggu di pejabat kerana beberapa guru yang terlibat menghadiri mesyuarat bersama pihak pengetua. Guru yang berkaitan di berjumpa dengan wakil rombongan di pejabat.

2. Bahagian unit kebersihan adalah di bawah PK HEM. Beliau amat ramah dan bekerjasama dengan memberikan beberapa panduan pengurusan dam memastikan kebersihan sekolah di tahap memuaskan. Beliau menyatakan mengenai pelan strategik, pelan operasi serta pelan taktikal. Selain itu, beliau juga memberitahu bagaimana melaksanakan sistem dengan berkesan melalui takwim unit kebersihan SMKPP9(1) dan perancangan strategi. Beliau juga membenarkan guru membuat salinan.

3. Setelah itu, sesi melawat ke kawasan sekitar dan mengambil gambar foto yang berkenaan. Pada akhir lawatan, cenderahati disampaikan oleh ketua rombongan kepada Pengetua.

Ulasan/Cadangan :

Ini merupakan pengalaman bermakna kepada Penyelaras kebersihan sekolah kerana memperbaharui pengetahuan yang sedi ada. Keramahan PK HEM dan kerjasama daripada pihak Pengetua membolehkan sesi rombongan berjalan dengan lancar.

Lampiran :

i. Gambar berkaitan

Page 7: Kertas Kerja Jawatankuasa Kebersihan Sekolah

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN DENGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SMK PUTRAJAYA PRECINT 9(1)