kertas kerja internship.docx

7
SEKOLAH KEBANGSAAN CHARUK PUTING, 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR. KERTAS KERJA PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK PENAMBAHAN NILAI WANG TAHUN 3 2015

Upload: jam-iman

Post on 26-Sep-2015

105 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN CHARUK PUTING,28000 TEMERLOH,PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS KERJA

PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK PENAMBAHAN NILAI WANG TAHUN 32015

KERTAS KERJAPROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK PENAMBAHAN NILAI WANG TAHUN 3SK CHARUK PUTING, 28000 TEMERLOH.TAHUN 2015

1. Pendahuluan:Pendidikan merupakan salah satu usaha bagi melahirkan generasi yang mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Bagi mencapai hasrat tersebut, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), salah satunya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 di mana enam ciri utama perlu diterapkan pada setiap murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Matematik amat menekankan aspek penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, kemahiran mengira, menaakul dan menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni. Melalui pemerhatian saya, murid seringkali melakukan kesilapan konsep terutamanya dalam penambahan nilai wang yang melibatkan situasi harian.Oleh yang demikian, saya telah merancang Projek Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk penambahan nilai wang tahun 3. Projek inovasi ini adalah satu program yang membantu guru dalam membantu murid yang mempunyai masalah operasi penambahan nilai wang yang melibatkan situasi harian murid.2. Rasionali. Merangsang minda murid untuk lebih memahami konsep penambahan nilai wang yang melibatkan situasi harian.ii. Memberikan peluang kepada murid menggunakan alat bantu semasa sesi pembelajaran.iii. Memberi pengalaman baharu dalam kehidupan murid melalui teknik simulasi.

3. Objektifi. Memberikan murid pengetahuan asas 3M dengan lebih cepat dan berkesan.ii. Memberikan murid tunjuk ajar secara individu dan fokus yang lebih terhadap murid oleh mentor.iii. Menanamkan sikap mementingkan ilmu pengetahuan dan semangat sukakan pelajaran.iv. Mewujudkan sikap berakhlak mulia dan menghormati guru.4. Senarai Ahli Jawatankuasa Induk.Pengerusi: Abdul Abas Bin Jabar (Guru Besar SK Charuk Puting)Timbalan Pengerusi: En. Abdul Halim Bin Husin (GPK HEM SK Charuk Puting)Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Nizam Bin Ishak (KP Matematik SK Charuk Puting)Penyelaras: En. Mohd Nizam Bin Ishak5. Kumpulan SasaranProjek inovasi ini melibatkan murid-murid Tahun 3 Berlian yang berjumlah 25 orang.

6. Tarikh ProgramBermula dari 30 Mac 2015 hingga 24 April 2015

7. Tentatif ProgramBIL.TARIKHAKTIVITI

103 April 2015 ( Jumaat )1) Penambahan Nilai Wang

206 April 2015 ( Isnin )2) Menentukan nilai wang

313 April 2015 ( Isnin )3) Penolakan nilai wang

424 April 2015 ( Jumaat )4) Pendaraban nilai wang

8. Anggaran PerbelanjaanMakanan Ringan x 4 bungkus:RM 35.00Manila kadx4 bungkus:RM 4.00Jumlah keseluruhan:RM 39.00

9. Sumber KewanganDitaja

10. PenutupSemoga Projek Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk penambahan nilai wang tahun 3 yang dirancang ini dapat meningkatkan kefahaman murid untuk operasi penambahan yang melibatkan situasi harian murid. Melalui projek ini juga diharap dapat menarik minat murid-murid untuk lebih mendekati mata pelajaran matematik. Semoga segala komitmen serta kerjasama yang diberikan dapat melahirkan anak didik yang seimbang dari pelbagai aspek selaras dengan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan OlehDisemak Oleh( MOHD NIZAM BIN ISHAK)( ABDUL HALIM BIN HUSIN )Guru Matematik Tahun 4Mentor InternshipPelajar Internship

Disahkan Oleh

( )