kertas kerja inovasi.docx

Upload: nor-azian-ismail

Post on 08-Jan-2016

256 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

TAJUK: ZEA MAYS TURBO 100

DIHASILKAN OLEH: PERSATUAN PENGGUNA 2015

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUMPERSATUAN PENGGUNA SMAK SAUJANA INDAHTAJUK : ZEA MAYS TURBO 100

PENGENALANUntuk memastikan generasi muda Malaysia berdaya saing dalam era globalisasi melalui program inovasi kelab dan persatuan . Melalui penyertaan ini juga diharapkan dapat melatih dan membentuk pemikiran aras tinggi dikalangan pelajar.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berfikir aras tinggi.2. Membentuk budaya mencipta untuk kemajuan negara.3. Melatih murid berkeupayaan mengolah untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.4. Mempunyai sikap berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui penciptaan.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi bertaraf dunia dan mampu bersaing di peringkat global.

SASARAN

11 orang ahli persatuan pengguna yang berminat menyertai kumpulan inovasi kelab dan persatuan.

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1. Kebanyakan biskut dalam pasaran menggunakan bahan dari luar negara . 2. Terlalu tinggi kandungan gula dalam biskut/cookies di pasaran.3. Obesiti dalam kalangan murid SMK Seri Kundang.4. Kekurangan makanan ringan yang lebih sihat untuk kesihatan awam/murid.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah kerana terdapat tanaman cendawan di Bengkel Pertanian serta bahan-kering kering yang terdapat di dalam Bilik Masakan.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEKAntara kepentingannya ialah:1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk makanan tempatan yang berkhasiat melalui aktiviti persatuan.2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran KHB

ANGGARAN KOS PROJEKKos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM80.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah : Tepung gandum Tepung beras Gula aising Mentega tulen Minyak kelapa sawit Telur ayam Cendawan kering Serbuk penaik Garam Oat Kertas minyak

TINJAUAN DAN KAJIANDaripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak cookies atau biskut yang manis dalam pasaran berbanding cookies savori. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam kesihatan murid sama ada mereka mudah mendapat kaviti gigi, masalah obes atau pun diabetes. Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan untuk memilih jenis makanan yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga di samping mampu untuk menghasilkan sendiri makanan berkhasiat.KAEDAH PENYELIDIKANKaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta buku pastri untuk penghasilan satu resepi yang terbaik hasil penggabungan resepi yang ada dalam pasaran.

PERANCANGAN PROJEKProjek ini akan dilaksanakan seperti berikut:1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan KHB = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi AJK akan memulakan pencarian resepi dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku resepi pastri untuk menghasilkan satu resepi baru ( Makmal Komputer dan PSS ) Memulakan tanaman cendawan di Rumah Cendawan ( Bengkel Pertanian )3. Mac : Tuai hasil ( Bengkel Pertanian ) Keringkan cendawan ( Bilik Masakan )4. April : Memulakan penghasilan produk ( Bilik Masakan )5. Mei : Pasaran sampel produk dalam sekolah Kalangan guru6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SMK Seri Kundang dan PIBG7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan

KESIMPULANKesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran KHB. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.