kertas kerja husm

6
Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Unit Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Program Izajah Sarjana Muda Keguruan (PISMP) Semester 2 Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu PENDAHULUAN Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (JPJK) MPSMB mengambil inisiatif membuat lawatan ke Hospital bagi pelajar-pelajar Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJK) Kursus PPPRPET. Lawatan ini dilaksanakan untuk membolehkan para pelajar PJK membuat kajian secara lebih dekat berkaitan anatomi dan fisiologi. HUSM telah dipilih sebagai lokasi kajian kerana memenuhi kriteria dari aspek sains sosial iaitu geografi, sejarah, ekonomi, dan sosiologi. Kedudukanny 5 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu menjadikan ianya senang dikunjungi samada dengan menggunakan perkhidmatan awam mahu pun kenderaan sendiri. Bagi tujuan tersebut, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (JPJK) mengharapkan agar para pelajar Unit PJK dapat menjalankan kajian lapangan ini dengan baik supaya segala manfaat daripada projek ini dapat digunakan semaksima mungkin. MATLAMAT Lawatan ini bermatlamat untuk memvariasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman para pelajar. Melalui lawatan ini, para pelajar dapat membuat kajian secara lebih dekat melalui kemudahan-kemudahan pembelajaran yang ada di HUSM.

Upload: khai-rul

Post on 21-Feb-2017

339 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja husm

Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Unit Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Program Izajah Sarjana Muda Keguruan (PISMP) Semester 2Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu

PENDAHULUAN

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (JPJK) MPSMB mengambil inisiatif

membuat lawatan ke Hospital bagi pelajar-pelajar Unit Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan(PJK) Kursus PPPRPET. Lawatan ini dilaksanakan untuk membolehkan para

pelajar PJK membuat kajian secara lebih dekat berkaitan anatomi dan fisiologi. HUSM

telah dipilih sebagai lokasi kajian kerana memenuhi kriteria dari aspek sains sosial iaitu

geografi, sejarah, ekonomi, dan sosiologi. Kedudukanny 5 kilometer dari pusat bandar

Kota Bharu menjadikan ianya senang dikunjungi samada dengan menggunakan

perkhidmatan awam mahu pun kenderaan sendiri. Bagi tujuan tersebut, Jabatan

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (JPJK) mengharapkan agar para pelajar Unit PJK

dapat menjalankan kajian lapangan ini dengan baik supaya segala manfaat daripada

projek ini dapat digunakan semaksima mungkin.

MATLAMAT

Lawatan ini bermatlamat untuk memvariasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

bagi meningkatkan kefahaman para pelajar. Melalui lawatan ini, para pelajar dapat

membuat kajian secara lebih dekat melalui kemudahan-kemudahan pembelajaran yang

ada di HUSM.

Page 2: Kertas kerja husm

OBJEKTIF

1. Menjalankan kajian berkaitan anatomi dan fisiologi secara lebih dekat dan

terperinci.

2. Memenuhi syor dan cadangan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang

menginginkan kaedah Pengajaran & Pembelajaran (P&P) divariasikan seperti

menjalankan kajian lapangan ini.

3. Memupuk semangat ukhwah, kerjasama dan muhibbah; sekaligus menimbulkan

kemesraan di kalangan pelajar Unit PJK dengan Pensyarah Jabatan Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan (JPJK) serta warga HUSM yang terlibat.

4. Membolehkan pelajar melihat bahan kajian yang terdapat di bahagian Jabatan

Anatomi dan Jabatan Fisiologi yang boleh dijadikan sebagai bahan pembelajaran

secara lebih dekat.

ANJURAN

Pelajar Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Program Ijazah Sarjana Muda

Keguruan (PISMP semerter 2 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu serta kakitangan HUSM,

Kubang Kerian.

TARIKH

Lawatan ini bertarikh :

i. Lawatan pertama (Jabatan Anatomi) – 29 Julai 2008

ii. Lawatan Kedua (Jabatan Fisiologi) – 12 Ogos 2008

iii. Lawatan Ketiga (Jabatan Sains Sukan) – 26 Ogos 2008

Page 3: Kertas kerja husm

TEMPAT

Para Pelajar Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan membuat lawatan ke

kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kota Bharu. Sebanyak 3

kali lawatan akan dibuat iaitu lawatan yang pertama ke Jabatan Anatomi, lawatan

kedua ke Jabatan Fisiologi dan lawatan ketiga ke jabatan Sains Sukan.

PESERTA

Peserta lawatan ini adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada 14 orang pelajar

lelaki dan 6 orang pelajar perempuan.

(Senarai nama dan butiran peserta seperti di Lampiran)

PENUTUP

Adalah diharapkan lawatan ini dapat dijayakan oleh pelajar Unit PJK dengan baik

dan sempurna. Keberkesanan mereka menjalankan lawatan ini amat penting bagi

memacu kecemerlangan sepanjang menjalani Program Pendidikan Perguruan Rendah

Pengajian Empat Tahun (PPPRPET) di Institut Perguruan Sultan Mizan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ....................................

HUSNIL MADIHATY BT MOHD REJAB

( Setiausaha Projek ) ( Pensyarah Penasihat Projek )

Page 4: Kertas kerja husm

Dilihat dan Dipanjangkan oleh,

……………………………………….

Tn Hj Wan Yaakob bin Wan

( Ketua Jabatan Kajian Sosial )

Diluluskan Oleh :

……………………………………Yang Mulia Tuan Haji Nik Arif bin Raja Yusof

( Tuan Pengarah IPSMB )

Page 5: Kertas kerja husm

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN22200 BESUT TERENGGANU

Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Unit Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Program Izajah Sarjana Muda Keguruan (PISMP) Semester 2Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu

ANJURAN :

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( JPJK )Institut Perguruan Sultan Mizan

PADA :

Tarikh : 29 JULAI, 12 & 26 OGOS 2008Hari : SELASATempat : KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAIANS

MALAYSIA, KUBANG KERIAN KOTA BHARU, KELANTAN