kertas kerja hascup 14

15
KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TARIKH : 1 HINGGA 4 MEI 2014 TEMPAT : DEWAN GEMILANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN : SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN

Upload: ct-safiyah

Post on 17-Jul-2015

101 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja hascup  14

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BADMINTON

PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2013/2014

TARIKH :

1 HINGGA 4 MEI 2014

TEMPAT :

DEWAN GEMILANG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN :

SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

KOLEJ KERIS MAS

SESI 2013/2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN”

Page 2: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 1

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BADMINTON

PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

SEKRETARIAT SUKAN & REKREASI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2013/2014

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Kejohanan

Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali 2014.

2.0 PENGENALAN

Kejohanan Badminton-Piala Tun Dr. Siti Hasmah ini diadakan kali keduanya di bawah kelolaan Sekretariat Biro Sukan dan Rekreasi, MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

Kolej Keris Mas sesi 2013/2014. Pemilihan nama piala pusingan sebagai Piala Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (HASCUP) adalah kerana beliau adalah tokoh sukan badminton

yang banyak memainkan peranan dalam mengangkat martabat sukan ini di peringkat nasional dan antarabangsa. Sepanjang beliau menjadi penaung kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pelbagai kejayaan berjaya diraih seperti Piala Thomas 1992

dan pingat Sukan Olimpik. Sehingga kini, beliau masih mengikuti perkembangan badminton negara dan terus diakui sebagai peminat nombor satu sukan badminton.

Kejohanan ini dilihat berpotensi untuk diadakan pada setiap tahun sebagai salah satu kejohanan berprestij di peringkat universiti. Hal ini kerana permainan badminton semakin

menjadi salah satu permainan pilihan rakyat Malaysia terutamanya dan juga para pelajar amnya. Dengan kewujudan kelab-kelab badminton yang semakin banyak pada masa kini,

keadaan tersebut dilihat mampu untuk melahirkan lebih ramai jaguh dalam sukan ini seperti pada zaman kegemilangan badminton negara suatu masa dulu. Kejohanan ini secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh kelab-

kelab yang lahiriahnya diwujudkan kerana minat yang mendalam terhadap dunia badminton. Lahirnya jaguh badminton masa kini iaitu Datuk Lee Chong Wei iaitu

pemain badminton nombor satu dunia sedikit sebanyak diharap mampu menjadi sumber inspirasi dan pemangkin kepada kewujudan lebih ramai jaguh bertaraf dunia pada masa hadapan sekiranya lebih banyak kejohanan bertaraf tinggi diadakan disamping sistem

pembangunan di peringkat akar umbi dipertingkatkan secara lebih sistematik dan berkesan. Kejohanan yang akan diadakan ini mensasarkan penyertaan daripada ahli-ahli

kelab badminton di bawah Persatuan Badminton Negeri terutamanya yang bertapak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pahang.

Page 3: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 2

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk

memastikan kelancaran program ini dengan

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya

dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT

4.1 Menyanjung jasa dan khidmat bakti YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah dalam mencapai kejayaan gemilang sukan badminton tanah air.

4.2 Menjadi medan kepada semua kelab yang bertanding menampilkan bakat-baru dalam dunia badminton di samping mengiktiraf kewujudan dan peranan kelab.

4.3 Mempromosikan kepada masyarakat amalan gaya hidup yang sihat dan aktif

melalui bersukan.

4.4 Menjadi kayu ukur pencapaian yang baik kepada kelab-kelab yang bertanding.

5.0 OBJEKTIF

Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan

Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) dan sistem HASIL PEMBELAJARAN(HP) seperti berikut :

5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap

perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil

lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat

mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3)

: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya

memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk

Page 4: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 3

sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan

tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik

(HPP5): Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang.

Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.

5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara

yang tercinta.

5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku

perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat

Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk

kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

6.0 TEMA

“ BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ”

Tema ini dipilih berdasarkan matlamat dan objektif program yang telah digariskan iaitu mencipta kegemilangan sukan. Bersukan mampu mengurangkan risiko penyakit-penyakit

kronik dan menghindar kita dari tabiat hidup yang buruk. Gabungan faktor ini memangkinkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang.

Page 5: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 4

7.0 ANJURAN

Sekretariat Biro Sukan dan Rekreasi

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) Kolej Keris Mas Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Kejohanan ini akan diadakan pada: Tarikh : 1 hingga 4 Mei 2014

Hari : Khamis hingga Ahad

Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam

9.0 TEMPAT KEJOHANAN

Tempat kejohanan akan diadakan di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan

Malaysia

10.0PUBLISITI

Liputan publisiti atau hebahan mengenai kejohanan ini akan dihantar melalui Persatuan

Badminton Negeri untuk hebahan kepada kelab-kelab badminton di bawah naungannya. Selain itu hebahan turut akan dibuat melalui laman sosial seperti blog dan facebook. Publisiti kejohanan ini dirancang akan bermula seawal 3 bulan sebelum kejohanan

bermula.

11.0 CADANGAN PENYAMPAI HADIAH KEJOHANAN

Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton

1) YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali

Mantan Isteri Perdana Menteri

2) Y.B. Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

3) Y.Bhg. PROF. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali

Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 6: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 5

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah peserta : 24 pasukan terdiri daripada 5 beregu lelaki dan Wanita berjumlah 240

orang 100 regu terdiri daripada 1 beregu lelaki berjumlah 200 orang Bilangan pegawai kejohanan bertauliah : 3 orang

Bilangan pengadil kejohanan bertauliah : 25 orang Bilangan urusetia : 150 orang urusetia terdiri daripada pelajar dan staff UKM

13.0 CARTA ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi :

Sekretariat HASCUP, d/a Pejabat Majlis Eksekutif Pelajar(MEP), Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,

Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. (u/p : Abdushattar Bin Nawi– 013-9972737)

Tel : 03-8921 4009 Faks : 03-8921 4009

E-mel : [email protected]

Page 7: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 6

17.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah

Mohd Ali sesi 2013/2014 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan seperti yang telah

dinyatakan. Kejohanan ini juga boleh dijadikan wahana untuk merealisasikan hasrat UKM dalam memastikan usaha ke arah pembangunan sukan di peringkat universiti dan

juga negara mencapai matlamatnya. Tanggungjawab dan harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan dedikasi agar kejohanan ini dapat dijayakan sepenuhnya.

Disediakan oleh

ABDUSHATTAR BIN NAWI KetuaPengarah Kejohanan Badminton Piala Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali 2014 (HASCUP) Kolej Keris Mas Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh

MUHAMAD FARID BIN IBRAHIM Ketua Eksekutif Pelajar Majlis eksekutif Pelajat(MEP) Kolej Keris Mas Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan Malaysia

Disokong oleh

FRANKIE MARCUS ATA Felo Penasihat Exco Sukan dan Rekreasi Kolej Keris Mas Universiti Kebangsaan Malaysia

Disahkan oleh

DR. RUSLIN BIN AMIR

Pengetua Kolej Keris Mas Universiti Kebangsaan Malaysia

No. Tel : 03-89214009 (pejabat) 019-2686865 (tel. bimbit)

Page 8: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 7

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penaung

Y.Bhg. PROF. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Hj. Musa Zainal Abidin

Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

Penasihat Utama

Dr. Ruslin Bin Amir Pengetua Kolej Keris Mas, UKM

Penasihat

Tuan Hj. Ishak bin Abdul Rahman Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas, UKM

En Mat Yusof Bin Achin

Pengurus Kanan Hal Ehwal Pelajar Kolej Keris Mas, UKM

Muhammad Hafiz bin Md Saad

Felo Kanan Kolej Keris Mas, UKM

Felo Penasihat

Frankie Marcus Ata

Azrin bt Ahmad

Pemantau

Muhamad Farid Bin Ibrahim Ketua Eksekutif ,Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas, UKM

Page 9: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 8

Ketua Pengarah

Abdushattar Bin Nawi

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/ 2 A140382

013-9972737

Timbalan Ketua Pengarah

Muhamad Hafizzulazmi Bin Mohd Zulfadzli Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/ 1

A144155

Setiausaha

Laila Adrena Binti Mat Kana Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1

A143289

Timbalan Setiausaha

Nadiah Binti Mohd Zakie, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/1

A145241

Bendahari

Nadiatun Amirah Binti Ahmad Saidi Fakulti Sains Dan Teknologi/1

A145791

Pengarah Program : Meor Mohamad Hafizuddin Bin Meor Ismaa’ail

Fakulti Sains dan Teknologi/ 1/ A145874

Pengarah Sijil dan Cenderamata : Nur Shafiqah Bt Basarudin/

Fakulti Sains dan Teknologi/ 1/A145783

Pengarah Penajaan dan Perolehan : Erien Binti Lahata/ Fakulti Sains dan Teknologi /1/A145986

Pengarah Tugas-Tugas Khas : Muhamad Afif Haikal Bin Nordin / Fakulti Sains dan Teknologi/ 1/ A145786

Pengarah Teknikal : Mohamad Hasrul Bin Ayob/ Fakulti Sains dan Teknologi / 1/ A145649

Pengarah Pendaftaran : Winnie Albert A/P Jarop/

Fakulti Pendidikan/3/A136232

Page 10: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 9

Pengarah Publisiti : Muhammad Hafizuddin B. Mohd Sahak/ Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/1/A144136

Pengarah Protokol : Mohammad Azhar Bin Akbar Batcha/ Fakulti

Kejuruteraan dan Alam Bina/1/ A144111

Pengarah Khas : Nor Azraai Bin Nordin/ Fakulti Sains dan Teknologi/1/A146057

LAMPIRAN B

Page 11: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 10

TENTATIF PROGRAM

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

KHAMIS, 1 MEI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

10.00 pagi

Pendedahan aturcara kepada urusetia

Dewan Gemilang, UKM

5.00 petang Pendaftaran pemain

8.00 malam Kejohanan Berpasukan IPT bermula

12.00 malam Bersurai

JUMAAT, 2 MEI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

8.00 pagi Sambungan Peringkat Kumpulan

Dewan Gemilang, UKM

12.00 tengahari Rehat I

2.30 petang Sambungan peringkat kumpulan

7.30 malam Rehat II

8.00 malam Sambungan peringkat kumpulan

12.00 malam Bersurai

SABTU, 3 MEI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

8.00 pagi -Suku Akhir Kejohanan IPT

-Pusingan awl ketegori beregu terbuka

Dewan Gemilang, UKM

12.00 tengahari Rehat I

2.00 petang -Separuh akhir Kejohanan IPT - Sambungan Pusingan awal Kategori terbuka

7.00 malam Rehat II

8.00 malam Sambungan peringkat awal beregu terbuka

10.00 malam Suku akhir peringkat beregu terbuka

Page 12: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 11

AHAD, 4 MEI 2014

MASA PERKARA TEMPAT

9.00 pagi Separuh akhir peringkat beregu terbuka

Dewan Gemilang, UKM

12.00 tengahari Persiapan untuk ketibaan YABhg. Tun Dr Siti Hasmah

1.45 petang Ketibaan YABhg. Tun Dr Siti Hasmah

2.00 petang Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Piala

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali 2014 -Kategori Berpasukan IPT

-Kategori Beregu terbuka

5.00 petang Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutup

5.30 petang Sesi bergambar

5.45 petang Jamuan ringan

6.30 petang Bersurai

LAMPIRAN C

Page 13: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 12

BELANJAWAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

Tabung Pengetua Kolej Keris Mas

Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

Sumbangan Pusat Sukan UKM

Penajaan Korporat/ Syarikat Yuran Penyertaan Pasukan

i. 24 pasukan × RM 300 ii. 120 pasukan × RM 80

3 000

1 200

1 000

30 000

7 200

9 600

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

52 000

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

Pengurusan i) Toner Ink (RM 180/ unit × 2 unit)

ii) Katrij warna (RM 60/ set × 3 set) iii) Kertas A4 (RM 10/ reams × 20 reams) iv) Alat tulis

v) Fotokopi & Percetakan vi) Ring-ring card (RM 10/ keping × 50 keping)

Urusetia Bertauliah

i) Pegawai Kejohanan (3 orang × RM 200 × 4 hari) ii) Bayaran Pengadil (25 orang × RM 100 × 4 hari)

Sewa Court Mat (RM 700 X 6 unit)

360

180

200

120

500

500

2 400

10 000

4 200

Page 14: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 13

5.0

6.

7.

8.

9.

Makanan & minuman i) 1 - 4 Mei 2014

Sarapan pagi (150 orang × RM 4/ seorang/ hari × 5 hari) Makan tengah hari (150 orang × RM 5/ seorang/ hari × 5 hari)

Makan malam (150 orang × RM 5/ seorang/ hari × 4 hari) i i) Air minuman botol 500 ml (RM 8/ kotak × 100 kotak)

Pembelian Peralatan i) Shuttlecock (RM 60 × 90 tabung) ii) Baju urusetia (RM 15 × 150 orang)

i ii) Tag nama urusetia, peserta & lanyard (RM 2.50 × 480 orang)

Cenderamata dan Hadiah i) Cenderamata Perasmi (RM 250 × 1 buah) i) Cenderamata VIP (RM 50 × 10 buah)

iii) Cenderamata Pengadil (RM 30 × 25 buah)

iv) Wang Tunai Kemenangan (IPT + TERBUKA) Tempat Pertama (RM 3 000 + RM 2000)

Tempat Kedua (RM 1 500 + RM 1000)

Tempat Ketiga Bersama IPT (RM 500 × 2) Tempat Ketiga Bersama TERBUKA (RM 700 × 2)

v) Pingat (RM 15 × 48 buah ) vi) Hamper

Tempat Pertama (RM 100 × 2 buah)

Tempat Kedua (RM 60 × 2 buah) Tempat Ketiga (RM 40 × 4 buah)

Publisiti i) Printed banner (15’ × 8’ × 15 keping × RM 0.50/ kaki)

ii) Printed banner backdrop (15’ × 8’ × 3 keping × RM 0.50/ kaki) iii) Printed bunting (2’ × 6’ × 300 keping × RM 0.50/ kaki) iv) Poster A2 (800 keping × RM 2/ keping)

V) Pelekat kelulusan PBT (140 keping × RM 1/ keping)

Teknikal i) Backdrop

ii) Podium iii) Bateri

iv) Penyelenggaraan

3 000

3 750

3 000

800

1 200

1 500

1 200

250

500

750

5 000

2 500

1 000

1 400

720

200

120

160

900

180

1 800

1 600

140

350

300

200

200

820

Page 15: Kertas kerja hascup  14

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI 2014

DEWAN GEMILANG, UKM

1 HINGGA 5 MEI 2014

” BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN ” 14

Rencam

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

52 000