kertas kerja hariraya
DESCRIPTION
Kertas kerja Hari rayaTRANSCRIPT
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2015
1.0 PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan
umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba
masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh
itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan bukan sahaja di dalam
keluarga masing-masing tetapi ia juga diraikan di sekolah dengan adanya Majlis
Sambutan Hari Raya pada hari raya Aidilfitri peringkat sekolah.
Aidilfitri adalah masa untuk kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari
Raya boleh ditonjolkan dengan pelbagai cara dan suasana. Guru dan murid-murid boleh
menghias dan menonjolkan bakat serta kreativiti masing-masing untuk memeriahkan
lagi suasana di hari raya. Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan dalam
menjayakan majlis ini.
2.0 TUJUAN / OBJEKTIF
2.1. Meraikan murid-murid dan kakitangan sekolah untuk merasai
kegembiraan menyambut Aidilfitri yang biasanya disambut selama
sebulan di bulan Syawal.
2.2. Menanam rasa cinta di hati setiap pelajar pada guru dan rakan-rakan
dengan bersalam-salaman di antara mereka
2.3. Memberi pengalaman kepada murid untuk merasai kemeriahan suasana
berhari raya di sekolah dalam keluarga yang lebih besar.
2.4 Mengeratkan silaraturahim antara murid-murid, guru,kaki tangan, PIBG
dan masyarakat setempat.
3.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga SK Gunong
4.0 TEMPAT DAN MASA
Tempat : Sekolah Kebangsaan Gunong
Tarikh : 23 Julai 2015
Hari : Khamis
5.0 ANJURAN
Unit Sambutan dan Perayaan Sekolah dan Panitia Agama Islam
6.0 Tentatif Program
10.00 pagi - Semua murid berkumpul di medan perhimpunan
10.15 pagi - Nyanyian 3 buah lagu
10.30 pagi - Bacan doa oleh Ustaz Rosdi b Taib
10.40 pagi - Ucapan Guru Besar sempena sambutan Hari Raya
11.00 pagi - Murid- murid bersalaman dengan semua guru
( diiringi oleh lagu-lagu Hari Raya )
11.30 pagi - Majlis Jamuan Hari Raya
01.00 t/hari - Majlis bersurai
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Pn. Hajjah Anishah bt Che Ab. Rahman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gunong
Pengerusi : En. Mohd Rozi b Mohd Nawi
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi : En. Mohd Rusdi b Mustapha
Pen. Kanan Pentadbiran
Setiausaha : Pn. Fauziah bt Salleh
Pen. Setiausaha : Pn. Marshida bt Ibrahim
Bendahari : Pn. Bibi Sabariah bt Osman
Ahli Jawatankuasa
1. Pn. Rohaizan bt Ab Sattar
2. En. Abdul Rahman b Jusoh
3. En. Samsuri b Hanifah
4. Pn. Zalina bt Mat Zin
5. Pn. Nur Ummi Kooy bt Abdullah
6. Pn. Syarifah Zaleha bt Syed Mohamad
7. Pn. Siti Meriam bt Nawang
8. En. Mohd Azmi b Jusoh
9. Pn. Zainon bt Mat Saat
10. Pn. Norhayati bt Ismail
11. Pn. Nur Ain bt Abdullah
8.0 JAWATANKUASA KERJA
Rujuk lampiran 1
9.0 Bidang Tugas Jawatankuasa Kerja
9.1. Memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar
9.2. Menyediakan segala keperluan dan kelengkapan sebelum majlis
dijalankan.
9.3. Memastikan agar murid dan ibubapa mendapat maklumat yang jelas
tentang perjalanan majlis
9.4. Memaklumkan kepada ibubapa pelajar tentang perlaksanaan program.
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran 2
11. PENUTUP:
Program ini amat penting bagi melahirkan kesedaran dan keinsafan di hati setiap
pelajar tentang kepentingan hidup bermasyarakat dan saling bantu membantu. Ianya
dapat melahirkan rasa tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, ibu bapa, sekolah
dan seterusnya pada masyarakat setempat. Di samping itu juga diharapkan para pelajar
dapat menyucikan diri dari segala dosa dan kesilapan semasa bermaaf-maafan dan
bersalam-salaman. Ucapan ”selamat hari raya” bersilih ganti dan kemaafan dipohon,
menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.
Yang menjalankan tugas, Disahkan oleh,
………………………….. ………………………………………….
(PN FAUZIAH BT SALLEH) (HJH. ANISHAH CHE AB. RAHMAN)
S/Usaha Majlis Sambutan Hari Raya Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Gunong Sekolah Kebangsaan Gunong
ANGGARAN PERBELANJAAN
Lampiran 2
BIL PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
1 Peruntukan dari wang sewa kantin
3390.00 Makan dan minum pelajarAyam goreng 673 x RM 2Burger 678 x RM 2Air 678 x RM 1
3390.00
2 JUMLAH 3390.00 JUMLAH 3390.00
Perbelanjaan yang dipohon dari pihak sekolah sebanyak : RM 3390.00 ( Ringgit Malaysia Tiga Ribu Tiga Ratus Sembilan Puluh Sahaja)
Diluluskan oleh :
..............................................................
(PN. HAJJAH ANISHAH BT CHE AB. RAHMAN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Gunong