kertas kerja gotong royong ria

5
KERTAS KERJA GOTONG ROYONG RIA SK KEM KABOTA 2013 PENGENALAN Aktiviti gotong royong ria merupakan aktiviti yang julung kali diadakan bagi sekolah SK Kem Kabota, Tawau. Aktiviti ini dijalankan untuk menyahut seruan Program Bersepadu Sekolah Sihat di mana program tersebut menekankan amalan kebersihan dan keselamatan di kalangan murid. Disamping itu juga, program PBSS menggalakkan penglibatan komuniti tempatan untuk menyumbangkan idea bagi penaiktarafan kebersihan dan keselamatan sekolah. Aktiviti gotong-royong juga dapat mendedahkan kepada warga sekolah terutamanya mengenai cara hidup yang sihat dan kepentingan menjaga keselamatan diri. OBJEKTIF Merapatkan silaturrahim dikalangan warga sekolah dan pihak komuniti tempatan Membersih dan membaikpulih taman herba dan teratak ilmu sekolah Memupuk rasa tanggungjawab dan kebersamaan dikalangan warga sekolah SK Kem Kabota dan komuniti tempatan Memberi kesedaran kepada cara hidup sihat dan menjaga aspek keselamatan dalam diri murid KUMPULAN SASARAN Semua murid Tahun 4, 5 dan 6, guru-guru SK Kem Kabota serta komuniti tempatan. TARIKH PROGRAM 6hb Jun 2013 (Sabtu) LOKASI SASARAN Taman Herba Sains

Upload: farrah-naz

Post on 18-Dec-2015

263 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

gtong

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA GOTONG ROYONG RIASK KEM KABOTA 2013

PENGENALAN

Aktiviti gotong royong ria merupakan aktiviti yang julung kali diadakan bagi sekolah SK Kem Kabota, Tawau. Aktiviti ini dijalankan untuk menyahut seruan Program Bersepadu Sekolah Sihat di mana program tersebut menekankan amalan kebersihan dan keselamatan di kalangan murid. Disamping itu juga, program PBSS menggalakkan penglibatan komuniti tempatan untuk menyumbangkan idea bagi penaiktarafan kebersihan dan keselamatan sekolah. Aktiviti gotong-royong juga dapat mendedahkan kepada warga sekolah terutamanya mengenai cara hidup yang sihat dan kepentingan menjaga keselamatan diri.

OBJEKTIF

Merapatkan silaturrahim dikalangan warga sekolah dan pihak komuniti tempatan Membersih dan membaikpulih taman herba dan teratak ilmu sekolah Memupuk rasa tanggungjawab dan kebersamaan dikalangan warga sekolah SK Kem Kabota dan komuniti tempatan Memberi kesedaran kepada cara hidup sihat dan menjaga aspek keselamatan dalam diri murid

KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6, guru-guru SK Kem Kabota serta komuniti tempatan.

TARIKH PROGRAM6hb Jun 2013 (Sabtu)

LOKASI SASARAN Taman Herba Sains Teratak Ilmu Kolam Ikan Bangunan Terbiar

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Tuan Haji Mohd Aminullah Bin Nasir

Naib Pengerusi 1:Puan Lia Sambea

Naib Pengerusi 2:Cik Salmah Mahmud

Naib Pengerusi 3: Puan Riah Ali

Setiausaha: Cik Farrahnaz Syezadiah Md Husin

Bendahari:Cik Chin Kin Len

Penyelaras Program:En Arrifin Edin

Ahli Jawatankuasa Peralatan : En Amin Sunari

Ahli Jawatankuasa Jamuan : Puan Engku Radziah Engku Ahmad

Ahli Jawatankuasa Disiplin : En Amran Abdul Aziz

TENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

07.30 pagiBerkumpul di Tapak Perhimpunan

07.40 pagiTaklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi

08.00 pagiGotong Royong bermula

10:30 pagiBerkemas/membersihkan alatan/diri

10.45 pagiRehat

11.05 pagiJamuan

12.05 tengahariBersurai

PEMBAHAGIAN KAWASANTaman Herba SainsTeratak IlmuKolam IkanBangunan Terbiar

1. Guru-guru Sains (Ketua)2. Ahli Kelab Sains dan Matematik berserta keluarga3. Guru-guru Pendidikan Seni Visual4. Ahli Kelab PSV beserta keluarga5. Guru-guru Kemahiran Hidup (Ketua)6. Ahli Kelab Kemahiran Hidup beserta keluarga7. Guru-guru Bahasa Melayu (Ketua)8. Ahli Kelab Bahasa Melayu beserta keluarga

ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAHARGA

1Peralatan1.1 Cat (RM25 x 10)1.2 Papan1.3 Paku1.4 Ikan pelaga (RM 2.00 x 20)RM 250.00RM 300.00RM 50.00RM 40.00

2.Jamuan2.1 Sarapan (RM 3.00 x 100)2.2 Makan Tengahari (RM 5.00 x 100)RM 300.00RM 500.00

JUMLAHRM 1440.00

PENUTUP

Gotong-royong ria yang julung kali diadakan ini diharap dapat memberi impak yang besar dalam kebersihan, keselamatan dan keindahan sekolah SK Kem Kabota. Diharap juga agar nilai tanggungjawab dan kerjasama dapat dipupuk dalam diri murid. Di samping itu juga, penglibatan komuniti tempatan iaitu warga Kem Kabota beserta keluarga murid dalam meningkatkan nilai keselamatan dan kebersihan sekolah amatlah dihargai.