kertas kerja gotong royong perdana 2015
DESCRIPTION
Kertas Kerja Gotong RoyongTRANSCRIPT
SMKA TUN AHMAD ZAIDIJAWATANKUASA PROGRAM 4KKERTAS KERJAPROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2015
PendahuluanSekolah akan mengadakan Program Gotong Royong Perdana sesi 2015 .Murid bersama-sama guru akan membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan SMKA Tun Ahmad Zaidi di samping bantuan daripada ibu bapa.
1.0 Objektif1.1 Merapatkan silaturrahim di antara guru, murid dan ibu bapa SMKA Tun Ahmad Zaidi.1.2 Memberi peluang kepada murid bekerjasama dengan guru dengan lebih optimum.1.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar keselamatan murid-murid terjamin lebih sewaktu belajar.
2.0 Kumpulan SasaranSemua warga SMKA Tun Ahmad ZaidiIbu bapa murid.
3.0 Rasional Menjayakan Program3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.
4.0 JustifikasiGuru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.
5.0 Lokasi CadanganKawasan sekolah SMKA Tun Ahmad Zaidi
6.0 Tarikh PerlaksanaanTarikh : 6 Mei 2015 Hari : SabtuMasa : 8.00 a.m 12.00 a.m
7.0 Kos PerlaksanaanJumlah : RM3500Sumbangan : PIBG
7.0 Struktur OrganisasiPengerusi : Pn. Affida Bt. HelmiNaib Pengerusi : En Sebri B. JuniSetiausaha : En. Asmara JoniBendahari : Salmiah Bt Samsudin (Penyelaras 4K)
Ahli Jawatankuasa :1.En. Asmara Joni - Keceriaan Bunga dan Taman2.En. Amran Abang -Keselamatan3.En. Hj. Ehwan B. Leng -Keceriaan Pokok Tanaman4.Pn. Dariah Sabli -Kebersihan dan Keceriaan Tandas5. Pn. Norazizan Batni - Keceriaan Bangunan sekolah6. Cik Norafizah Dollah - Program Kitar Semula
8.0 Tentatif Program :MASAAKTIVITI
07.30 pagiBerkumpul di Dataran Ilmu
07.40 pagiTaklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
08.00 pagiGotong Royong bermula
11:00 pagiBerkemas/membersihkan alatan/diri
11.30 pagiJamuan
12.00 tengahariBersurai
9.0 PenutupProgram Gotong Royong Perdana dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari guru-guru, murid murid SMKA Tun Ahmad Zaidi serta ibu bapa. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, rumahku".
Disediakan oleh :Disahkan oleh:.(Salmiah Samsudin)(Sebri Juni)Penyelaras 4KPK HEM