kertas kerja gng kinabalu

10
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Segala Puji Bagi Allah Seru Sekelian Alam Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W. KERTAS KERJA PENUH “SEJENAK DI PUNCAK GUNUNG KINABALU 2009” PELAJAR SMK BELURAN BESTARI , DAN KELAB STAFF SMK BELURAN INSTITUSI SMK BELURAN BESTARI TUJUAN Kertas kerja ini disediakan untuk pertimbangan daripada Yang Berbahagia / Yang Berhormat Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Dato, Datin, Prof., Dr., Tuan, dan Puan 1.0 PENGENALAN alam mengejar masa dan teknologi yang semakin canggih serta dunia yang telah berubah kepada dunia globalisasi ini adalah tanggungjawab yang besar demi membentuk keperibadian serta imej pelajar pada masa ini. Oleh yang demikian , dalam merealisasikan “ Pendidikan Unggul Pencetus Kecemerlangan” kita tidak seharusnya lupa akan kesejahteraan dan kesihatan pelajar agar mereka dapat menghulurkan input- input yang positif dalam mencapai hasrat Wawasan 2020. 1

Upload: hamzah79

Post on 06-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

paper work

TRANSCRIPT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Segala Puji Bagi Allah Seru Sekelian Alam

Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.

KERTAS KERJA PENUH

SEJENAK DI PUNCAK GUNUNG KINABALU 2009

PELAJAR SMK BELURAN BESTARI ,

DAN

KELAB STAFF SMK BELURANINSTITUSISMK BELURAN BESTARITUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk pertimbangan daripada Yang Berbahagia / Yang Berhormat Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Dato, Datin, Prof., Dr., Tuan, dan Puan

1.0 PENGENALAN

alam mengejar masa dan teknologi yang semakin canggih serta dunia yang

telah berubah kepada dunia globalisasi ini adalah tanggungjawab yang besar demi membentuk keperibadian serta imej pelajar pada masa ini. Oleh yang demikian , dalam merealisasikan Pendidikan Unggul Pencetus Kecemerlangan kita tidak seharusnya lupa akan kesejahteraan dan kesihatan pelajar agar mereka dapat menghulurkan input-input yang positif dalam mencapai hasrat Wawasan 2020.

Pelajar masa kini telah berkembang menjadi satu aset yang penting untuk negara. Aset-aset yang penting ini berguna pada masa hadapan dalam menerajui negara. Kepentingan mereka tidak dapat disangkal lagi apabila mereka seiring dengan pembangunan. Mereka telah menjadi satu Role Model untuk generasi akan datang supaya dapat membentuk keperibadian generasi ini demi pembangunan dan kemajuan negara tanpa ada sebarang unsur-unsur yang negatif.

Kemajuan intelek mahasiswa dalam bidang kepimpinan telah membuktikan bahawa negara tidak ketandusan pengganti dalam kepimpinan. Dengan bakat yang sedia ada dan telah dilatih, mereka inilah yang dapat membantu pelajar-pelajar luar Bandar khususnya dalam menanam sifat atau sikap kepimpinan dalam jiwa mereka agar dapat dibentuk menjadi seorang pemimpin yang unggul.

Atas kesedaran ini, pelajar SMK Beluran Bestari dan Kelab Staff SMK Beluran ingin menyumbangkan bakti dan tenaga kepada masyarakat dan negara untuk sama-sama mengukuhkan dan memperteguhkan lagi jati diri golongan remaja ke arah visi dan misi wawasan yang murni, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, demi memertabatkan agama, bangsa, dan negara melalui program yang dinamakan SEJENAK DI PUNCAK GUNUNG KINABALU 2009

Projek yang telah dirangka ini, bertujuan untuk membina satu masyarakat pemimpin yang sihat serta cerdas minda agar menjadi seorang pemimpin yang unggul tanpa ada sebarang masalah kesihatan. Tumpuan kini adalah kepada kesihatan ideal seiring dengan kepimpinan melalui teladan diantara pelajar dengan masyarakat luar. Program ini juga merupakan satu titik permulaan bagi melahirkan pelajar yang prihatin dengan gelombang pergolakan masyarakat serta membolehkan pelajar turut terlibat bersama-sama dengan lebih aktif,kreatif dan berterusan dalam melibatkan dalam pelbagai aktiviti yang sihat.

2.0 Objektif

1. Membentuk dan melahirkan pelajar yang berketerampilan, berkemahiran, berpengalaman, berdaya saing, mempunyai kesihatan yang cemerlang serta tinggi dari masalah kesihatan dan berjiwa murni ke arah menyahut cabaran alaf baru demi merealisasikan wawasan 2020.

2. Membina imej genersai muda yang dinamis dan rasional dalam menghadapi cabaran dalam menghadapi cabaran di alaf baru bersesuaian dangan kehendak dan tuntutan agama, masa dan negara demi menjamin masyarakat yang berakhlak dan bersahsiah.

3. Mewujudkan rasa kesedaran, berkeyakinan, dan berkemampuan untuk mencapai kejayaan dari segi pengurusan dan pengelolaan projek, fizikal dan mental serta kerohanian seiring dengan kecemerlangan akademik dan sukan.

4. Mempertingkatkan disiplin diri dan mengamalkan rekreasi luar bagi melahirkan pelajar yang mahir dalam hubungan sosialisasi untuk menjana pelajar yang berkepimpinan bagi menjadi tunggak di masa hadapan seiring dengan matlamat negara mancapai wawasan.

5. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berketrampilan dalam pengajaran yang kreatif, inovatif dan memiliki nilai serta sikap professional khususnya dalam bersosialisasi untuk melahiran insan yang sihat dari aspek rohani,jasmaniah, intelek, dan emosi.

3. ANJURAN

Projek ini anjuran bersama oleh:

Pelajar SMK Beluran Bestari Dan

Kelab Staff SMK Beluran BestariDengan kerjasama :

1. Pejabat Pelajaran Negeri Sabah2. Pejabat Pelajaran Gabungan Sandakan

3. Pejabat Pelajaran Daerah Beluran

4. PIBG

5. Ibupejabat Polis Beluran

4. SUMBER KEWANGAN

1. PIBG2. Kelab Staff SMK Beluran3. Sektor-sektor swasta

4. Persendirian

5. NAMA PROJEK

Memandangkan program yang dirancang merupakan lawatan muhibbah dan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu. Maka, dengan itu jawatankuasa Program ini telah bersetuju sebulat suara untuk menamakan projek ini sebagai

SEJENAK DI PUNCAK GUNUNG KINABALU 20096. TARIKH

Kesemua program yang dirancang akan dilaksanakan selama 6 hari bermula daripada tarikh

7. PENYERTAAN

Penglibatan projek ini adalah keseluruhannya dari Pelajar SMK Beluran Bestari yang terdiri dari pelajar tingkatan 5, yang dikendalikan seramai 40 orang.

7. STRUKTUR ORGANISASI INDUK

seperti pada lampiran B

8. KEDUDUKAN KEWANGAN

seperti pada lampiran C

9. ALAMAT URUSETIA

JAWATANKUASA PELAKSANA

SEJENAK DI PUNCAK GUNUNG KINABALU2009SMK Beluran Bestari.Peti Surat 30,

90107, Beluran

Sandakan.

10. TAJAAN / SUMBANGAN

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Pelaksana Sejenak Di Puncak Gunung Kinabalu 2009 ingin memohon tajaan / sumbangan daripada pihak Yang Berbahagia / Yang Berhormat Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Dato, Datin, Prof., Dr.,Tuan dan Puan bagi menampung kos perbelanjaan. Sumbangan tersebut hendaklah melalui cek atas nama:

Segala tajaan dan sumbangan ini adalah dikecualikan daripada cukai.

Bendahari,

Jawatankuasa Pelaksana

Program Sejenak Di Puncak Gunung Kinabalu 2009

SMK Beluran Bestari11. PENUTUP

Kami daripada pelajar SMK Beluran Bestari amat berharap agar projek ini berjaya mencapai objektifnya di samping memberi maanfaat kepada semua pihak yang akan terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kami juga berharap agar projek ini mendapat kerjasama, perhatian, dan bantuan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan program-program yang telah dirancang, terutamanya sumbangan daripada, sektor-sektor swasta dan juga persendirian. Segala bentuk sumbangan, sokongan perhatian, dan kerjasama yang dihulurkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga segala perancangan yang telah pun dibuat dalam projek ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari-NYA.

Sekian, wassalam

Lampiran B- STRUKTUR ORGANISASI PROJEKMajlis Tertinggi Jawatankuasa PelaksanaPenaung

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPSI

Penasihat

Ketua Jabatan Sains Sukan

( Dr.Juslimah Bte Jani)

Pensyarah Pembimbing

Cik Nelfianty Bte Abd Razak

Pengerusi Projek

Hamzah bin Abdullah

Timb.Pengerusi 1Norazam bin Ibrahim

Timb. Pengerusi 2

Zahrul-lail bin Bostam

Setiausaha

Norlina bte Jaafar

Timb.Setiausaha

Ikha Nadia bte Hj.Md.Idris

Bendahari

Mohd Khusaini bin

KETUA BIRO

Buku Program

: Mohd Khusaini

Pengangkutan

: Mohd Asmadi bin Samdin

Makanan dan Minuman: Norliahana bte Md.NorsaniTajaan

: Ruzinorsham bin Mat Said

Sukan dan rekreasi

: Azhar bin Azes

Cenderamata

:Riswana bte Begam

Keselamatan

: Mirza Arman bin Mohammad

Pelancongan

: Fenneddy bin Judin

Lampiran C PERBELANJAAN / LAPORAN PROJEK ANGGARAN KEWANGAN

Sumbangan Universiti

RM 10,000 Sumbangan daripada pelajar ( 45x RM 300)

RM 13,500

Sumbangan Sektor Swasta

RM 6,000

Sumbangan Kementerian Belia dan Sukan

RM 5,000

Lain-lain Sumbangan

RM 5,500JUMLAH BESAR KEPERLUAN PERBELANJAANRM 40,000PECAHAN KEPERLUAN PERBELANJAANPengurusan Awal ProjekSurat menyurat

RM 200,00

Tiket penerbangan ( RM 400 x 45 orang)

RM 18,000,00Tempahan Gunung Kinabalu ( RM 150 x 45 orang)

RM 6,750,00Runcit

RM 500,00Jumlah

RM 25,450,00Publisiti

Banner program ( 2 unit)

RM 250,00

Phamplet

RM 150,00

Runcit

RM 100,00

Jumlah

RM 450,00Cenderamata

Universiti Malaysia Sabah

RM 250,00

Keluarga Angkat

RM 450,00

Sekolah Menengah

RM 200,00Runcit

RM 100,00

Jumlah

RM 1,000Pengangkutan Bas Ekspress

( RM 10 x 8 hari x 45 orang)

RM 3,600Runcit

RM 500Jumlah

RM 4,100Lain lain PerbelanjaanMakanan Peserta

(RM 15.00 x 8 Hari x 45 orang)

RM 5,400Perbelanjaan Keluarga Angkat

( 20 Keluarga x RM50 x 3 hari)

RM 3,000Runcit

RM 600Jumlah

RM 9,000

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

RM 40,000

- SEKIAN TERIMA KASIH -7