kertas kerja gerko_perkhemahan

13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, 21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT PISMP TESL 3 SEMESTER 1 / 2012 TEMPAT: TAPAK PERKHEMAHAN PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU HARI: JUMAAT - SABTU TARIKH: 20 – 21 APRIL 2012

Upload: nor-narjihah

Post on 21-Nov-2015

256 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

GERKO

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, 21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT PISMP TESL 3SEMESTER 1 / 2012

TEMPAT:TAPAK PERKHEMAHAN PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU

HARI:JUMAAT - SABTU

TARIKH:20 21 APRIL 2012

1.0 PENGENALANPerkhemahan ini adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha memberi peluang kepada guru pelatih untuk menguruskan projek mengikut procedur yang betul. Perkhemahan juga dapat mendidik guru pelatih supaya percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada guru pelatih untuk menonjolkan kemampuan diri mereka.Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama guru pelatih. Selain itu , perkhemahan ini juga dianjurkan untuk memenuhi sukatan pembelajaran mata pelajaran pengurusan gerak kerja kokurikulum (GERKO) bagi aktiviti luar bilik darjah.

2.0 NAMA PROGRAMPerkhemahan Unit TESL 3 SEMESTER 1Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

3.0 MATLAMATMatlamat utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk guru-guru pelatih mencari pengalaman dalam pengurusan projek khususnya perkhemahan. Sebagai bakal guru, kemahiran pengurusan amat diperlukan dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan di sekolah kelak. Di samping itu, peserta dapat mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari secara teori dalam kelas secara praktikal. Seterusnya, dapat menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai sesuatu yang berfaedah kepada diri, orang lain, dan alam sekitar. Aktiviti berkumpulan yang dijalankan nanti dapat menerapkan sifat hormat-menghormati sesama insan. Akhir sekali, peserta dapat memupuk semangat berdikari dalam kehidupan masing-masing serta berfikiran dan bertindak dengan lebih matang.

4.0 OBJEKTIFPada akhir program ini, para peserta akan dapat:4.1 Menguruskan projek dengan betul dan mengikut prosedur.4.2 Meninjau pelbagai jenis flora fauna yang masih terpelihara.4.3 Mempelajari kepentingan menjaga, memelihara dan memulihara alam sekitar.4.4 Menanamkan sifat cintakan alam sekitar.4.5 Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.4.6 Mewujudkan semangat kesepakatan dan kerjasama antara rakan-rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama.

5.0BUTIRAN PERKHEMAHANPerkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:I. Hari : Jumaat hingga SabtuII. Tarikh 20 dan 21 April 2011III. Tempat: Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, 21700, Kuala Berang, Terengganu.IV. Jurulatih : Jurulatih dari Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir & Pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

6.0 SASARAN PENYERTAANProgram ini adalah mensasarkan kepada guru-guru pelatih dari unit Tesl 3 Semester 1 seramai 32 orang yang terdiri daripada 15 lelaki dan 17 perempuan.

7.0 BAYARAN PENYERTAANSetiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 50 sahaja.Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:i. Aktivitiii. Makan dan minumaniii. Sewa tapak perkhemahaniv. Pengurusan.8.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A

9.0 TENTATIFRujuk Lampiran B

10.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C

11.0 PENUTUPAdalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH;

................................................( ALIA BINTI ABDUL AZIZ )Setiausaha,Perkhemahan Unit TESL 3 SEMESTER 1Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

DISEMAK OLEH;

...................................................( PUAN HAJJAH WAN HASNAH BT ABDULLAH ) Pengerusi,Perkhemahan Unit TESL 3 SEMESTER 1Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

DISAHKAN OLEH;

..( EN. GHULAM SARVER BIN MOBARAK ALI )Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUKPENAUNGEn. Ghulam Sarver bin Mubarak Ali( Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail )

PENASIHATEn. Zaharim bin Tawang(Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail )

PENGERUSIPn. Hajjah Wan Hasnah bt. Abdullah( Pensyarah Pengurusan Gerko TESL 3 Sem 1 )

JAWATANKUASA PELAKSANA

KETUA PROJEKNor Narjihah binti Muslim

PENOLONG KETUA PROJEKNur Amani binti Abdullah

SETIAUSAHAAlia binti Abdul Aziz

BENDAHARINur Hayati Binti Ruzi

KETUA PERKHEMAHANKhairun Nazirin binti Shamsuddin

PEN. KETUA PERKHEMAHANSiti Norsafura binti Zakaria

AHLI JAWATANKUASAAKTIVITI1. Aizuddin bin Rojalai2. Alimi Haikal bin Ngah @ Mohamad3. Wan Mohammad Amir bin Wan Hassan

PERALATAN1. Cheah Seng Yang2. Dinesh Nair A/L R.N. Atchuthan3. Muhammad Syauqi bin Zamry

KESELAMATAN1. Dzulkarnain bin Abdul Samat2. Hanif Hidayat bin Nor Muhd3. Aisyah Najihan binti Mat Hassan4. Amirah Husna binti Abdullah

MAKANAN DAN MINUMAN1. Mohamad Aiman bin Azizan2. Mohamad Efan Fazril bin Zahari3. Siti Idora Aisyah binti Ibrahim4. Siti Nasyahida binti Ahmad Nafri

DOKUMENTASI1. Mohamad Syuwari bin Mohd Nasir2. Chew Sook Rui

IBADAH DAN MORAL1. Mohd Fikri Haziq bin Hamzah2. Nurul Athidah binti Marizan3. Sharleena Jaelyn A/P S.Kunaratnam

PENGANGKUTAN1. Ahmad Muzakkir bin Mohamad2. Mohd Syaqil bin Hanafi3. Florina Wang Wui-Xin4. Gurpreet Kaur Khalsa

HADIAH DAN CENDERAMATA1. Patrick Sylvester Kelasi2. Munirah Nurjannah binti Ali3. Nur Sarah binti Mohd Rofiek

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAMJumaat 20 April 2012MASAPERKARA/ AKTIVITIAJK TERLIBAT

8.00 9.30 pagiBertolak ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.AJK PENGANGKUTAN

9.30 9.45 pagiDijangka tiba di Pengkalan Gawi, Tasik KenyirSEMUA

9.45 10.15 pagiTaklimat perkhemahanKETUA PERKHEMAHAN

10.15 11.15 pagiMendirikan khemahAJK PERALATAN

11.15 11.45 pagiMinum pagiAJK MAKANAN & MINUMAN

11.45 12.15 pagiPerasmian pembukaanOleh : En. Ghulam Sarver bin Mobarak Ali, Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail.AJK AKTIVITI

12.15 tghariKhidmat diriSEMUA

1.15 2.15 petangLelaki: Solat JumaatPerempuan: solat zuhur berjemaahNon-Muslim: moralAJK IBADAH

2.15 3.00 petangSantapan tengahariAJK MAKANAN & MINUMAN

3.00 4.00 petangModul perkhemahan bertajuk Kemahiran Asas Perkhemahan gajet Oleh: En. Haji Safri bin Aziz, Pen. Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru,Kampus Dato Razali Ismail.AJK AKTIVITI

4.00 5.00LDK 1 : Pertandingan Gajet Kreatif

AJK AKTIVITI & AJK PELAKSANA

5.00 6.00Petang~ Minum petang~ Solat asarAJK MAKANAN & MINUMAN

6.00 6.45 petangLDK 2 : persediaan Malam Kebudayaan 1Malaysia

AJK PELAKSANA

6.45 9.00 malamKhidmat diri~ Santapan malam~ Solat Maghrib & Isyak/ MoralAJK MAKANAN & MINUMANAJK IBADAH

9.00 9.30 malamPersediaan terakhir Malam KebudayaanSEMUA

9.30 10.30malam Malam KebudayaanSEMUA

10.30 11.00 malamKudapan malamAJK MAKANAN & MINUMAN

11.00 malamSilent zoneSEMUA

Sabtu 21 April 20125.30 6.00 pagiBangkit dari tidur, khidmat diriSEMUA

6.00 7.00 pagiSolat Subuh, tazkirah Subuh / MoralAJK IBADAH

7.00 8.00 pagiSegmen Kesihatan - senaman pagi, jogging AJK AKTIVITI

8.00 8.30 pagi Santapan pagiAJK MAKANAN & MINUMAN

8.30 11.00 pagiRonda-ronda Tasik Kenyir 1 ~ ke Santuari Gajah Sungai KetiarAJK PELAKSANAAJK KESELAMATAN

11.00 12.30 tghariRonda-ronda Tasik Kenyir 2~ ke air terjun SaukAJK PELAKSANAAJK KESELAMATAN

12.30 1.30 tghari Khidmat diri, solat Zohor / MoralAJK IBADAH

1.30 2.00 petangSantapan tengahariAJK MAKANAN & MINUMAN

2.00 3.00 petangMengemas peralatan dan membersih tapak perkhemahanAJK PERALATAN

3.00 3.30 petangPerasmian PenutupOleh: En. Zaharim bin Tawang, Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

AJK PELAKSANA

3.30 4.00 petang~ penyampaian hadiah~ sesi fotografiAJK HADIAH & CENDERAMATAAJK DOKUMENTASI

4.00 5.30 petangBerangkat pulangAJK PENGANGKUTAN

5.30 petangDijangka tiba di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.SEMUA

LAMPIRAN CANGGARAN PENDAPATANBIL.PERKARAJUMLAH

1.Bayaran peserta ( RM 50 x 32)RM 1600.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

ANGGARAN PERBELANJAANBIL.PERKARAJUMLAH

1.Sewa tapak perkhemahan ( RM 5 x 32 )RM 160.00

2.Makanan: Peserta (RM 20 x 32) Penceramah & pensyarah ( RM 50 )RM 640.00 RM 50.00

3.Cenderahati & hadiah: Hamper ( RM 10 x 15 ) Cenderahati pensyarah ( RM 150.00) Cenderahati peserta ( RM 2 x 32 )RM 150.00RM 180.00RM 64.00

4.Bayaran aktiviti: Tambang bot ( RM 10 x 32 )RM 320.00

5.Lain- lain Peralatan [ LDK/ modul ] ( RM 150 ) Ubat-ubatan ( RM 50 )RM 150.00RM 50.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHANRM 1604.00

MENU MAKANAN DAN MINUMAN*(Untuk dua hari satu malam sepanjang perkhemahan)TARIKHMENU

Jumaat, 20 April 2012 Minum pagi : Air Milo, kuih Makan tengahari : Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air oren Minum petang : Air teh, roti bun Makan malam : Nasi putih, daging goreng, sayur, air sirap

Sabtu 21 April 2012 Sarapan pagi : Air nescafe, nasi goreng, telur dadar Minum pagi : Air teh, kuih Makan tengahari : Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar, sayur