kertas kerja galah panjang

14
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL: GALAH PANJANG PPG PJK AMNILAN FEBRUARI 2012 1

Upload: farzaana

Post on 18-Nov-2015

408 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

galah panjang

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,14000 BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG.

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL:GALAH PANJANG

PPG PJK AMNILAN FEBRUARI 2012PJ/ PK/ SEJARAH

KERTAS KERJAPERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG

PESTA PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK AMBILAN 2012INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TUANKU BAINUN, BUKIT MERTAJAM.

1.0 PENGENALAN Aktiviti permainan tradisional merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara pelajar-pelajar PPG PJK Ambilan Februari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Tujuan permainan tradisional diadakan adalah untuk memupuk semangat mencintai dan menghargai permainan tradisional. Hal ini kerana permainan tradisional semakin dilupai oleh generasi muda. Selain itu, pesta ini juga berperanan untuk memupuk semangat kekeluargaan sesama pelajar. Institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran pesta ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Aktiviti ini dijalankan adalah sebagai satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara semua pelajar. Semoga aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin agar lebih rapat lagi. Selain itu, ia juga diharap dapat mengurangkan tekanan para pelajar.2.0 RASIONALRasional permainan tradisional ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan para pelajar mengetahui cara hidup masyarakat pada masa dahulu serta bagaimana mereka memenuhi masa lapang. Selain itu, ia juga membolehkan para pelajar mengetahui cara masyarakat dahulu mengeratkan hubungan sesama sendiri dan mendapatkan hiburan melalui sukan.3.0 OBJEKTIF

3.1 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar. 3.2 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.3.3 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

4.0 TENTATIF PROGRAM Tarikh: 9 Mac 2014 (Sabtu) Masa: 8.00 pagi 1.00 petang Tempat: Gimnasium IPGKTB Anggaran bilangan peserta:

5.0 KUMPULAN SASARAN Terbuka kepada semua pelajar yang mengambil mata pelajaran PJM 3106.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAANPenaung: Tn. Hj. Daud B. Md. SamanPenasihat: Cik Rosyati Bt. HussinPenyelaras: Pengerusi: Naib Pengerusi: Setiausaha: Bendahari: AJK Teknikal: AJK Persiapan : TempatAJK Pendaftaran: dan statistikAJK Kepegawaian:

7.0 PERINCIAN PERLAKSANAAN TUGASANTARIKHPERKARA

15.2.2014

16.2.2014

22.2.2014

1.3.2014

2.3.2014

2.3.2014

7.3.2014

9.3.2014Membentuk kumpulan kecilMemilih permainan tradisional untuk kumpulan kecil.

Membuat pengesahan untuk permainan tradisional masing-masing.

Perbincangan untuk membuat simulasi pemilihan permainan yang akan dijadikan permainan kelas.

Mengadakan simulasi untuk memilih permainan terbaik.

Mengadakan mesyuarat untuk pengagihan tugas masing- masing.

Mengadakan mesyuarat untuk taklimat perjalanan karnival.

Persiapan untuk karnival.

Karnival Permainan Tradisional.

8.0 TENTATIF PROGRAMRabu 9 Mac 2014

MasaAktiviti

8.00 Pagi

: Ketibaan tetamu

8.15 Pagi: Upacara perasmian1) Ucapan aluan-aluan pengacara majlis2) Bacaan doa3) Ucapan pengerusi carnival4) Ucapan perasmian pengarah5) Penyampaian cenderahati kepada pengarah

9.00 Pagi

: Acara permainan tradisional

11.30 Pagi

: Rehat

12.30 Tengah hari: Majlis penutupan: Upacara penyampaian hadiah

1.00 Petang

: Majlis bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAANBil.PerkaraKuantitiKos

1. Makanan dan minumanRm 3 seunitRm 3 14 = Rm 42.00

2. Hadiah Rm 5 seunitRm 5 6 = Rm 30.00

3. Alatan Tali raffiaTepung Rm 6 seunitRm 5 seunitRm 6 1 = Rm 6.00Rm 5 2 = Rm 10.00

4. Jumlah Rm 88 .00

10.0 SISTEM PERMAINAN10 .1 PENGHAKIMAN/PEMARKAHAN1. Johan pertandingan dikira bedasarkan ketangkasannya melepasi halangan dari pihak bertahan.2. Markah diberi jika pemain dapat melepasi dan kembali semula ke tempat permulaan.3. Bagi permainan ini markah diberi bedasarkan berikut :PerkaraMata

Peserta dapat kembali semula ke tempat permulaan.1 mata

10.2 PERATURAN DAN SYARAT PERMAINANPenyertaan 1. Permainan terbuka kepada semua pelajar semester lima yang mempunyai minor pendidikan jasmani.2. Penyertaan peserta bedasarkan pemilihan yang dibuat oleh kelas masing masing.Permainan 1. Peserta dari kelas lain akan bermain sebagai pihak penyerang, manakala penganjur bertindak sebagai pihak bertahan.2. Peserta dikehendaki terdiri daripada enam orang ahli dalam satu kumpulan. Dalam kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua kumpulan.3. Permainan berjalan selama sepuluh minit sehingga wisel dibunyikan. 4. Pihak menyerang boleh memulakan permainan semula sehingga wisel dibunyikan.Pakaian Peserta dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan berkasut sukan.

Keselamatan 1. Pemain tidak boleh mengasari mana mana pemain.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika berlakunya sebarang kecederaan.3. Keputusan pengadil adalah muktamad.Alat alat pertandinganAlatan pertandingan disediakan oleh pihak penganjur.Bantahan/rayuanSebarang bantahan boleh dikemukakan kepada pengadil selepas permainan tamat.

Belakang10.3 UKURAN GELANGGANG6 meter

KepalaHadapan9 meter

10.4 CARA BERMAIN GALAH PANJANG Dimainkan secara dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala ahli lain hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Wan to Som akan dijalankan sebelum permainan dijalankan untuk memastikan siapa yang menyerang dan bertahan dahulu. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka belari masuk ke dalam gelanggang. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti. Selamat Bermain!!!

11.0 FORMAT PERTANDINGAN1. Permainan ini dimain secara kalah mati. Dimana, peserta yang kalah tidak akan meneruskan permainan lagi.2. Peserta dari kelas lain hanya bermain sebagai pihak menyerang sahaja.

BORANG PERMARKAHANKELASMARKAH

BIBLIOGRAFIInternet Maruwiah Ahmad Permainan Tradisional Kuala LumpurPenerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Tiada nama pengarang, Galah Panjang. Dilayari pada 17.2.2014Di http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/02Tiada nama pengarang, Galah Panjang. Dilayari pada 17.2.2014Di http://www.jkkn.gov.my/ms/galah-panjangTiada nama pengarang, Galah Panjang. Dilayari pada 17.2.2014Di http://pokok2u.blogspot.com/2012/10/permainan-galah-panjang.html

1