analisis pengangkat galah (pole lifter analysis) azlan bin mohamad tj1370.a34 2008

Upload: muhammadshahr5991

Post on 20-Jul-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    1/27

    ANALISIS PENGANGKAT GALAH(POLE LIFTER ANALYSIS)

    AZLAN BIN MOHAMAD

    Laporan ini dikemukakan sebagaimemenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur &Bahan)

    Fakulti Kejuruteraan MekanikalUniversiti Teknikal Malaysia Melaka

    Oktober 2008

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    2/27

    v

    A BSTRAK

    Projek Sarjana Muda ini amat penting bagi semua pelajar yang akan mengakhirisesi pembelajaran tidak lama lagi. Justeru itu, penelitian amat penting dalam semuaaspek yang terlibat sepanjang merialisasikan subjektif projek ini. Teknologi pertaniankian hari semakin berkembang maju selari dengan perkembangan industri lain. Makatimbul satu inisiatif untuk membantu para pekerja ladang bagi mengurangkan bebankerja yang ditanggung selama ini. Terciptanya 'Pole Lifter' diharap sedikit sebanyakdapat mengurangkan tenaga yang digunakan semasa proses mengangkat galah bagikerja-kerja penuaian buah dilakukan. Beberapa kajian ilmiah dijalankan bagi mengenalpasti alternatif atau penyelesaian terbaik untuk pemasalahan ini, Hasil reka bentuk jugadiuji dengan melalui pengiraan dan analisis bagi memastikan ia memenuhi kehendakyang diperlukan dan selamat digunakan. Perisian komputer seperti solidworksdigunakan untuk membuat lukisan 2D dan 3D seterusnya digunakan untuk membuatsebarang analisis melalui lukisan tersebut. Akhir sekali proses pembuatan dilakukanuntuk mendapatkan gambaran sebenar alat yang telah dicipta.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    3/27

    VI

    ABSTRACT

    This PSM is really important especially for those students that will end theirstudy in a little while time. Therefore, detail in all aspect in the subjective of this projectmust be realized. Nowadays, technology in agriculture industry move aside with theenlarge of other industries in this country. So, become one initiative to assist workers inthe farm to decrease their energy use. Pole Lifter is produced to decrease the energy usewhile lifting pole for harvesting job. Some of literature reviews are use to identify or tofind the best way to solve the problem. The final design will be test by using calculationwhich involve some formula or analysis to make sure the design satisfy the need andsafe to use. Computer software such as Solid Works will be used to draw 2D and 3Ddrawings as use to make some depiction of the model and also use for the analysis.Lastly, manufacturing or fabrication process is carry out to make it look more clear andcan be testes as reality product.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    4/27

    BABI

    PENGENALAN

    Di dalam bab ini, akan diterangkan mengenai latar belakang projek yangmerangkumi kepentingan, objekif, skop dan ringkasan laporan projek. Kesemuanya akanditerangkan dalam sub-sub judul di bawah.

    1.1 Latar Belakang Projek

    Projek ini merupakan hasil kesinambungan kepada projek yg telah dilaksanakansemasa menjalankan latihan industri pada semester Iepas. Ia adalah hasil kerjasamadaripada penyelia dari industri Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bahagianKejuruteraan Perladangan. Semasa menjalani latihan industri, kesemua pelajar yangmenjalani latihan industri di sana dikehendaki membuat satu projek mini yang manaberkaitan dengan industri kelapa sawit khususnya dalam bidang mekanikal.

    Bagi melaksanakan tugas tersebut, satu masalah telah diambil untuk diselesaikaniaitu masalah mengangkat galah bagi pekerja-pekerja di ladang kelapa sawit. Pekerjaperlu menggunakan tenaga yang banyak untuk mengangkat galah yang digunakan untukproses pemotongan buah sawit, iaitu daripada sudut 0 hingga 90 daripada permukaantanah.

    Satu inisiatiftelah diambil bagi menyelesaikan masalah ini dengan mencipta satualat yang dapat mengurangkan beban atau pun tenaga manusia semasa prosesmengangkat galah.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    5/27

    2

    1.2 Kepentingan Projek

    Projek ini dianggap penting kcrana mengikut sejarah tcknologi terdahulu dinegara ini, masih tiada lagijalan penyclcsaian bagi masalah in i Jadi, mcnerusi projek inidiharap dapat memberi sedikit sebanyak bantuan kcpada pckerja ladang di luar sana bagimengurangkan bebanan kerja mereka.

    Sebagai kesinambungan terhadap projek latihan industri, di dalam projek sarjanamuda ini, terdapat beberapa faktor yang akan lebih dititik beratkan sejajar dengankehendak objektif dan format pihak pentadbiran dan selari dengan kursus struktur danbahan. Faktor-faktor tersebut akan diterangkan lebih terperinci dalam bab seterusnya.

    Antara kepentingan lain projek ini adalah untuk menjana idea kreatifpelajar bagimenyelesaikan masalah yang timbul disekeliling berdasarkan atau berteraskan dengansegala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari selama 3 tahun terdahulu. Projek ini amatmenekankan aspek idea kreatif bagi memilih kaedah yang sesuai dengan pelbagai faktorsampingan iaitu antaranya pengguna, kos keseluruhan, kebaikkan, kekurangan, kaedahpenggunaan dan lain-lain lagi.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    6/27

    3

    1.30bjektif

    Berdasarkan permasalahan yang wujud, diketahui bahawa setiap perkerja ladangsawit terpaksa menggunakan tenaga yang banyak untuk mengangkat galah, jadi untukmengurangkan bebanan kerja yang terpaksa dilakukan untuk menuai hasil pokok sawityang berketinggian 12 meter ke atas, satu mekanisma dihasilkan dan dikenali sebagai"Pole Lifter".

    Pole lifter adalah satu mekanisma yang akan digunakan di ladang-ladang kelapasawit bagi memudahkan pekerja-pakerja ladang sawit mengangkat galah, antara objektifyang perlu dicapai dalam membina pole lifter adalah seperti berikut:

    1. Mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan semasa mengangkat galah

    2. Menggunakan konsep mekanikal yang ringkas dan mempunyai ern-emseperti berikut:

    RinganSaiz yang kecilMudah digunakanKos pembuatan yang rendah

    3. Sesuai digunakan di semua peringkat umur pokok kelapa sawit.

    4. Mempunyai ciri-ciri keselamatan

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    7/27

    4

    1.4 Skop Kerja

    Dalam menyiapkan projek ini, skop kerja yang akan dilakukan adalah seperti :-

    1. Melakukan kajian tentang pokok kelapa sawitRupa bentuk pokokKetinggian pokok

    2. Melakukan kajian tentang galah yang digunakan di ladang.

    3. Melakukan proses reka bentuk, seperti konsep reka bentuk, reka bentukterperinci dan analisis rekabentuk dengan menggunakan perisian reka bentukkomputer.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    8/27

    5

    BAB II

    KAJIAN ILMIAH

    Kajian ilmiah merupakan satu kajian berdasarkan maklumat yang sedia adauntuk digunakan sebagai rujukan untuk sesuatu projek baru. Ia meliputi semakanterhadap kajian-kajian lepas berkenaan dengan projek yang telah dijalankan. Hasildaripada maklumat tersebut akan digunakan untuk memberi tambah nilai atau rujukanterhadap projek yang akan dijalankan. Maklumat boleh didapati contohnya daripadabuku rujukan, internet, jurnal, kertas kerja, berita dan sebagainya. Oleh itu, keaslianprojek ini akan terjamin di samping bukti-bukti atau kenyataan yang sedia ada.

    Maklumat-maklumat yang berkaitan adalah seperti berikut:

    1. Maklumat mengenai pokok kelapa sawit1. Sejarah

    11 . Ciri-ciri pokok111 . Kegunaan

    2. Maklumat mengenai galah1. Spesifikasi kegunaan galahll. Teknologi yang pernah digunakan

    111 . Jenis-jenis galah

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    9/27

    6

    IV. Kajian-kajian atau penyelidikan yang pernah dilakukanv. Penerangan

    2.1Pokok Kelapa Sawit

    Pokok Kelapa Sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palmayang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit.Pokok Kelapa Sawit Afrika, Elaeis guineensis, berasal dari Afrika barat di antaraAngola dan Gambia, manakala Pokok Kelapa Sawit Amerika, Elaeis oleifera, berasaldari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

    Pokok-pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dantumbuh melebihi 12 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah buludan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebihkurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahunmenghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiapbunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yangberisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya denganminyak. Berbanding dengan keluarganya, pokok kelapa, pokok kelapa sawit tidakmenghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    10/27

    7

    2.2 Ciri -Ciri Pokok Kelapa Sawit

    1) Daun

    Seperti tanaman palma Iainnya, daunnya mcrupakan daur: majmuk Daunberwarna hijau tua dan pelapah berwarna sedikit lcbih muda rupanya sangat mmpdengan tanaman salak, hanya saja dcngan duri yang tidak tcrlalu keras dan tajam.Gambarajah (2.1) menunjukkan contoh keratan daun pokok kelapa sawit yang manabewarna merah itu adalah bahagian tengah daun (lidi).

    Gambarajah 2.1: Keratan daun pokok kelapa sawit

    2) Batang

    Batang tanaman diselimuti bekas pelapah hingga umur 12 tahun. Setelah umur12 tahun pelapah yang mengering akan terlepas sehingga menjadi mirip dengan tanamankelapa. Namun senggat-senggat seperti yang terdapat pada gambarajah (2.2) itu terjadidisebabkan proses pemotongan pelepah semasa usia pelepah masih muda. Ia mempunyaitujuan-tujuan tertentu iaitu seperti contoh untuk menjaga proses pembesaran buah dansebagainya.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    11/27

    8

    Gambarajah 2.2: Batang pokok kelapa sawit

    3) Bunga

    Bunga jantan dan betina terpisah dan memiliki waktu pematangan berbezasehingga sangat jarang terjadi pendebungaan secara sendiri. Bunga jantan memilikibentuk lancip dan panjang sementara bunga betina terlihat lebih besar dan mekar.Gambarajah (2.3) merupakan salah satu contoh bagaimana rupa bunga kelapa sawit yangtelah menjalani proses pendebungaan.

    Gambarajah 2.3: Bunga kelapa sawit

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    12/27

    9

    4) Buah

    Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna merah kehitarnan Minyak dari buahsawit digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin Hampasnyadimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan pembuatanmakanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang.

    Buah terdiri dari tiga lapisan:

    I. Eksoskarp, bagian kulit buah berwarna kemerahan dan licin.11 . Mesoskarp, serabut buah

    111. Endoskarp, cangkang pelindung inti

    2.3 Galah

    Sejak dahulu lagi galah digunakan sebagai medium atau kaedah bagi melakukanpemotongan buah mahu pun pelepah-pelepah sawit bagi pokok yang mencapaiketinggian 10 kaki ke atas. Amalan penuaian yang baik adalah memotong tandan denganbuahnya masih terlekat dengan luka yang minimum. Biasanya alat menuai adalahsebatang galah aluminium yang dipasang dengan sabit tajam di hujungnya. Dengannyasatu tarikan saja sudah memadai untuk memotong buah tandan segar (BTS).

    Teknologi penggunaan galah ini telah dipertingkatkan prestasinya oleh parapenyelidik daripada MPOB. Pelbagai penemuan dan kajian telah dijalankan untukmendapatkan sebuah galah yang bermutu tinggi yang dapat megurangkan beban pekerjadan pada masa sarna meningkatkan hasil tuaian. Antara galah yang diperkenalkan olehpihak MPOB adalah "Zirafah pole" dan "Hi-Reach pole". Kedua-duanya mempunyaiperbezaan.

    "Zirafah pole" merupakan hasil ciptaan pertama penyelidik MPOB iaitu EncikAbdul Razak Jelani, Encik Abdul Rahim Shuib dan juga Dr Hj Ahmad Hitam. Ia

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    13/27

    10

    diperbuat daripada aluminium supaya lcbih nngan dan mcngurangkan daya untukmengendalikannya. Namun masih tcrdapat bcbcrapa kckurangan hingga memaksamereka untuk mencari jalan penyelcsaian lain

    Kesan daripada itu maka tcrciptalah "l l iuh-Rcach pole" yang mcrupak an galahyang lebih efektif dan berteknologi t inggi Walau pun ia masih tcrdiri daripada k acdahmanual, iaitu sabit masih diikat pada galah, namun ia dapat mcngurangkan beban atautenaga pekerja semasa kerja-kerja menuai at all mcmbuang pelepah. Dimensi dan rekabentuk dalaman galah ini (seperti rajah 2 I) juga berbeza daripada "Zirafah pole" bagimemastikan ia dapat mengurangkan kesan daya lenturan dan momen yang memberikesan kepada peningkatan daya angkat yang akhirnya memberi kesan kepada pekerja.

    Rajah 1.0: Keratan rentas dan dimensi "Zirafah pole"

    Bahagian bawah Bahagian tengah Bahagian atasRajah 2.1: Keratan rent as dan dimensi "High-Reach pole"

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    14/27

    11

    BahagianZirafah Hi-Reach

    maj o r min o r ratio majo r mino t ratioaxrs axis maio rirnltlClI a,a c, d',I'" rna IO t im ino r45 ,or 4 4 4 1 1 07J395 29_5 1 : 1 \ 1 1 " 1 1 2', "

    :" 1 " "I 1 .-.1 .-.1BawahTengahAtas

    Jadual I. M erupakan pcncrangan mcngcnai dimcnsi kcdua-dua jcnis galah

    HasiI daripada kajian para penyelidik ini mendapati bahawa ciri-ciri fizikaI galahmemberi kesan yang nyata ke atas produktiviti penuaian.Jadual 0 menunjukkan di managalah yang mempunyai Ienturan dan momen yang rendah didapati berupaya menuaiIebih banyak buah tandan segar (BTS) berbanding galah yang mempunyai Ienturan danmomen yang tinggi.

    2.4 Pesongan dan pusat graviti galah

    1) Pusat gravitipusat graviti galah ialah pusat bagi berat galah tersebut, pusat bagi sesuatugalah itu amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yangmenentukan daya yang diperlukan dalam proses mengangkat galah.

    2) PesonganPesongan pula adalah pesongan maksimum bagi galah apabila digantungpada titik pusat graviti galah tersebut, di mana kedua- dua hujung galahtidak bersentuhan dengan permukaan bawah. Pesongan yang tinggi akanmengakibatkan operator memerlukan daya yang banyak untukmengangkat galah. Oleh yang demikian, jika sesebuah galah itumempunyai pesongan yang rendah atau sedikit, ianya akan mudah untukdiangkat.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    15/27

    12

    Bagi mengetahui pusat graviti galah dan juga pesongan sesebuah galah,parapenyelidik dari MPOB telah menjalankan satu ujikaji pada kcdua dua galah ciptaanmereka iaitu "Zirafah" dan juga "Hi-Reach Pole" dengan mclakuk an ujian seperti rajah(2.2).

    Rajah 2.2: Gambaran untuk mendapatkan nilai pesongan galah

    Bagi mendapatkan pusat graviti dan pesongan galah, ujikaji seperti rajah 0 telahdijalankan iaitu:

    1) Pada hujung galah, telah dipasang dengan sabit.2) Galah tersebut digantung bebas sehingga galah tersebut seimbang dan kedua-dua

    hujung galah tidak menyentuh bahagian bawah(lantai).3) Bahagian galah yang dipegang kabel merupakan pusat graviti bagi galah

    tersebut.4) Kemudian ukuran pesongan pula diambil, pusat graviti dijadikan titik rujukan

    dan ukuran diambil sehingga ke bahagian hujung galah.

    Kaedah uji kaji ini dijalankan untuk kedua-dua galah, Zirafah dan "Hi-Reach". Danhasil dari uji kaji tersebut, adalah seperti graf(2.0) dan (2.1),

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    16/27

    I.ll)tkl

    Graf2.0: Grafpemesongan galah(Berat galah bersama Ikg sabit yang terletak dihujung atas galah)

    Pusat Graviti Galah (m)Graf2.1: Grafpusat graviti galah

    (Berat galah bersama 1kg sabit yang terletak dihujung atas galah)

    13

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    17/27

    14

    Daripada kedua-dua grafyang ditunjukkan eli alas, kita dapat Iihat bahawa galah"Zirafah" mempunyai pusat graviti dan juga pcsongan yang tinggi jika dibandingkandengan galah (Hi-Reach) X,Y dan juga Z Ini mcnunjukk an galah "Zirafah" lebih sukardiangkat berbanding dengan "Hi-Reach", operator yang mcnggunak an galah "Zirafah"akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk mcngangka: galah tcrscbut

    2.. 5 Daya Mengangkat

    Daya mengangkat adalah daya yang diperlukan oleh seseorang untukmengangkat galah. Bagi mendapatkan bacaan daya mengangkat yang diperlukan olehseseorang itu, para penyelidik MPOB telah menjalankan ujikaji seperti yangditunjukkan pada rajah.(2.3). Tetapi bagi ujikaji daya mengangkat, salah satu hujunggalah telah diikat pada satu paksi dan daya geseran telah diabaikan.

    Rajah 2.3: Gambaran untuk mendapatkan nilai daya mengangkat

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    18/27

    15

    Kaedah ujikaji1) Pada hujung galah (atas) dipasang dengan sabit yang beratnya Ikg2) Pada hujung galah (bawah) dipasang pada satu paksi tetap3) Galah tersebut dipasang dengan timbang, dan timbang itu digcrakkan dari hujung

    (atas) hingga ke hujung (bawah) sehingga galah tersebut tegak,4) Bacaan daya mengangkat diambil pada timbang dengan jarak yang seragam

    80 ...-----.--

    10+---

    70 04----- 60 04----IC)

    . l & : ::;:- 50 -f-----c:Q)E 40oEC) 30c:if 20.J -f--------

    0+--Zirafah Pole X Pole Y

    ModelGraf 2.2: Graf daya mengangkat bagi galah

    PoieZ

    Dari graf (2.2) yang ditunjukkan kita dapat lihat bahawa untuk mengangkat"Zirafah", kita memerlukan daya mengangkat yang besar berbanding "Hi-Reach". Inimembuktikan bahawa semakin tinggi pesongan dan jarak pusat graviti, semakin besardaya mengangkat yang diperlukan untuk ,mengangkat sesebuah galah.

    Tinggi Pesongan + Tinggi Pusat Graviti = Tinggi Daya Mengangkat

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    19/27

    16

    Pole's; ~ifling Force "kg)

    Pole 1. F ::= ;3~3.12ix

    where F) z: lifting for \.~ex ~ dist.ance from hi,,; {rn ,:}(' ::.:;.:orrelation coefficient

    Distance from bas: (m,'

    Rajah 2.4: Grafpemesongan galah

    Rajah (2.4)di atas menunjukkan daya mengangkat yang diperlukan olehseseorang operator untuk mengangkat galah,

    2.6 Kesimpulan kajian

    Dari hasil dari eksperimen yang dijalankan oleh penyelidik daripada MPOB, kitadapat lihat hubung kait diantara reka bentuk, pusat graviti, pesongan serta dayamengangkat.

    Setiap Rekabentuk galah mempunyai kelebihan dan kekurangannya yangtersendiri. Ini kerana rekabentuk sesebuah galah itu yang menentukan jarak pesongangalah tersebut. Sebagai contoh, kita lihat galah "Zirafah" dan "Hi-Reach" dimana "Hi-Reach" mempunyai pesongan yang rendah berbanding dengan "Zirafah". Walaupun

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    20/27

    17

    rekabentuk kedua-dua galah hampir sama, dengan hanya melakukan sedikit perubahan,ia akan memberi keputusan yang berlainan dari semua aspek.

    Garis pusat dan juga pesongan adalah salah satu aspek yang dipengaruhi olehrekabentuk, garis pusat dan juga pesongan penting kerana ianya memainkan peranandalam menentukan daya mengangkat.

    Momen lentur lkg

    L

    Rajah 2.5: Gambaran untuk mendapatkan daya mengangkat

    Dalam kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari MPOB, mereka telahmemasang sabit yang seberat lkg pada hujung galah sebelum menjalankan ujikajimereka, ianya bertujuan untuk memberikan gambaran situasi sebenar galah itudigunakan seperti rajah (2.5). Walaupun berat sabit tersebut hanya lkg, ianya memberikesan yang tinggi terhadap pesongan sesebuah galah. lni kerana pada hujung galahtersebut akan wujud satu daya yang melawan daya mengangkat, iaitu momen lentur.Semakin besar pesongan galah,ianya menunjukkan semakin besar momen lentur yangwujud pada hujung galah yang dipasang dengan sabit.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    21/27

    1 8

    2.7 Kren hidrolik

    Antara kaedah atau pendekatan yang melibatkan proses mcngangkat, terdapatbeberapa pendekatan atau kaedah yang sedia ada telah tercipta Tcrdapat pelbagaijentera dan rekaan yang mepunyai tujuan penggunaan yang sama iaitu untuk membantudi dalam proses mengangkat sebarang beban. Antara salah satu contoh jentera yangmenggunakan pendekatan ini adalah kren hidrolik.

    Kren hidrolik merupakan satu reka bentuk yang mudah dan ringkas tetapi tahapkemampuannya melangkaui tahap kebiasaan. Jentera atau mesin ini mampu mengangkatbeban yg berkali-kali ganda daripada beratnya sendiri. Sebuah kren yang beratnya 40 tanmampu mengangkat lebih kurang atau menyamai beratnya sendiri iaitu kira-kira 36,287kg.

    Gambarajah 2.4: kren hidrolik boleh mengangkat beribu-ribu kilogram dengan hanyamenggunakan konsep pemindahan daya daripada satu titik ke satu titik melalui cecair

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    22/27

    19

    Kren hidrolik merupakan salah satu konsep mekanikal yang ringkas iaitu tramisidaya daripada satu titik ke satu titik lain melalui bendalir. Kebanyakkan mesin hidrolikmenggunakan bendalir tak termampat (incompressible), iaitu bendalir yang berada padatahap ketumpatannya yang maksimum. Minyak merupakan bahan yang scringdigunakan sebagai bendalir yang menjadi medium penting bagi setiap mesin hidrolik

    Di dalam sistem hidrolik ringkas, apabila omboh menolak bendalir (rninyak ) kesesuatu arah, bendalir tersebut akan memindahkan kesemua daya yang telah dikenakandaripada omboh tersebut kepada omboh yang lain. Ini bermakna berlaku pemindahandaya daripada satu omboh (asal) ke omboh lain. Pam hidrolik pula berfungsi unukmenghasilkan tekanan yang akan menggerakkan omboh. Rajah (2.6) dan (2.7)menunjukkan bagaimana situasi itu berlaku.

    Simple Hydraulic SystemApplyForce

    Rajah 2.6: Keratan rent as bagaimana sistem hidrolik berfungsi apabila daya dikenakan

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    23/27

    20

    .Apply IForce?

    Rajah 2.7: Keratan rentas bagaimana sistem hidrolik berfungsi selepas daya dikenakan

    Gambarajah 2.5: Penggunaan kaki penyokong bagi mengimbangi kren ketika prosesmengangkat

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    24/27

    21

    Gambarajah 2.6: Kren sedang mengangkat sebatang pokok secara menegak

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    25/27

    22

    2.8 Perbincangan dan kesimpulan

    Setelah diteliti cara penggunaan, spesifikasi alatan dan jcntcra, saiz dansebagainya, penggunaan kren hidrolik sebagai alternatif penyelesaian masalah adalahtidak memenuhi kehendak objektif

    Masalah boleh timbul apabila melibatkan saiz kren yang besar menyebabkankesukaran untuk ia bergerak terutam berada di dalam ladang yang permukaan tanahnyayang tidak rata. Tambahan pula dengan terdapatnya pelepah daun kelapa sawit yangmerimpun dan saling berdekatan antara satu pokok dengan pokok yang lain.

    Konsepnya yang menggunakan konsep bendalir juga tidak difikirkan sesuaidigunakan. Ini kerana ia bakal rnenggunakan kos yang tinggi dan penelitian dalam setiapreka bentuk adalah tinggi. Reka bentuk berasaskan prinsip mekanikal ringkas tidak akanterlaksana jika konsep ini digunakan.

    Sebagai kesimpulan, adalah tidak sesuai untuk rnenggunakan kaedah ini untukmenyelesaikan masalah. Namun ia boleh dijadikan sebagai sumber rujukan ataupencetus idea untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang tepat.

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    26/27

    23

    BAB III

    KAI< :I)AH KAJ IAN

    Bab ini akan menerangkan kacdah kajian yang akan dijalankan. Ia merupakansatu penerangan tentang kaedah atau cara penyelesaian yang ingin dilakukan untukmenyelesaikan masalah ini. Terdapat pclbagai kaedah atau pendekatan yang bolehdilaksanakan. Namun yang penting kaedah tersebut hendaklah mampu untukmenyelesaikan masalah dengan betul.

    Tujuan penerangan tentang kaedah kajian yang ingin digunakan adalah untukmemberi idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Pada masa sama, ia dapat membantumemberi panduan tentang perkara yang harus dilakukan dalam setiap proses yang akandilakukan.

    Terdapat beberapa jalan penyelesaian atau kaedah yang boleh digunakan untukmenyelesaikan masalah ini. Namun untuk projek ini, kaedah yang dipilih adalahberdasarkan pendekatan atau cadangan yang datangnya daripada sumber bukuEnginering Design seperti yang terdapat pada rajah (3.0)

  • 5/17/2018 Analisis Pengangkat Galah (Pole Lifter Analysis) Azlan Bin Mohamad TJ1370.A34 2008

    27/27

    3.1 Proses Rekabentuk

    Reka bentuk semula lelaran

    24

    Perumusanmasalah

    Spesifikassi reka bentuk

    Menjanaalternatif

    Kesemua aIternatif

    Analisa

    Keboleh mungkin altenatif

    Penilaian

    1 PembuatanRajah 3.0: Proses reka bentuk