kertas kerja cmp
TRANSCRIPT
TUGASAN KUMPULAN
PENYEDIAAN KERTAS KERJA
NAMA : 1)FATHIN FARAHANIM BINTI YA’ACOB
D20142069269
2)SITI NUR SUZIANA BINTI ZAKARIA
D20142069268
SUBJEK : PENGURUSAN KOKURIKULUM (CMP2011)
NAMA PENSYARAH : ENCIK ANIZAN BIN MD NOOR
ANJURAN
PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL
KERJASAMA
PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEMPAT
PENJARA KAJANG
TARIKH
9 MEI 2015, SABTU
1.0 PENGENALAN
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PENJARA KAJANG
P.Program : Fathin Farahanim Binti Ya’acob
No. Tel : 0145237537
Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-
mata. Terdapat pelbagai cara untuk mempelbagaikan proses pembelajaran, misalnya
melalui penyertaan aktiviti-aktiviti di luar kelas yang boleh mendorong para pelajar untuk
menimba sesuatu pengalaman yang baru dan merasai sendiri suasana yang sebenar,
bukan berdasarkan teori yang dipelajari semata-mata. Pengalaman yang mereka lalui
akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan para pelajar. Bagi subjek Pendidikan Moral,
penekanan diberikan dalam membentuk satu sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-
prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan. Moral juga bersifat praktikal
kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang perlu dihayati
dalam kehidupan bermasyarakat.
2.0 TUJUAN
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengalaman baru kepada
mahasiswa dan mahasiswi Pendidikan Moral. Program lawatan sambil belajar ini dapat
memberi peluang kepada para pelajar untuk mengkaji, menganalisis dan membuat
perbandingan daripada apa yang mereka lihat dan pelajari sepanjang program
berlangsung. Lawatan ke penjara dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
memahami secara mendalam lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral.
Moral itu sendiri bermaksud sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan
mempersoalkan pelbagai isu yang berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku
berdasarkan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan
atau tidak dalam satu-satu keadaan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Dapat memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk melihat dengan
lebih dekat dan memahami kehidupan di penjara.
3..2 Dapat menggalakkan pelajar untuk memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia disamping mewujudkan keinsafan dalam diri pelajar
untuk memahami realiti sebuah kehidupan.
3.3 Dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan yang sebenar
sebagai penghuni penjara bagi meningkatkan amalan budi pekerti mulia.
3.4 Dapat membuat perbandingan mengenai perbezaan antara kehidupan dunia luar
dan kehidupan di dalam penjara.
3.5 Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri, keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar.
3.6 Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral dan
perlakuan moral dalam mebuat sesuatu pilihan dan keputusan yang selaras
dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
4.0 RASIONAL
Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk
merasai sendiri kesukaran hidup sebagai penghuni penjara. Secara tak langsung, ia akan
memberi impak yang besar kepada pelajar iaitu memberi kesedaran kepada pelajar
tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang
berkualiti dan berintegriti terhadap pelajaran.
5.0 PENGANJUR
Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris
6.0 PESERTA
Seramai 60 orang peserta yang akan mengikuti program lawatan sambil belajar ini. Para
peserta adalah terdiri daripada 40 orang pelajar semester satu pendidikan moral dan
20 orang pelajar yang mengambil minor pendidikan moral.
7.0 FASILITATOR
Fasilitator adalah terdiri daripada lima orang pensyarah pendidikan moral yang akan
mengiringi para peserta sepanjang program ini berlangsung.
8.0 PERLAKSANAAN
Tarikh : 9 Mei 2015 (Sabtu)
Tempat : Penjara Kajang
Masa : 7.00 pagi – 11.00 malam
9.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.00 pagi - Berkumpul di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) untuk sesi pendaftaran
peserta
7.30 pagi - Sarapan pagi
8.00 pagi - Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang
11.00 pagi - Tiba di penjara Kajang
- Diberi taklimat ringkas oleh pegawai yang bertugas
11.30 pagi - Rehat/kudapan
12.00 pagi - Menonton tayangan video
12.30 t/hari - Melawat sekitar kawasan penjara (tempat dijatuhi hukuman, bilik kurungan)
1.30 t/hari - Makan tengah hari dan solat
2.30 petang - Sesi motivasi oleh penghuni penjara yang bakal keluar setelah hampir tamat
tempoh tahanan yang dikenakan
4.00 petang - Melihat hasil kraftangan yang dihasilkan oleh penghuni penjara Kajang
5.00 petang - Penyampaian cenderahati
6.00 petang - Makan malam, rehat, solat
8.00 malam - Bertolak balik ke kolej KHAR
11.00 malam - Tiba di perkarangan kolej KHAR
10.0 AJK INDUK
Penasihat : Dr Abdul Munir bin Ismail
Pengerusi : Mohd Farid bin Ismail
Naib Pengerusi : Nur Amalina binti Romlee
Pengarah Program : Fathin Farahanim binti Ya’acob
Setiausaha : Siti Nur Suziana binti Zakaria
Bendahari : Wan Nur Atikah binti Wan Obaidillah
AJK : Nur Nabila binti Mohd Ali
: Faizol bin Hamid
: Erhan Mustaqim bin Johari
11.0 AJK KERJA
Ketua Rombongan : Dr Tan Bee Piang
Fotografi : Mohd Salleh bin Ya’acob
Kuiz : Puan Noor Anita Razak
Kecemasan : Encik Najmi bin Azman
Makanan : Nur Farhana binti Abdullah
12.0 KEWANGAN
12.1 PENDAPATAN :
Peruntukan Unit Kokurikulum = RM 800.00
Yuran penyertaan pelajar ( RM 20.00 X 60 orang) = RM 1,200.00
JUMLAH = RM 2,000.00
12.2 PERBELANJAAN :
Bayaran pengangkutan = RM 320.00
Makanan :
a) Sarapan ( RM 2.00 X 60 orang ) = RM 120.00
b) Kudapan ( RM 1.00 X 60 orang ) = RM 60.00
c) Makan tengahari ( RM 4.00 X 60 orang ) = RM 240.00
d) Makan malam ( RM 3.00 X 60 orang ) = RM 180.00
Cenderahati penjara = RM 50.00
Kecemasan = RM 100.00
Topi dan T-shirt ( RM 15.00 X 60 orang ) = RM 900.00
Edaran borang penyertaan ( RM 0.20 X 60 orang ) = RM 30.00
JUMLAH = RM 2,000.00
13.0 PENUTUP
Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda pelajar disamping
memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak
kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik, sama ada berpunca daripada
kesilapan mereka sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.
Disediakan oleh : …………………………..
(Siti Nur Suziana Binti Zakaria)
Setiausaha Persatuan Pendidikan Moral,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Disemak oleh : …………………………….
(En. Anizan Bin Md Noor)
Tenaga Pengajar,
Kursus Pengurusan Kokurikulum Kumpulan D,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Diperakukan oleh : …………………………
(Mohd Yahya Bin Mohd Yusri)
Penyelaras,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Diluluskan oleh : ………………………….
Dr Abdul Munir Bin Ismail
Penasihat,
Persatuan Pendidikan Moral