kertas kerja cergasthon
DESCRIPTION
kertas kerja cergasthonTRANSCRIPT
CERGASTHON SK TAMAN DESA 2014
KERTAS KERJA HARI CERGASTHON 2014SK TAMAN DESA
1.0 PENDAHULUAN
Pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang terbentuk dari gabungan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan itu, Sekolah Kebangsaan Taman Desa (SKTD)mengambil peluang ini untuk mengadakan satu karnival kecergasan sukan dalam usaha membentuk dan membina insan yang seimbang intelek dan rohani. Program ini akan dilaksanakan secara permuafakatan antara ibu bapa dan pihak sekolah, secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekitar. Justeru, program yang dinamakan Hari Cergasthon 2014 telah dirancang dengan pelbagai aktiviti kecergasan dan permainan berteraskan sukan, gerai jualan, cabutan bertuah dan banyak lagi aktiviti menarik bagi memeriahkan Hari Cergasthon ini dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan.
2.0 OBJEKTIF
Pihak sekolah mengharapkan objektif berikut tercapai melalui program ini;
2.1 Menambah sumber kewangan bagi mengisi tabung PIBG sekolah;
2.2 Mencari sumber kewangan bagi mengisi tabung Badan Kebajikan Staf (BKS)
2.3 Mencari sumber kewangan untuk menjayakan aktiviti dan keceriaan sekolah;
2.4 Melahirkan murid yang cergas dan sihat dari segi fizikal dan mental;
2.5 Membentuk dan membina modal insan yang cemerlang akademik dan sahsiah;
2.6 Memupuk semangat kerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan dalam kalangan ibu bapa, murid, guru dan warga sekolah yang lainnya.
3.0 TEMA
“CERGAS SAHSIAH DAN MINDA PEMANGKIN GENERASI UNGGUL 1 MALAYSIA"
CERGASTHON SK TAMAN DESA 2014
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Desa(SKTD)
4.2 Guru-guru dan staf sokongan SKTD
4.3 Ibu bapa dan penjaga
4.4 Murid-murid dan guru di sekolah yang berhampiran SKTD
5.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
5.1 14 Julai 2014 (Isnin)
Majlis Perasmian Hari Cergasthon SKTD 2014 serta memberi dan mengagihkan kad kutipan derma kepada semua murid , guru SKTD dan guru sekolah berhampiran, sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Pejabat Pendidikan Daerah serta Jabatan Pendidikan Negeri
5.2 15 Julai 2014 –5 September 2014
Tempoh selama lebih kurang dua bulan diberi untuk menjalankan kutipan derma oleh guru kelas.
5.3 12 September 2014 (Jumaat)
Penyerahan dan pengumpulan semula kad kutipan derma oleh guru kelas.
5.4 2 September hingga 26 September 2014(Isnin – Jumaat)
Proses pengiraan wang kutipan derma dan pemilihan hadiah untuk kutipan tertinggi.
5.5 27 September 2014 (Sabtu)
Hari Cergasthon SKTD 2014
6.0 TEMPAT PELAKSANAAN
Pekarangan SKTD, Dewan Terbuka dan padang SKTD.
CERGASTHON SK TAMAN DESA 2014
7.0 ATUR CARA PROGRAM
7.30 pg – 8.00 pg : Pendaftaran
8.00 pg – 8.15 pg : Taklimat tugasan
8.15 pg – 8.45 pg : “ CERGAS CERDAS”
8.45 pg – 10.00 pg : Stesen Permainan
- Futsal
- Bola Sentuh
- Bola Jaring
- Sepak Takraw
- Tarik Tali
10.00 pg – 11.00 pg : Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmian
11.30 pg – 12.30 tgh: Penyampaian Hadiah
12.30 tgh – 1.00 tgh: Majlis Penutup
1.00 tengah hari : Bersurai
8.0 PENGAGIHAN STESEN PERMAINAN
8.1 STESEN 1 : FUTSAL
8.2 STESEN 2 : BOLA SENTUH
8.3 STESEN 3 : BOLA JARING
8.4 STESEN 4 : SEPAK TAKRAW
8.5 ACARA KEMUNCAK : TARIK TALI
CERGASTHON SK TAMAN DESA 2014
9.0 JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK:
Penasihat : EN ZULKIPLI SHAEKH. MOKSIN (YDP PIBG SKTD)
: EN MAZLAN BIN BAHARI (Guru Besar SKTD)
Pengerusi I : DR. IR. JUMAT AHMAD (Naib YDP PIBG)
Pengerusi II : EN HAIRMEE BIN MD NOOR (GPK Kokurikulum SKTD)
Setiausaha : PN SYAHIDA BT MOHAMED MOKHTAR (Setiausaha PIBG)
NaiB S/Usaha : PN MARYANA BT ISHAK
Bendahari : PN MAHNUN BT MOKHTAR (Bendahari PIBG)
JAWATANKUASA KERJA DAN PERSIAPAN
BIL JAWATANKUASA SENARAI TUGAS
1
Sambutan dan Protokol
En Zulkipli Sh. Moksin Dr. Ir. Jumat Ahmad Pn Salina Bt Othman Pn Siti Hadalyhton Bt Mokhtar En Hairmee bin Md Noor
Sambutan tetamu khas dan ibu bapa
2
BukuProgram
Cik Najwa bt Basorudin Pn Wan Nur Izyan bt Wan Mohd Noor
Menyediakan buku program Mencetak dan mengedarkan buku program
3
Pendaftaran
Pn Rohaya Md Piah Pn Mangayarkarasi a/p Vellayan En Nordin Hj Sabli En Azhar Mohamed Tahir
Menyediakan meja dan borang pendaftaran. Menguruskan pendaftaran ibu bapa dn guru
4 Hiasan Pentas dan dewan/ Gimik Perasmian
Pn Che Wan Aidah En Zamani Mohd Yusof Pn Roslawati bt Abd Rani
Menghias pentas dan dewan Menyediakan gimik perasmian. Mengemas semula pentas setelah selesai majlis.
CERGASTHON SK TAMAN DESA 2014
Cik Asmah bt Bah Dindip Cik Hong Hup Siew
5
Persediaan & Alatan
Ustaz Alir Fisthoaniq bin Eusof Shaiful Zalizan bt Arpi En Zakir@Ismail bin Mohamed En Wan Ruhidanvila bt Abdullah
Menyediakan kerusi, meja untuk VIP, AJK PIBG, guru dan tetamu/ibu bapa.
Menyediakan alatan yang diperlukan untuk aktiviti
6
Jurugambar/ Dokumentasi
En Zakuan bin Yunus En Shankar Ganesh Mudaliar a/l T.
Thayalan Cik Murni Wati bt Sulaiman
Menyediakan dan memastikan kamera berfungsi dengan baik.
Mengambil gambar semasa acara berlangsung mengikut keperluan dan kesesuaian.
Menyediakan dokumentasi
7
Promosi
En Zulfadli bin Ab Rahim Ustaz Alir Fisthoaniq bin Eusof Pn Roshayu bt Abd Hamid
Membuat promosi di sekolah berhampiran Mengedarkan pamphlet kepada penduduk
setempat Membuat promosi melalui radio
8
Sumbangan/Derma
Pn Ezlewani bt AlihanPn Maryanna Bt Ishak
Mengedarkan kad Derma Memungut semula kad derma
9
P.A Sistem / Siaraya/Banner
En Sobri bin Suib En Rizal bin Latif
Menyediakan ‘banner’ Mesyuarat Agung dan menggantung di pagar sekolah seawal seminggu sebelum Mesyuarat berlangsung.
Menyediakan alatan siaraya dengan lebih awal sebelum majlis berlangsung.
Memastikan cd/muzik dan semua alatan berfungsi
Mengemas alatan setelah tamat majlis.
10
Makanan & Minuman VIP
Cik Che Esah bt Mat Amin Pn Nor Rusita bt Nordin Pn Chia Kiat Lee Pn Tuminah bt Mespan En Mad Liza Bin Arshad
Menguruskan penyediaan jamuan untuk VIP Menyediakan tempat untuk jamuan VIP Mengemas semula tempat setelah selesai majlis Menguruskan tempahan makanan seperti
membungkus dan mengedarkan kepada guru dan tetamu.
11
Disiplin dan Keselamatan
Pn Rohani Bt Md Desa Pn Massuriani bt Masrom Pn Nik Nurul Azlina bt Nik Mad Daud
Memastikan disiplin keselamatan murid terjamin Menghubungi sekolah berhampiran untuk
memohon bantuan St John atau PBSM semasa majlis
12 Cenderahati / Sijil
Cik Revathi a/p Karunanithi Pn Chew Hsio Wen Pn Suhaibatul Aslamiyah bt Haris
Menyediakan hadiah kepada perasmi Menyediakan cenderahati kepada AJK PIBG Menyediakan sijil kepada AJK PIBG. Menguruskan hadiah, cenderahati dan sijil semasa
majlis berlangsung.
CERGASTHON SK TAMAN DESA 2014
Mengemas dan menyimpan semula peralatan hadiah seperti dulang dan alas meja
13Bacaan Doa
Ustaz Zakir @ Ismail bin Mohamed
Menyediakan teks doa yang bersesuaian dengan majlis.
Membacakan doa sebelum majlis bermula.
14
Juruacara
Ustaz Wan Shahrin bin Wan Mohamad
Menyediakan skrip/ teks untuk majlis mengikut aturcara yang dirancang.
Mengacarakan majlis Menyampaikan pengumuman sekiranya ada.
15
‘Backdrop’ Dewan/ Persembahan Multimedia
Saiful Nihar bt Mohd Taib
Menyediakan ‘backdrop’ pentas. Menyediakan persembahan multimedia aktiviti
JAWATANKUASA STESEN PERMAINAN:
STESEN 1 : FUTSAL : En Zulfadli bin Ab Rahim
STESEN 2 : BOLA SENTUH : Saiful Nihar bt Mohd Taib
STESEN 3 : BOLA JARING : Pn.Wan Nur Izyan Bt Wan Mohd Noor
STESEN 4 : SEPAK TAKRAW : En Rizal bin Latif
ACARA KEMUNCAK : TARIK TALI :Ustaz Zakir @ Ismail bin Mohamed
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA ANGGARAN
(RM)
1 Hadiah Perasmi 100.00
2 Makanan & Minuman (Murid,Guru, Peserta, Vip) 1000.00
3 Jamuan Makan (Mesyuarat) 150.00
4 Peralatan 1000.00
5 Cetakan Kad Kutipan (Dakwat, Kertas, Dll) 1500.00
CERGASTHON SK TAMAN DESA 2014
6 Perbelanjaan Runcit 500.00
7 Bayaran Audit 500.00
8 Hadiah Cabutan
Kutipan Terbanyak Individu (1-3)
Kutipan Terbanyak Kelas (1-3)
Kutipan Terbanyak Guru (1-3)
Cabutan Bertuah (15 Orang)
2000.00
JUMLAH 6750.00
11.0 ANGGARAN PENDAPATAN
11.1 JUMLAH KAD KUTIPAN = 1000 KEPING
1000 KPG x RM 100 =RM 100,000.00
11.2 SUMBANGAN DAN DERMA IKHLAS
RM 2500.00
12.0 AGIHAN PENDAPATAN
12.1 Tabung PIBG Sekolah 60 %
12.2 Tabung Kebajikan Staf SKTD 25%
12.3 Tabung Kebajikan Murid 15 %
13.0 PENUTUP
Dengan terlaksananya program Hari Cergasthon 2014 ini diharapkan dapat memupuk dan membina keyakinan diri murid dalam bidang sukan dan kecergasan di samping mengeratkan lagi silaturahim dan perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat sekitar sekolah serta memupuk semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja serta mencapai objektif yang disasarkan.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,
……………………………………….. ……………………………………
CERGASTHON SK TAMAN DESA 2014
(SYAHIDA BT MOHAMED MOKHTAR) (HAIRMEE B MD NOOR) Setiausaha Cergasthon GPK Kokurikulum SKTD
Disahkan Oleh,
……………………………………. …………………………………….(MAZLAN BIN BAHARI) (EN ZULKIPLI B SHAEKH MOKSINGuru Besar SKTD Yang Di Pertua PIBG SKTD
Permohonan : Disokong / Tidak Disokong :
Ulasan : ______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
Nama : _________________________________
Tandatangan : _________________________________
Jawatan : __________________________________
Tarikh : __________________________________
SK TAMAN DESAJALAN DESA UTAMA
58100 KUALA LUMPUR
CERGASTHON SK TAMAN DESA 2014
Anjuran :
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK TAMAN DESA