kertas kerja bowling amal tanpa belanjawan

7
Program Boling Marathon Amal 1 Malaysia - PIBG SKTU KERTAS KERJA PROJEK PROGRAM BOLING MARATHON AMAL 1 MALAYSIA - PIBG SKTU ANJURAN: PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI DENGAN KERJASAMA; COMMUNITY POLICING TAMAN UNIVERSITI INDAH & IBUPEJABAT POLIS DAERAH SERDANG KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Upload: mohd-hazril-harun

Post on 10-Nov-2015

165 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

BOWLING

TRANSCRIPT

Program Kayuhan Sihat 1 Malaysia

Program Boling Marathon Amal 1 Malaysia - PIBG SKTU

KERTAS KERJA PROJEK PROGRAM

BOLING MARATHON AMAL 1 MALAYSIA - PIBG SKTU

ANJURAN:PERSATUAN IBU BAPA & GURUSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI

DENGAN KERJASAMA;COMMUNITY POLICING TAMAN UNIVERSITI INDAH &IBUPEJABAT POLIS DAERAH SERDANGKEMENTERIAN DALAM NEGERI

Pengenalan

Boling Marathon Amal 1 Malaysia - PIBG SKTU merupakan 1 program memberi sumbangan sambil beriadah. Program ini juga untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalankan cara hidup sihat bersenam dengan cara mudah dahulu tanpa memaksa melakukan senaman yang berat. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan ingin melihat rakyat Malaysia yang sihat.

Program ini dijalankan bagi mengubah cara bukan sahaja memberi sumbangan amal tapi sambil beriadah dapat merapatkan lagi hubungan sesama masyarakat khususnya hubungan Ibu Bapa murid-murid dan Guru-guru sekolah. Secara tidak langsung membantu baikpulih dan membangunkan Prasarana Sekolah khususnya.

Objektif Program

1. Merapatkan lagi hubungan silaturahim dan muafakat masyarakat berbilang bangsa seterusnya mengukuhkan lagi perpaduan rakyat 1 Malaysia.

2. Merapatkan lagi hubungan dan permuafakatan Ibu Bapa murid-murid dan Guru-guru Sekolah khususnya.

3. Menjana dana tabung PIBG SKTU bagi Pembangunan dan baikpulih Prasarana sekolah.

4. Mengalakkan masyarakat beriadah bersama keluarga dengan menjalani hidup yang sihat.

5. Menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti fizikal dengan beriadah menjadikan rakyat sihat ceria.

6. Menghargai kesihatan diri dan keluarga tercinta.

SENARAI PROJEK PEMBANGUNAN DAN BAIK PULIH PRASARANA SEKOLAH

1. Pembinaan surau SKTU.

2. Pembinaan tandas baru bagi menampung pertambahan murid.

3. Baikpulih pejalan kaki murid.

4. Membina kerusi tempat menunggu murid-murid di hadapan sekolah.

5. Mengecat laluan pejalan kaki murid-murid.

6. Gotong royong baikpulih kelas murid.

7. Pembinaan pintu masuk kedua dan laluan berbumbung ke blok bangunan sekolah.

8. Pemasangan cctv di tempat murid menunggu bas dan sekitar kawasan sekolah.

9. Membaik pulih sistem pendawaian elektrik di dalam kelas dan bilik- bilik khas.

10. Memasang penutup longkang di sekeliling kawasan sekolah.

KUMPULAN SASARAN1. Semua ibu bapa, penjaga dan murid sekolah-sekolah sekitar kawasan Petaling.

2. Kumpulan-kumpulan NGO, persatuan penduduk.

3. Para remaja, belia dan pelajar dari sekitar kawasan Parlimen Serdang.

4. Semua masyarakat berbilang bangsa.

5. Badan-badan korporat, syarikat-syarikat swasta & individu dermawan.

SYARAT PERMAINAN

1. Yuran penyertaan RM50.00 setiap peserta. (Sebahagian dari yuran ini akan dimasukkan dalam tabung PIBG)

2. Program ini akan melibat 260 pasukan.

3. Setiap pasukan terdiri dari 5 peserta. (Jangkaan 1,300 orang peserta)

4. 2 Kategori Pasukan ; a) Pasukan Keluarga yang terdiri daripada 3 orang dewasa (12 tahun keatas) dan 2 orang kanak-kanak (12 tahun kebawah)b) Pasukan Terbuka (tiada had umur)c) 160 pasukan Keluarga dan 100 pasukan Terbuka.

5. Setiap peserta 3 set permainan boling.

6. Kiraan mata tertinggi kategori individu & pasukan.

7. Hadiah tempat pertama hingga ke tiga setiap kategori.

8. Hadiah Cabutan Bertuah, Peserta Misteri, Kategori Selfie & Wefie #bolingamalpibgsktu , Guru & Ibubapa sporting DLL.

9. Setiap peserta akan dibekalkan 1 helai baju T & Cenderahati.

10. Cabutan undi pasukan akan diadakan 1 hari sebelum tarikh Program dijalankan.

11. Tarikh tutup penyertaan 1 minggu sebelum program.

12. Setiap yuran penyertaan hendaklah dibayar kepada PIBG SKTU.

Tarikh dan masa Program

Tarikh:22 Mei 2015 ( 8.00 p.m) hingga 23 Mei 2015 (8.00 p.m)

Lokasi ProgramARL Bowling Centre, Alamanda, Putrajaya.

ATURCARA PROGRAM 22hb Mei 2015

7.30 malamPendaftaran Para Peserta & Taklimat oleh Urusetia 8.00 malamKetibaan Tetamu Jemputan dan VIP

8.15 malamBacaan Doa

Nyanyian Lagu Negaraku

Ucapan aluan oleh Guru BesarUcapan Yang Dipertua PIBG merangkap Pengerusi Program Perasmian oleh YB Dato Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri.8.45 malamGimik Perasmian oleh YB Menteri, YDP PIBG, GB SKTU & VIP. 9.00 malamPermainan Boling Marathon Bermula.

Cabutan bertuahATURCARA PROGRAM 23hb Mei 2015

5.00 petangCabutan Bertuah

8.00 malamKiraan jumlah pemarkahan

9.00 malamPengumuman Pemenang dan penyampaian Hadiah.

10.00 malamBersurai.

PENUTUPDiharapkan program ini akan dapat menjadi penyumbang kepada pembangunan prasarana sekolah yang lebih mampan demi keselesaan dan pembangunan murid-murid, guru-guru, warga SKTU serta kearah kehidupan bermasyarakat yang lebih berkat, harmonis dan sihat. Semangat perpaduan berbilang bangsa dapat menyahut seruan dan gagasan 1 Malaysia. Kerjasama semua pihak akan memastikan kelancaran program yang dirancangkan.

Disediakan oleh;Syaiful Hazreen bin Hasan NodinPengerusi Program013-3333738