adabiyat amal jamaie

62
اعيعمل ات ال اَ ي بَ دَ أTATACARA AMAL JAMAIE Ustaz Mohd Azizee b. Hasan

Upload: mohamad-ad

Post on 30-Jul-2015

2.437 views

Category:

Documents


366 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adabiyat Amal Jamaie

أدبيات العمل امجلاعيTATACARA AMAL JAMAIE

Ustaz Mohd Azizee b. Hasan

Page 2: Adabiyat Amal Jamaie

Definisi Amal Jamaie

Amal jamaie ialah sesuatu perkara yang

diputuskan oleh jamaah yang tersusun

(munazzom) selaras dengan manhaj yang

ditentukan untuk mencapai

matlamat/sasaran (hadaf) tertentu

Page 3: Adabiyat Amal Jamaie

Ciri-Ciri Amal Jamaie

Kerja diputuskan atau dipersetujui Jamaah

Jamaah itu tersusun, berperaturan dan

bersistem (munazzom)

Kerja mengikut manhaj (manhaji)

Mempunyai matlamat yang tertentu

Page 4: Adabiyat Amal Jamaie

Dalil Amal Jamaie

بعن على بصرة أنا ومن اته قل هذه سبل أدعو إلى للاه

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata... (Yusuf: 108)

◦ Inilah Jalanku = manhaj tertentu

◦ Aku dan orang-orang yang menurutku = jamaah (qaid + jundi)

◦ Menyeru manusia = amal/aktiviti

◦ Kepada ugama Allah = matlamat tertentu

◦ Berdasarkan keterangan yang jelas nyata = manhaj tertentu

Page 5: Adabiyat Amal Jamaie

Hakikat Intima` (penggabungan)

dalam Amal Jamaie

Penggabungan Aqidi (iman, prinsip & kebenaran)

Penggabungan Masiri (penentu kesudahan diri)

Penggabungan berdasarkan keyakinan dan kejelasan (على بصرة )

Meleburkan kepentingan peribadi (mengutamakan keperluan dakwah)

Mengerahkan segala potensi

Memahami tujuan utama Amal Jama‟ie ialah mencapai Mardhotillah (Keredhaan Allah) bukan keredhaan manusia, riya` atau mengejar kedudukan.

Bersedia patuh dengan matlamat, wahana dan jalan kerja (toriq amal) yang digariskan Amal Jamaie dengan rela hati

Page 6: Adabiyat Amal Jamaie

Amal Jamaie yang kukuh

ان هم بن قاتلون ف سبله صفا كأنه حب الهذن

إنه للاه

مرصوص

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang

yang berperang untuk membela ugamaNya,

dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah

mereka sebuah bangunan yang tersusun

kukuh. (Saff: 4)

Page 7: Adabiyat Amal Jamaie

Amal Jamaie yang kukuh

Ikatan Pemikiran (Fikri)

◦ Dasar-dasar disepakati X salinan manusia yg

sama

◦ Neraca / tempat rujuk apabila berselisih

◦ Tajarrud dari pemikiran yg bercanggah

Ikatan Emosi („Athifi)

◦ Ukhuwwah & Kasih sayang

◦ Berlapang dada => Mengasihi saudara

sebagaimana mengasihi diri sendiri => Itsar

Page 8: Adabiyat Amal Jamaie

Amal Jamaie yang kukuh

Ikatan Organisasi (Tanzimi)

◦ Baiah

◦ Peraturan Kerja

Page 9: Adabiyat Amal Jamaie

Tatasusila Amal Jamaie

Ukhuwwah

Tsiqah

Taat

Syura (perbincangan)

Istisyarah (meminta pandangan)

Isti‟zan (meminta izin)

Indhibath (disiplin)

Sirr wa ‟Alaniah

Tanasuh (saling menasihati)

Page 10: Adabiyat Amal Jamaie

Tatasusila amal jamaie ini tidak

memberi fungsi yang baik tanpa ◦ Jamaah yang mempunyai gagasan, prinsip,

matlamat, manhaj (wahana, cara, langkah,

sistem) dan amal yang jelas dan sahih.

◦ Pemimpin yang memenuhi syarat kepimpinan.

◦ Para pengikut yang memenuhi ciri-ciri yang

diperlukan untuk menjadi batu bata kepada saf

Islam yang kukuh.

◦ Pelaksanaan tatasusila ini menurut garis

panduannya yang betul

Page 11: Adabiyat Amal Jamaie

Kepentingan Manhaj

Rujuklah sejarah pertubuhan dan bangsa,

kamu akan lihat... asas kejayaan dalam setiap kebangkitan ialah manhaj yang tertentu dan kaum yang bekerja dalam batas manhaj tersebut. Mereka tidak jemu, merasa lemah, bosan mahupun terhenti. Perkara ini jelas dalam langkah yang diambil oleh dakwah pertama Islam.

(al-Banna, Adakah Kita Kaum Yang Bekerja?)

Page 12: Adabiyat Amal Jamaie

Kepentingan Pimpinan

◦ Jamaah tidak mungkin bekerja tanpa pimpinan

yang menyusun kerja, menentukan objektif dan wahana, mengikut selia perlaksanaannya, menjadi tempat rujuk dalam perkara yang memerlukan penjelasan dan menyelesaikan mana-mana perselisihan dalam sesuatu urusan.

◦ Sekadar mana kepimpinan kuat, sedar dan

mempunyai tahap keupayaan yang baik, sekadar itulah pergerakan tepat, amal dan produktiviti berlaku dan perjalanan sejahtera. Sebaliknya sekadar mana ia lemah dan kurang upaya, sekadar itu kelewatan, lemah atau kurang mencapai objektif. (Musthofa Masyhur, al-Qaid al-Qudwah)

Page 13: Adabiyat Amal Jamaie

Kepentingan Pengikut

Jamaah tidak mungkin bekerja… tanpa pengikut yang melaksana

tugas, memperbetulkan kepimpinan, mengemukakan nasihat dan pandangan.

Oleh kerana jamaah kita mengambil peranan untuk merealisasikan pelaksanaan paling agung iaitu mengukuhkan kedudukan agama Allah di muka bumi, maka menjadi kemestian ke atas sesiapa yang rela bekerja di bawah panjinya untuk menjadi pendokong dakwah dan tentera akidah, di samping melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri asasi yang melayakkan mereka melaksanakan peranan besar ini.

Lantaran kepimpinan yang kuat tidak dapat melaksanakan tugas besar dengan pengikut yang lemah dan tidak berkelayakan. Manakala pengikut yang kuat, jika diandaikan pimpinan tidak memenuhi kriteria, sudah tentu mereka boleh memilih di kalangan mereka pimpinan yang kuat untuk memimpin mereka. (Musthofa Masyhur, al-Qaid al-Qudwah)

Page 14: Adabiyat Amal Jamaie

Kepentingan Pengikut

Lantaran kepimpinan yang kuat tidak

dapat melaksanakan tugas besar dengan pengikut yang lemah dan tidak berkelayakan. Manakala pengikut yang kuat, jika diandaikan pimpinan tidak memenuhi kriteria, sudah tentu mereka boleh memilih di kalangan mereka pimpinan yang kuat untuk memimpin mereka.

(Musthofa Masyhur, al-Qaid al-Qudwah)

Page 15: Adabiyat Amal Jamaie

UKHUWWAH

قوا ا ول تفره جمع واعتصموا بحبل للاه

(103: آل عمران)

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu

bercerai-berai;

ول تنازعوا فتفشلوا وتذهب رحكم

(46: األنفال)

Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu…

Page 16: Adabiyat Amal Jamaie

Mafhum Ukhuwwah Ukhuwwah kerana Allah adalah antara perkara paling wajib dimiliki

sesama saudara Islam secara umumnya, dan antara pimpinan dan anggota secara khusus

Ukhuwwah kerana Allah adalah

◦ Satu perkara asasi dalam agama,

◦ Satu dasar amal jamaie

◦ Satu rukun daripada 10 rukun baiah

Tahap paling rendah ialah berlapang dada dan tahap paling tinggi ialah Itsar.

Dalam suasana kasih sayang dan ukhuwwah

◦ tercapai kerjasama yang mendatangkan kebaikan kepada dakwah,

◦ terbina tsiqah yang kuat

◦ syaitan atau musuh terhalang drp merosakkan hubungan, melakukan perpecahan dan pertelagahan

Page 17: Adabiyat Amal Jamaie

Peringatan

Ukhuwwah tidak menghalang dari menyedarkan saudaranya apabila lalai, mengingatkannya apabila lupa dan memperbetulkannya apabila salah.

ا أو ه وسلهم انصر أخاك ظالم عل صلهى للاه عنه قال قال رسول للاه للاه عن أنس رضف ا ك ت إذا كان ظالم ا أفرأ أنصره إذا كان مظلوم ا رسول للاه ا فقال رجل مظلوم

لم فإنه ذلك نصره (البخاري)أنصره قال تحجزه أو تمنعه من الظ

Daripada Anas r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Bantulah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi. Seorang lelaki bertanya:

Wahai Rasulullah, saya membantunya apabila dia dizalimi. Apa pandangan kamu, jika dia yang zalim? Bagaimana saya menolongnya?

Baginda menjawab: Kamu menghalang atau menegahnya daripada zalim. Sesungguhnya itulah cara menolongnya.

Ukhuwwah tidak menghalang pimpinan memuhasabah dan menghukum kesalahan anggotanya.

◦ Kisah perang Tabuk (3 yang tidak berperang)

Page 18: Adabiyat Amal Jamaie

TSIQAH

a. Tsiqah dengan manhaj

◦ Seorang Islam tidak mungkin beramal, bergerak dan melawan hawa nafsunya tanpa dia berpuas hati dan meyakini bahawa dia membawa manhaj yang benar.

ؤمنون اس ل ك ولكنه أكثر النه ه الحق من رب ة منه إنه : هود)فل تكن ف مر17)

◦ Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.

(عمر الخطاب)نحن قوم أعزنا للا باإلسلم فمن ابتغى العزة ف غره أذله للا ◦ Kami adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang

mencari kemuliaan pada selainnya, Allah menghinanya

Page 19: Adabiyat Amal Jamaie

TSIQAH

Tsiqah kepada pimpinan

◦ Tsiqah yang saya maksudkan ialah seorang anggota menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat.

(Hasan al-Banna, Risalah Ta‟lim)

◦ Apabila sesuatu keraguan meresapi dirinya, dia hendaklah segera menghilangkannya dengan cara mendapat kepastian, bertemu dan berterus terang. Dia tidak boleh membiarkan dirinya terpengaruh dengan desas desus dan keraguan yang digembar gemburkan.

Page 20: Adabiyat Amal Jamaie

TSIQAH -Contoh Tsiqah dengan pimpinan

◦ Kisah isra` mi‟raj (Abu Bakar dan Rasulullah) Abu Bakar berkata: "Sekiranya dia (Nabi s.a.w.) berkata demikian

(tentang Isra` Mi'raj), dia telah berkata benar. Demi Allah, saya mempercayainya lebih jauh daripada itu, berkenaan perkhabaran langit yang datang kepadanya pagi dan malam.“

Kisah Abu Bakar dan Umar dalam isu memerangi golongan tak beri zakat

'Umar berkata: "Allah telah melapangkan dadaku untuk berperang apabila aku melihat Abu Bakar telah dilapangkan dadanya untuk berperang.“

◦ Kisah pemecatan Khalid oleh Umar al-Khoththob Apabila dipecat, seorang tentera berkata kepada Khalid: Sabarlah

wahai ketua, sesungguhnya ini adalah fitnah. Lantas Khalid menjawab dengan rasa tsiqah kepada khalifahnya, 'Umar: "Adapun (fitnah berlaku) semasa 'Umar hidup, tentunya tidak".

Page 21: Adabiyat Amal Jamaie

TSIQAH- Tsiqah kepada jundi (anggota)

Ia mencetuskan daya menyumbang, pengorbanan dan kreativiti.

◦ Penerimaan taubat Ka'ab bin Malik kerana jujur

mengaku salah tidak keluar berperang di Tabuk => menjadikan Kaab berjanji untuk berkata jujur selama-lamanya.

◦ Pelantikan Usamah sebagai panglima (Nabi dan

Abu Bakar mempercayai kebolehannya walaupun disanggah Sahabat lain) => peperangan yang dilakukannya disebut sejarah sebagai peperangan paling sejahtera (tidak banyak kerugian nyawa) dan paling banyak ghanimah.

Page 22: Adabiyat Amal Jamaie

Tsiqah sesama rakan seperjuangan

ا وقالوا هذا إفك ◦ ر لول إذ سمعتموه ظنه المؤمنون والمؤمنات بأنفسهم خ مبن

(12: النور) “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang

beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang

nyata”

◦ kisah hadis Ifk (fitnah kepada Aisyah) => tsiqah Ummu Ayyub terhadap Aisyah dan Sofwan.

◦ Ummu Ayyub berkata kepada Abu Ayyub: "Kalau kamu menggantikan Sofwan, adakah kamu berhasrat buruk dengan isteri Rasulullah?" Suaminya menjawab: Tidak. Ummu Ayyub berkata: "Kalau saya menggantikan 'Aisyah, saya tidak akan mengkhianati Rasulullah. 'Aisyah lebih baik daripada saya dan Sofwan lebih baik daripada kamu."

Page 23: Adabiyat Amal Jamaie

TAAT

Maksud Taat ◦ Di segi bahasa: االنقياد والموافقة(patuh dan

menyetujui)

◦ Di segi istilah: as-Syarqawi dan as-Syafie: األمر امتثال

(mematuhi arahan dan larangan) والنهي

◦ Di segi dakwah: Al-Banna:

“ Taat yang saya maksudkan ialah mematuhi arahan dan melaksanakannya dengan segera, baik di waktu senang dan susah, dalam perkara disukai dan dibenci”

Page 24: Adabiyat Amal Jamaie

Konsep Taat Taat kepada pimpinan adalah tuntutan Islam

Ketaatan individu muslim kepada pimpinan membuktikan kepatuhannya kepada arahan Allah. Kerana kepimpinan dalam Islam merupakan kuasa eksekutif atau pun pimpinan adalah kuasa eksekutif yang berusaha dan merintis jalan untuk memulakan kembali kehidupan Islam.

Ketaatan individu muslim kepada kepimpinan adalah sebahagian ketaatan kepada Allah. Menderhakainya adalah sebahagian daripada penderhakaan kepada Allah.

طع األمر فقد أطاعن ومن ومن ومن عصان فقد عصى للاه عص من أطاعن فقد أطاع للاه

(البخاري ومسلم)األمر فقد عصان

“Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Dan sesiapa yang mentaati pemimpin, sesungguhnya dia telah mentaatiku. Sesiapa yang menderhaka pemimpin, sesungguhnya dia telah menderhakaiku.”

Page 25: Adabiyat Amal Jamaie

Kepada siapa diberikan ketaatan? Wajib diberikan kepada mereka yang menguruskan urusan umat Islam

(59: النساء... )ياأي ها الذين آمنوا أطيعوا اللو وأطيعوا الرسول وأولي المر منكم “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah

kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. “

Tidak disyaratkan rupa bentuk atau keturunan

وا وإن است عمل عليكم يع عن أنس بن مالك رضي اللو عنو قال قال رسول اللو صلى اللو عليو وسلم اسمعوا وأط (البخاري)عبد حبشي كأن رأسو زبيبة

“Daripada Anas r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a..w bersabda: Dengar dan taatlah, sekalipun seorang hamba Habsyi yang kepalanya seperti buah anggur kering dilantik menjadi ketua kamu.”

Tidak disyaratkan usia tua

◦ Perlantikan Utsman bin Abi al-Ash ke atas bani Tsaqif

◦ Perlantikan Usamah bin Zaid

Page 26: Adabiyat Amal Jamaie

Sempadan ketaatan

Ketaatan kepada kepimpinan ialah selagi

mana mereka tidak menyuruh melakukan

maksiat kepada Allah.

Dalam lingkungan kemampuan (tidak

menyuruh perkara mustahil)

Page 27: Adabiyat Amal Jamaie

Tabiat Ketaatan

Bukan ketaatan membabi buta menurut kejahilan, sentimen dan menderhakai Allah dan Rasul.

Bukan tunduk menyerah takut

Bukan mengampu tamakkan sesuatu atau berkepentingan

Bukan menurut hawa nafsu dan citarasa peribadi.

Bahkan ia adalah ketaatan dengan penuh kesedaran, terpandu, bertitik tolakkan keimanan dan berasaskan suruhan syara‟ juga kepentingan Islam.

Taat ketika senang mahupun susah, suka mahupun benci

Page 28: Adabiyat Amal Jamaie

Manifestasi ketaatan

Indibath (disiplin)

Segera melaksana perintah

Komited dengan Syura dan Istisyarah

Sama komitmen sbg pemimpin/pengikut

Teliti dalam pelaksanaan

Menyahut ketika suka mahupun benci, susah mahupun senang

Mengatasi sebarang keuzuran dan alasan

Tidak menjaja pendapat bertentangan

Isti`zan

Page 29: Adabiyat Amal Jamaie

Peringatan

Ketaatan tidak menafikan hak

perbincangan, perbahasan, syura dan

memberikan pandangan (dengan

mematuhi adab-adab yang digariskan) –

Umar (Hudaibiyah), al-Hubab bin al-

Munzir (Badar)

Page 30: Adabiyat Amal Jamaie

SYURA

Definisi Syura

Bahasa: Mengeluar dan menyaring madu

Syara’: Mencari kebenaran dan ketepatan

menerusi usaha manusia yang komited dengan

manhaj Allah demi merealisasikan taqwa.

Syura dalam pengertian yang luas meliputi

segala bentuk permesyuaratan, nasihat

menasihati dan dialog terbuka

Page 31: Adabiyat Amal Jamaie

Perbezaan Syura Istisyarah dan

Mansyurah ◦ Syura: Wasilah jama`eiyah yang digunakan oleh

organisasi untuk membuat keputusan dalam isu umum. Keputusannya menjadi ketetapan yang mulzim (mesti dipakai) kepada semua.

◦ Istisyarah: Meminta pandangan dari orang yang

dipercayai dalam membuat keputusan. Pandangan yang diberikan tidak mulzim. Peminta pandangan, berhak membuat keputusan sendiri dalam perkara yang diminta pandangan.

◦ Masyurah: Individu memberi pandangan atau

nasihat secara sukarela .

Page 32: Adabiyat Amal Jamaie

Kepentingan Syura

◦ Syura adalah prinsip agama, kemanusiaan, kemasyarakatan dan akhlak

◦ Syura juga adalah asas perlembagaan dan pentadbiran

◦ Syura adalah ciri masyarakat Islam Syariat telah menggabungkan Aqidah + Ibadah + Syura

ا ن هم ومم والذين استجابوا لربهم وأقاموا الصلة وأمرىم شورى ب ي (38الشورى )رزق ناىم ي نفقون

Page 33: Adabiyat Amal Jamaie

Kadudukan Syura

الجامع لحكام )الشورى ألفة للجماعة ومسبار للعقول وسبب إلى الصواب (القرآن Syura memupuk kesatuan hati, menyelami akal dan

sebab mencapai perkara yang betul.

استنباط الصواب واكتساب الرأي والتحصن من : وفي الشورى سبع خصال

علي )السقطة وحرز من الملمة ونجاة من الندامة وألفة القلوب واتباع الثر (بن ابي طالب Dalam syura terdapat tujuh faedah: menghasilkan

keputusan yang betul, memperolehi pendapat bernas,melindungi dari silap, menghindari celaan, menyelamat dari penyesalan, menyatukan hati dan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.

Page 34: Adabiyat Amal Jamaie

Kepentingan Syura

◦ merealisasikan sifat orang beriman.

◦ jalan merealisasikan keadilan (meletak sesuatu pada tempatnya)

◦ jalan melaksanakan maqasid syariah, prinsip dan manhajnya

◦ jalan mengenali pendapat yang paling tepat

◦ jalan pintas memanfaatkan segala pengalaman dan kepakaran

◦ jalan mencapai kesepakatan dan menjauhi perselisihan

◦ mengelak penguasaan individu dalam membuat ketetapan yang memberi kesan kepada umat

◦ menyuburkan keyakinan terhadap kesejahteraan sesuatu ketetapan

◦ menyerlahkan keupayaan dan kebolehan anggota jamaah

◦ menjalin tsiqah antara pimpinan dan anggota

Page 35: Adabiyat Amal Jamaie

Bidang Syura

◦ Tiada cara, bentuk, bilangan yang khusus

◦ Fleksibel mengikut uruf, kesesuaian fasa,

lapangan dan keperluan amal, serta keupayaan.

Page 36: Adabiyat Amal Jamaie

Fasa Pelaksanaan

1. Perbincangan

Dalam fasa ini: ◦ kepimpinan adalah sama seperti ahli syura lain

sehingga setiap ahli syura dapat mengemukakan pandangan, buah fikiran dan ijitihad tanpa sebarang kekekokan.

◦ Segala gambaran dan persepsi dikemukakan *

◦ Segala alternatif diteliti *

◦ Segala hujah diberikan *

◦ Pandangan dan pertimbangannya dibahaskan *

* berkaitan dengan topik dan boleh merealisasikan kepentingan syarak

Page 37: Adabiyat Amal Jamaie

Fasa Perbincangan

Dalam fasa ini, perlu wujud suasana:

◦ berlapang dada

◦ kelembutan interaksi

◦ ketelusan komunikasi

◦ kemesraan hati فبما رحمة من اللو لنت لهم

◦ ketenteraman perasaan (tiada bimbang, segan dll)

ولو كنت فظا غليظ القلب لن فضوا من حولك ◦ suasana kemaafan

◦ suasana istighfar (terhadap kemungkinan ucapan sia-sia, melukakan perasaan dll)

هم واست غفر لهم فاعف عن ◦ mendengar pendapat dengan terbuka

159: آل عمران... )وشاورىم في المر(

Page 38: Adabiyat Amal Jamaie

Fasa Ketetapan

◦ Dilakukan oleh ahli syura dengan penuh tajarrud

dan taqwa.

◦ Ada dua kemungkinan:

pandangan pimpinan bertepatan dengan pandangan

majoriti ahli syura => ketetapan mesti diikuti

pandangan pimpinan menyalahi pandangan majoriti

ahli syura => ketetapan mengikut pandangan majoriti

Page 39: Adabiyat Amal Jamaie

Fasa melaksanakan ketetapan

◦ Ahli syura telah mencurah segala usaha, mengambil segala faktor dan menunaikan tanggungjawab yang dituntut ke atas mereka.

◦ Oleh itu, mereka hendaklah bertawakal kepada Allah dalam melaksanakan ketetapan kerana natijah dan qadar hanya di tangan Allah.

◦ Tidak harus kembali membuka perbincangan tentang isu tersebut, kerana menjadi kewajipan mereka untuk melaksanakan ketetapan dengan meminta bantuan Allah.

لين ل على اللو إن اللو يحب المت وك (159آل عمران )فإذا عزمت ف ت وك◦ Jika ditakdirkan keputusan syura itu membawa padah atau

ternyata silap, tidak sepatutnya dicela keputusan itu apabila prosesnya berjalan dengan betul. Bahkan semua memikul tanggungjawab akibat keputusan itu dan perlaksanaannya, serta sama-sama membetul kesilapan

Page 40: Adabiyat Amal Jamaie

Beberapa Peringatan

Syura terfokus kepada: kepentingan memerah fikiran sebelum membuat

keputusan.

keperluan memberi peluang berbincang dan

memberi pandangan melalui perbahasan bebas lagi

saksama.

Page 41: Adabiyat Amal Jamaie

Beberapa Peringatan

Ketepatan pendapat dalam Syura banyak bergantung sejauh mana:

ketaqwaan kepada Allah

keilmuan tentang syariat-Nya

keiltizaman dengan syariat-Nya

penguasaan dan pengalaman dalam topik yang disyurakan

kejelasan objektif syura (mencari kebenaran)

kemampuan mendisiplinkan diri dan nafsu

kesabaran dan kesediaan menerima pandangan lain

keberanian

Page 42: Adabiyat Amal Jamaie

ISTISYARAH

(MEMINTA PANDANGAN) Kisah Abbas Assisi

Suatu ketika Abbas Assisi ditangkap pemerintah dan akan dihadapkan ke mahkamah. Beliau pun menulis surat kepada ustaz Hasan al-Banna menyatakan kesediaannya untuk dipenjara dan menenangkan Hasan al-Banna. Beliau merasakan dia mampu teguh di atas jalan dakwah. Namun al-Banna melihat dari sudut yang lebih luas. Beliau menulis kepada Abbas, memberitahunya bahawa ketika itu hanya dua orang tentera sahaja yang terlibat dengan dakwah iaitu Abbas dan seorang akh yang lain. Jika Abbas dijatuhkan hukuman penjara, maka ia boleh membantutkan dakwah di kalangan anggota tentera. Tentera akan bimbang untuk terlibat dengan dakwah. Oleh itu, al-Banna berjanji akan menghantar peguam yang cekap untuk mempastikan Abbas dibebaskan.

Page 43: Adabiyat Amal Jamaie

Isytisyarah

Rasional

◦ Mendapatkan pandangan kedua atau lebih

menyeluruh dalam sesuatu isu

◦ Mendapat pandangan yang bersih daripada

hawa nafsu

Perkara yang diistisyarah

◦ Apa jua urusan terutamanya perkara yang

memberi kesan kepada kelangsungan dakwah

dan penglibatannya.

Page 44: Adabiyat Amal Jamaie

ISTI`ZAN ( Meminta Izin)

إنما المؤمنون الذين آمنوا باللو ورسولو وإذا كانوا معو على أمرجامع لم يذىبوا حتى يستأذنوه إن الذين يستأذنونك أولئك

الذين ي ؤمنون باللو ورسولو “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya

beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan perhimpunan, mereka tidak meninggalkan Rasulullah sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.” (an-Nur: 62)

Page 45: Adabiyat Amal Jamaie

Mafhum

Maksud urusan yang memerlukan perhimpunan orang ramai ialah urusan-urusan penting yang memerlukan penyertaan ramai orang Islam atau kegiatan yang bersangkutan maslahah umum atau maslahah dakwah. Sebagai contoh seperti mesyuarat, perang, tarbiah dsb.

Sikap orang mukmin, mereka tidak meninggalkan perhimpunan, melainkan setelah mendapat kebenaran dari pemimpin atau mas‟ul supaya urusan itu tidak menjadi kacau bilau, tanpa kehormatan dan peraturan

Page 46: Adabiyat Amal Jamaie

ISTI`ZAN ( Meminta Izin)

Umar minta izin pergi umrah

عن عمر رضي اللو عنو قال استأذنت النبي صلى اللوعليو وسلم في العمرة فأذن لي وقال ل ت نسنا يا أخي من

ن يا ابو ... )دعائك ف قال كلمة ما يسرني أن لي بها الد (داود

“Daripada Umar r.a., beliau berkata: Saya meminta izin Nabi s.a.w. untuk pergi umrah. Lalu Baginda mengizinkan saya. Baginda bersabda: Kamu jangan lupakan kami dalam doa kamu, wahai saudaraku. Baginda mengucapkan satu kalimah; aku tidak akan merasa gembira seluruh dunia menjadi milikku sebagai tukar ganti dengannya (kalimah tersebut) “

Page 47: Adabiyat Amal Jamaie

ISTI`ZAN ( Meminta Izin)

Rasional

◦ Mengikuti maklumat perkembangan ahli

◦ Menjaga polisi umum harakah

◦ Tidak mendedahkan harakah kepada risiko

◦ Menyelaraskan amal anggota harakah

◦ Anggota tidak terleka dengan amal sampingan

yang bukan amal strategik

Page 48: Adabiyat Amal Jamaie

Indibath (Disiplin)

Disiplin Percakapan

Disiplin Tindakan

Disiplin Waktu

Page 49: Adabiyat Amal Jamaie

INDIBATH

Disiplin percakapan

هم ر وإذا جاءىم أمر من المن أو الخوف أذاعوا بو ولو ردوه إلى الرسول وإلى أولي الم من

يطان هم ولول فضل اللو عليكم ورحمتو لت ب عتم الش قليل إل لعلمو الذين يست نبطونو من

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa`: 83)

Page 50: Adabiyat Amal Jamaie

Disiplin Percakapan

“Bukan semua yang diketahui perlu

diperkatakan. Bukan semua yang perlu

diperkatakan, telah ada orang yang sesuai

mendengarnya. Bukan semua yang perlu

diperkatakan dan ada orang yang sesuai

mendengarnya, telah sampai waktunya

untuk disampaikan” (Ali Krm)

Page 51: Adabiyat Amal Jamaie

4 soalan sebelum bercakap

◦ Patutkah saya cakapkan?

◦ Kepada siapa saya cakap?

(Kisah Abu Lubabah dgn Yahudi Bani Quraizoh,

Kisah Hijrah)

◦ Apa yang perlu dicakap? (ketelitian maklumat

tanpa tokok tambah)

◦ Bila saya nak cakap?

(Kesesuaian waktu, kisah Fathimah menangis

kemudian ketawa)

Page 52: Adabiyat Amal Jamaie

Disiplin tindakan

◦ Melaksanakan mengikut tuntutan yang diberi.

◦ Tidak bertindak bercanggah arahan tanpa izin

(kisah Huzaifah dlm Ahzab)

◦ Kreativiti perlu dalam lingkungan tuntutan

yang diarahkan

Page 53: Adabiyat Amal Jamaie

SIRR @ ALANIYAH

( Kerahsian & Keterbukaan) Dua pendekatan dalam menjalankan dakwah

(94:الحجر)فاصدع بما ت ؤمر وأعرض عن المشركين Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan

kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

(9: نوح)ثم إني أعلنت لهم وأسررت لهم إسرارا Kemudian sesungguhnya aku menyeru mereka lagi dengan terang-

terangan dan diam-diam

استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان فإن كل ذي نعمة محسود (صحيح الجامع لأللباني)

Dapatkan bantuan untuk menjayakan keperluan dengan kitman, kerana sesungguhnya setiap empunya nikmat didengki

Page 54: Adabiyat Amal Jamaie

Persoalan Sirr

◦ Zuruf (situasi) persekitaran pergerakan

dakwah

◦ Kekuatan jamaah

◦ Fasa Dakwah

Jauh atau hampir dalam mencapai objektif dakwah

Sejauh mana kejayaan mengembangkan pengaruhnya,

menarik sebanyak mungkin orang ramai untuk jadi

ahli, penyokong dan pengikutnya.

Page 55: Adabiyat Amal Jamaie

Kepentingan Sirr

◦ Keselamatan dan Kesejahteraan Organisasi

◦ Pendakwah adalah kaunselor (etika menjaga

rahsia klien)

Page 56: Adabiyat Amal Jamaie

Bentuk-Bentuk Sirr

◦ Merahsiakan Keislaman – bagi situasi yang memerlukan.

◦ Kerahsiaan Amal Dakwah (strategi & sasaran) – dakwah fardiyah, makalah tanpa nama pengarang, melalui platform dsb.

◦ Merahsiakan organisasi – dirahsiakan dari pengetahuan musuh dan dirahsiakan sebahagiannya dari da‟ie sendiri.

◦ Merahsiakan keperibadian da‟ie sebagai anggota organisasi – jika diperlukan tetapi bukan merahsiakan sikap dan syakhsiah kepada mereka yang didakwahkan.

◦ Menjaga dokumen dakwah dengan baik

Page 57: Adabiyat Amal Jamaie

Beberapa Contoh Sirr Nabi Yusuf merahsiakan mimpinya

Nabi Yusuf merahsiakan kedudukan sebenar

Ahli Kahfi merahsiakan pengenalan diri".

Nabi Khidhir merahsiakan sebab tindakannya

Keluarga Firaun merahsiakan keimanannya

Nabi Muhammad s.a.w. dengan peperangan

رها ى بغ رد غزوة إله وره ه وسلهم عل صلهى للاه كن رسول للاه (البخاري)ولم

◦ Rasulullah tidak mahu melancarkan sesuatu perang melainkan Baginda berselindung di sebalik tujuan lain

Peristiwa Hijrah

Perang Ahzab Nabi hantar utusan tinjau pengkhianatan Quraizhoh

suruh bagi isyarat shj jika benar berlaku pengkhianatan

umum terang-terangan jika masih setia

•Beberapa contoh Sirr

Page 58: Adabiyat Amal Jamaie

Beberapa Kaedah dalam

melaksanakan Sirr ◦ Indibath lidah

ث بكل ما سمع (أبو داود)كفى بالمرء إثما أن يحد Cukuplah seseorang itu dikira berdosa untuk memperkatakan

setiap perkara yang dia dengar.

◦ Menentukan keperluan, siapa dan bila untuk dicakapkan

Saidina Ali ra berkata “Tidak semua yang diketahui perlu diperkatakan. Tidak semua yang perlu diperkatakan, ada orang yang layak untuk mendengarnya. Tidak semua yang perlu diperkatakan dan ada orang yang layak mendengarnya, sudah tiba masa untuk memperkatakannya”

◦ Tidak melibatkan diri dengan urusan yang tidak berkenaan

(الترمذي وابن ماجو)من حسن إسلم المرء ت ركو ما ل ي عنيو Antara keelokan keIslaman seseorang, dia meninggalkan apa yang tidak berfaedah atau

berkaitan dengannya

Page 59: Adabiyat Amal Jamaie

Beberapa Kaedah dalam

melaksanakan Sirr Hadaf adalah kemenangan atau syahadah,

bukannya kesejahteraan diri, tetapi

syahadah yang kita inginkan adalah

syahadah yang memberikan pulangan

kepada dakwah.

Matlumat adalah amanah dan bukan

miliknya. Matlumat yang kita sampaikan

akan bergerak dan terus bergerak. Kita

yang menentukan di mana ia berhenti.

Page 60: Adabiyat Amal Jamaie

Tanasuh

تهم ة المسلمن وعامه ولكتابه ولرسوله وألئمه صحة قلنا لمن قال لله ن النه الد (مسلم)

Agama adalah nasihat. Kami bertanya: Kepada siapa? Baginda menjawab: Kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin orang Islam dan orang Islam awam.

(عمر الخطاب)ل خر فكم إن لم تقولوها ول خر فنا إن لم نسمعها

Tiada kebaikan pada kamu jika kamu tidak mengucapkannya dan tiada kebaikan kepada kami jikan kami tidak mendengarnya

(حكماء)أد النصحة على أكمل وجه واقبلها على أي وجه

Berikan nasihat dalam bentuk paling sempurna dan terimalah ia dalam apa jua bentuk

Page 61: Adabiyat Amal Jamaie

Adab-Adab Memberi Nasihat

◦ Dengan cara terbaik dan hikmah baik;

◦ Bukan atas dasar mencari keaiban dan memalukan

orang

◦ Berasaskan kepastian bukan zhon

◦ Menasihat selepas menimbangkan isu itu menurut

manhaj Allah dan memahami situasi

Page 62: Adabiyat Amal Jamaie

Penutup

AlBanna :

ان دعوة الخوان او جماعة الخوان قامت على التنظيم الدقيق .واليمان العميق والجهاد الدائم

“Sesungguhnya dakwah Ikhwan atau jamaah

Ikhwan tertegak di atas penyusunan yang

teliti, iman yang mendalam dan jihad yang

berterusan.”