kertas kerja bina astaka

5
KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN ASTAKA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGEI ANTU 95407 SARATOK SARAWAK DISEDIAKAN OLEH: LAYANG AK EXCO PIBG (TEMUDOK AWIK) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGEI ANTU

Upload: ally-hk

Post on 20-Dec-2015

600 views

Category:

Documents


46 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bina Astaka

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN ASTAKASEKOLAH KEBANGSAAN SUNGEI ANTU

95407 SARATOKSARAWAK

DISEDIAKAN OLEH:LAYANG AK

EXCO PIBG (TEMUDOK AWIK)SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGEI ANTU

95407 SARATOKSARAWAK

Page 2: Kertas Kerja Bina Astaka

MUKADDIMAH

Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu merupakan sebuah sekolah di

kawasan pedalaman dan terletak di dalam rancangan felda. Jumlah

keseluruhan bilik darjah ialah sebanyak 13 kelas dan tidak termasuk makmal

sains, makmal komputer, pusat sumber dan bengkel kemahiran hidup.

Jumlah muridnya adalah seramai 420 orang. Oleh yang demikian, timbul

keperluan kepada sebuah astaka yang selesa untuk kegunaan murid-murid

ketika aktiviti sukan dan kokurikulum. Hal ini selaras dengan kehendak

kerajaan yang menitiberatkan soal pembangunan kokurikulum untuk

melahirkan murid aktif dan sihat. Adalah dimaklumkan bahawa setiap kali

acara sukan diadakan maka sewaan kanopi yang mahal terpaksa dilakukan.

Astaka yang akan dibina ini bersaiz 25 kaki x 10 kaki dan peruntukannya

adalah daripada sumbangan individu dan PIBG. Tugas bagi pembinaan

astaka ini diserahkan kepada pekerja swasta sekolah. Adalah diharapkan

pembinaan astaka ini menjadi kenyataan.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan satu tempat pengurusan aktiviti kokurikulum dan sukan

yang berlangsung di padang.

2. Melahirkan murid-murid yang aktif

3. Menjimatkan kos apabila ada acara padang.

Page 3: Kertas Kerja Bina Astaka

JAWATANKUASA MENAIK TARAF ASTAKA SK SG ANTU, SARATOK

PenasihatEn. Mohamad Ali Bin Kupon ( Guru Besar)

PengerusiCr. Uju ak Empat (YDP PIBG)

SetiausahaPn. Fatimah Bt Sebeli (PK Kokurikulum)

BendahariPn. Hasnah Bt Sapawi ( Bendahari PIBG)

Ahli JawatankuasaPn. Sabariah bt. Mohd Ali (PK. 1)En. Kheiruddin bin Abdullah (PK HEM)Pn. Zawiah bt. Ismail ( PK KOKU)En. Mohd Suhardi bin Mamat (Setiausaha Sukan)

ITEM NAIK TARAF DAN KOS

Kapasiti Muatan40- 50 orang

Saiz25 kaki x 25kaki

Item PembinaanTapak Astaka tidak termasuk tiang dan atap

Page 4: Kertas Kerja Bina Astaka

KOS PEMBINAAN

BIL KETERANGAN ITEM KUANTITI JUMLAH

1 Papan lapis (Plywood) RM 25.00 x 15 keping RM 375.00

2 Simen RM 25.00 x 10 bag RM 250.00

3 Pasir RM 100.00 x 3 lori RM 300.00

4 Mozek RM 2.00 x 180

keping

RM 360.00

Jumlah RM

1320.00

PENUTUP

Pembinaan astaka ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan

oleh semua warga sekolah ini. Ini kerana, dengan adanya astaka ini aktiviti

padang akan dapat diuruskan dengan lebih baik. Sumbangan dari pihak

penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian warga sekolah ini.

Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya berusaha agar

pembinaan astaka ini dapat disiapkan dengan seberapa segera demi

kemudahan semua murid khususnya dan warga sekolah amnya. Pihak

jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini.

Sekian.

Disediakan oleh:

………………………………

(En. Layang ak)

Exco PIBG ( Temuduk)

Page 5: Kertas Kerja Bina Astaka

Penyelaras Projek