kertas kerja bilik seni

6
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA, 43300, BALAKONG, SERI KEMBANGAN, SELANGOR KERTAS KERJA PROJEK “SAYANGI BILIK SENI SEKOLAH KITA” TARIKH : 4 & 5 OGOS 2014 DISEDIAKAN OLEH : JAWATANKUASA PENGELOLA GURU PELATIH PISMP SEMESTER 8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KERTAS KERJA

Upload: mohd-izzuddin-muhammad

Post on 27-Dec-2015

872 views

Category:

Documents


82 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bilik Seni

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA, 43300,

BALAKONG, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

KERTAS KERJA PROJEK

“SAYANGI BILIK SENI SEKOLAH KITA”

TARIKH :

4 & 5 OGOS 2014

DISEDIAKAN OLEH :

JAWATANKUASA PENGELOLA GURU PELATIH PISMP SEMESTER 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KERTAS KERJA

PROJEK “SAYANGI BILIK SENI SEKOLAH KITA”

Page 2: Kertas Kerja Bilik Seni

1.0 PENDAHULUAN

Projek ini dirangka adalah untuk menjayakan projek semasa internship selama sebulan di sekolah. Melalui

projek ini, penambahbaikan dari segi penjagaan alatan dan sudut-sudut informasi dan maklumat serta keceriaan

di dalam bilik dilaksanakan.

2.0 RASIONAL

Bilik seni di sekolah merupakan satu bilik yang dikhaskan untuk murid-murid menjalankan aktiviti seni. Bilik

seni ini perlu diambil berat oleh pihak sekolah dan guru yang bertanggungjawab dari semasa ke semasa.

Penjagaan bilik seni tidak boleh diambil ringan oleh pihak sekolah kerana bilik ini memberi manfaat kepada

murid-murid untuk melakukan aktiviti yang berkaitan seni di sekolah. Oleh itu, bilik seni ini perlulah dibuat

penambahbaikan dari segi keceriaan secara berkala mengikut peredaran waktu selaras dengan kehendak

keperluan semasa. Penjagaan peralatan-peralatan seni yang betul serta penyimpanan hasil kerja murid akan

menjadikan peralatan tersebut dapat bertahan lebih lama serta dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

3.1 Meningkatkan keceriaan dan keselesaan kepada warga sekolah dan murid-murid untuk menggunakan bilik

seni.

3.2 Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan peraturan bilik seni dan cara penggunaan alatan di dalam

bilik seni.

3.3 Menceriakan bilik seni dengan menampal kata-kata hikmat.

3.4 Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan penggunaan bilik seni.

3.5 Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam bidang keceriaan dan juga kebersihan sebagai salah satu

sumbangan kepada sekolah.

3.6 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme guru.

3.7 Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan appresiasi seni dalam kalangan murid.

3.8 Mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi siswa guru dengan warga sekolah.

3.9 Menyusun atur alatan Pendidikan Seni serta hasil kerja murid dengan cara yang betul dan

sistematik.

Page 3: Kertas Kerja Bilik Seni

4.0 BUTIRAN PROJEK

Tarikh : 21 Julai 2014 - 25 Julai 2014

Masa : Mengikut kesesuaian masa di sekolah

Bilangan guru pelatih : 5 orang guru pelatih IPG

Aktiviti Projek : i. Menceriakan bilik seni dengan menampal kata-kata hikmat.

iii. Menyediakan peraturan penggunaan bilik seni.

iv. Penyusunan peralatan di bilik seni.

5.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK

Penyelaras Projek

Puan Nur Hanis

(Ketua Panitia Pendidikan Seni Viual Sekolah kebangsaan Taming Jaya)

Penasihat Projek

Puan Romna binti Rosli

(Guru Besar Sekolah kebangsaan Taming Jaya)

Pengerusi Projek

Puan Romna binti Rosli

(Guru Besar Sekolah kebangsaan Taming Jaya)

Naib pengerusi Projek

Puan Juhranar binti Yang

(Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Taming Jaya)

Page 4: Kertas Kerja Bilik Seni

Ahli Jawatankuasa Pengelola (AJK)

Norizarina bt Mohd Khalid (Ketua Projek)

Salini A/P Armugam (Setiausaha Projek)

Muhammad Izzuddin b Mohamad

Adzmi Adzim b Hj. Poniran

Muhammad Shahizam b Mohd Noor

6.0 SUMBER KEWANGAN

Kewangan projek diperuntukkan oleh pihak

sekolahRM 50.00

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA

1. Pelekat 2 RM10

2. Kertas A4 (warna) 20 RM3

3. Kertas manila 20 RM10

4. Gam 2 RM2

Page 5: Kertas Kerja Bilik Seni

Jumlah RM25

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan projek “Sayangi Bilik Seni Sekolah Kita” ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada

warga sekolah, sekaligus dapat meningkatkan lagi keselesaan penggunaan dan sedikit sebanyak dapat

memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan penjagaan bilik seni. Adalah diharapkan

program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik

pihak sekolah yang sama menjayakan projek ini diberkati dan dirahmati.

Disediakan oleh:

…………………………......................................

(SALINI A/P ARMUGAM)

Setiausaha,

Projek Sayangi Bilik Seni,

Sekolah Kebangsaan Taming Jaya

KELULUSAN GURU BESAR

Diluluskan / Tidak diluluskan : .............................................................................................................

Tandatangan : .............................................................................................................

Nama & Cop : .............................................................................................................

Tarikh : .............................................................................................................

Page 6: Kertas Kerja Bilik Seni

*PROJEK INI ADALAH DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.