kertas kerja big jan 2012

17
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor Kertas Cadangan Program Bina Insan Guru 2012 (KPLI / PISMP /KDC) Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor Disediakan Oleh : Unit Ko Kurikulum IPG, Kampus Tun Hussein Onn Jan 2012

Upload: cyin-ling

Post on 20-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja BIG Jan 2012

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja BIG Jan 2012

Institut Pendidikan GuruKampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat, Johor

Kertas CadanganProgram Bina Insan Guru 2012

(KPLI / PISMP /KDC)Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

Batu PahatJohor

Disediakan Oleh:Unit Ko Kurikulum

IPG, Kampus Tun Hussein Onn Jan 2012

Page 2: Kertas Kerja BIG Jan 2012

KERTAS CADANGAN

PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU 2012

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn

BATU PAHAT, JOHOR

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru dilaksanakan adalah sebagai memenuhi keperluan Latihan

Perguruan Praperkhidmatan. Program ini dirancang dengan teliti dan penekanan diberikan kepada

unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan

guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas kepada

pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara berdaulat.

Elemen-elemen intelek, jasmani, rohani, dan emosi adalah kekuatan dalam Falsafah

Pendidikan Negara dan Model Konseptual Pendidikan Guru ke arah membentuk insan guru yang

seimbang dan menyeluruh. Profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina

generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat justeru guru

harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era

globalisasi.

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Bina Insan

Guru yang digubal khusus bertemakan Konsep dan Ciri Pembinaan Insan Guru, Pembangunan

Insan Guru dan Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema ini direalisasikan dalam

program perkhemahan empat hari tiga malam melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai

aktiviti fizikal, latihan pembangunan minda berkumpulan dan lain-lain aktiviti yang terancang

mengikut ketetapan institut pengelola.

Di samping itu, perlaksanaan Program Bina Insan Guru juga adalah selaras dengan Teras

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu :

1. Membina Negara Bangsa: Melalui aktiviti Bina Insan Guru seperti Latihan

dalam kumpulan, aktiviti fizikal , ceramah dan kerohanian diharap mampu untuk

membantu pelatih untuk membentuk diri yang mampu bersatu padu, mempunyai

Page 3: Kertas Kerja BIG Jan 2012

keyakinan diri yang tinggi dan mampu menikmati kehidupan yang demokratik,

liberal dan bertolak ansur serta berdaya tahan.

2. Membangunkan Modal Insan: Pelaksanaan aktiviti Bina Insan Guru ini di harap

mampu untuk memberi sumbangan terhapan pembangunan modal insan kelas

pertama melalui kaedah berkerjasama, koperatif dan kolaborasi sepanjang

melaksanakan aktiviti. Disamping penggunaan kaedah penyelesaian masalah dan

pengintegrasian aspek kemahiran berfikir dan kemahiran-kemahiran generik yang

lain.

3. Memartabatkan Profesion Perguruan : Program Bina Insan Guru yang

dirancang juga menitik beratkan penyediaan bakal guru yang berketrampilan,

berkemahiran, berilmu pengetahuan serta berperibadi mulia yang mampu

memartabatkan profesion perguruan.

4. Melonjakkan Kecermerlangan Institusi Pendidikan : Melalui pembentukan

insan guru yang mantap program Bina Insan Guru diharapkan mampu untuk

menyediakan individu yang berkualiti dan akhirnya mampu melonjakkan

kecermerlangan institusi pendidikan bukan sahaja di institusi perguruan tetapi juga

apabila bertugas di sekolah nanti.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM

2.1 Matlamat

Program ini merupakan satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia,

bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri,

keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang jitu.

2.2 Objektif:

Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat;

i. menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan

patuh kepada ajaran agama.

ii. meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,

bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.

iii. membina semangat juang yang tinggi dan ketahanan fizikal dan mental,

iv. menguasai kemahiran asas interpersonal,

Page 4: Kertas Kerja BIG Jan 2012

v. memperkembangkan potensi diri sebagai insan dengan mengamalkan

refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru mengutamakan pembelajaran yang

menitikberatkan pembangunan afektif, kognitif dan psikomotor. Pembangunan afektif meliputi aspek

insan guru yang berakhlak mulia, semangat dan patuh kepada agama. Oleh itu pelaksanaan

program adalah berasaskan kepada strategi berikut;

3.1 Program perkhemahan Bina Insan Guru adalah kelolaan Unit Ko Kurikulum Institut

Pendidikan Guru (IPG), Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

3.2 Program Bina Insan Guru menetapkan pakej wajib iaitu perkhemahan empat hari

tiga malam termasuk waktu perjalanan. Masa pelaksanaan dan tapak

perkhemahan adalah ketetapan atau pilihan institut sendiri. Setiap pelajar akan

dipastikan telahpun mengikuti Program Bina Insan Guru sebelum tamat pengajian

mereka.

3.3 Aktiviti yang dirancang merangkumi aktiviti fizikal di darat dan di air dengan

mengambil kira langkah-langkah keselamatan. Aktiviti kerohanian dan khidmat

masyarakat juga dilaksanakan sepanjang perkhemahan tersebut.

3.4 Pendekatan penyampaian menekankan kepada penggunaan pelbagai kaedah

pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan

i. aktiviti

ii. pengalaman,

iii. kreativiti, kritis dan inovatif

iv. penyelesaian masalah

v. koperatif dan kolaboratif.

3.5 Strategi penyampaian dan pengelolaan;

i. perbincangan / perbahasan

ii. sumbang saran

iii. bengkel berkumpulan

iv. ceramah

Page 5: Kertas Kerja BIG Jan 2012

v. tunjukcara

vi. persembahan

vii. permainan

viii. lawatan

ix. khidmat masyarakat

x. perkhemahan

Diharapkan melalui program ini guru-guru pelatih akan dapat mengetahui, menghayati dan

mempamerkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia, menghayati semangat bekerja sepasukan,

memiliki ketahanan fizikal dan mental yang tinggi, menguasai kemahiran asas interpersonal,

mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan di samping memupuk kebolehan memimpin

dan memperkembangkan potensi diri sebagai insan guru dalam semua aspek kehidupan seharian.

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

4.1 Jawatankuasa Induk:

Pengerusi: Pn. Hjh. Zaleha binti OnnPengarah, IPG, Kampus Tun Hussein Onn

Naib Pengerusi: En. Koh Kok HweeTimb. Pengarah, IPG, Kampus Tun Hussein Onn

Setiausaha: En. Mohd Nahar bin Muhammad WazirKetua Unit Ko Kurikulum , IPG, Kampus Tun Hussien Onn

Penyelaras: En. Abdul Latif bin Ahmad

Pen. Penyelaras : En. Mohd Razali bin Hashim

Bendahari: Pn. Norfaizah binti Mat Hairy

Ahli-ahli: 1. Utz. Md. Isa bin Man JK Kerohanian & Moral

2. En Lukman b. Sa’adon JK Peralatan

3. Pn. Fuziah bt. Ishak JK Makanan

4. En. Mohamad Daud b. Abu Yamin JK Aktiviti Fizikal

5. En. Mohd Shahreen b. Abdullah JK Penilaian

7. En. Abd. Latif Abdullah JK Kebajikan/Keselamatan

9. En. Mohtari b. Mesron JK LDK

4.2 Jawatankuasa kerja

1. Jawatankuasa Kerohanian dan Moral

Page 6: Kertas Kerja BIG Jan 2012

Pengerusi : Ustaz Md Isa bin Man

Ahli: Ustaz Zainuddin b. Abd. HamidEn. Dzulkifli bin Abdul Jalil

2. Jawatankuasa Alatan :

Pengerusi: En Lukman b. Sa’adon

Ahli: En. Khalid bin HassanEn. Mohd Shahril bin Abdul ManafEn. Abd. Halim b. HassanEn. Ishak bin AdamEn. Kassim Bin Mohd Ibrahim

3. Jawatankuasa Aktiviti Fizikal :

Pengerusi : En. Mohamad Daud b. Abu Yamin

Aktiviti Air

Ketua air : Pn. Czarina Law binti Abdullah

Ahli : En. Suhaimi bin SahatEn. Abdul Rahim bin MohammadEn. Abu Bakar bin Kassim

Aktiviti Darat

Ketua : En. Mohamad Daud b. Abu Yamin

Ahli : En. Mohd Sidek bin MuhamadEn. Ahmad Shukri bin AhmadEn. Abd Sukor bin Kamsir

4. Jawatankuasa Aktiviti LDK

Pengerusi : En. Mohtari bin Mesron

Ahli : En. Zaharuddin bin Mohd TalipEn. Mohd Roslan bin Aroff

5. Jawatankuasa Makanan

Pengerusi:Pn. Fuziah binti Ishak

Ahli : Pn. Zaharah binti Abdul ManafUstazah Pauziah binti Omar

Page 7: Kertas Kerja BIG Jan 2012

Cik Aliza binti AzharPn. Jamaliah binti Che Abd. Samad

6. Jawatankuasa Penilaian

Pengerusi : En. Mohd Shahreen bin Abdullah

Ahli : Pn. Zanariah binti Mahyun

7. Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan

Pengerusi: En. Abd. Latif bin Abdullah

Ahli : En. Hussin bin YaacobEn. Kamarun bin Ishak

8. Jawatankuasa Asas Bantu Mula

Pengerusi: En. Hassan bin Ahmad

Ahli : En. Mohd Shukor b. Taiken

9. Jawatankuasa Program Khidmat Masyarakat

Pengerusi : En. Abdul Raof bin Ibrahim

Ahli : En. Hamizan bin Palil

10. Jawatankuasa Asas Perkhemahan

Pengerusi : En. Zulkafli bin Arifin

4.2 Senarai Cadangan Petugas

4. KEM KOMANDAN

i. En. A. Latif bin Abdullahii. En. Zulkafli bin Arifiniii. En. Abdul Raof bin Ibrahimiv. Tn. Hj. Abdul Rahman bin Selamatv. Tn. Hj. Hassan bin Ahmadvi. Pn. Czarina Law binti Abdullahvii. En. Mohan a/l Palaniandy

5. JURULATIH (LELAKI)

i. En. Sallehudin bin Sahroneii. En. Mohd Razali bin Hashimiii. Hj. Abdul Kadir bin Abdul Rahim iv. Dr (Mejar) Tay Chong Seng

Page 8: Kertas Kerja BIG Jan 2012

v. En. Baharuddin bin Sallehvi. En. Abdul Rahim bin Mohamad vii. En. Kamarun bin Ishakviii. En. Abdul Sukor bin Kamsirix. En. Abu Bakar bin Kassimx. En. Hussin bin Yaacobxi. En. Mohamad Sidek bin Muhammadxii. En. Hamizan bin Palilxiii. En. Suhaimi bin Sahatxiv. Hj. Ahmad bin Ariffxv. En. Vespanathan a/l Supramaniam

6. JURULATIH WANITA

i. Cik Ong Chiek Pinii. Cik Lee Lin Teeiii. Cik Khalidah binti Khalidiv. Pn. Melati binti Yaacob v. Pn. Izzatul Asyikin bt. Hj. Ibrahimvi. Pn. Saedah bt. Sukiranvii. Pn. Noraini bt. Salimviii. Jamia’aton Sofiah bt. Harunix. Pn. Hjh. Fatimah bt. Abd. Kadirx. Pn. Haslina binti Mohamadxi. Pn. Idawati binti Moinxii. Dr. Kamisah binti Buang

4. JURULATIH ASAS BANTU MULA

i. Hjh. Normah binti Mat Dautii. En. Tokiap bin Tukimaniii. En. Mohd Shukor bin Taikeniv. Hj. Muhammad bin Abu Daudv. Dr. Kan Fong Kuen

5. QUARTER MASTER MAKANAN & MASAKAN

i. Pn. Radziah binti Muhammadii. Cik Aliza binti Azhariii. Hjh Norashikin binti Ismailiv. Pn. Zaharah binti Abdul Manaf

6. FASILITATOR

i. En. Mohamad Roslan bin Arofii. En. Zaharuddin bin Talipiii. En. Said bin Sulaimaniv. Cik Nizatuledayu binti Jamalv. Pn. Norfazilah binti Mohd Sajat

7. JURULATIH KEROHANIAN DAN MORAL

Page 9: Kertas Kerja BIG Jan 2012

i. Ustaz Zainuddin bin Abdul Hamidii. Dr. Mohd Hairuddin bin Aminiii. Ustaz Mohamad Anuar bin Hayaniv. Ustaz Ibrahim bin Mohamadv. Ustazah Sharifah Mastura binti Syed Ahmadvi. Dr. Choong Kee Fongvii. Ustazah Pauziah binti Omarviii. Ustaz Abdul Rahman b. Sirajix. Ustaz Khairul Anuar b. Abu Bakar

8. Senarai peserta Program

Sila rujuk Lampiran 1

5.0 ASAS PERTIMBANGAN

Mesyuarat Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian Pendidikan Guru Bil 1/2005

telah mencadangkan supaya Program Bina Insan Guru dan Pendidikan Jasmani dilaksanakan

sebagai program wajib diikuti oleh semua pelajar latihan perguruan berasaskan keperluan

sebagaimana berikut;

5.1 Kemahiran generik adalah sangat ditekankan dan salah satu daripadanya

adalah berpaksikan jasmani. Sehubungan itu adalah wajar mewajibkan setiap

pelajar menggunakan tubuh badan mereka melakukan kegiatan fizikal untuk

kesejahteraan jasmaninya. Usaha mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis akan sempurna dengan adanya penekanan ke atas aspek jasmani

di samping aspek-aspek intelek, rohani dan emosi.

5.2 Usaha mewujudkan masyarakat pendidik yang penyayang bertoleransi tinggi,

saling hormati menghormati dan dapat hidup dalam suasana muhibah dan

kemesraan, intergrasi nasional diberi kepada pelajar berinteraksi dan

mengenali budaya pelbagai kaum dengan lebih dekat.

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

6.1 Tempat :

a) Tapak perkhemahan:

Pantai Teluk Gorek,Kampung Tanjung Resang,

Page 10: Kertas Kerja BIG Jan 2012

Mukim Endau, Mersing

b) Kembara / Aktiviti Darat:

Hutan Simpan Gunung Arong, Kampung Tanjung Resang,Mersing.

c) Keyakinan Air / Berkayak:

Pantai Telok Gorek,Kampung Tanjung Resang,Mukim Endau, Mersing

Asas Pemilihan Tempat

Pemilihan tempat ialah berdasarkan persetujuan mesyuarat BIG 1/2012 atas

sebab-sebab berikut:

i. Permukaan pantai yang landai, menjamin keselamatan untuk mengadakan

aktiviti apungan terutama bagi peserta yang melakukan aktiviti buat pertama

kali. Selain dari itu pantai yang landai mengurangkan aktiviti ombak yang

boleh menjejaskan aktiviti.

ii. Kawasan yang dipilih juga mempunyai hutan simpan, yang berdekatan

memudahkan pelaksanakan aktiviti kembara. Kawasan ini mempunyai flora

dan fauna untuk kajian pelajar. Trek Gunung Arung yang dipilih juga mampu

memberi cabaran kepada pelajar.

iii. Kawasan tapak perkhemahan yang sesuai. Terdapat barisan tembok di

sepanjang pantai yang menjadi penghadang ombak. Melindungi kawasan

tapak perkhemahan daripada ombak besar.

iv. Terdapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan tandas bagi

keperluan peserta dan jurulatih.

6.2 Sasaran :

Sebanyak Lapan siri Program BIG akan dilaksanakan iaitu melibatkan seramai 417

peserta dari opsyen-opsyen sebagaimana berikut;

Page 11: Kertas Kerja BIG Jan 2012

i. Program PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012

a) TESL 1 26

b) TESL 2 27

c) TESL 3 24

d) TESL 4 25

e) RBT 1 19

f) RBT 2 20

g) Math 1 22

h) Math 2 21

i) Peng. Agama 1 19

j) Peng. Agama 2 19

k) PSV 21

l) Peng. Cina 1 25

m) Peng. Cina 2 24

n) Peng. Pra Sekolah 20

ii. Program KDC- LPBS Kemas/Perpaduan ( November 2011)

a) Pra sekolah 25

iii. Program LPBS-jQAF Ambilan Januari 2012

a) Bahasa Arab 1 20

b) Bahasa Arab 2 20

c) Pengajian Agama 1 20

d) Pengajian Agama 2 20

e) Pengajian Agama 3 20

(Jumlah: 437 peserta)

6.3 Tentatif Tarikh :

siri tarikh Kumpulan/ opsyen Bilangan pelajar

i. 1/2012

19 – 22 Mac TESL 2

Matematik 248

ii 2/2012

22 – 25 Mac TESL 1

Pengajian Agama 145

iii 3/2012

25 – 28 Mac KDC Kemas/Perpaduan

PSV46

iv 4/2012

28 - 31 Mac l Pengajian Cina 1

RBT 1

Pengajian Agama 2

63

Page 12: Kertas Kerja BIG Jan 2012

V 5/2012

31 Mac –

3 April

Matematik 1

TESL 3

RBT 2

66

Vi 6/2012

3 - 6 April Pengajian Cina 2

Pra Sekolah

TESL 4

69

vii 7/2012

6 – 9 April j-QAF Bahasa Arab 1

j-QAF Bahasa Arab 2

j-QAFPengajian Agama 1

60

siri tarikh Kumpulan/ opsyen Bilangan pelajar

viii 8/2012

9 – 12 April j-QAFPengajian Agama 2

j-QAFPengajian Agama 340

jumlah437

6.4 : Jadual Aktiviti :

Lampiran 2

7.0 ANGGARAN KEPERLUAN PERBELANJAAN:

Rujuk Lampiran 3

8.0 BILANGAN PETUGAS

Setiap siri program akan dilaksanakan oleh sekumpulan pegawai yang

terdiri daripada;

7.1 Kem Komandan 1

7.2 Jurulatih aktiviti air (laut) 3

7.3 Jurulatih aktiviti kembara (darat) 2

7.4 Fasilitator ( LDK / Bengkel dll ) 1

7.5 Tutor (dari setiap unit peserta) 3

7.6 Fasilitator Kerohanian dan Moral 1

7.7 QM Makanan 1

7.8 QM Alatan ( Drp salah seorang jurulatih) -

Page 13: Kertas Kerja BIG Jan 2012

7.9 Urusetia (staf sokongan) 2

Jumlah: 14 petugas

( Bayaran elaun dan tuntutan perbatuan petugas adalah mengikut kadar yang dibenarkan mengikut pekeliling yang berkuatkuasa semasa )

Rumusan pegawai yang terlibat :

Rujuk Lampiran 4

9.0 PENGANGKUTAN

9.1 Bas ( bagi setiap 40 peserta ) 2

9.2 Kereta (persendirian)

a) Kem Komandan 1

b) QM Makanan 1

c) Petugas ( 3 petugas / kereta ) 3

d) Pemantau 1 6

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :

( ABDUL LATIF BIN AHMAD ) (EN. MOHD NAHAR B. MUHAMMAD WAZIR)

Setiausaha BIG Ketua Unit Ko KurikulumInstitut Pendidikan Guru , Institut Pendidikan GuruKampus Tun Hussien Onn Kampus Tun Hussien OnnBatu Pahat, Johor. Batu Pahat, Johor

Diluluskan / Tidak diluluskan

( HJH. ZALEHA BINTI ONN )Pengarah,Institut Pendidikan Guru KampusTun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.

Page 14: Kertas Kerja BIG Jan 2012