kertas kerja - authentication · pdf fileprogram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara...

15
PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 26-29 MARCH 2015 “MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 1 KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015 FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 26-29 MARCH 2015 TEMPAT KG.SEMELOR, 33300 GERIK, PERAK ANJURAN EXCO MASYARAKAT DAN KHIDMAT SOSIAL PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA (PEMATRA) TEMA MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN ”

Upload: leque

Post on 31-Jan-2018

329 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 1

KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH

26-29 MARCH 2015

TEMPAT

KG.SEMELOR, 33300 GERIK, PERAK

ANJURAN

EXCO MASYARAKAT DAN KHIDMAT SOSIAL

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA

(PEMATRA)

TEMA

“ MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN ”

Page 2: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 2

Kertas Kerja

Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Anjuran: Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0 Tujuan

Sukacitanya kertas kerja ini dikemukakan adalah bertujuan untuk memohon

pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Pembangunan

Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM dan pihak Fakulti Kejuruteraan dan

Alam Bina untuk mengadakan Program Operasi Khidmat Masyarakat yang

dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

(PEMATRA), Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah Exco Masyarakat dan

Khidmat Sosial yang bertempat di Kg Semelor, Gerik, Perak.

2.0 Pengenalan

2.1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA),

Universiti Kebangsaan Malaysia mula ditubuhkan pada 7 Disember 1975 merupakan

satu badan mahasiswa yang berdaftar, terpilih dan juga merupakan antara persatuan

yang paling aktif di Universiti Kebangsaan Malaysia yang cemerlang dalam

menganjurkan program dan aktiviti yang berbentuk ilmiah dan bermanfaat. Selama

penubuhannya, PEMATRA telah menjalankan pelbagai program di peringkat fakulti,

universiti, negara malah antarabangsa. Semua ini telah digerakkan melalui program-

program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh keseluruh keluarga

Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA).

2.2 Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) ini merupakan program yang

dicadangkan oleh ahli Exco Masyarakat dan Khidmat Sosial PEMATRA UKM sesi

2014/2015. Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang perihatin

terhadap anak-anak bangsa, tanpa mengira agama, bangsa, pangkat dan sebagainya.

Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan jurang diantara masyarakat dengan

mahasiswa selain untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ada selama bergelar

mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, dijangkakan program ini

dapat memupuk nilai-nilai seorang pemimpin dalam diri para ahli jawatankuasa

pelaksana seperti profesionalisme, berkeyakinan, berketerampilan dan juga semangat

untuk berbakti kepada masyarakat

Page 3: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 3

3.0 Misi

Berbakti dan menyumbang kepada masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh antara

mahasiswa dengan masyarakat, menonjolkan keperibadian dan jatidiri mahasiswa/i

yang tinggi sebagai tauladan kepada masyarakat disamping membantu meningkatkan

kecemerlangan melalui paduan antara ilmu, teori dan pengalaman ke arah

kesejahteraan masyarakat dalam membangunkan prasarana fizikal dan pembangunan

insaniah.

4.0 Matlamat

Untuk menjadi persatuan mahasiswa fakulti yang terkehadapan, berwawasan dan berdaya

saing yang :

4.1 Menjalin hubungan mesra dan kerjasama yang baik antara mahasiswa/i

khusunya daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan

komuniti setempat.

4.2 Membimbing serta memberi motivasi kepada para remaja daripada rumah-

rumah anak yatim khususnya mereka yang berminat menceburi bidang

kejuruteraan kelak tanpa mengira kaum.

4.3 Melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dan berkarisma serta mampu

memberi sumbangan kepada UKM amnya dan khususnya kepada kerajaan

negeri dan masyarakat setempat.

4.4 Berbakti kepada masyarakat dan mewujudkan hubungan baharu dengan

masyarakat orang asli.

5.0 Objektif

5.1 Mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat

setempat dengan mahasiswa untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat

demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan

berkesan.

5.2 Merapatkan lagi jurang di antara barisan exco PEMATRA di samping

menanam sikap mementingkan „teamwork‟ dalam organisasi dengan

menyusun aktiviti yang memerlukan kerjasama dalam mencapai sesuatu

matlamat.

Page 4: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 4

5.3 Memberi peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi dengan penduduk

setempat serta mengenali budaya dan cara kehidupan mereka dari segi adat

dan budaya.

5.4 Mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyrakat yang berbilang

bangsa di samping memupuk sikat perihatin dalam kalangan mahasiswa

terhadap masyarakat luar.

5.5 memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadikan aktiviti

kemasyarakatan seperti ini sebagai satu platform untuk berbakti kepada

masyarakat orang asli.

5.6 Mengasas kemampuan mahasiswa untuk berhadapan dengan cabaran dunia

luar yang penuh dengan rintangan serta onak duri. Disini juga, kita boleh

melihat sejauh mana kemantapan softskill yang mereka ada.

5.7 Menerapkan nilai sikap, etika dan profesionalisme dalam diri mahasiswa/i

dengan menunjukkan tingkah laku profesional sepanjang program dijalankan.

Mahasiswa/i juga akan melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan

amanah serta menunjukkan sikap kesukarelaan dan bekerjasama.

6.0 Tema

“ MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN ”

7.0 Anjuran

Exco Masyarakat dan Khidmat Sosial,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina,

Sesi 2014/2015,

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina,

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 Tarikh dan Masa

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 26 March (Khamis) hingga 29 March (Ahad) 2015

Masa : 9.00 malam (Khamis) hingga 11.00 malam (Ahad)

Page 5: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 5

9.0 Tempat Program

Tempat yang dicadangkan:

Kg Semelor, 33300 Gerik, PERAK

10.0 Cadangan Perasmi

Y.B. Dato‟ Hasbullah Bin Osman, Ahli Parlimen Gerik.

11.0 Publisiti

Antara strategi publisti dan hebahan bagi program ini ialah:

Poster dan flyers tentang program diedarkan di seluruh Kampus UKM.

Banner di sekitar kawasan program dan di dalam Kampus UKM.

Laman web Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

www.facebook.com/PEMATRA

12.0 Penglibatan Ahli-ahli Program

Seramai 40 orang mahasiswa dan mahasiswi UKM yang terdiri daripada pelajar-

pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) yang menjadi sukarelawan

khidmat masyarakat di perkampungan orang asli Kg Smelor, 33300 Gerik, Perak.

13.0 Struktur Organisasi

Rujuk Lampiran A

14.0 Tentatif Program

Rujuk Lampiran B

15.0 Perincian Program

15.1 KELUARGA ANGKAT

Program ini akan membahagikan 40 mahasiswa/i Universiti Kebangsaan

Malaysia kepada keluarga angkat masing-masing tanpa mengira agama dan

bangsa. Setiap keluarga akan mempunyai dua orang anak angkat. Namun

begitu, kesemua mahasiswa/i tidak akan menginap serumah dengan keluarga

angkat bagi keselesaan bersama. Keadaan ini secara tidak langsung akan

memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada para peserta bagaimana gaya

hidup masyarakat orang asli.

Page 6: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 6

15.2 KEM SOLAT

Kem solat ini adalah bertujuan untuk mengajar perkara asas yang berkaitan

dengan solat seperti cara berwuduk, bacaan Al-fatihah, tahyat, dan hafalan

surah-surah pilihan. Sasaran program ini adalah kepada golongan kanak-kanak

dan remaja. Aktiviti ini adalah untuk memastikan anak-anak orang asli

mempunyai ilmu asas yang betul bagi perkara yang paling wajib dalam agama

Islam meskipun mereka duduk jauh di pedalaman.

15.3 ZIARAH MAHABBAH

Setiap pelajar digalakkan mengunjungi keluarga angkat masing-masing bagi

menjalin hubungan erat dengan masyarakat Orang Asli. Melalui amalan ziarah

ini, kita akan dapat mewujudkan komunikasi antara masyarakat di sana.

Antaranya dapat menyampaikan maklumat tentang program yang kami adakan

ini seperti sukaneka, rewang, gotong-royong, berkongsi pengalaman hidup dan

juga bagi membantu untuk membersihkan rumah mereka.

15.4 REWANG

Aktiviti rewang bersama penduduk kampung diadakan sempena persiapan

untuk majlis tahlil dan bacaan Yaasiin. Setiap peserta diwajibkan mengajak

bersama keluarga angkat untuk menyertai aktiviti ini disamping untuk

mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa/i dan juga penduduk setempat.

15.5 SUKAN DAN PERTANDINGAN

Program sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka.

Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling dan

sepak takraw akan diadakan. Acara sukaneka pula untuk kanak-kanak dan juga

golongan dewasa yang terdiri daripada gabungan keluarga dan anak angkat.

Bagi program berbentuk pertandingan pula, aktiviti untuk kanak-kanak yang

akan diadakan antaranya pertandingan memasang puzzle, melukis, mewarna

dan sebagainya. Sukaneka bersama penduduk kampung merupakan salah satu

pengisian program untuk mendekatkan mahasiswa bersama penduduk kampung

terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak. Manakala pertandingan bagi

keluarga dan anak angkat seperti mengukir buah-buahan, menganyam ketupat,

batu seremban dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini adalah

untuk mengasah dan menonjolkan bakat-bakat terpendam yang ada pada

masyarakat orang asli.

Page 7: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 7

15.6

15.7

15.8

GOTONG ROYONG PERDANA

Salah satu pengisian khidmat komuniti mahasiswa bersama masyarakat dalam

program kali ini ialah gotong-royong bersama penduduk untuk membersihkan

kawasan kampung. Antara kawasan yang menjadi sasaran untuk dibersihkan

ialah tapak perkhemahan peserta, surau, balairaya, dan sebagainya. Para peserta

akan dipecahakan kepada beberapa kumpulan untuk bersama-sama penduduk

kampung bagi membersihkan kawasan yang telah ditetapkan. Objektif gotong

royong ini adalah bertujuan untuk menggalakkan semua agar lebih

mementingkan kebersihan selain dapat mengeratkan tali silaturrahim diantara

semua mahasiswa/i UKM dan masyarakat orang asli Kampung Semelor.

MALAM KEBUDAYAAN

Malam Kebudayaan merupakan kemuncak dan juga merupakan malam terakhir

kepada para peserta untuk berada di Kampung Semelor. Pada malam tersebut,

terdapat beberapa buah persembahan yang akan diadakan. Antaranya ialah

persembahan daripada peserta OPKIM sendiri dan persembahan daripada

penduduk kampung sendiri, iaitu mempersembahkn tarian Rewang yang

menjadi tradisi dan kebanggaan penduduk orang asli di sana. Objektif utama

malam kebudayaan ini adalah untuk menanamkan sikap toleransi, bekerjasama,

tolong-menolong, bermuafakat, saling menghormati, serta menjalinkan ukhwah

silaturrahim yang lebih erat sesama ahli dan masyarakat setempat.

TREASURE HUNT

Aktiviti treasure hunt adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji

kemahiran peserta dan golongan remaja dalam masyarakat orang asli untuk

menyelesaikan permasalahan yang akan diberi. Para peserta akan dibahagikan

mengikut kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu

checkpoint bagi mencari harta yang disembunyikan. Sepanjang penjelajahan,

peserta akan diuji dengan 10 checkpoint atau ujian yang melibatkan minda,

kecergasan dan juga ketahanan psikologi. Antaranya seperti aktiviti “Water in

the bottle” dimana peserta dikhendaki mengisi air kedalam botol mengunnakan

tangan. Masa yang diperuntukan untuk menyelesaikan semua checkpoint ialah

selama tiga jam. Objektif utama aktiviti ini dijalankan ialah untuk

mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli, melatih peserta akan sifat

kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik didalam kumpulan serta

untuk menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.

Page 8: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 8

15.9 NOW I KNOW

NOW I KNOW merupakan aktivi yang merangkumi tiga sesi, iaitu sesi

ceramah berkaitan kejuruteraan, tayangan video, dan sesi “I Wonder How”

dimana kanak-kanak dan golongan remaja bersama peserta OPKIM

dikehendaki merekacipta sesuatu yang berkaitan dengan kejuruteraan daripada

barangan terbuang berdasarkan ceramah dan tayangan video yang telah

ditunjukkan. Aktiviti yang bakal menguji minda peserta dan para remaja

daripada masyarakat orang asli Kg. Semelor ini akan dapat mengenal pasti

tahap kebolehan disamping mencipta sesuatu yang baru dan menajamkan

pemikiran mereka agar berfikir diluar kotak norma selain untuk menari minat

mereka menceburi bidang kejuruteraan khususnya di UKM.

16.0 Belanjawan

Rujuk Lampiran C

17.0 Belanjawan

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,

sila hubungi:

Pejabat Urusan PEMATRA

Paras 1, Bangunan FKAB (Kompleks Lama)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43650 Bangi

Selangor Darul Ehsan

(u/p. : Nuraqira Fidianti Binti Hassim )

Tel : 013-3575714

E-mel : [email protected]

Page 9: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 9

18.0 Penutup

Adalah diharapkan agar program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang

bertempat di Hutan Belum, Perak bagi sesi 2014/2015 ini mendapat kelulusan

daripada pihak Pusat Akreditasi Pelajar (PAP) dan pihak Pusat Pembangunan

Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM mempertimbangkan sewajarnya serta

meluluskan permohonan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah

menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala

objektif yang telah digariskan. Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan

dapat memberi manfaat kepada barisan jawatankuasa yang terlibat dalam proses

persiapan dan ini suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan

wang ringgit. Sekaligus menjadi pemangkin buat mereka dalam menempuh alam

pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, universiti akan dapat melahirkan pemimpin

yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan.

Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengemblingan tenaga daripada semua

pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat

dipraktikkan sepenuhnya agar sesi 2015/2016 dapat dijayakan dengan sempurna.

Page 10: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 10

Page 11: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 11

Lampiran A

Struktur Organisasi

Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Sesi 2013/2014

Penaung

Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Lt. Kol.(Bersekutu) PA Prof Madya Dr.Roslee Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni

Penasihat

Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan

Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Antarabangsa) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Universiti Kebangsaan Malaysia

Ketua Pengarah

Nuraqira Fidianti binti hassim

A141633 JKEES/3 013-3575714

Timbalan Ketua Pengarah

Mohammad Afiq bin Abd Rashid

A144142 JKKP/2 013-2373420

Setiausaha

Aishah binti Mohd Noh

A144235 JKEES/2 019-6245519

Timbalan Setiausaha

Farhana Najwa binti Azman

A144124 JKKP/2 011-3245224

Page 12: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 12

Bendahari

Najwa binti Hassan

A143927 JKAS/2 014-5244480

Timbalan Bendahari

Muhammad Zamir bin Zainal Abidin

A144232 JKEES/2 011-23203984

Pengarah Publisiti : Muhammad Zakhiri bin Rusli (A144069)

Pengarah Pemasaran : Muhammad Farid bin Farizal (A140854)

Pengarah Keselamatan : Muhammad Safwan bin Rosdi (A143996)

Pengarah Tugas-tugas Khas : Nurul Aqila binti Mohd Noor Azmi (A144237)

Pengarah Program dan Protokol : Nurul Azmah binti Safie(A144225)

Pengarah Peralatan dan Tempat : Mohamad Safwan bin Radzi (A141500)

Pengarah Jamuan dan Makanan : Najwa Izzaty binti Muhammad Azha (A144220)

Pengarah Cenderamata dan Sijil : Nur Farzana binti Mohd Yusoff (A144296)

Page 13: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 13

Lampiran B

Tentatif Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Tarikh : 27-29 March 2015

Hari : Jumaat - Ahad

Masa : 5.00 petang (Jumaat) – 3.00 petang (Ahad)

Tarikh dan Masa Perkara Tempat

26 March 2015 (Khamis)

9.00 PM

9.30 PM

27 March 2015 (Jumaat)

6.15 AM

7.00 AM

7.30 AM

9.00 AM

10.45 AM

12.30 PM

1.00 PM

2.30 PM

4.15 PM

5.30 PM

7.15 PM

8.45 PM

11.30 PM

Pendaftaran AJK dan peserta

Bertolak

Sampai ke destinasi / Solat

Sarapan pagi

Persiapan majlis pembukaan

Perasmian Pembukaan / Pembahagian anak

angkat.

Perasmi:

Y.B. Dato‟ Hasbullah Bin Osman

Ahli parlimen Gerik

Ziarah rumah keluarga angkat

Makan tengahari

Solat Jumaat/Zohor

Rehat

Pasang khemah

Solat Asar

Minum Petang

Rewang dan makan malam bersama

penduduk kampung

Solat maghrib

Majlis tahlil dan bacaan Yasiin

Solat isyak

Kem solat

Minum malam

Bersurai / refleksi

Foyer FKAB

Kg. Semelor

Balairaya

Surau Kg. Semelor

Balairaya

Surau

Page 14: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 14

28 March 2015 (Sabtu)

5.00 AM

6.00 AM

7.00 AM

7.30 AM

8.00 AM

11.00 AM

1.00 PM

1.45 PM

3.45 PM

5.30 PM

6.45 PM

7.20 PM

8.45PM

12.00 AM

Qiamullail

Solat Subuh jemaah / Tazkirah

Senam Aerobik

Sarapan

Sukaneka dan acara padang bersama

penduduk setempat

Now I Know (Ceramah Kejuruteraan)

Makan tengahari

Solat Dzuhur berjemaah

Sesi Grooming

Ziarah Mahabbah / Solat Asar

Belajar permainan tradisi masyarakat

orang asli

Bersihkan diri / Makan malam

Solat Maghrib berjemaah

Tazkirah

Solat Isyak berjemaah

Malam Kebudayaan / Minum Malam

Bersurai / Refleksi

Surau

Padang

Balairaya

Surau

Balairaya

Rumah keluarga

Padang

Surau

Balairaya

29 March 2015 (Ahad)

6.00 AM

7.00 AM

7.30 AM

8.00 AM

12.00 PM

3.00 PM

4.00 PM

4.30 PM

6.00 PM

Solat Subuh Jemaah / Tazkirah

Senam Aerobik

Sarapan Pagi

Treasure Hunt

Makan tengahari

Solat Zohor

Aktiviti bebas / ziarah mahabbah

Gotong-royong perdana

Persiapan majlis penutup

Solat Asar berjemaah

Majlis penutupan

Penyampaian hadiah dan sumbangan

Balik ke UKM

Surau

Padang

Sekitar kampong

Surau

Balairaya, surau,

sekolah, tapak

perkhemahan dan di

sekitar kampong

Balairaya

Page 15: KERTAS KERJA - Authentication · PDF fileProgram sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka. Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

26-29 MARCH 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 15

Lampiran C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL. PERKARA RM

1. Sumbangan

JPPel

Fakulti

Pemasaran

5000

5000

6000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 16,000

Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA RM

1. Publisiti

- Kain Rentang (RM 100 x 2 helai)

- Poster (RM 2 x 20 helai)

200

40

2. Program

- Sukaneka dan Permainan

- Rewang

Bahan mentah (RM2000)

Peralatan (RM500)

- Grooming

- Malam kebudayaan

- Treasure Hunt

- Now I Know

1,000

2,000

500

50

500

500

300

3. Jamuan

- Peserta (RM 80 x 40 orang)

3,200

4. Cenderamata

- Sijil (RM 1.50 x 40 orang)

- Hamper (RM30 x 20 kumpulan)

(RM 200 x 20 keluarga)

- Cenderamata kenangan

Ahli Parlimen Gerik

Ketua Kampung Orang Asli

60

600

4,000

100

200

5. Pengangkutan 2,000

6. Rencam 750

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 15,250