kursus pegawai pentadbiran negeri pasukan kadet … · apabila hendak mengadakan acara perbarisan...

33
KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT KEBNGSAAN PADA 16 – 19 Oktober 2003 DI SRI COSTA, MELAKA PANDUAN MELAKSANAKAN PERBARISAN 1.0 DEFINISI Perbarisan merupakan satu bentuk kawat yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu Kontinjen atau Detasman dalam satu formasi kawat. Ia diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental. Adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi dan tidak rasmi. 2.0 TUJUAN Tujuan panduan perbarisan ini adalah untuk memberi garis panduan bagaimana menlaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada harus dipatuhi agar ia lebih kemas, teratur dan seragam. 3.0 KEPERLUAN-KEPERLUAN PERBARISAN Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan setelah menerima arahan mengadakan perbarisan. Mesyuarat hendaklah diadakan. Pada asasnya perbincangan tentang perbarisan tersebut adalah terdiri daripada keperluan- keperluan berikut : 3.1. Tarikh,tempat dan masa.. Tarikh, tempat dan masa hendaklah ditetapkan supaya persiapan bagi menjayakan perbarisan dapat dilakukan dengan jayanya. Tarikh yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan jadual-jadual ‘orang penting’ dalam menjayakan perbarisan. Begitu juga masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pemilihan tempat hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan. Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira. 3.2. Format Perbarisan. Format perbarisan hendaklah ditentukan dahulu. Ia mestilah meliputi bentuk atau corak perbarisan yang akan dilaksanakan berpandukan aturcara yang dirancangkan.

Upload: dotram

Post on 12-Apr-2018

293 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT KEBNGSAAN

PADA 16 – 19 Oktober 2003 DI SRI COSTA, MELAKA PANDUAN MELAKSANAKAN PERBARISAN 1.0 DEFINISI Perbarisan merupakan satu bentuk kawat yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu Kontinjen atau Detasman dalam satu formasi kawat. Ia diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental. Adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi dan tidak rasmi. 2.0 TUJUAN Tujuan panduan perbarisan ini adalah untuk memberi garis panduan bagaimana menlaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada harus dipatuhi agar ia lebih kemas, teratur dan seragam. 3.0 KEPERLUAN-KEPERLUAN PERBARISAN Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan setelah menerima arahan mengadakan perbarisan. Mesyuarat hendaklah diadakan. Pada asasnya perbincangan tentang perbarisan tersebut adalah terdiri daripada keperluan-keperluan berikut : 3.1. Tarikh,tempat dan masa.. Tarikh, tempat dan masa hendaklah ditetapkan supaya persiapan bagi menjayakan perbarisan dapat dilakukan dengan jayanya. Tarikh yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan jadual-jadual ‘orang penting’ dalam menjayakan perbarisan. Begitu juga masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pemilihan tempat hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan. Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira. 3.2. Format Perbarisan. Format perbarisan hendaklah ditentukan dahulu. Ia mestilah meliputi bentuk atau corak perbarisan yang akan dilaksanakan berpandukan aturcara yang dirancangkan.

Page 2: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

3.3 Kekuatan Perbarisan. Kekuatan sesuatu perbarisan itu tidaklah ditetapkan. Ia bergantung/tertakluk kepada kesesuaian padang kawat yang boleh menampung peserta dan kehendak perbarisan. Pada lazimnya jumlah kekuatan pada perbarisan ialah :

3.3.1 Kadet a) Kontijen Utama/Besar. Pangkat Perjawatan 1. 1 x Mej /Kapt. KRS - Ketua Kontinjen 2. 2 x Lt. /LTM - Pegawai Muda 3. 1 x PW 1 KRS - Pegawai Waren Perbarisan 4. 1 x PW 11 KRS - Penanda kanan 5. 1 x Ssjn KRS - Penanda kiri 6. 1 x Sjn KRS - Penanda kanan/kiri 7. 144 Kadet - Anggota Perbarisan

b) Kontijen Kecil

Pangkat Perjawatan 1. 1 x Kapt./Lt./Lt.Muda KRS - Ketua Kontijen 2. 1 x PW11/Ssjn - Penanda kanan 3. 1 x Sjn KRS - Penanda kiri 4. 36 kadet - Anggota Perbarisan

3.3.2 Pegawai

Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Kadet Remaja Sekolah yang berkursus atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan jika melebihi anggota 36 orang hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika kurang 36 anggota adalah sebagai Kontigen kecil.(Pangkat dan perjawatan adalah mengikut 3.3.1)

3.4. Perjawatan perbarisan.

Perjawatan perbarisan hendaklah dilantik termasuk anggota simpanan. Perlantikan mereka hendaklah mengambil kira bentuk fizikal, kawat persendirianya cergas (Personal Drill) suara kuat dan jelas. Perjawatan yang perlu dilantik ialah :

a. Ketua Perbarisan - 1 x Mej. KRS b. Penolong Ketua Perbarisan - 1 x Mej/Kapt KRS c. Ajutan Perbarisan - 1 x Kapt KRS d. Ketua Kontijen - 1 x Mej/kapt KRS

Page 3: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

e. Ketua Detasmen - 1 x Kapt/Lt/Ltm KRS f. PW 1 Perbarisan - 1 x PW 1 KRS g. Pemandu Kanan - 1 x PW 11 KRS h. Pemandu kiri - 1 x Ssjn KRS i. Penanda kiri/kanan - 2 x Sjn KRS 3.5. Kumpulam Pancaragam. Pancaragam diadakan bagi mengiringi sesuatu perbarisan. Status pancaragam tertakluk kepada saiz perbarisan. a. Perbarisan biasa melibatkan Lagu kebangsaan atau Negeri boleh sama ada

mengunakan rakaman muzik atau sebagainya b. Semua perbarisan berbentuk istiadat atau perbarisan bertaraf pusat hendaklah diiringi

oleh Pancaragan atau Brass Band c. Kedudukan pancaragam dalam perbarisan adalah 15 langkah di belakang perbarisan

(tertakluk kepada kesesuaian Padang Kawat) d. Semasa masuk padang, pancaragam akan mendahului perbarisan 10 langkah di

hadapan perbarisan, semasa keluar padang pancaragam akan berada di belakang perbarisan dan akan melintasi Pentas hormat. Ketua pancaragam akan memberi hormat (sekiranya Pegawai Tabik hormat masih berada di atas pentas).

e. Dalam keadaan tertentu, kumpulan pancaragam berada dalam keadaan statik dan masuk/keluar padang kawat secara berasingan.

3.6. Pembacaan Doa. Seorang pembaca doa mestilah dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan. Pembaca doa mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara yang jelas, terang dan baik. Ia hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan. Teks doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan, sederhana dan tidak terlalu panjang. Pembaca doa boleh dilantik di kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah 3.7. Juruacara. Juruacara hendaklah dilantik bagi mengacarakan perbarisan. Juruacara mestilah mempunyai suara yang baik di samping berpengalaman dalam mengacarakan perbarisan-perbarisan yang lepas. Bagi perbarisan yang besar atau berbentuk istiadat, juruacara hendaklah seorang pegawai. Juruacara mestilah hadir semasa raptai perbarisan diadakan. Skrip juruacara mestilah tepat, jelas dan ringkas. 3.8. Aturcara. Aturcara perbarisan mestilah disediakan apabila sesuatu perbarisan itu akan diadakan. Aturcara mestilah meliputi masa-masa setiap aktiviti, susunan ketibaan VIP dan pegawai Tabik Hormat. Berikut adalah contoh aturcara :

Page 4: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

Bil Masa Perkara Catatan

1 2 3 4 5 6 7

0800 0820-0835 0835 0845 0850 0855 0900

Perbarisan Berkumpul Ketibaan para Jemputan Perbarisan masuk padang Ketibaan Para Jemputan Ketibaan Pegawai * Ketibaan Pengarah Pendidikan Ketibaan Pegawai Penerima Tabik Hormat - Ketua Perbarisan melapor - Pemeriksaan barisan - Bacaan Doa - Ucapan 1 - Ucapan 2 - Ucapan 3 - Anugerah/Sijil - Jamuan

Hormat kehadapan hormat Hormat kehadapan hormat Hormat kehadapan hormat

*Panggilan mengikut Pangkat,Nama & Jawatan cth; Lt Kol (KRS) Mohd Yasin B Mohd Yunus Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah *Urutan ketibaan pegawai yang paling kanan dalam perjawatan adalah pegawai yang terakhir akan tiba *Pegawai Istiadat memastikan susunan ketibaan dan mengiringi pegawai penerima tabik hormat. * Pegawai penerima tabik hormat tidak lebih daripada tiga orang 4.0 PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT/ TAMAT LATIHAN/ TERIMA SIJIL Upacara ini boleh diadakan khusus untuknya atau boleh dilakukan semasa perbarisan menyambut harijadi pasukan, tamat kursus, terima sijil dan perbarisan lain yang sesuai. Perbarisan ini akan diadakan kawalan kehormat, iaitu satu kumpulan/platun akan melakukan prosedur kawat tertentu seperti hormat ke hadapan hormat, berjalan lalu dan lain-lain serta menerima tabik hormat daripada pegawai tabik hormat.(Lampiran A)

Page 5: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

Bagi unit kecil yang tidak mempunyai kekuatan yang ramai, maka bolehlah dipecahkan kepada detasmen-detasmen. Sekiranya anggota yang akan menerima pangkat/Sijil/Cenderahati/Hadiah itu ramai maka satu perbarisan khas hendaklah diadakan untuknya tanpa penglibatan anggota lain. Maka pada keadaan ini Pegawai Penerima tabik hormat atau VIP berkenaan akan turun dan menyempurnakan acara pada tiap-tiap anggota dengan diiringi oleh ketua perbarisan atau pegawai yang berkenaan. 2 x Pengiring pembawa dulang akan mengikut upacara ini. Berikut adalah aturcara perbarisan kawalan kehormat bagi sesuatu majlis hendak diadakan : Bil Hukuman Oleh Tindakan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Baris,baris sedia Bergerak ke kiri, kiri pusing Dari kanan cepat jalan Baris Henti Menghadap ke hadapan, kanan pusing. Buka barisan, gerak Kekanan lurus Baris, pandang hadapan Pegawai, masuk baris Baris, senang diri Baris, sedia Ketua Kompeni masuk baris

PW II PW II PW II PW I PW I PW I PW I Penanda kanan Ejutan PKP PKP PKP

a. Anggota berbaris dalam tiga barisan di luar padang di bawah PW II b. anda telah diambil kedudukan di bawah PW I Penanda kanan luruskan barisan a. ejutan ambil kedudukan di

atas padang. b. PW I serah perbarisan c. PW I ambil kedudukan di

belakang perbarisan a. Pen Peg. Perbarisan ambil

tempat di atas padang. b. Ejutan serah perbarisan

kepada Pen Peg. Perbarisan (PKP) dan ambil tempat 3 langkah di hadapan nombor 4 Platun.

a. Ketua Perbarisan ambil

Page 6: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

13 14 15 16 17 18

Baris, senang diri Menunggu Penerima Tabik Hormat Baris sedia Hormat, hormat ke hadapan hormat Pemeriksaan Barisan Bacaan Doa Ucapan Penerima Tabik Hormat Upacara Pemakaian Pangkat/Sijil/Hadiah Skuad.. sedia Dari depan cepat jalan Hentak kaki

Ketua Perbarisan (KP) Ketua Perbarisan Ketua Perbarisan KP Anggota Terkanan(AT) AT AT

tempat di atas padang b. PKP serah perbarisan

kepada Ketua Perbarisan Ketua Perbarisan melapor kepada Pegawai Penerima Tabik Hormat a. 2 x Pengiring yang berada

di kiri/kanan pentas akan berjalan dahulu diiringi oleh Ketua Perbarisan.

b. Selesai pemeriksaan Ketua Perbarisan mohon kebenaran menjalankan tugas lain.

Baris …UP(Ketua Perbarisan) atau Drum Rol untuk angkat tangan dan turun tangan. Diumumkan oleh Juruacara a. Diumumkan oleh

Juruacara b. Anggota yang menerima

pangkat/Sijil/Hadiah berbaris dalam satu barisan di kiri pentas diluar padang.

c. 2 x Pengiring bawa dulang mara ambil tempat 2 langkah di sebelah kanan orang pertama, menghadap ke kiri.

Page 7: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

Skuad.. henti Menghadap Ke hadapan, kanan pusing Luruskan barisan Hormat,hormat ke hadapan hormat Hormat,hormat ke hadapan hormat Bergerak ke kanan, kanan pusing Dari kiri cepat jalan Penerima Tabik Hormat Meninggalkan Majlis Ketua kompeni keluar baris Ejutan

AT AT AT AT AT AT AT AT KP KP PKP Ejutan

a. Peg.Penerima Tabik

Hormat turun dari pentas untuk menyempurnakan acara

b. Juruacara akan sebutkan nama dan pangkat satu persatu

Setelah selesai upacara ,Peg. Penerima tabik Hormat naik ke pentas Balik tempat asal di luar padang tetapi tidak bersurai Diumumkan oleh Juruacara KP mohon kebenaran menjalankan tugas yang lain Peg. Penerima Tabik Hormat beredar meninggalkan majlis KP serah perbarisan kepada PKP Ketua Kompeni berjalan keluar ,berhenti digarisan lalu lintas, hormat, pusing kanan dan bersurai. PKP serah perbarisan kepada ejutan Semua Pegawai muda berjalan arah ejutan,berhenti dan hormat bersama-sama dan

Page 8: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

29 30 31 32 33

Pegawai, keluar baris PW I Tutup barisan…gerak Baris Berjalan keluar bergerak ke kiri, kiri pusing Dari kanan cepat jalan

Ejutan PW 1 PW I PW I

keluar baris ditepi padang. Ejutan serah perbarisan kepada PW I a. Anggota akan disuraikan

diluar padang. b. Anggota yang memakai

pangkat/Sijil keluar baris apabila perbarisan keluar padang.

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN DAN SUKAN Bagi perbarisan kebangsaan ia adalah mengikut kesesuaian majlis yang diadakan. Walaubagaimana pun ia juga mempunyai asas-asas serta prosedur yang harus dipatuhi, jika ianya dilaksanakan secara Rejimental/istiadat, maka aturcara perbarisan kawalan kehormat perlulah diadakan. Jika tidak dilakukan secara istiadat ia hanya memadai mengikut aturcara biasa/bebas yang tidak melibatkan perbarisan kawalan kehormat. (Lampiran B dan C) PENGURUSAN PADANG KAWAT Apabila sesuatu perbarisan diadakan sama ada di padang kawat atau padang rumput maka satu padang perbarisan mestilah disiapkan. Keluasan padang mestilah mencukupi dengan kekuatan perbarisan dan bentuk perbarisan, perkara-perkara berikut hendaklah disediakan : a. Bendera padang b. Garisan Ketua Perbarisan c. Garisan lalu lintas d. Tanda-tanda pengenalan(marker) yang berkaitan

Page 9: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

1. Ketua Perbarisan 2. Penolong Ketua Perbarisan 3. Ejutan 4. Ketua Detesmen 5. Pemandu kanan/kiri 6. Tempat melapor ketua perbarisan 7. Ketua Pancaragam 8. Lain-lain tanda mengikut keperluan

e. Ukuran padang kawat sebaik-baiknya tidak kurang dari 300 langkah panjang dan 150

langkah lebar. PROTOKOL Protokol adalah merupakan prosedur-prosedur/peraturan tertentu yang mesti dipatuhi oleh semua anggota yang ada di dalam mana-mana unit beruniform. Prosedur atau peraturan ini perlu dipatuhi di mana-mana juga anggota berada. Ia adalah bertujuan untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib, cergas dan taat setia. Protokol ini adalah melibatkan majlis-majlis tertentu yang melibatkan anggota. Sama ada dilakukan di dalam dewan atau diluar dewan. Jika di luar dewan protokol ini dapat dilihat jelas melalui aturcara perbarisan yang dilangsungkan. Ini meliputi aturcara perbarisan serta persiapan padang perbarisan. Selain daripada itu terdapat peraturan lain yang perlu dipatuhi. Antaranya : a. Persiapan Pentas Hormat. Pentas hormat hendaklah disediakan dengan sewajarnya. Pentas hormat mestilah berada 5 langkah dari tepi padang kawat dan 5 langkah dibelakang garisan lalu lintas. Bagi acara Rejimental pentas hormat hendaklah di alas dengan permaidani (baldu) merah, manakala perbarisan yang melibatkan Raja-raja hendaklah di alas dengan permaidani kuning. Pentas hormat boleh dihias dengan bunga-bunga yang bersesuaian. b. Pentas Ucapan. Pentas ucapan berukuran 4 x 4 x 8 hendaklah disediakan. Pentas ini khas untuk ucapan Pegawai Tabik hormat samada awam atau Pegawai kanan. Bagi perbarisan yang melibatkan Raja-raja Melayu dan Tuan Yang Terutama/Gabenor, pentas ini tidak diperlukan. Kedudukan pentas ucapan ini ialah 4 kaki kehadapan dan I kaki kanan tangga pentas. (Lampiran D)

Page 10: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

c. Kedudukan Di Pentas Hormat (STAGGER). Kedudukan mengikut protokol di atas pentas hormat sentiasa berubah mengikut situasi dan bentuk perbarisan. Kebiasaannya susunan ini diatur mengikut taraf Pegawai Tabik hormat. (Lampiraan E) d. Panggilan Orang Kenamaan. Pegawai-pegawai kanan yang berpangkat Brigedier Jeneral ke atas, pada lazimnya menerima gelaran Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri. Bagi penyelarasan terhadap panggilan ini dalam sesuatu perbarisan terutama semasa melapur peraturan berikut hendaklah digunakan.

1. Panglima. Sebagai bahasa melapur kepada Pegawai Tabik hormat yang berpangkat Brigedier Jeneral ke atas, di dalam sebarang perbarisan, bahasa menjawab/bercakap adalah sama. 2. Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri. Gelaran khusus ini adalah sebagai panggilan apabila bercakap dengan Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan semua Pegawai-pegawai kanan yang menyandang gelaran berkaitan. 3. Tuan. Sebagai bahasa panggilan Pegawai-pegawai Kanan (Brigedier Jeneral Ke atas) yang belum menyandang gelaran khusus. Sebagai bahasa panggilan kepada semua pegawai-pegawai, selain daripada Pegawai-pegawai kanan di perenggan 1 dan 2.

f. Peraturan Melapur. Melapur hendaklah dibuat oleh Ketua Perbarisan (Parede Comd). Lapuran mestilah merangkumi jenis perbarisan, kekuatan Pegawai/LLP yang terlibat. Melapur dibahagikan kepada 4 bahagian.

1. Melapur untuk pemeriksaan (Di padang kawat).

“Perbarisan Hari Ulangtahun KRS ke 2 terdiri dari…… Pegawai dan….LLP siap untuk diperiksa Tuan”.

Page 11: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

2. Melapur tidak ada pemeriksaan(Di padang kawat). “Perbarisan Serah Terima Tugas……..terdiri dari …….Pegawai dan …..LLP siap dalam perbarisan Tuan” 3. Melapur Semasa dalam Dewan (Kontijensi Cuaca). “Perbarisan Tamat Krusus Pegawai Tadbir Siri 2/2001 terdiri……Pegawai….. Jurulatih siap upacara Tuan” 4. Melapur untuk diperkenalkan kepada Ketua-ketua Kumpulan/Pasukan,

kebiasaannya seperti Perbarisan Sukan dan seumpamanya. “Perbarisan Sukan…………………….siap untuk diperkenalkan kepada Ketua-ketua kumpulan Tuan”

Page 12: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

LAMPIRAN A

SATU KOMPENI DALAM PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT Penerangan 1. Ketua kompeni berada 6 langkah di hadapan di tengah-tengah Nombor Dua dan tiga

Platun 2. Pen. Ketua Kompeni berada 3 langkah di hadapan anggota yang pertama pada satu

platun. 3. Ejutan berada 3 langkah di hadapan anggota dua akhir pada Nombor empat Platun 4. Ketua platun berada 3 langkah di tengah-tengah hadapan platun masing-masing 5. Seorang PW I berada di 6 langkah di belakang di tengah-tengah Nombor 2 dan 3

platun 6. Sjn Platun berada 3 langkah di tengah Platun masing-masing 7. Jarak-jarak antara Platun 3 langkah.

Page 13: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

LAMPIRAN B

KONTIJEN DALAM PERBARISAN HARI KEBANGSAAN Penerangan 1. A ialah kontijen kawalan kehormat 2. B ialah pembawa bendera Malaysia berukuran besar 3. C ialah pembawa bendera negeri 4. D ialah kontijen yang menyertai perbarisan yang terdiri daripada pelbagai agensi

D

A

D

D

D D

B

D

C

Page 14: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

LAMPIRAN C

PERBARISAN HARI SUKAN

Penerangan 1. A ialah kontijen kawalam kehormat 2. B ialah kontijen Persatuan atau Kelab 3. C ialah kontijen Unit Beruniform

B

B

B

B

C

C

C

C

A

Page 15: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

LAMPIRAN D

KEDUDUKAN PENTAS HORMAT

Penerangan 1. A adalah Pentas Ucapan 2. Pentas ucapan dari jenis mudah alih berwarna putih 3. Pembesar suara dan ‘Lectern’ hendaklah siap diletakkan dihadapan pentas.

PENTAS HORMAT

Tangga

A

Page 16: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

LAMPIRAN E

KEDUDUKAN DI PENTAS HORMAT MAJLIS PERINGKAT NEGERI MAJLIS PERINGKAT KEBANGSAAN Penerangan 1. A 1 ialah Menteri Pendidikan Malaysia 2. A ialah Pengarah Pendidikan Negeri 3. B ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri 4. C ialah Ketua Sektor 5. D ialah Kem Komandan 6. E ialah Ketua Unit Ko Kurikulum 7. J ialah Pengarah Pendidikan Negeri lain

E A

C B D

C C

J J

W

J

B A

J

C C

Page 17: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung
Page 18: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

Kursus Pegawai Tadbir KRS Peringkat Negeri Sembilan 12 hingga 15 Ogos 2003, di Air Keroh Country Resort Melaka

1.9 ETIKA PEGAWAI TADBIR PENDAHULUAN Etika pegawai tadbir adalah berorientasikan tugas dengan mengendalikan tenaga manusia di dalam pelaksanaannya. Justeru, untuk menjadi seorang pegawai tadbir yang efektif dan dapat melaksanakan tugas dengan jayanya, seorang itu perlu benar memiliki etika diri yang baik serta mempunyai pengetahuan teknik yang mantap juga pengetahuan tentang ciri-ciri dan sifat kelakuan manusia yang dipimpinnya. TUJUAN Untuk membina pengertian dan penghayatan konsep asas serta fungsi-fungsi etika pegawai tadbir ETIKA PEGAWAI TADBIR Seseorang pegawai Tadbir itu perlulah mempunyai kualiti-kualiti diri berikut bagi menghasilkan etika yang baik demi membina keyakinan, kerelaan dan kerjasama serta penghormatan orang lain terhadapnya. Antaranya : a. Kewibawaan b. Disiplin c. Ketegasan d. Boleh dipercayai e. Minat/gigih f. Inisiatif g. Kejujuran h. Adil i. Pengetahuan j. Tidak penting diri

Page 19: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

Berikut adalah jalan bagi mencapai etika pegawai tadbir yang baik untuk dijadikan pedoman. a. Sentiasa mengkaji diri dan meningkatkan kemampuan. Analisa diri secara objektif. Sedari kemampuan dan kelemahan. Setelah itu tingkatkan daya usaha untuk memantapkan dan meninggikan mutu kebolehan. Ia boleh dicapai :

1. mintalah buah fikiran orang lain bagaimana cara hendak memperbaiki keadaan

2. pelajari melalui kejayaan dan kegagalan orang lain 3. bina minat terhadap orang lain, amalkan sifat-sifat kemanusiaan 4. kuasailah seni penulisan dan percakapan yang berkesan dan efektif.

b. Kemantapan ilmu pengetahuan. Harus cekap dan mahir di dalam aspek yang diceburinya. Ia mampu memimpin dan melaksanakan tugas yang diberi dengan baik. Untuk mencapainya :

1. tuntutlah pelajaran yang berkaitan melalui pembelajaran, pembacaan, penyelidikan dan pengkajian.

2. Jalinkan perhubungan dengan pemimpin yang cekap, perhati dan selidiki tindakan mereka.

3. Kembangkan pengetahuan melalui perhubungan/pergaulan dengan orang lain. c. Tunjukkan contoh. Anggota lain akan memerhati anda untuk mencontohi sesuatu atau sebaliknya menggunakan contoh itu melindungi kelemahan mereka. Gerakgeri dan tingkahlaku anda hendaklah mencerminkan kepatuhan, kemegahan dan keinginan oleh anggota lain memenuhi standard yang anda tetapkan. Anda hendaklah :

1. Sentiasa sihat fizikal, berfikiran cerdas, segak dan berpakaian dengan betul dan teratur.

2. Mengawal emosi. Pegawai yang tertakluk kepada keadaan yang marah-marah atau keadaan kedukacitaan tentunya sukar untuk mendapatkan dan seterusnya meyakinkan kepatuhan dan kesetiaan anggota lain terhadapnya.

3. Sentiasa bersikap optimis serta berazam untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

4. Hendaklah setia dan patuh kepada pegawai atasan dan anggota bawahan. 5. Hindar dan haramkan perkembangan dan berpuak-puak dan kumpulan atau

seseorang yang disayangi. Terutama terhadap anggotan bawahan.

Page 20: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

d. Kesesuaian dan ketepatan keputusan. Anda mestilah melakukan pertimbangan situasi yang pantas dan mencapai keputusan yang bijak. Seseorang pagawai tadbir yang tegas akan berupaya menggunakan anggota bawahannya dengan berkesan. Untuk membolehkan anda mencapai keputusan yang bijak anda hendaklah :

1. binakan proses pemikiran yang lojik lagi teratur dengan mengamalkan pertimbangan situasi secara objektif.

2. Jika diizinkan masa dan keadaan, rancang dengan teliti semua kegiatan. 3. Beritahu keputusan segera untuk membolehkan anggota bawahan membuat

persiapan. 4. Kaji dan nilai kesan dan implikasi keputusan ke atas semua pihak

e. Bersedia menerima tanggungjawab atas segala tindakan. Dengan bersedia menerima tanggungjawab pemimpin membina dirinya dari segi ikhtisas dan menambahkan kemampuan mentadbir. Menerima tanggungjawab ke atas urusan dan kegagalan pasukan adalah tugas pegawai Tadbir. Kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

1. pelajari tugas pihak atasan dan bersedia menerima tanggungjawab. 2. Laksanakan tiap tugas, besar atau kecil dengan sempurna. Ganjarannya ialah

peluang melaksanakan tugas yang lebih penting. 3. Terima kritik dan kesilapan dengan tenang dan fikiran terbuka. 4. Tegaskan fikiran yang mana anda fikir betul

PENUTUP Dengan penghayatan perkara-perkara yang dibincangkan di atas dapat kita simpulkan bahawa pegawai Tadbir yang efektif adalah seorang yang mempunyai etika diri yang baik serta mempunyai kualiti-kualiti diri yang disebutkan. Ia adalah merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap kelakuannya. Ianya kenal dan faham dengan ciri-ciri keperibadiannya, tanggungjawab dan tugasnya secara mantap dan berkesan. Di sediakan oleh Kapt KRS Roslan Kamarudin Pegawai Tadbir Negeri Sembilan

Page 21: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

Contoh ; BORANG MAKLUMAT PASUKAN KRS NEGERI 1. NAMA SEKOLAH 2. DAERAH 3. TARIKH PENUBUHAN KRS 4. SENARAI NAMA PEGAWAI DI SEKOLAH

Bil PANGKAT DAN NAMA KURSUS KRS YANG TELAH DIHADIRI/TARIKH

5. Senarai anggota mengikut tahun(Isi tahun yang berkenaan) Tahun 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 Jum.Anggota

6. Kejayaan yang dicapai oleh Platun yang dikendali Bil Kejayaan yang dicapai Peringkat Tarikh/Tahun 7. Senarai pemegang pangkat Pegawai Tidak Tauliah(PTT) di kalangan pelajar.

PANGKAT LKPL KPL SJN SSJN PW II PW 1

JUMLAH PTT

Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 6 JUMLAH BESAR PTT

8. Rancangan aktiviti tahun 2001

(seperti latihan mingguan/perkhemahan tahunan/kursus dalaman/pertandingan/dll yang berkenaan)

Tarikh Aktiviti Tindakan

Page 22: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MASA KINI

DAN CABARAN MASA DEPAN

PENGENALAN Kebelakangan ini selalu benar terdengar berbagai pihak menekankan keperluan diadakan pendidikan yang seimbang. Dalam hal ini para cendiakawan dan masyarakat umum telah menyuarakan perasaan kebimbangan mereka terhadap keadaan ketidakseimbangan yang terdapat di antara AKADEMIK dan kegiatan KOKURIKULUM. Semua pihak berpendapat bahawa kurikulum sekarang, TERUTAMA di sekolah terlalu memberi penekanan kepada pelajaran akademik dan tidak dapat mengawal dengan sempurna kegiatan pelengkapnya iaitu kokurikulum. Keadaan ini menyebabkan suasana pembelajaran sentiasa tertekan, timbulnya polarisasi kelompok di kalangan pelajar dan perkembangan menyeluruh watak dan sahsiah pelajar kurang memuaskan. Konsep Kurikulum dan Kokurikulum Kurikulum adalah apa yang dipelajari secara FORMAL sama ada dalam bilik darjah atau di tempat-tempat lain. Kokurikulum pula adalah kesinambungan kurikulum iaitu kegiatan tidak formal/praktikal/pengamalan (pendidikan secara aktiviti) berhubung apa yang dipelajari dalam kurikulum Jenis dan bidang kegiatan ko-kurikulum Kegiatan kokurikulum, yang lebih dikenali dengan singkatan koko bermaksud kepada kegiatan tidak formal yang dilakukan di luar bilik darjah dan berteraskan kesinambungan P & P. Kegiatan ini merangkumi aspek pembelajaran yang ada kaitan dengan kurikulum formal, jika di sekolah menerusi tiga bidang kegiatan iaitu (1) kegiatan sukan, (2) pasukan pakaian seragam, dan (3) persatuan-persatuan/kelab yang berbentuk akademik. Kegiatan kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam Terdapat dua bidang kegiatan kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam. Pertama, aktiviti yang melibatkan pertandingan dan kedua aktiviti yang melibatkan perkhemahan. Melalui aktiviti tersebut bukan sahaja dapat membantu peserta melakukan kegiatan tertentu, bahkan juga dapat menolong mereka mendapat pengalaman secara ’hands-on’ dari segi kepimpinan yang bermutu. Dalam rancangan tersebut peserta sepatutnya didedahkan kepada kegiatan pasukan pakaian seragam tertentu secara berpasukan dan individu, perancangan dan penyeliaan, serta kegiatan kepegawaian seperti pengurusan, penyeliaan dan kepengadilan.

Page 23: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

Falsafah dan Objektif Kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam(PPS) Kokurikulum PPS adalah gabungan di antara elemen pendidikan jasmani, penggunaan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari dalam kegiatan unit-unit uniform. Oleh kerana terdapat perubahan hidup yang memerlukan kegiatan jasmani untuk mengimbangkan di antara tugas harian dengan kesihatan tubuh badan, masyarakat kini menganggapkan program ko-kurikulum unit-unit uniform salah satu daripada keperluan dalam pendidikan. Dalam dunia moden yang penuh dengan kerisauan, ketakutan, salah penyesuaian, kompleks dan penyekatan, segala pengalaman dan latihan menerusi kegiatan unit-unit uniform boleh membantu mengatasi cabaran tersebut. Penyertaan dalam kegiatan uniform boleh mengendurkan ketegangan hidup, mendampingi orang lain dengan mudah, dan lain-lain kemahiran yang berhubung. Antara objektif unit-unit beruniform adalah seperti berikut :

1. kecergasan jasmani dan kesihatan akal 2. riadah dan kesihatan fizikal 3. pengukuhan kemahiran 4. nilai sosial dan semangat bekerjasama 5. kemajuan prestasi akademik 6. peragaan bakat terpendam 7. membantu memilih kerjaya.

Objektif tersebut diterapkan dari segi kesesuaian dengan keadaan masa kini menerusi penglibatan aktif, fokus kepada kecemerlangan pendidikan dan juga mengikut trend masa akan datang. PENUTUP Keseimbangan dalam dua bidang utama dalam pendidikan iaitu bidang akademik dan ko-kurikulum adalah sangat dituntut seperti yang terpancar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketidakseimbangan antara dua bidang tersebut akan mengakibatkan masalah kemanusiaan yang lebih teruk dan rencam. Oleh itu semua warga pendidikan termasuk pegawai perancang, pegawai pelaksana, pegawai pendidik di sekolah termasuk pelajar serta ibu bapa / penjaga harus sedar betapa pelajar perlulah melibatkan diri dalam kedua-dua bidang tersebut bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelik. Disediakan En Roslan Kamarudin SMK Palong Tuj

Page 24: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

Kursus Pegawai Tadbir KRS Peringkat Negeri Sembilan ,

12 hingga 15 Ogos 2003 , di Air Keroh Country Resort Melaka.

1. Perkembangan Kadet Remaja Sekolah Negeri Sembilan Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya di sekolah-sekolah oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran KRS peringkat kebangsaan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Razak pada 20 Jun 1995 di SMK Raja Abdullah kuala Lumpur. Dalam tahun yang sama pada bulan November hingga Disember sejumlah 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih KRS peringkat negeri. Di Pusat kokurikulum Bachok (Kelantan) singkir (Kedah) Bukit kolam (Terengganu dan Santubong (Sarawak) Manakala di peringkat Negeri Sembilan, pihak sekolah menengah telah menerima Surat Pekeliling JPNS yang bertarikh 23 Mei 1995 berkenaan penubuhan pasukan KRS. Pihak Sekolah juga telah menerima kertas kerja cadangan penubuhan KRS yang bertarikh 20 Jun 1995. Pihak sekolah telah diminta untuk merujuk kertas kerja berkenaan untuk menubuhkan pasukan KRS. Selepas pelancaran KRS peringkat Kebangsaan, kementerian pendidikan Malaysia melalui JPNS telah menghantar Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1995 yang bertarikh 11 Ogos 1995 berkenaan dengan perlaksanaan pasukan KRS. Beberapa sekolah telah menubuhkan pasukan KRS masing-masing. KRS SMK Palong Tujuh telah ditubuhkan pada 18 Januari 1995 dan dilancarkan secara rasmi oleh ketua unit ko Kurikulum pada 25 Oktober 1995 dengan kekuatan 1 pegawai dan 110 anggota.Manakala KRS SMK Seri Perpatih telah ditubuhkan pada 10 Jun 1995 dengan sejumlah 3 orang pegawai dan 90 anggota.SMK Lui Barat pada 17/1/1996, SMK Batu Kikir pada 10/1/1996. Bermula tahun 1997 setelah pelancaran KRS di Peringkat Negeri Sembilan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan banyak sekolah telah menubuhkan pasukan KRS masing-masing. Beberapa kursus telah diadakan antaranya Kursus Pegawai Kadet Remaja Peringkat Negeri Sembilan telah dijalankan pada penghujung tahun 1995 di Empangan Ulu Muar Talang, Kuala Pilah. Perasmian Kadet Remaja Sekolah peringkat Negeri Sembilan telah dijalankan di SMK Seri Perpatih oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Hj. Isa bin Abdul Samad pada Mei 1997. Pusat Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Sungai Jelutung Batu Kikir (Kem PUSAKO) pada tahun 1998 dan telah

Page 25: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

dirasmikan pada bulan Ogos 1998. Pelbagai Kursus peningkatan untuk pelajar dan pegawai telah diadakan di Kem tersebut. Sejak penubuhan Kadet Remaja Sekolah pelbagai program telah diadakan. Antaranya beberapa siri pertandingan kawat kaki telah dijalankan. Pertama sekali, Pertandingan Kawat Kaki Unit-unit Beruniform Peringkat Negeri Sembilan pada Ogos 1999 di SMK Datuk Mansur Bahau dan Pasukan SMK Batu Kikir telah mendapat tempat ke tiga. Pada tahun 2000, Pertandingan Kawat Kaki KRS iaitu khusus untuk pasukan KRS telah dijalankan. Pada 30 Ogos 2000(di SMK Chan Hua Kuala Pilah) 25 Ogos 2001 (di PUSASDA Port Dickson), 13 Ogos 2002 (di SMK Palong Tujuh) dan 30 April 2003 (di SM Teknik Port Dickson) pasukan SMK Palong Tujuh telah menjadi Johan selama empat tahun berturut-turut dan mewakili KRS Negeri Sembilan ke Pertandingan Kawat Kaki KRS Peringkat Kebangsaan di Perak 2000 (Tempat Kelima Putera) di Pulau Pinang 2001 (Johan kebangsaan KRS Putera dan Puteri) di Kelantan 2002 (Johan kebangsaan KRS Puteri dan Naib Johan Putera) dan di Pulau Pinang 2003 (Naib Johan kebangsan KRS Puteri dan Ke empat Putera). Program Perkhemahan juga telah turut diadakan antaranya Perkhemahan Ijtimak Al Kubra KRS Kebangsaan 1999(Kelantan), Perkhemahan Perdana 2000 (Pahang) Perkhemahan Perdana 2001 (Johor) Perkhemahan Perdana KRS 2002 (Selangor) dan Karnival Perkhemahan 2003 (Pulau Pinang). Perkhemahan tersebut ada yang berbentuk penyertaan aktiviti dan ada yang berbentuk pertandingan. Di peringkat negeri juga turut diadakan 1.2 Arah dan Matlamat Kadet Remaja Sekolah Matlamat Program Pendekatan Hasil

Berilmu Rohani & Disiplin Fardu ain, Ibadat,

Perbincangan Kumpulan, Yasin, Bahas dll

Pelajar yang

Berakhlak Khidmas Gotong royong, ziarah, lawatan, anak angkat, gunatenaga, persembahan

• berilmu • berakhlak • berkemahiran • berdaya saing • ketahanan diri • peka kepada

isu semasa • bijaksana

dalam tindakan untuk agama, bangsa dan negara.

Patriotik Ketahanan diri & Kebudayaan

Kawat kaki, orienteering, senjata, kembara,

Page 26: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

berenang, latihan lasak, silat, nasyid, berzanji, syair, puisi, lukisan, muzik tridisional dll

Beramal Alam Sekitar Ilmu bintang, ekologi, mengenal haiwan dan tumbuhan, kajian bahan pencemaran dll

Berketerampilan Usahawan & Akademik

Ilmu usahawan, kecemerlangan akademik, kerjaya usahawan, khidmat usahawan, rekacipta dan latihan kemahiran.

1.6 Organisasi Di Peringkat Sekolah Sesebuah pasukan mestilah terbentuk dalam sebuah organisasi untuk pengurusan anggotanya. Pengurusan organisasi yang cekap akan melahirkan anggota yang cekap dan berkesan. Pentadbir sekolah perlu memainkan peranan. Perjawatan dalam pasukan adalah tertakluk kepada jawatan hakiki yang disandang oleh seseorang pegawai. Mereka menggunakan pangkat kehormat. Pangkat Majer (Pengetua), Kapten (GPK HEM , GPK Koku dan Penyelia Petang) Pangkat kehormat akan gugur dan dianugerahkan dengan pangkat yang setara. sekiranya pegawai berkenaan mengikuti Kursus Pegawai Tadbir KRS dengan jayanya. Jawatan kuasa boleh dibentuk mengikut kesesuaian pasukan. Berikut adalah contoh jawatan kuasa yang boleh dibentu; 1.6.1 Peringkat Pegawai Pegawai Memerintah/Komandan Pengetua 1 x Mejar Penolong Peg. Memerintah/Timb. Kom. GPK HEM 1 x Kapten Pegawai Tadbir/Ejutan GPK Ko Ku 1 x Kapten Pegawai khas Kompeni (Sesi Petang) Penyelia Petang 1 x Kapten Pegawai Data Guru Penasihat 1 x Leftenan /LTM Pegawai Latihan Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Pegawai Kewangan Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Pegawai Kerohanian Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Pegawai Kebajikan Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Pegawai Tatatertib Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM Jurulatih kanan Bekas pelajar

Page 27: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

1.6.2 Peringkat Pelajar Kompeni Sarjan Mejar/Ketua Kompeni Kadet 1 x Staff Sarjan/PW 11 Ketua Platun A (Setiausaha) Kadet 1 x Sarjan/Kopral Ketua Platun B ( Bendahari) Kadet 1 x Sarjan/Kopral Ketua Platun C (Peralatan) Kadet 1 x Sarjan/Kopral Ketua Platun D (Perhubungan) Kadet 1 x Sarjan/Kopral Unit Data kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Unit Latihan Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Unit Kerohanian Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Unit Kebajikan Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Unit Tatatertib Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral Platun Ketua Platun Kadet 1 x Sarjan Ketua Seksyen 1 (Setiausaha) Kadet 1 x Kopral Ketua Seksyen 2 (Bendahari) Kadet 1 x Kopral Ketua Seksyen 3 (Peralatan) Kadet 1 x Kopral Unit Data Kadet 1 x Lans Kopral Unit Latihan Kadet 1 x Lans Kopral Unit Kerohanian Kadet 1 x Lans Kopral Unit Kebajikan Kadet 1 x Lans Kopral Unit Tatatertib Kadet 1 x Lans Kopral 1.7 KEKUATAN DAN TUGAS KADET REMAJA SEKOLAH Pasukan di bentuk adalah bergantung kepada jumlah anggota yang mendaftar sebagai ahli dalam pasukan. Pasukan dibentuk sebagai seksyen (12 anggota), Platun (38 anggota), Kompeni (154 anggota). Peringkat Seksyen - mempunyai satu seksyen terdiri daripada 12 anggota termasuk ketua seksyen -setiap seksyen diketua seorang ketua berpangkat kopral dan dibantu oleh penolong ketua seksyen berpangkat Lans Kopral -Antara tugas ketua seksyen ialah mendapatkan dan mengemaskini maklumat anggota -menjaga disiplin tingkahlaku dan kehadiran anggota

Page 28: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

-mengutip yuran -mengetuai program/aktiviti di peringkat seksyen -menyampaikan maklumat kepada ketua platun Kekuatan – 1 X Kopral 1X Lans Kopral 10 lain-lain anggota Peringkat Platun -mempunyai tiga seksyen -satu platun terdiri daripada 38 anggota termasuk komander Platun (Guru) dan dibantu oleh ketua platun (pelajar) -Setiap platun diketuai seorang komander platun berpangkat Leftenan Muda atau Leftenan dan di bantu oleh ketua platun berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan (Pelajar) -antara bidang tugas ketua platun adalah seperti mempastikan rekod-rekod anggota diurus dengan cekap -menjaga kebajikan anggota -mempastikan yuran dikutip -menjaga disiplin dan kehadiran anggota -mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama ketua sesyen dan anggotan bawahan -menjadi ketua perbarisan Platun -menjadi perantara Komander platun dengan anggotan bawahan -mengadakan dan mengemaskini maklumat keanggotaan platun Kekuatan – 1 X Leftenan Muda 1 X Sarjan 3 X Kopral 3 X Lan Kopral 30 lain-lain anggota Peringkat Kompeni -mempunyai 3 atau 4 Platun -satu Kompeni terdiri daripada 114 hingga 155 anggota(4 Platun X 38 =152 anggota termasuk Pegawai Memerintah kompeni (Guru) Pegawai tadbir/Ejutan dan ketua kompeni(Pelajar)) -setiap kompeni diketuai oleh Pegawai Memerintah kompeni berpangkat kapten atau Leftenan dan dibantu oleh ketua kompeni berpangkat Pegawai Waren 1 atau 11 -Tugasnya mengetuai empat buah platun dan dibantu oleh pegawai-pegawai atau pegawai tanpa tauliah

Page 29: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

-merancang , mengeluarkan arahan dan membuat keputusan penting untuk pasukan -menyedia dan mencari anggota untuk kenaikan pangkat dan berkursus -sebagai perantara antara komandan dengan anggota bawahan -menjadi ketua perbarisan kompeni -Antara tugas ketua kompeni pula adalah seperti mempastikan disiplin pasukan diamal dan dilaksanakan dengan berkesan -membuat teguran/nasihat dan amaran dari segi tingkahlaku, pakaian, tutur kata, akademik dan sebagainya. -membuat laporan kepada Pegawai Memerintah Kompeni untuk diambil tindakan -mengurus data dan maklumat pasukan sama ada biodata, surat menyurat, rekod kesalahan dan lain-lain. Kekuatan – 1 x Majer/Kapten 1 x Leftenan 1 x PW 1/PW 11/Staf Sarjan 4 x Leftenan Muda 4 x Sarjan 12 x Kopral 12 x Lans Kopral 120 lain-lain anggota 1.8 SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH PANGKAT KEHORMAT DI SEKOLAH Bil Pangkat Klasfikasi/Cara Memohon Catatan

1 MEJAR

(Kehormat) -Pengetua -Berfungsi sebagai Pegawai Memerintah -mengisi borang dan memohon kepada Pengarah Bahagian sekolah/Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri

-Lantikan berdasarkan Jawatan hakiki -Mesti menghadiri Kursus -Surat perlantikan dan sijil dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan -Pangkat akan gugur sekiranya berlaku pertukaran yang tidak setara

2 KAPTEN -Penolong Kanan HEM -Lantikan

Page 30: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

(Kehormat) -Penolong Kanan Kokurikulum -Berfungsi sebagai Penolong Pegawai Memerintah -Mengisi Borang dan memohon kepada Pengarah Bahagian Sekolah/Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri

berdasarkan Jawatan Hakiki -Mesti menghadiri kursus -Surat perlantikan dan sijil dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan -Pangkat akan gugur sekiranya berlaku pertukaran yang tidak setara

PANGKAT LANTIKAN BERDASARKAN KELAYAKAN DI SEKOLAH Bil Pangkat Klasfikasi/Cara Memohon Catatan

1 KAPTEN -Jurulatih Kanan JPN/KRS

Negeri -Jurulatih Kanan- dilantik oleh JPN dengan menghantar surat rasmi -Mengisi borang dan memohon ke JPN melalui PPD

-Pegawai Pendidikan (Guru) yang dipilih daripada kumpulan jurulatih di peringkat negeri yang mempunyai pengalaman kemahiran/kepakaran tertentu -Surat perlantikan dan sijil dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri

2 KAPTEN -Guru (Kompeni Komander) -Mengisi borang dan memohon ke JPN melalui PPD

-Pegawai Pendidikan (Guru) telah menghadiri semua kursus yang ditetapkan -memimpin sati kompeni yang terdiri daripada 4 Platun (rujuk Buku Kurikulum Latihan ms 37- Carta organisasi kompeni)

3 LEFTENAN -Guru (ejutan – Pegawai tadbir) -Mengisi borang dan memohon ke JPN melalui PPD

-Pegawai Pendidikan (Guru) telah hadiri semua kursus yang

Page 31: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

ditetapkan -pembantu/ memimpin satu kompeni yang terdiri daripada 4 platun

4 LEFTENAN MUDA

-Guru (Platun Komander) -Mengisi borang dan memohon ke JPN melalui PPD

-Pegawai Pendidikan (Guru) telah menghadiri kursus yang ditetapkan -memimpin satu Platun yang terdiri daripada 3 seksyen

PANGKAT PELAJAR DIANUGERAHI SELEPAS LULUS SYARAT Bil Pangkat Klasfikasi/Cara Memohon Catatan

1 Lans Kopral -Ahli biasa yang telah lulus

peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi ahli biasa sekurang-kurangnya 6 bulan -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

-Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah

2 Koperal -Lans Koperal yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi Lans Koperal sekurang-kurangnya 6 bulan -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang oleh pelajar tingkatan 2 ke atas

3 Sarjan -Koperal yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan

Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki

Page 32: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

pangkat) -Telah menjadi koperal sekurang-kurangnya 6 bulan -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang pelajar tingkatan 3 ke atas

4 Staf Sarjan -Sarjan yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi Sarjan sekurang-kurangnya 6 bulan -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang pelajar tingkatan 4 ke atas

5 Pegawai Waren 11

-Staf Sarjan yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi Staf Sarjan sekurang-kurangnya 1 tahun -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang pelajar tingkatan 4 ke atas

6 Pegawai Waren 1

-Pegawai waren 11 yang telah lulus peperiksaan yang berkaitan(mengisi borang kenaikan pangkat) -Telah menjadi Pegawai waren 11 sekurang-kurangnya 1 tahun -Memohon ke Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pengetua -Permohonan diluluskan oleh PPD -Salinan permohonan di hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri -Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

Mengisi borang kenaikan pangkat dan menduduki peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah dan diselia oleh AJK KRS Daerah -Disandang pelajar tingkatan 5 ke atas

Page 33: KURSUS PEGAWAI PENTADBIRAN NEGERI PASUKAN KADET … · Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan ... kesesuaian padang kawat yang boleh menampung

SISTEM KEAHLIAN KRS/(Nombor kod sekolah/Kod Jantina (L/P) dan nombor anggota. Contohnya KRS/NE6007/L0001 atau KRS/NE6007/P0001.Nombor anggota lelaki dan perempuan diasingkan. Disediakan Oleh Pegawai Tadbir KRS Negeri Sembilan