9 acara-acara balingan

21
ACARA-ACARA BALINGAN Peraturan 187 SYARAT-SYARAT AM ALAT-ALAT RASMI Alat Wanita Lelaki R Lelaki Jr. Lelaki Sr. LP 4.00 kg 5.00 kg 6.00 kg 7.26 kg Cak 1.00 kg 1.50 kg 1.75 kg 2.00 kg TB 4.00 kg 5.00 kg 6.00 kg 7.26 kg Lem 600 g 700 g 800 g 800 g Bagi pertandingan di bawah Peraturan 1 (a), semua alat hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan para peserta tidak dibenarkan menggunakan alat-alat lain. Pada pertandingan selain daripada yang di bawah Peraturan 1(a), peserta boleh menggunakan alat sendiri, asalkan alat tersebut diperiksa dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola sebelum kejohanan dan alat tersebut boleh digunakan oleh peserta-peserta lain.

Upload: viamresh

Post on 04-Jan-2016

420 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Acara acara balingan

TRANSCRIPT

Page 1: 9 Acara-Acara Balingan

ACARA-ACARA BALINGANPeraturan 187 SYARAT-SYARAT AM

ALAT-ALAT RASMIAlat Wanita Lelaki R Lelaki Jr. Lelaki Sr.

LP 4.00 kg 5.00 kg 6.00 kg 7.26 kgCak 1.00 kg 1.50 kg 1.75 kg 2.00 kgTB 4.00 kg 5.00 kg 6.00 kg 7.26 kgLem 600 g 700 g 800 g 800 g• Bagi pertandingan di bawah Peraturan 1 (a), semua

alat hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan para peserta tidak dibenarkan menggunakan alat-alat lain.

• Pada pertandingan selain daripada yang di bawah Peraturan 1(a), peserta boleh menggunakan alat sendiri, asalkan alat tersebut diperiksa dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola sebelum kejohanan dan alat tersebut boleh digunakan oleh peserta-peserta lain.

Page 2: 9 Acara-Acara Balingan

PERLINDUNGAN PERSENDIRIAN.• Tidak ada sebarang peranti – misalnya membalut dua atau lebih

jari dengan pita.Penggunaan pita pembalut tangan tidak dibenarkan kecuali membalut luka.Walau bagaimanapun, membalut jari secara berasingan dengan pita dibenarkan bagi acara baling tukul besi.

• Penggunaan sarung tangan tidak dibenarkan kecuali bagi acara baling tukul besi. Dalam hal sebegini, sarung tangan hendaklah licin di kedua-dua belah. Hujung jari selain daripada ibu jari, hendaklah terdedah.

• Bagi membolehkan peserta memperolehi cengkaman yang lebih baik, peserta boleh menggunakan bahan yang sesuai disapu di tangan atau sarung tangan bagi acara baling tukul besi dan di leher bagi acara lontar peluru.

• Bagi mengelakkan kecederaan tulang belakang, peserta boleh menggunakan tali pinggan kulit atau bahan lain yang sesuai.

• Dalam acara lontar peluru, peserta boleh membalut pergelangan tangan bagi mengelakkan kecederaan.

• Bagi acara Merejam Lembing, peserta boleh memakai pelingung siku

• Seseorang atlet boleh memakai pelindung lain contohnya penyokong siku, dengan syarat mendapat keizinan IAAF

Page 3: 9 Acara-Acara Balingan

BULATAN MEMBALING• Garis pusat bahagian dalam bulatan hendaklah 2.135m (±

5mm) bagi lontar peluru dan baling tukul besi dan 2.50m (±5mm) bagi lempar cakera.

LANDAS LARI REJAM LEMBING• Jarak minimum landas larinya ialah 30m, jika keadaan

mengizinkan 33.5m. Jarak maximum ialah 36.5m. Nota: Jika seseorang peserta berlari pada jarak melebehi 36.5m, percubaan itu dikira satu kegagalan.

• Ia ditandakan dengan dua garisan selari setebal 5cm, 4m di antaranya

SEKTOR MENDARAT• Kecuali rejam lembing, sektor mendarat hendaklah

ditanda dengan dua garisan putih selebar 5cm pada sudut 34.92o supaya jika dilanjutkan ke dalam ia akan bertemu pada titik pusat bulatan.

• Dalam rejam lembing, sektor mendarat mempunyai sudut kira-kira 29o

Page 4: 9 Acara-Acara Balingan

0.75M

Inside diameter 2.135m

34.92o

30cm

11.2 cm

1.14-1.16 m

Ground level

circle14-26 mm

98 – 102 mm

Page 5: 9 Acara-Acara Balingan

PERCUBAAN• Bagi peluru, cakera dan tukul besi, alat-alat

tersebut hendaklah dilepaskan di dalam bulatan dan bagi lembing dari landas lari. Percubaan yang dibuat dari dalam bulatan bermula dengan peserta berada pada kedudukan setempat. Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lingkaran besi. Bagi lontar peluru beliau juga boleh menyentuh bahagian dalam papan penahan.

AKAN DIKIRA FAUL SEKIRANYA PESERTA SEMASA MEMBUAT PERCUBAAN:• Tidak melepaskan peluru atau lembing dengan

betul.• Selepas memasuki bulatan untuk membuat

percubaannya, menyentuh dengan mana-mana bahagian badannya bahagian atas lingkaran besi atau bumi di luar bulatan.

Page 6: 9 Acara-Acara Balingan

• Dalam lontaran peluru, menyentuh dengan mana-mana bahagian badannya bahagian atas papan penahan.

• Dalam merejam lembing, menyentuh dengan mana-mana bahagian badannya atau kaki atau tangan, garisan yang menandakan kawasan balingan atau kawasan luar.

• Sekiranya dalam melakukan percubaan, tiada peraturan diingkari, peserta boleh memberhentikan percubaannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan atau landas lari dan meninggalkannya. Apabila meninggalkan bulatan atau landas lari, peserta hendaklah melangkah keluar mengikut cara yang diterangkan di bawah sebelum kembali semula membuat percubaan baru.

Page 7: 9 Acara-Acara Balingan

PERCUBAAN YANG DIKIRA FAUL

Page 8: 9 Acara-Acara Balingan

• Bagi balingan dibuat dalam bulatan, apabila meninggalkan bulatan, sentuhan pertama dengan bahagian atas lingkaran atau bumi di luar bulatan, hendaklah di bahagian belakang garisan putih melintang di tengah bulatan. Bagi rejam lembing, apabila meninggalkan landas lari, sentuhan pertama dengan garisan selari atau bumi di luar landas lari, hendaklah di bahagian belakang garisan putih lanjutan lengkok.

• Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan atau landas lari sebelum alat mencecah bumi.

• Untuk percubaan dikira sah, peluru, cakera kepala tukul besi dan hujung lembing mestilah sepenuhnya jatuh di kawasan dalam sektor mendarat.

• Selepas balingan, alat-alat hendaklah dibawa kembali. Jangan sekali-sekali membalingnya.

Page 9: 9 Acara-Acara Balingan

UKURAN• Dalam acara balingan, pencapaian hendaklah

direkodkan ke 0.01m terdekat yang lebih rendah jika ukuran tidak mencapai ke cm genap

PENGUKURAN SETIAP BALINGAN HENDAKLAH DIBUATSEBAIK SAHAJA PERCUBAAN TELAH DILAKUKAN:

• Dari tanda jatuhan peluru, cakera dan kepala tukul besi yang terdekat dengan bahagian dalam lilitan bulatan lurus menjurus ke pusat bulatan.

• Dalam acara lembing, dari tanda tujahan hujung kepala lembing yang pertama sekali menyentuh bumi ke bahagian dalam lengkok lurus menjurus ke pusat bulatan yang sebahagian daripadanya lengkok terbentuk.

Page 10: 9 Acara-Acara Balingan

= 45.7m0

45m46m

CARA MENGUKUR ACARA PADANG

Page 11: 9 Acara-Acara Balingan

BAD BADGOODGOOD

TENTUKAN CARA YANG BETUL PESERTA PERLU KELUAR DARI BULATAN.

Page 12: 9 Acara-Acara Balingan

BAD

BADBAD

GOOD

GOOD

Page 13: 9 Acara-Acara Balingan

TANDA• Sebuah bendera atau penanda yang jelas boleh

digunakan untuk menanda balingan terbaik setiap peserta, diletakkan di sepanjang luar garisan sektor.

• Seseorang peserta boleh menggunakan 1 atau 2 penanda yang disedia oleh Jawatankuasa Pengelola bagi membantu larian bagi acara merejam lembing.

Page 14: 9 Acara-Acara Balingan

Peraturan 188 LONTAR PELURU

PERTANDINGAN• Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan

sebelah tangan sahaja. • Pada masa memulakan lontaran, peluru

mesti menyentuh atau rapat dengan leher atau pipi.

• Tangan pula tidak boleh direndahkan daripada paras garis bahu.

• Peluru tidak boleh dibawa ke belakang garis bahu.

Page 15: 9 Acara-Acara Balingan

PERATURAN 189 MELEMPAR CAKERA

PERTANDINGAN• Seorang peserta boleh mengamalkan sebarang

kedudukan atau gaya untuk membuat percubaannya asalkan beliau tidak melanggar peraturan pertandingan.

PERATURAN 190 KURUNGAN KESELAMATAN LEMPAR CAKERA.

• Semua lemparan cakera hendaklah dibuat dari dalam kurungan bagi menjamin keselamatan penonton, pegawai dan peserta.

• Untuk keselamatan, pegawai harus berada di luar kawasan kurungan.

Page 16: 9 Acara-Acara Balingan

34.92o6 m

Diameter bulatan 2.5m

0.75m

5 cm

KURUNGAN KESELAMATAN LEMPAR CAKERA

Page 17: 9 Acara-Acara Balingan

Peraturan 191 MEMBALING TUKUL BESI

PERTANDINGAN • Ketika mula mengambil kedudukan untuk membuat

ayunan atau pusingan, peserta dibenar meletakkan buah tukul di bumi sama ada di dalam atau di luar bulatan.

• Tidak dikira faul jika buah tukul mencecah bumi atau bahagian atas lingkaran besi semasa membuat ayunan atau pusingan, sekiranya setelah berlaku sentuhan di bumi atau bahagian atas lingkaran besi, peserta tersebut berhenti untuk memulakan ayunan atau pusingan semula, ini tidak akan dikira gagal.

• Sekiranya tukul putus semasa balingan atau sedang berada di udara, ini tidak akan dikira faul asalkan balingan dibuat mengikut peraturan pertandingan. Jika dengan sebab ini peserta tersebut hilang imbangan badannya serta melanggar peraturan, maka balingan ini tidaklah akan dikira balingan faul. Satu percubaan ganti akan diberi kepada peserta itu.

Page 18: 9 Acara-Acara Balingan

Peraturan 192 KURUNGAN KESELAMATAN TUKUL BESI

• Semua balingan tukul besi hendaklah dibuat dari dalam kurungan bagi menjamin keselamatan penonton, pegawai dan peserta.

• Untuk keselamatan pegawai harus berada di luar kawasan kurungan.

Page 19: 9 Acara-Acara Balingan

0.75M

Diameter bulatan 2.135m

6 m34.92o

KURUNGAN KESELAMATAN BALING TUKUL BESI

Page 20: 9 Acara-Acara Balingan

PERTANDINGAN• Lembing hendaklah dipegang pada bahagian

pemegang • Lembing hendaklah direjam dari atas bahu

atau dari bahagian atas lengan yang membaling dan tidak dibimbit atau dijinjing

• Cara-cara ganjil tidak dibenarkan• Jika lembing patah semasa merejamnya atau

sedang meluncur di udara, ia tidak akan dikira faul asalkan rejaman tersebut dibuat mengikut peraturan pertandingan. Jika dengan sebab ini peserta tersebut hilang imbangan badannya serta melanggar peraturan, maka rejaman ini tidaklah akan dikira rejaman faul. Satu percubaan ganti akan diberi kepada peserta itu

Peraturan 193 MEREJAM LEMBING

Page 21: 9 Acara-Acara Balingan

LANDAS LARI LEMBING & SEKTOR MENDARAT

8m

4m

29O

7cm

75cm

link