kertas kerja

2
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN 2016 1.0 PENDAHULUAN Perkembangan pendidikan dewasa ini telah melangkaui sempadan dan tidak hanya tertumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh kerana itu, Unit Kokurikulum Tingkatan 6 SMK Muara Tuang akan menganjurkan Karnival Sukan & permaianan bermula 16 Januari 2016. Karnival ini adalah bertujuan untuk untuk memastikan pelajar dapat mempratikan teori yang dipelajari selama ini, selain memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih meluas kepada para pelajar. Di samping itu, pelajar mampu menonjolkan bakat masing- masing dan melepaskan beban tekanan pelajaran supaya keseimbangan pembinaan diri pelajar dapat direalisasikan selaras denga falsafah pendidika Negara. 2.0 RASIONAL Kebanyakan pelajar amat berminat dengan aktiviti-aktiviti permainan yang memerlukan ketahanan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental. Selain itu, pelajar juga berminat dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran yang boleh membentuk peribadi seorang pelajar berteraskan kurikulum sukan dan permainan yang jarang dilakukan di sekolah-sekolah. Justeru itu, aktiviti ini boleh menjadi wadah kepada pelajar bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan dapat mengendalikan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kecemerlangan diri. 3.0 KUMPULAN SASARAN Anggaran Penyertaan = 150 pelajar Para pelajar yang terdiri daripada: Tingkatan 6 Atas lelaki & perempuan Tingakatan 6 Bawah lelaki & perempuan 4.0 TARIKH CADANGAN 16 Januari 2016 5.0 TEMPAT BADMNTON DEWAN SRI MUARA BOLA TAMPAR GELANGGANG BOLA TAMPAR FUTSAL GELANGGANG HOKI BOLA JARING PADANG PETANQUE - GELANGGANG PETANQUE 6.0 MATLAMAT Melahirkan pelajar prauniversiti yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien. 7.0 OBJEKTIF : a. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara; b. Melahirkan generasi yang faham, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia serta mampu memberi sumbangan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara; c. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan;

Upload: zue-d-ace

Post on 14-Apr-2016

251 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cth kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN 2016

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan pendidikan dewasa ini telah melangkaui sempadan dan tidak hanya tertumpu pada proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh kerana itu, Unit Kokurikulum Tingkatan 6 SMK Muara Tuang akan

menganjurkan Karnival Sukan & permaianan bermula 16 Januari 2016. Karnival ini adalah bertujuan untuk untuk

memastikan pelajar dapat mempratikan teori yang dipelajari selama ini, selain memberi pendedahan dan pengalaman yang

lebih meluas kepada para pelajar. Di samping itu, pelajar mampu menonjolkan bakat masing-masing dan melepaskan

beban tekanan pelajaran supaya keseimbangan pembinaan diri pelajar dapat direalisasikan selaras denga falsafah

pendidika Negara.

2.0 RASIONAL

Kebanyakan pelajar amat berminat dengan aktiviti-aktiviti permainan yang memerlukan ketahanan dan kekuatan dari segi

fizikal dan mental. Selain itu, pelajar juga berminat dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran yang boleh membentuk

peribadi seorang pelajar berteraskan kurikulum sukan dan permainan yang jarang dilakukan di sekolah-sekolah. Justeru

itu, aktiviti ini boleh menjadi wadah kepada pelajar bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai

bidang dan dapat mengendalikan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kecemerlangan diri.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Anggaran Penyertaan = 150 pelajar

Para pelajar yang terdiri daripada:

Tingkatan 6 Atas – lelaki & perempuan

Tingakatan 6 Bawah – lelaki & perempuan

4.0 TARIKH CADANGAN

16 Januari 2016

5.0 TEMPAT

BADMNTON – DEWAN SRI MUARA

BOLA TAMPAR – GELANGGANG BOLA TAMPAR

FUTSAL – GELANGGANG HOKI

BOLA JARING – PADANG

PETANQUE - GELANGGANG PETANQUE

6.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar prauniversiti yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien.

7.0 OBJEKTIF :

a. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara;

b. Melahirkan generasi yang faham, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia serta mampu memberi

sumbangan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara;

Page 2: KERTAS KERJA

c. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan

kepimpinan;

d. Membentuk generasi yang bersemangat berpasukan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, semangat

juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran.

e. Membina dan memupuk pelajar sentiasa mengamalkan, mempraktikkan semua isi kandungan kurikulum di

dalam kehidupan seharian.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

(Sila Lihat Lampiran 1)

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

(Sila Lihat Lampiran 2)

10.0 JANGKAUAN ISU DAN IMPAK AKTIVITI

a. Pelajar dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan.

b. Pelajar dapat memiliki bersemangat berpasukan, keterampilan diri, berdaya saing, semangat juang yang tinggi

dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran.

c. Pelajar dapat meluaskan minda dan pengalaman.

PENUTUP

Kami berharap program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan dengan lancar serta mencapai

matlamat dan objektif . Terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang memberikan komitmen dan kerjasama dalam

menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.