kertas kerja

5
Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau 97200, Tatau Bintulu Sarawak _______________________________________________ ___ KERTAS KERJA Program Minggu Kemanusiaan Panitia Psv: ‘ Taman Mini Arca ’ _____________________________________ ________ TARIKH: 27 OGOS HINGGA 30 OGOS 2012

Upload: shahrizan-mohd-sapie

Post on 17-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Taman Mini Arca

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja

Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau97200, Tatau Bintulu

Sarawak

__________________________________________________

KERTAS KERJA Program Minggu Kemanusiaan

Panitia Psv:‘ Taman Mini Arca ’

_____________________________________________

TARIKH:27 OGOS HINGGA 30 OGOS 2012

ANJURAN:MINGGU KEMANUSIAAN

(Panitia Pendidikan Seni Visual)

KERTAS KERJA TAMAN MINI ARCA

Page 2: kertas kerja

1.0 PENGENALANSempena Minggu Kemanusiaan 2012, Panitia Pendidikan Seni Visual bercadang untuk memurnikan lagi landskap sekolah dengan menerapkan elemen budaya, tradisi dan cara hidup masyarakat yang berada di dalam SMK Tatau. Peralatan tradisional masyarakat Sarawak ditonjolkan dalam satu persembahan yang dinamakan sebagai ‘Taman Mini Arca’.

2.0 TUJUANTujuan taman mini arca ini diwujudkan adalah untuk memasyarakatkan lagi karya seni yang berbentuk tiga dimensi. Penghasilan arca replika juga mampu menanam minat pelajar terhadap dunia seni tampak tempatan. Nilai budaya dan identiti masyarakat tempatan diterapkan dalam pemilihan objek sekaligus mengingatkan pelajar tentang secanggih mana ledakan teknologi semasa, masyarakat serta pelajar harus mengekalkan jati diri dan nilai hidup tempatan.

3.0 OBJEKTIFPenghasilan Taman Mini Arca ini diharapkan dapat:

i) Menjayakan aktiviti bidang kemanusiaan dalam bidang Seni Visual.ii) Meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan budaya dan asal-usul yang perlu

dikekalkan.iii) Mewujudkan landskap dan persekitaran yang unik dan indah.iv) Memperkenalkan kepada masyarakat luar terhadap budaya setempatv) Menerapkan unsur seni tiga dimensi dalam seni taman.

3.0 SASARANi) Pelajar-pelajar SMK Tatauii) Ibu dan bapaiii) Pelawativ) Masyarakat setempat.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAMTarikh : 27 Ogos hingga 30 Ogos 2012Hari : Isnin hingga JumaatLokasi : Bersebelahan gelanggang Tenis

5.0 KAEDAH PELAKSANAANi) Struktur dawai dan besiii) Simen ‘ferro’ iii) Binaan konkrit (batu-bata)

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Umpang Anak Keling (Pengetua SMK Tatau)Pengerusi : En. Danielson Tajak (K. Bidang Kemanusiaan)Ketua Aktiviti : En. Shahrizan Mohd Sapie (Guru PSV)AJK 1 : En. Ariffin Mohiddin (K.Panitia PSV)AJK 2 : En. Azuan Mohd Khalid (Guru PSV)

7.0 KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan(A) Panitia PSV / Sekolah RM 954.50

JUMLAH (A) RM 954.50

Page 3: kertas kerja

7.2 Anggaran Perbelanjaan(B) Bahan Binaan Taman Mini Arca

Bil Barang Kuantiti Harga / Seunit Jumlah RM1. Pasir 1 tan RM 52.00/ tan RM 52.002. Simen 7 beg RM 20.00/ beg RM 140.003. Besi 2 batang RM 75.00/ batang RM 150.004. Dawai besar 10 Meter RM 9.50/ meter RM 95.005. Dawai sederhana 1 gulung RM 150.00/ gulung RM 150.006. Dawai kecil 2 gulung RM 59.00/ gulung RM 118.007. Dawai penyidai 1kg RM 9.50/ kg RM 9.508. Pemotong dawai 1 unit RM 24.50/ unit RM 24.509. Scrapper 2 unit RM 3.00/ unit RM 6.0010. Sarung tangan 5 unit RM 6.30/ unit RM 31.5011. Kayu 2 x 4 1 unit RM 28.00/ unit RM 28.0012. Batu-bata 300 unit RM 0.50/ unit RM 150.00

JUMLAH (B) RM 954.50 JUMLAH (A) - JUMLAH (B) = JUMLAH KESELURUHAN RM 00.00

8.0 PENUTUP

Program Minggu Kemanusiaan menerusi binaan taman mini arca yang kekal ini diharap dapat dijadikan sebagai kenangan dan simbol kebanggaan SMK Tatau. Semoga para pelajar dapat mempergunakan dan memanfaatkan segala pengisian maksud persembahan arca tersebut. Persekitaran landskap yang menarik juga turut mempengaruhi psikologi minda pelajar. Lantaran itu, kerjasama daripada semua pihak penting untuk merealisasikan Minggu Kemanusiaan SMK Tatau 2012 dan warisan budaya tempatan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. ………………………………(SHAHRIZAN MOHD SAPIE) (EN.DANIELSON TAJAK)Ketua AJK Taman Mini Arca Ketua Bidang Kemanusiaan

Disahkan oleh,

……………………………..(EN. UMPANG ANAK KELING)Pengetua SMK Tatau