kertas kerja

17
KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA MODEL KECERDASAN EMOSI GOLEMAN DENGAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN PELAJAR ZARINA SAMIN KB, PA Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor [email protected] Kecerdasan emosi merupakan kualiti individu dari segi emosi. Ia memainkan peranan yang cukup besar bagi diri individu apatah lagi jika ingin bergelar usahawan. Dewasa ini kita sering dikejutkan di dada-dada akhbar dengan kenyataan lambakan graduan yang tidak mendapat pekerjaan tetapi tidak memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Hal ini turut mencetuskan tanda tanya keberkesanan Falsafah Pendidikan Malaysia dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Justeru itu, kajian ini akan memfokuskan kepada aspek emosi dan kemahiran keusahawanan pelajar. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengetahui hubungan Model Kecerdasan Emosi Goleman iaitu elemen mengenali emosi kendiri, elemen keupayaan mengurus emosi kendiri, elemen motivasi kendiri, elemen keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan, dan elemen keupayaan mengenal emosi orang lain (empati) dengan kemahiran keusahawanan. Kajian dijalankan dalam bentuk kajian kuantitatif. Alat pengukuran yang digunakan mengukur kecerdasan emosi ialah Inventori Kecerdasan Emosi Goleman (1995) dan soal selidik kemahiran keusahawanan Mohamad Satar et al. (2009). Seramai 107 orang pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi (korelasi Pearson). Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara lima elemen kecerdasan emosi Goleman dengan kemahiran keusahawanan. Elemen kecerdasan emosi mengenali emosi kendiri mempunyai hubungan positif sederhana dengan kemahiran keusahawanan. Manakala empat elemen kecerdasan emosi iaitu keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi kendiri keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan, dan keupayaan mengenal emosi orang lain mempunyai hubungan yang rendah dengan kemahiran keusahawanan. Diharap keputusan kajian ini membolehkan para pensyarah meningkatkan lagi pengetahuan tentang kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan. Selain itu, ia dapat membantu Kementerian Pendidikan merancang program-program yang dapat membentuk kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan pelajar. Kata kunci: kecerdasan emosi, kemahiran keusahawanan, PENGENALAN Falsafah Pendidikan Negara bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, unsur yang akan diberikan keutamaan di dalam kajian ini meliputi aspek emosi. Menurut Azizi et al. (2007), emosi dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi. Ia mewakili perasaan yang tenang dan fikiran waras. Emosi dan perasaan akan mencorakkan kehidupan, membentuk personaliti dan sikap.

Upload: asri-haron

Post on 11-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

salam sehati sejiwa

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA MODEL KECERDASAN EMOSI

GOLEMAN DENGAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN PELAJAR

ZARINA SAMIN KB, PA Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor

[email protected]

Kecerdasan emosi merupakan kualiti individu dari segi emosi. Ia memainkan peranan yang cukup besar bagi diri individu apatah lagi jika ingin bergelar usahawan. Dewasa ini kita sering dikejutkan di dada-dada akhbar dengan kenyataan lambakan graduan yang tidak mendapat pekerjaan tetapi tidak memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Hal ini turut

mencetuskan tanda tanya keberkesanan Falsafah Pendidikan Malaysia dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Justeru itu, kajian ini akan memfokuskan kepada aspek emosi dan kemahiran keusahawanan pelajar. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengetahui hubungan Model Kecerdasan Emosi Goleman iaitu elemen mengenali emosi kendiri, elemen keupayaan mengurus emosi kendiri, elemen motivasi kendiri, elemen keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan, dan elemen keupayaan mengenal emosi orang lain (empati) dengan kemahiran keusahawanan. Kajian dijalankan dalam bentuk kajian kuantitatif. Alat pengukuran yang digunakan mengukur kecerdasan emosi ialah Inventori Kecerdasan Emosi Goleman (1995) dan soal selidik kemahiran keusahawanan Mohamad Satar et al. (2009). Seramai 107 orang pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi (korelasi Pearson). Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara lima elemen kecerdasan emosi Goleman dengan kemahiran keusahawanan. Elemen kecerdasan emosi mengenali emosi kendiri mempunyai hubungan positif sederhana dengan kemahiran keusahawanan. Manakala empat elemen kecerdasan emosi iaitu keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi kendiri keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan, dan keupayaan mengenal emosi orang lain mempunyai hubungan yang rendah dengan kemahiran keusahawanan. Diharap keputusan kajian ini membolehkan para pensyarah meningkatkan lagi pengetahuan tentang kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan. Selain itu, ia dapat membantu Kementerian Pendidikan merancang program-program yang dapat membentuk kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan pelajar.

Kata kunci: kecerdasan emosi, kemahiran keusahawanan,

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Negara bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, unsur yang akan diberikan keutamaan di dalam kajian ini meliputi aspek emosi. Menurut Azizi et al. (2007), emosi dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi. Ia mewakili perasaan yang tenang dan fikiran waras. Emosi dan perasaan akan mencorakkan kehidupan, membentuk personaliti dan sikap.

Page 2: kertas kerja

Manusia sering membezakan kecerdikan atau kecerdasan dalam kalangan mereka. Namun begitu setiap individu adalah unik dan tersendiri. Selain daripada kecerdasan akal yang boleh menjamin tempat menyambung pengajian di kolej dan institut pengajian tinggi ataupun menjawat jawatan profesional, kemahiran mengawal dan menggunakan kecerdasan emosi secara bijak mampu menjamin kesejahteraan hidup manusia. Kelebihan yang ada pada diri setiap individu merupakan anugerah yang harus dijaga dan digunakan untuk kepentingan sejagat. Dalam ilmu psikologi kecerdasan bukanlah sesuatu yang baru. Tokoh terkenal dalam bidang kecerdasan, David Wechsler telah mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan atau kemampuan menyeluruh untuk bertindak secara sengaja, dan dapat berfikir secara rasional serta berurusan secara berkesan dengan persekitaran.

Pada tahun 1995 Goleman telah memperkenalkan Model Kecerdasan Emosi yang merangkumi kepentingan kecerdasan interpersonal, intrapersonal dan konteks (praktikal). Aspek kecerdasan emosi yang diilhamkan oleh Daniel Goleman ini, memberi banyak input yang positif dalam pembangunan diri seseorang usahawan itu. Model Kecerdasan Emosi Goleman cuba diketengahkan dalam kajian ini bagi melihat aspek psikologi kualiti individu dari segi emosi. Kita sudah sedia maklum untuk menceburi bidang keusahawanan individu perlu mempunyai ketahanan mental dan berfikiran lebih ke hadapan berbanding dengan orang lain. Keusahawanan bukanlah fenomena yang baru dalam sesebuah Negara. Ia telah berkembang sejak manusia mula memahami kepentingan hidup bermasyarakat. Sehingga kini pelbagai bidang disiplin ilmu seperti, ekonomi sains, dan psikologi menyumbang ke arah kematangan dan kemajuan disiplin keusahawanan. Pendidikan teknik dan vokasional telah bertapak di Negara kita sejak tahun 1906. Menurut Yahya (2005), majikan di sektor perindustrian bersetuju menyatakan bahawa pendidikan teknik dan vokasional menyumbang ke arah peningkatan ekonomi negara. Namun begitu, menurut Yahya (2005), kurikulum pendidikan teknik dan vokasional masih kurang elemen keusahawanan. Golongan remaja pada hari ini merupakan modal insan yang akan meneraju pemerintahan Negara pada masa hadapan. Mereka juga merupakan sebahagian daripada golongan yang terlibat menjadi pemacu ekonomi Negara melalui bidang keusahawanan. Namun begitu dapatan kajian Razi (2013), agak

membimbangkan apabila beliau menyatakan remaja golongan yang terlemah sekali kedudukan ekonominya. Persoalan timbul di sini apakah yang menyebabkan remaja berada dalam kedudukan yang terlemah sekali dalam ekonominya, adakah kerana elemen kecerdasan emosi yang rendah atau tipisnya kemahiran keusahawanan?

Kecerdasan emosi Menurut Goleman (1998), kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan diri untuk menyedari perasaan diri sendiri dan orang lain, di samping boleh memotivasikan diri sendiri, menguruskan emosi serta menjalinkan perhubungan yang baik dengan orang lain. Emosi mempengaruhi keputusan, kreativiti dan juga sikap seseorang. Emosi merupakan elemen yang sangat penting dalam diri seseorang. Ahli psikologi melihat tingkahlaku manusia dipengaruhi dan ditentukan oleh sesuatu yang lain. Keadaan inilah yang

Page 3: kertas kerja

menjadi tumpuan dan minat pengkaji untuk cuba menguji dan memperihalkan kepelbagaian, keseragaman dan saling hubungan tingkahlaku manusia dengan persekitaran. Ahli psikologi membangunkan alat ukur psikometrik bagi mengukur sikap, atribut, persepsi dan lain-lain yang berkaitan dengan emosi manusia termasuklah kecerdasan emosi. Azizi et al (2005), menyatakan ahli psikologi berpendapat, kecerdasan otak hanya menyumbang 20 peratus kepada kejayaan dan baki 80 peratus lagi terdiri daripada kecerdasan emosi. Golemen (1998), menekankan kecerdasan emosi adalah keupayaan seseorang mengurus emosi dirinya dan orang lain. Oleh yang demikian, faktor utama kejayaan seseorang dalam kerja atau kehidupan sosial akan bergantung kepada kecerdasan kognitif dan juga kemahiran teknikalnya (Golemen 1998). Goleman (1995) mengariskan beberapa domain atau elemen dalam Model

Kecerdasan Emosi iaitu:-

i. Mengenali emosi kendiri

Mengenali emosi kendiri bermaksud keupayaan individu itu mengenali diri sendiri, sama ada kesukaan, kegemaran, dan intuisi. Apa yang dilakukan semuanya berada dalam fikiran. Ini mempengaruhi kemahiran keusahawanan apabila individu dapat memahami kekuatan dalaman yang dapat meningkatkan nilai dan kebolehan individu. Apabila mengenal emosi kendiri individu juga akan memahami batasan keupayaan yang ada pada dirinya. Menurut Mohd Sofian et al (2005), sekiranya individu mengatakan atau memikirkan bahawa ia mampu melakukannya maka tindak tanduk individu akan menjurus ke arah berusaha untuk mencapainya. Jika tidak, individu akan melakukan sambil lewa dan ia mungkin tidak tercapai. ii. Mengurus emosi kendiri

Mengurus emosi kendiri bermaksud mampu membuat kawalan terhadap

emosi-emosi yang mengganggu gerak hati. Menurut Yahya (2006), individu

mesti memikirkan apa yang membuatkan mereka gembira, sedih atau marah.

Pada elemen ini juga terdapat keupayaan individu untuk tampil menghasilkan

inovasi yang menjadi ciri kepada kemahiran keusahawanan.

iii. Motivasi kendiri Mohd Sofian et al. (2005), menyatakan motivasi manusia adalah lebih kuat daripada segala-galanya. Menurut Yahya (2006), motivasi ialah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan yang diarahkan bagi mencapai matlamat. Justeru itu, motivasi kendiri ialah dorongan atau tenaga dalaman diri ketika hendak melakukan sesuatu perkara bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.

iv. Mengenali emosi orang lain (empati) Mengenali emosi orang lain (empati) merupakan kesedaran tentang perasaan keperluan dan keprihatinan terhadap masalah orang lain. Lazimnya usahawan yang mempunyai elemen ini dapat berfikir dari sudut pandangan pelanggan dan menghargai perbezaan perasaan dari perbagai hal.

Page 4: kertas kerja

v. Kemampuan membina hubungan dengan orang lain

Kemampuan membina hubungan dengan orang lain bermaksud melibatkan kecekapan dalam merangsang respon-respon positif atau yang dikehendaki dari orang lain. Dengan kata lain, individu dalam elemen ini pandai bersosial dan mempunyai rangkaian yang tersendiri. Kemahiran Keusahawanan Menurut Abd Aziz (2000), dalam Mohd Shatar et al. (2009), kemahiran keusahawanan memerlukan empat kemahiran utama iaitu kemahiran pengurusan, kemahiran menyatakan tidak, kemahiran pengurusan tanggapan

pertama dan kemahiran pengurusan masa. Kemahiran-kemahiran ini jika dikuasai akan membantu individu dalam keusahawanan. Secara umumnya, keusahawanan adalah proses-proses yang terlibat dalam membentuk sikap, ciri-ciri dan nilai dalaman seseorang ke arah menjadi usahawan. Menurut Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (2012), dalam ucapannya sewaktu Seminar Keusahawanan Kebangsaan Kolej Komuniti 2012 bidang keusahawanan masih lagi belum menjadi kerjaya pilihan pelajar Institusi Pengajian Tinggi tempatan apabila statistik menunjukkan hanya sekitar 1 peratus sahaja graduan dan lulusan IPT menceburi bidang keusahawanan dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian pada tahun 2011. Berdasarkan kajian mengenai persepsi, niat dan sikap masyarakat terhadap bidang keusahawanan yang dijalankan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) di 54 buah negara, Malaysia didapati berada di kedudukan yang agak rendah dari segi niat individu menjadi usahawan iaitu hanya mencapai skor sebanyak 8.7 peratus berbanding negara yang mempunyai skor yang tertinggi seperti Columbia 55.8 peratus, Chile 46 peratus dan China 42.8 peratus. Pihak Kementerian Pendidikan pada masa kini bukan sahaja menumpukan kepada inisistif dan usaha untuk melahirkan usahawan semata-mata tetapi memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk membentuk usahawan yang berkualiti dan mempunyai daya tahan yang tinggi, kekuatan mental dan kerohanian. Kepentingan kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan

Peranan kecerdasan emosi dapat dilihat dalam keusahawanan apabila individu itu berhadapan dengan sesuatu pekerjaan yang kompleks dan rumit maka semakin tinggilah keperluan kecerdasan emosi yang diperlukan dalam diri individu. Kekurangan kecerdasan emosi akan mempengaruhi kemahiran keusahawanan. PERNYATAAN MASALAH

Faktor kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi kemahiran keusahawana seseorang pelajar. Oleh itu, ia akan membawa implikasi terhadap keupayaan atau kebolehan mereka menjadi usahawan. Umumnya terdapat banyak kajian lepas tentang keusahawanan pelajar kolej komuniti dan politeknik namun kajian penyelidikan yang dilakukan jarang dikaitkan dengan kecerdasan emosi pelajar.

Page 5: kertas kerja

Di samping itu, statistik menunjukkan terdapat seramai 76,200 siswazah yang mengganggur kerana gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka (Utusan Malaysia 9 Mei 2013). Setiap tahun juga dianggarkan seramai 180,000 graduan akan memperolehi sarjana muda dan diploma dan jumlah ini akan meningkat saban tahun (Mstar Online 2012). Justeru itu, kadar pengangguran dijangka akan meningkat saban tahun. Hal ini disebabkan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu dan pertambahan graduan saban tahun memaksa mereka untuk bersaing bagi merebut peluang pekerjaan yang semakin terhad. Pihak universiti dan kolej khususnya perlu memahami keperluan membentuk pemikiran pelajar sebagai pencipta kerja dan bukannya semata-mata sebagai pencari kerja bersesuaian dengan situasi semasa. Wujud pelbagai soalan tentang lambakan graduan yang menganggur. Pelbagai

persoalan yang timbul termasuklah isu kurangnya kemahiran keusahawanan dan masalah personaliti diri pelajar. Justeru itu kajian tentang kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan ini sangatlah sesuai diketengahkan pada masa kini. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian penyelidikan ini ialah:

i. Mengkaji hubungan keupayaan mengenal emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP.

ii. Mengkaji hubungan keupayaan mengurus emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP

iii. Mengkaji hubungan motivasi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP.

iv. Mengkaji hubungan keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP.

v. Mengkaji hubungan keupayaan mengenal emosi orang lain (empati) dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP.

PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian seperti berikut:

i. Adakah keupayaan mengenal emosi kendiri mempengaruhi kemahiran keusahawanan pelajar?

ii. Adakah keupayaan mengurus emosi kendiri mempengaruhi kemahiran keusahawanan pelajar?

iii. Adakah motivasi kendiri mempengaruhi kemahiran keusahawanan pelajar?

iv. Adakah keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan terhadap kemahiran keusahawanan?

v. Adakah keupayaan mengenal emosi orang lain (empati) mempengaruhi kemahiran keusahawanan?

KERANGKA KAJIAN

Kajian terhadap hubungan antara Model Kecerdasan Emosi Goleman (1995) dengan kemahiran keusahawanan adalah berdasarkan kepada kerangka kerja teorikal yang dibina seperti Rajah 1. Kerangka teoritikal ini terbina berdasarkan

Page 6: kertas kerja

kajian lepas terhadap kecerdasan emosi Goleman dan kemahiran keusahawanan. Bahyah et al (2008), menggunakan model kajian kecerdasan emosi Goleman, membincangkan aspek kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial, dan kemahiran sosial bagi melihat faktor kecerdasan emosi dalam keusahawanan. Terdapat dua pemboleh di dalam kajian ini iaitu pemboleh ubah bersandar (DV) dan pemboleh ubah berbebas (IV). Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini merujuk kepada lima elemen kecerdasan emosi. Manakala kemahiran keusahawanan sebagai pemboleh ubah bersandar.

Kerangka kajian tersebut juga menunjukkan kaitan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah kecerdasan emosi menggunakan alat ukur Inventori Kecerdasan Emosi Goleman (1995), menyentuh lima elemen iaitu mengenali emosi kendiri, mengurus emosi

kendiri, motivasi kendiri, kemampuan membina hubungan dengan orang lain dan mengenali emosi orang lain (empati). Manakala pemboleh ubah kemahiran keusahawanan menggunakan alat ukur kemahiran keusahawanan yang dibina oleh Mohammad Shatar et al. (2009), yang menyentuh tentang kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan serta kebolehan untuk bekerja sendiri.

METOD Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan pengumpulan maklumat daripada responden melalui borang soal selidik. Borang soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian A berkaitan maklumat demografi, bahagian B berkaitan kecerdasan emosi yang diukur menggunakan Inventori Kecerdasan Goleman (1995) dan Bahagian C berkaitan soal selidik kemahiran keusahawanan yang diadaptasi dari Mohamad Shatar et al. (2009).

Inventori Kecerdasan Emosi Goleman (1995) Dalam kajian ini pengkaji hanya mengguna pakai soal selidik item persepsi sahaja yang mengandungi 60 item yang terdiri daripada lima dimensi kecerdasan emosi iaitu mengenali emosi, mengelola emosi, motivasikan diri sendiri dan mengenali emosi orang lain serta membina hubungan dengan orang lain. (Sila rujuk Jadual 1) Skala jawapan yang digunakan adalah berpandukan kepada skala likert iaitu sangat setuju (4), setuju (3), tidak setuju (2) dan sangat tidak setuju (1). Soal selidik ini membahagikan tahap kecerdasan emosi kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. (Sila rujuk Jadual 2). Nadhirin (2009), menjelaskan secara keseluruhannya didapati nilai kebolehpercayaan bagi instrumen yang telah dibina adalah tinggi dan melebihi .80. Kajian Rintis Satu kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang pelajar di Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) menggunakan soal selidik kemahiran keusahawanan. Hasil dapatan tersebut mendapati soal selidik kemahiran keusahawanan yang diadaptasi dari Mohamad Shatar et al. (2009), pula mendapat nilai kebolehpercayaan alpha .69.

Page 7: kertas kerja

Sementara itu, pengkaji telah membahagikan kemahiran keusahawanan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Menurut Rahimah (2006), markat lima mata dalam skala Likert perlu diubah kepada tiga mata untuk memudahkan proses analisis data. (Sila rujuk Jadual 3) Responden Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar KKBP Kementerian Pendidikan. Seramai 107 orang pelajar telah terlibat menjadi responden di dalam kajian ini (dengan merujuk kepada jadual penentu saiz sampel Krejie dan Morgan (1970).

DAPATAN

Kajian ini adalah untuk melihat hubungan pembolehubah kecerdasan emosi iaitu mengenali emosi kendiri, mengurus emosi kendiri, motivasi kendiri, kemampuan membina hubungan dengan orang lain dan mengenali emosi orang lain (empati) dengan kemahiran keusahawanan. Kaedah korelasi telah dilakukan bagi melihat hubungan tersebut. Berikut merupakan jadual yang menerangkan tentang interpretasi kekuatan hubungan pembolehubah kajian. (Sila rujuk jadual 4) Berikut merupakan pengujian hipotesis:

Hipotesis 1: Terdapat hubungan keupayaan mengenal emosi kendiri dengan kemahiran keusahawana pelajar KKBP. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif dan signifikan di antara keupayaan mengenal emosi dengan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar KKBP. Terdapatnya hubungan positif yang sederhana di antara kedua-dua pembolehubah, iaitu r = 0.52, n =107, p < 0.05. Ini menunjukkan semakin tinggi keupayaan mengenal emosi, semakin tinggi kemahiran keusahawanan. Justeru, hipotesis yang menyatakan terdapatnya hubungan di antara keupayaan mengenal emosi dengan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar KKBP diterima dalam kajian ini. (Sila rujuk Jadual 5)

Hipotesis 2: Terdapat hubungan keupayaan mengurus emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP. Analisis data menunjukkan keupayaan mengurus emosi kendiri responden adalah signifikan serta berhubung secara positif dengan kemahiran keusahawanan. Terdapatnya hubungan positif yang rendah di antara dua pembolehubah, r = 0.36, n =107, p < 0.05. iaitu semakin tinggi keupayaan mengurus emosi kendiri semakin tinggi kemahiran keusahawanan. Jadi, hipotesis yang menyatakan terdapat hubungan antara keupayaan mengurus emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP. (Sila rujuk Jadual 5)

Page 8: kertas kerja

Hipotesis 3: Terdapat hubungan motivasi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP. Analisis kajian mendapati terdapat hubungan positif yang rendah di antara dua pembolehubah, r= 0.42, n =107, p < 0.05. Ini bermaksud semakin tinggi motivasi kendiri pelajar semakin tinggi kemahiran keusahawanan. Jadi hipotesis yang menyatakan terdapat hubungan motivasi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar diterima dalam kajian ini. (Sila rujuk Jadual 5) Hipotesis 4: Terdapat hubungan keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP

Analisis data mendapati keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan adalah signifikan serta berhubung secara positif dengan kemahiran keusahawanan. Terdapatnya hubungan positif yang rendah di antara dua pembolehubah, r = 0.37, n =107, p < 0.05. iaitu semakin tinggi keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan semakin tinggi kemahiran keusahawanan. Jadi, hipotesis yang menyatakan terdapat hubungan antara keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP diterima. (Sila rujuk Jadual 5) Hipotesis 5: Terdapat hubungan keupayaan mengenal emosi orang lain (empati) dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP Dapatan kajian mendapati keupayaan mengenal emosi orang lain adalah signifikan serta berhubung secara positif dengan kemahiran keusahawanan. Terdapatnya hubungan positif yang rendah antara dua pembolehubah, r = 0.42, n =107, p < 0.05. iaitu semakin tinggi keupayaan mengenal emosi orang lain semakin meningkat kemahiran keusahawanan. Oleh itu, hipotesis yang menyatakan terdapat hubungan antara keupayaan mengenal emosi orang lain dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP diterima. (Sila rujuk Jadual 5) Berikut merupakan ringkasan jadual keseluruhan hasil hipotesis yang telah diuji. Berdasarkan kajian kesemua lima hipotesis yang dibina diterima. (Sila rujuk Jadual 6)

PERBINCANGAN

Terdapat hubungan keupayaan mengenal emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP. Dalam kajian mendapati hubungan antara keupayaan mengenal emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan merupakan eleman Model Kecerdasan Emosi Goleman yang paling kuat hubungannya dengan kemahiran keusahawanan iaitu r=0.52 berbanding dengan elemen kecerdasan emosi Goleman yang lain. Hal ini, membuktikan keupayaan individu itu memahami kendirinya lebih utama daripada elemen-elemen yang lain sebelum individu memilih untuk menjadi usahawan. Hubungan ini menunjukkan semakin tinggi keupayaan mengenal emosi seseorang pelajar itu semakin tinggi kemahiran keusahawanan yang dimilikinya. Apabila individu memahami dirinya secara tidak langsung ia akan mengenali kekuatan dan kelemahan diri yang membolehkan individu

Page 9: kertas kerja

berfikir secara rasional apabila individu memilih keusahawanan sebagai bidang pekerjaan. Kajian Azizi et al. (2007), mendapati semua elemen kecerdasan emosi yang dikaji mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik namun tidak terdapat hubungan keupayaan mengenal emosi kendiri dengan pencapaian akademik. Walaupun kajian ini mengukur kecerdasan emosi dengan kemahiran keusahawanan namun dapat dilihat keperluan menentukan kendiri sendiri yang penting dalam menentukan kejayaan dalam bidang yang diceburi. Terdapat hubungan keupayaan mengurus emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP.

Keputusan kajian ini telah menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif di antara keupayaan mengurus emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan, dengan nilai r =0.36. Walaupun dapatan ini menunjukkan hubungan positif yang rendah ia tetap mempunyai hubungan. Mengikut Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah SAW pernah bersabda, "bukanlah orang kuat itu adalah orang yang hebat dalam berjuang, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan emosinya ketika ia marah". Hal ini berkaitan dengan diri individu yang menjadi usahawan akan beruntung jika dapat mengawal perasaannya apabila berurusan dengan orang lain.

Terdapat hubungan motivasi kendiri dengan kemahiran keusahawanan

pelajar KKBP.

Kajian ini telah menunjukkan terdapat hubungan positif yang rendah di antara hubungan motivasi kendiri dengan kemahiran keusahawanan iaitu, r= 0.42. Dapatan ini membuktikan motivasi kendiri memainkan peranan penting dalam kemahiran keusahawanan kerana menjadi penggerak kepada kejayaan individu bergelar usahawan. Berdasarkan kajian Ma’rof (2004) peranan yang dimainkan oleh (motif) motivasi dan emosi menggerakkan tingkahlaku. Biasanya tingklahlaku yang digerakkan oleh motif akan lebih bertenaga apabila disertai dengan emosi. Terdapat hubungan keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan

dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP Hasil dapatan kajian mendapati terdapat hubungan positif yang rendah pembolehubah keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dengan pembolehubah kemahiran keusahawanan pelajar iaitu r = 0.37. Keupayaan individu menjalin perhubungan yang baik dan rasional dengan orang lain sangat diperlukan dalam semua jenis pekerjaan apatah lagi kerjaya seorang usahawan kerana ia dapat meningkatkan tahap ‘networking’ yang merupakan salah satu elemen yang dapat menentukan kejayaan seseorang usahawan dalam bidang mereka. Terdapat hubungan keupayaan mengenal emosi orang lain (empati) dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP Berdasarkan dapatan kajian keupayaan mengenal emosi orang lain (empati) adalah signifikan serta berhubung secara positif r=0.42 dengan kemahiran

Page 10: kertas kerja

keusahawanan. Hal ini menunjukkan individu yang mempunyai tahap keupayaan mengenal emosi yang tinggi akan berupaya untuk memahami perasaan dan berinteraksi dengan orang lain. Kejayaan seseorang usahawan bukan lagi diukur dari segi keberkesanan latihan atau betapa bijaknya dalam pencapaian akademik tetapi dinilai bagaimana usahawan dapat menguruskan diri dan orang lain dengan cara yang baik. CADANGAN Hasil daripada dapatan dan perbincangan beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan. Cadangan tersebut ialah:

1. Para pensyarah kolej komuniti khususnya perlulah mempunyai kemahiran untuk meneroka kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap elemen kecerdasan emosi pelajar kolej. Oleh kerana, kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh dikembang dan dipupuk, para pensyarah juga dituntut mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang kecerdasan emosi agar dapat membantu meningkatkan kecerdasan emosi para pelajar.

2. Pensyarah hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang, cara

bekerjasama dengan orang lain, kaedah mengurus masalah emosi, membantu pelajar mengenal pasti kelebihan, kebolehan, bakat dan kelemahan pada diri mereka kerana elemen kecerdasan emosi ini mempunyai kaitan dalam meningkatkan kemahiran keusahawanan. Apabila pelajar berupaya membina hubungan dengan orang lain ini akan membentuk rangkaian yang menguntungkan bagi pelajar kerana salah satu penentu kejayaan bidang keusahawanan ialah sokongan dan dorongan daripada rangkaiannya.

3. Kolej Komuniti hendaklah mewujudkan suasana keusahawanan yang menyeronokkan seperti mengadakan pertandingan perniagaan perpaduan 1 Malaysia supaya pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai latar bangsa dan budaya. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar memahami rakan atau orang lain dan dapat memberi respon terhadap tindakan yang diambil iaitu perasaan empati. Pelajar yang mempunyai empati lebih mudah memenuhi permintaan dan kehendak orang lain dan mampu memberi respon dengan segera. (ciri penting keusahawanan).

4. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu pembentukan

dan proses perkembangan kesempurnaan emosi pelajar. Kesedaran ibu bapa terhadap keperluan kecerdasan emosi anak-anak akan membantu meningkatkan tahap kecerdasan yang dimiliki. Azizi et al (2005), menyatakan kecerdasan emosi tumbuh seiring pertumbuhan manusia sejak lahir hingga meninggal dunia. Pertumbuhan emosi dipengaruhi oleh lingkungan keluarga dan contoh-contoh yang diperolehi oleh individu sejak lahir daripada orang tuanya.

5. Tanggungjawab semua pihak dalam menyahut cabaran menjadikan

usahawan sebagai kerjaya pilihan kerana sasaran Malaysia menjadi Negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Page 11: kertas kerja

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang boleh dirumuskan berpandukan hasil dapatan yang diperoleh dalam kajian. Program-program yang dapat membentuk kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan pelajar perlu diperhebatkan lagi bagi melahirkan lebih ramai usahawan di Malaysia. Pengalaman dalam pembelajaran dan pengajaran menjadi guru terbaik kepada para pelajar. Hasil dapatan menunjukkan elemen Model Kecerdasan Emosi Goleman yang dikaji dengan kemahiran keusahawanan terdapat hubungan yang signifikan tetapi masih pada aras yang sederhana dan rendah. Ini menunjukkan pelbagai aspek perlu diteliti semula oleh pensyarah dan pihak pengurusan tertinggi bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Malaysia agar benar-benar mencapai hasratnya dan harapan melahirkan lebih

ramai lagi “bintang ”dari kolej komuniti menjadi kenyataan.

Page 12: kertas kerja

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Yusuf Boon & Amir Hamzah Abdul .(2007). Kecerdasan emosi dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan tingkah laku pelajar.(atas talian) http://eprints.utm.my/2265/1/AziziYahaya_Kecerdasan_Emosi_da...

(28 Jun 2013) Azizi Yahaya. Asmah Suboh. Zurihanmi. Zakariya et al. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Pahang: PTS.Profesional Publishing Sdn.Bhd. Bahyah Abdul Halim, Azharuddin Hashim Mukhiffun Mukapit & Abdul Rahim Zumrah (2008). (atas talian) www.internationalconference.com.my/...005_FaktorKecerdasanEmosi.pdf PDFfile (12 Mac 2013) Baum J, R. & Locke, E.A .(2004). The relationship of entrepreneurial traits,

skill, and motivation to subsequent venture growth. Journal of Applied

Psychology .89 (4): 587–598.

Goleman, Daniel. (2000). Emitional intelligence (Terjemahan). Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Iran Herman. (2007). Statistik dan analisis data sains sosial. Alor Star, Kedah: Penerbitan Ustara. Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi remaja. Pearson Malaysia Sdn Bhd:

Selangor.

Kementerian pengajian Tinggi. (2010). Dasar Pembangunan Keusahawanan.

Institusi Pengajian Tinggi. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W.(1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 30: 608.

Ma’rof Redzuan, & Haslinda Abdullah. (2004). Psikologi edisi kedua. Mc Graw-

Hill:Malaysia.

Mohammad Shatar Sabran, Samir Muhazzab Amin, Paramasivam Muthusamy et al. (2009).7 kemahiran insaniah pelajar huraian dan pengukuran. ZH Publishing House: Kuala Lumpur.

Page 13: kertas kerja

Mohamed Khaled Nordin. dalam Mohd Izani Mohd Zain & Harshita Aini Haroon.

(2013). Dari menara gading ke menara ilmu. Kementerian Pengajian Tinggi:

Putrajaya.

Mohd Asri Abdul Rahman. (2012). Psikologi pendidikan. Institut Pendidikan

Guru Malaysia: Cyberjaya.

Mohd Radzi. (2013). Perlaksanaan Entrepreneurial Science Thinking (EST) dan kesesuaiannya dalam konteks pendidikan. Prosiding Persidangan Antarabangsa dan Pertandingan Inovasi Kaunseling dan Pendidikan 2013 Kepelbagaian Pendidikan Untuk Kepelbagaian Manusia Batu Pahat: PERKAMA Consultants. Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik. Universiti Teknologi Malaysia : Johor. Mohd Sofian Omar Fauzee, Mohamed Mustafa Ishak & Noreen Noordin. (2005).

Psikologi kejayaan untuk pelajar. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd:

Kuala Lumpur.

Nadhirin Lukman Nadhirin. (2009). Hubungan Antara Kecerdasan Emosional Dengan Prestasi Belajar Pada Siswa Kelas XI SMA Muhmmadiyah 3 Yogyakarta. Skripsi (tidak diterbitkan). Yogyakarta. Overman, S. (2006). Goleman:DevelopEmotional Intelligence . HR. Magazine

May.

Rahimah Shahar. (2006). Pembangunan Laman Web Sebagai media Pengajaran

di Politeknik Port Dikson; Topik Garis Imbas. Tesis Sarjana, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Stephen Choo & Melvin Wong. ( 2001). Entrepreneurial intention: triggers and barriers to new venture creations in Singapore . Singapore Management Review, 28: 247-264. Stedham Y,. Raab G,. & Neuner, M. (2005). Entrepreneurial potential: an exploratory study of business students in the U.S. and Germany.71-88. Journal of Business and Management.1,(2).

Wan Liz Ozman & Wan Omar Sulzari Mohamed. (2002). Memperkasakan

Usahawaan Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan Dan Penjanaan

Usahawan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Yahya Don. (2006). Psikologi sosial dalam pendidikan. PTS Profesional

Publishing Sdn.Bhd : Kuala Lumpur.

Yahya Emat. (2005). Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. IBS Buku

Sdn.Bhd:Selangor

Page 14: kertas kerja

Yuriadi.(2013). Profil Kecerdasan Emosi Pelajar Sekolah Menengah Di Pamekasan. Tesis memenuhi sebahagian keperluan Untuk Ijazah Sarjana Sains Sosial Psikologi Kaunseing, Universiti kebangsaan Malaysia : Bangi. KPT Perkenal Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT. Utusan Malaysia. 18 Februari:10. Program Bantu Siswazah Menggangur Akan dilancar hujung tahun ini. Mstar On line. 28 September:12. 76,200 siswazah mengganggur tidak mahir.Utusan Malaysia. 9 Mei:13.

Page 15: kertas kerja

APENDIKS

Rajah 1

Pemboleh Ubah

Bersandar (DV)

Pemboleh Ubah Bebas (IV)

Rajah 1.1: Kerangka kerja teorikal kajian terhadap hubungan antara Model Kecerdasan Emosi Goleman dengan kemahiran keusahawanan pelajar.

Jadual 1 Susunan item positif dan item negatif Inventori Kecerdasan Emosi Goleman (1995)

Bil Dimensi Item positif Item negatif Jumlah

1. Mengenali emosi 1,11,21,31,41,51 6,16,26,36,46,56 12

2. Mengelola emosi 2,12,22,32,42,52 7,17,27,37,47,57 12

3. Memotivasi diri sendiri

3,13,23,33,43,53 8,18,28,38,48,58 12

4. Mengenali emosi orang lain

4,14,24,34,44,54 9,19,29,39,49,59 12

5. Membina hubungan dengan orang lain

5,15,25,35,45,55 10,20,30,40,50,60 12

Jumlah 30 30 60

Model Kecerdasan Emosi

Goleman (1995)

Elemen keupayaan mengenal

emosi kendiri.

Elemen keupayaan mengurus

emosi kendiri.

Elemen motivasi kendiri.

Elemen keupayaan mengendalikan perhubungan

berkesan.

Elemen keupayaan mengenal

emosi orang lain (empati)

Kemahiran

Keusahawanan

Shatar et al. (2009)

Page 16: kertas kerja

Jadual 2 Interpretasi skor min bagi tahap kecerdasan emosi pelajar

Skor min Interpretasi skor min

1.0 sehingga 2.33 Rendah

2.34 sehingga 3.66 Sederhana

3.67 sehingga 5.00 Tinggi

Jadual 3 Tahap kemahiran keusahawanan

Tahap Jumlah skor

Rendah 1 sehingga 58

Sederhana 59 sehingga 92

Tinggi 93 sehingga 125

Jadual 4 Interpretasi mengikut saiz pekali korelasi*

Saiz pekali korelasi Interpretasi

.90 hingga 1.00 Korelasinya terlalu tinggi

.70 hingga .90 Korelasinya tinggi

.50 hingga .70 Korelasinya sederhana

.30 hingga .50 Korelasinya rendah

.01 hingga .30 Korelasinya lemah

.00 Tiada korelasi

*Interpretasi harus merujuk kepada tanda positif atau negatif pekali korelasi

Sumber : Hinkle, Wiersma & Jurs (1998) dalam Iran Herman (2007).

Page 17: kertas kerja

Jadual 5 Keputusan hubungan 5 elemen kecerdasan emosi terhadap kemahiran keusahawanan pelajar KKBP

Pembolehubah Nilai r

Interpretasi

Elemen 1 Keupayaan mengenal emosi terhadap Kemahiran keusahawanan

0.52

sederhana

Elemen 2 Keupayaan mengurus emosi kendiri terhadap

Kemahiran keusahawanan

0.36

rendah

Elemen 3 Motivasi kendiri dengan Kemahiran keusahawanan

0.42

rendah

Elemen 4 Keupayaan mengendalikan perhubungan dengan Kemahiran keusahawanan

0.37

rendah

Elemen 5 Keupayaan mengenal emosi orang lain (empati)dengan Kemahiran keusahawanan

0.42

rendah

*p<0.05

Jadual 6 Ringkasan keseluruhan hasil hipotesis yang telah diuji

Hipotesis Keputusan

Hipotesis 1 Diterima

Hipotesis 2 Diterima

Hipotesis 3 Diterima

Hipotesis 4 Diterima

Hipotesis 5 Diterima