kertas kerja

8
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUAN PENDIDIKAN JASMANI 1.0 NAMA PROGRAM ”KURSUS KEMAHIRAN ASAS MEMANAH ” 2.0 PENGENALAN Kursus Kemahiran Asas Memanah adalah merupakan satu kursus anjuran pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan Pendidikan Jasmani (PSMK / PJ) yang disertai oleh pelajar-pelajar PSMK / PJ di bawah bimbingan Penasihat Program iaitu En Hanafi Bin Ghazali. Program ini dijadualkan berlangsung selama empat hari iaitu pada 9 hingga 12 November 2006. Program ini adalah merupakan salah satu program yang dirancang oleh pelajar-pelajar PSMK PJ bagi kalendar tahun 2006. 3.0 OBJEKTIF Pada akhir program ini, pelajar-pelajar akan mendapat : 3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar PSMK PJ tentang sukan memanah. 3.2 Mempelajari kemahiran-kemahiran memanah dengan betul daripada pakar yang bertauliah. - - 1

Upload: riskan-kamz

Post on 15-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUANPENDIDIKAN JASMANI

1.0 NAMA PROGRAM

”KURSUS KEMAHIRAN ASAS MEMANAH ”

2.0 PENGENALAN

Kursus Kemahiran Asas Memanah adalah merupakan satu

kursus anjuran pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan

Pendidikan Jasmani (PSMK / PJ) yang disertai oleh pelajar-pelajar

PSMK / PJ di bawah bimbingan Penasihat Program iaitu En Hanafi Bin

Ghazali.

Program ini dijadualkan berlangsung selama empat hari iaitu

pada 9 hingga 12 November 2006. Program ini adalah merupakan

salah satu program yang dirancang oleh pelajar-pelajar PSMK PJ bagi

kalendar tahun 2006.

3.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, pelajar-pelajar akan mendapat :

3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar PSMK PJ tentang

sukan memanah.

3.2 Mempelajari kemahiran-kemahiran memanah dengan betul

daripada pakar yang bertauliah.

3.3 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam

aktiviti memanah.

3.4 Mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat

perpaduan dan kerjasama dan kesukanan di kalangan pelajar

PSMK PJ.

4.0 TEMA PROGRAM

”BERSEMANGAT UNTUK BERSUKAN”

- -1

Page 2: kertas kerja

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUANPENDIDIKAN JASMANI

5.0 NAMA PENGANJUR

PSMK / PJ

6.0 TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM

Tempat yang dicadangkan bagi Kursus Kemahiran Asas Memanah

ialah di Lapang Sasar Majlis Perbandaran Selayang, 68000 Selayang

Baru, Batu Caves Selangor.

7.0 TEMPAT PENGINAPAN SEPANJANG PROGRAM

Peserta Kursus akan menginap di Hotel Kompleks Sukan Majlis

Perbandaran Selayang, 68000 Selayang Baru, Batu Caves, Selangor.

8.0 TARIKH DAN HARI PROGRAM

Tarikh : 9 – 12 November 2006

Hari : Khamis – Isnin

9.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar PSMK PJ yang berjumlah 20 orang yang terdiri daripada 14

orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan.

- -2

Page 3: kertas kerja

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUANPENDIDIKAN JASMANI

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Encik Ariffin bin Yahaya

(Pengarah M3P)

Penasihat : En Hanafi Bin Ghazali

Pengerusi Program : Elangoh A/L Ganesan

Naib Pengerusi : Chong Oi Ling

Setiausaha : Mohd Nazer Bin Ayub

Naib Setiausaha : Jap Yiu Szin

Bendahari : Karen Chan Sze Chee

Ahli-Ahli Jawatankuasa :

Jawatankuasa Pengangkutan

Pengerusi : Mohd Fakrurrazi Bin Ismail

AJK : Karthik Raj A/L Arumugum

: Nik Musadiq Bin Nik Mat Yusoff

Jawatankuasa Penginapan

Pengerusi : Alias Bin Mohd Padil @ Mohd Padzil

AJK : Mohamad Zaidi Bin Abu Bakar

: Deepa A/P Magesparan

Jawatankuasa Peralatan

Pengerusi : Thinagaran A/L Theygarajah

AJK : Shogi A/L Arumugam

: Ong Gim Huat

Jawatankuasa Makanan dan Minuman

Pengerusi : Nor Amirlia Binti Abd Rahim

AJK : Azrol Hakimi Bin Zainol Abidin

: Mohd Yuharizain Bin Badeli

- -3

Page 4: kertas kerja

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUANPENDIDIKAN JASMANI

Jawatankuasa Kebajikan dan Kecemasan

Pengerusi : Mohd Jaafar Bin Hussein

AJK : Chin Ai Rene

: Gobbi Nathan A/L Jayaraman

11.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

11.1 Pengerusi Program

Membentuk ahli jawatankuasa program..

Memanggil, mengadakan dan mengendalikan mesyuarat.

Memantau dan memastikan semua bahagian

jawatankuasa berfungsi mengikut bidang tugas secara

aktif.

11.2 Timbalan Pengerusi

Membantu tugas pengerusi.

11.3 Setiausaha

Menguruskan segala surat menyurat.

Menyediakan laporan lengkap sesudah program

berlangsung.

Menyediakan kertas kerja lengkap

11.4 Naib Setiausaha

Membantu pengerusi dan setiausaha program dalam

menyediakan kertas kerja dasar.

11.5 Bendahari

Mengurus dan mengawal segala urusan keluar masuk

wang.

Merekod dengan lengkap segala urusan kewangan.

- -4

Page 5: kertas kerja

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUANPENDIDIKAN JASMANI

Mengurus penunaian cek, wang pos, kiriman dan

sebagainya.

Menyediakan laporan lengkap kewangan sesudah

program berlangsung.

Menyediakan anggaran perbelanjaan program.

11.6 Jawatankuasa Pengangkutan

Meminta kebenaran menggunakan bas institut.

Mengurus pengangkutan pergi dan balik.

Mengurus pengangkutan semasa program berlangsung.

11.7 Jawatankuasa Penginapan

Menyediakan dan menyelia penginapan dan tempat

tinggal pensyarah pengiring dan peserta kursus

sepanjang program ini berlangsung.

11.8 Jawatankuasa Makanan dan Minuman

Memastikan urusan makanan dan minuman sepanjang

kursus berjalan dengan lancar dan berkesan

Mengurus masa makan dan minum peserta kursus dan

pensyarah pengiring.

11.9 Jawatankuasa Peralatan

Menyelaras, menempah, meminjam dan mengedarkan

semua peralatan yang diperlukan oleh setiap

jawatankuasa

Memastikan semua peralatan yang dipinjam, dipulangkan

dalam jumlah yang mencukupi dan dalam keadaan yang

sempurna.

Menyediakan senarai lengkap keseluruhan alatan yang

bakal digunakan dan serahkan kepada setiausaha

program.

11.10 Jawatankuasa Kebajikan

- -5

Page 6: kertas kerja

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUANPENDIDIKAN JASMANI

Menyediakan kemudahan peralatan seperti peti bantuan

kecemasan.

Menjaga kebajikan peserta kursus epanjang program ini

berlangsung

12.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan utama bagi perbelanjaan dan pelbagai kegunaan

program adalah seperti berikut:

1. Makanan

2. Minuman

3. Penginapan = RM 2200.00

4. Sewa Alat Memanah

RM 20.00 X 3 hari = RM 3000.00

5. Bayaran Khidmat Instruktor = RM 3000.00

_____________

Jumlah Keseluruhan = RM (2200.00+3000.00+3000.00)

RM 8200.00

13.0 PENUTUP

- -6

Page 7: kertas kerja

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUANPENDIDIKAN JASMANI

Kursus Kemahiran Asas Memanah 2006 ini diharap dapat menjadi

aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar pelajar PSMK. Kemahiran

yang dipelajari akan digunakan dan dipraktikkan ke arah meningkatkan

lagi pengetahuan pelajar tentang sukan memanah.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

( …………………………………......... )

MOHD NAZER BIN AYUB

SETIAUSAHA PROGRAM

( …………………………………......... )

EN. HANAFI BIN GHAZALI

PENASIHAT PROGRAM

Dilulus Oleh :

( ........................................………………..)

DR HAMZAH BIN IHSAN

PENGERUSI MAJLIS GERKO

INSTITUT PERGURUAN PERLIS

Sk : i. Pengarah MPPP

ii. Timbalan Pengarah MPPP

iii. Pensyarah Penasihat Program

- -7